Senarai Kawan

Isnin, 27 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 18


BAB 18
Syafiq sedang leka mengemas barang yang hendak di bawanya ke London nanti bersama dengan ibunya Puan Maimon. Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah, ibunya terus turun dari biliknya dan meninggalkan Syafiq yang masih sibuk mengemas barang-barangnya lagi.
“Assalammualaikum”. Jawab Salwa yang baru saje tyrun dari kereta.
“Waalaikumsalam”. Jawab Puan Maimon ibu kepada Syafiq.
“La..Salwa rupanya, mak cik ingatkan siapa lah tadi yang datang. Anis dan Meerul pun ada juga.” Ujar Puan Maimon lagi dan mempersilakan mereka masuk ke dalam rumahnya.
“Kenapa tak beritahu dulu nak datang boleh mak cik sediakan apa yang patut. Syafiq ada dekat atas tak habis kemas lagi barangnya. Mak cik pangggil kan dia kejap, kamu semua duduk dulu.” Beritahu Puan Maimon lagi. Mereka bertiga melabuhkan punggung duduk di kerusi yang telah disediakan. Puan Maimon yang ingin menaiki tangga terlihat Syafq yang baru saja turun. Puan Maimon tidak jadi merenuskan langkahnya memanggil Syafiq. Syafiq terus pergi ke arah kawannya yang sedang duduk di ruang tamu.
“Hai semua.” Tegur Syafiq kepada kawannya itu.  Lantas mereka terus berpaling ke arah Syafiq. Syafiq mengalihkan pandangannya ke arah Anis Najwa dan Ameerul dengan melemparkan senyuman. Salwa yang berada di situ hanya memerhati gelagat kawannya itu.
“Wa, kenapa tak beritahu yang Anis  dan Meerul pun nak datang jugak.” Tanya Suafiq kepada Salwa.
“Aku saja je tak beritahu dekat kau, nak buat kejutan. Sebenarnya Anis ni yang nak sangat jumpa dengan kau sebelum kau pergi ke London, jadi aku pun temankan lah. Kau jangan risau lah, lagi pun dah lama kita tak berkumpul macam ni kan.” Terang Salwa lagi.
“Bila Fiq nak bertolak” Soal Anis Najwa tiba-tiba saja mencela.
“Hari Rabu ni” Jawab Syafiq ringkas dan mereka masing-masing mendiamkan diri.
“Uncle Fiq nak pergi mana?” Soal Ameerul  yang sedari tadi hanya diam.
“Uncle nak pergi sambung belajar dekat London.” Jawab Syafiq.
“London tu jauh ke?” Tanya Ameerul lagi.
“Mesti lah jauh sayang, kena naik kapal terbang tau.” Terang Syafiq lagi.
“Oh...macam tu, baru Meerul tahu.” Jawab Ameerul sambil memuncungkan mulutnya. Masing-masing yang berada di situ terus ketawa melihat karenah Ameerul.
“Mari duduk dekat sini semua. “ Jemput Puan Maimom. Mereka semua bangun dari tempat duduk dan menuju ke meja makan.
“Wah, ada ayam goreng.” Ujar Ameerul kelihatan begitu gembira sekali.
“Nasib baik kamu semua datang awal, mak cik dengan Syafiq pun belum makan tengah hari lagi, sibuk sangat tolong Syafiq mengemas barangnya.” Beritahu Puan Maimon. Mereka terus melabuhkan punggung masing-masing di kerusi.
“Meerul suka ayam goreng kan? Uncle Fiq bagi ayam goring dekat Meerul.” Beritahu Syafiq kepada Ameerul sambil tangannya meletak kan seketul ayam goring  ke dalam pinggan Ameerul. Anis Najwa menggelengkan kepalanya saja.
“Meerul baca doa makan.” Ujar Syafiq lagi sambil menadah tangannya. Mereka semua turut begitu. Selesai saja Ameerul membaca doa makan mereka semua makan dengan begitu berselera sekali.
Usai saja mereka makan tengah hari, mereka lepak di beranda di rumah Syafiq yang terletak di luar. Mereka bersembang seperti biasa, terselah kemesraan mereka bertiga. Anis Najwa bangun untuk memanggil Ameerul pulang, tetapi tiba-tiba pandangannya menjadi kabur, Salwa dan Syafiq yang menyedari terus memimpin Anis kembali duduk semula.
“Kenapa ni Anis?” Soal Salwa.
“Tiba-tiba saja Anis rasa nak pitam.” Jawab Anis. Syafiq dan Salwa mula risau melihat keadaan Anis Najwa
“Kalau macam tu kita bawak Anis pergi klinik dulu dekat sini.” Beritahu Syafiq. Syafiq terus masuk ke dalam rumahnya dan menuju ke bilik mengambil kunci kereta dan dompetnya. Puan Maimon yang kelihatan begitu risau melihat Syafiq yang terkejar-kejar terus bertanya kepada Syafiq.
“Fiq kenapa ni?” Soal Puan Maimon.
“Anis, tiba-tiba je nak pitam, Fiq dengan Salwa nak bawa Anis pergi klinik dulu. Mak tolong jaga Meerul sekejap.” Beritahu Syafiq kepada ibunya.
“Baiklah, bawak kereta itu elok-elok tau.” Ucap Puan Maimon lagi. Salwa terus memimpin Anis Najwa masuk ke dalam kereta, Syafiq terus memandu keretanya menuju ke klinik berdekatan.

Salwa menemankan Anis Najwa berjumpa dengan doctor di dalam bilik sementara Syafiq hanya menunggu di luar. Dia kelihatan begitu risau sekali. Doktor yang merawat Anis Najwa tersenyum riang apabila melihat rekod keputusan ujian terhadap Anis Najwa. Anis Najwa dan Salwa saling berpandangan .
“Tahniah Puan Anis. Puan hamil tiga minggu,” beritahu Dr. Nora.
“Alhamdullillah…” Hanya ucapan kudus itu yang lahir daripada mulut Anis Najwa sebaik kehamilannya disahkan.
“Puan kena banyakkan berehat pada awal-awal kehamilan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Biasanya, kehamilan pertama memang banyak risiko. So, kena berhati-hati. Banyakkan berehat dan jangan buat kerja yang terlalu berat. Pemakanan perlu dijaga. Makan makanan seimbang. Banyakkan sayuaran dan buah-buahan.” Panjang lebar Dr. Nora memberikan nasihat kepada Anis Najwa.
“Tahniah Anis.” Ucap Salwa kelihatan begitu gembira sekali apabila kawan baiknya disah hamil.
“Terima kasih doktor.” Ucap Anis Najwa. Mereka terus keluar dari bilik rawatan it, terus menghampiri Syafiq yang kelihatan begitu gelisah sekali.
“Anis, Salwa doktor cakap apa?” Soal Syafiq yang kelihatan gelisah. Salwa dan Anis Najwa ketawa melihat reaksi Syafiq.
“Yang korang ketawa tu apa pasal? Aku dah naik risau ni.” Terang Syafiq lagi sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Doktor cakap Anis pregnant dah tiga minggu sebab tu lah nak pitam je tadi.” Terang Salwa kepada Syafiq.
“Betul ke?” Soal Syafiq lagi. Anis Najwa terus menganggukkan kepalanya.
“Tahniah Anis.” Beritahu Syafiq lagi.
“Sudahlah, mari kita balik nak ambil Meerul dan kereta aku sekali dekat rumah kau Fiq.” Ujar Salwa. Mereka terus menuju ke arah kereta. Syafiq memandu keretanya dengan penuh berhati-hati menuju ke rumahnya untuk mengambil Ameerul dan kereta Salwa yang ditinggalkan di rumah Syafiq semasa hendak membawa Anis Najwa ke klinik berdekatan.












Ahad, 26 Jun 2011

Kitakan Kawan-Bab 1


BAB 1
Bunyi jam loceng itu menganggu tidur Nur Iman Amani lantas dia mencapai jam loceng itu dan terus menutupnya dengan bantal dan Iman kembali menyambung tidurnya semula. Puan Hajah Munirah mengomel sendirian apabila melihat Iman masih belum turun untuk pergi ke sekolah. Dia terus mengatur langkah menaiki tangga menuju ke arah bilik Iman dan dia mendapati Iman masih tidur di atas katilnya.
“Ya Allah budak bertuah ni, belum bangun tidur lagi,” bising Puan Hajah Maimum sambil mengerakkan Iman yang masih tidur.
“Iman, bangun, dah pukul berapa ni, nanti lambat pergi sekolah” jerit Puan Hajah Maimon sambil tangannya mengejutkan Iman. Kelihatan Iman mengerakkan badan sambil mengosok matanya.
“Ibu ni, kacau je Iman nak tidur.” Jawab Iman kepada ibunya.
“Kamu tahu tak sekarang dah pukul berapa?” Terang Puan Hajah Maimun lagi.
“Ala..awal lagi lah ibu.” Jawab Iman ringkas.
“Jam dah pukul 6.45 pagi ni, nanti kamu lambat pergi sekolah. Bangun cepat.” Jawab Puan Hajah Maimon lagi. Iman yang mendengar, terus secara automatik membuka matanya dan terus bangun dari katilnya mencapai tualanya dan menuju ke bilik air.
“Itulah ibu dah cakap tadi, sekarang sapa yang susah. Cepat mandi lepas itu sarapan ibu tunggu dekat bawah.” Jerit Puan Hajah Maimon lagi kepada Iman yang sedang membersihkan dirinya di dalam bilik air. Puan Hajah Maimin sedang menghidangkan sarapan pagi untuk anak-anaknya. Dia melihat Iman yang kelam-kabut berlari menuju ke meja makan. Dia hanya mengelengkan kepalanya melihat gelagat anak yang seorang  Jam di dinding menunjukkan pukul 7.15 pagi, Iman berlari bergegas mencapai kunci motor skuternya yang berhenti di hadapan rumah untuk mengambilnya membawa dengan pantas Iman bersalam dengan ibunya dan menyarungkan kasut sekolahnya. Bunyi enjin motor kedengaran, lalu Iman pun berlalu meninggalkan kawasan perumahannya untuk pergi ke sekolah.
“Iman, nasib tadi kau sempat masuk sekolah tadi tau, kalau tak habislah nama kau dah kena tulis dalam buku tau.” Beritahu Intan Surfina kawan baik Iman. Mereka terus masuk kedalam ke sekolah untuk memulakan kelas.
Nur Iman Amani, Intan Surfina dan Suraya berkawan baik sejak dari sekolah rendah lagi sehingga mencecah umurnya sekarang 17 tahun dan pada tahun ini mereka bertiga akan menduduki peperiksaan SPM. Nur Iman Amani adalah seorang perempuan yang lincah tidak seperti Intan dan Su lebih kepada sikap keperempuanannya tetapi Intan dan Su tetap berkawan baik dengan Iman. Bagi mereka walaupun Iman berwatakan seperti itu, Iman mempunyai hati yang lembut. Iman masih teringat lagi peristiwa pergaduhannya dengan Irfan Huzaimi. Pernah suatu hari Iman terlambat bangun untuk pergi ke sekolah, nasib malang menimpanya, kebetulan masa itu Ifran sedang bertugas sebagai pengawas di sekolah, tak pasal-pasal Iman di soal kerana dating lambat ke sekolah dan namanya telah di catit didalam buku rekod Irfan dan sejak itu bermulalah perang diantara Iman dan Irfan. Ada saja perkara yang di gaduhkan oleh mereka berdua. Intan dan Su tahu Iman dan Irfan asyik bergaduh dan tidak bersependapat, lebih-lebih lagi apabila Iman dan Irfan dalam satu kelas. Iman tidak suka dengan sikap berlagak dan sombong Irfan itu yang menyebabkan dia membenci Irfan. Bagi Irfan pula Iman seorang gadis tomboy yang asyik memyusahkannya dan tidak seperti gadis-gadis yang lain. Di sekolah Iran menjadi rebutan para gadis-gadis lain kerana kehensemannya tetapi tidak bagi Iman yang mengaggap Irfan adalah musuhnya yang berlagak dan sombong.
Loceng berbunyi menandakan tamatnya sesi persekolahan hari ini. Para pelajar lain berpusu-pusu keluar dari kelas itu tidak sabar untuk balik ke rumah masing-masing. Sementara Iman tengah bersiap mengemas buku-bukunya lalu di masukkan ke dalam beg sekolahnya. Intan dan Su menghampiri Iman.
“Iman kenapa kau lambat datang tadi.” Soal Su kepada Iman.
“Bukan aku nak lambat lah, aku terbabas tidur tadi.” Jelas Iman kepada kawan-kawannya.
“Nasib baik kau terlambat sikit je tau, kalau tak habislah nama kau naik lagi lebih-lebih lagi si Irfan tu, kau tahu lah perangai dia macam manakan.” Terang Su semula.
“Sudahlah, jom kita balik. Sampuk Intan pula. Mereka bersama-sama keluar dari kawasan persekolahan itu.
“Iman, Su besok hari sabtukan, apa kata kita keluar tengok wayang nak.” tanya Intan kepada kawannya itu.
“Boleh jugak tu, pukul berapa kita nak pergi?” tanya Iman semula.
“Pukul 10.00 pagi, nanti aku ambil Su dekat rumah, kita berkumpul dekat rumah Iman. Macam-mana?” Cadang Intan.
“Okey!” Iman dan Su bersorak serentak. Selepas itu mereka terus pulang ke rumah masing-masing.


Mencari Sinar Bahagia-Bab 4

BAB 4
            Pagi itu, Aeril Zafrel membawa Mia Zara berjumpa dengan ahli keluarganya seperti yang dirancang. Mia Zara berasa begitu risau sekali apabila Aeril Zafrel menjemputnya masuk ke dalam rumah.
            “Awak, janganlah risau sangat buat seperti yang dah kita rancangkan” ucap Aeril Zafrel untuk menyakinkan Mia Zara. Mia Zara terus menganggukkan kepalanya. Aeril Zafrel memegang tangan Mia Zara dan mereka melangkah masuk ke dalam rumah bersama-sama. 
            Di dalam rumah kelihatan Datin Nora sedang berbual dengan kawannya Datin Safura dan Julia Hana. Mereka terus memandang ke arah Aeril Zafrel dan Mia Zara. Mereka terkejut apabila melihat Aeril Zafrel datang membawa perempuan di sebelahnya. Hati Mia Zara terasa begitu berdebar-debar sekali. Lantas Aeril Zafrel terus memperkenalkan Mia Zara kepada mereka semua.
            “Mama, kenalkan teman wanita Zafrel, Mia Zara” beritahu Aeril Zafrel  kepada Datin Nora. Semua yang berada di situ turut terkejut dengan pengakuan Aeril Zafrel itu. Mia Zara menghulurkan tangannya bersalam dengan Datin Nora termasuk Julia Hana dan Datin Safura. Datin Nora menyambutnya tetapi dengan pantas menarik tangannya semula. Mia Zara dan Aeril Zafrel terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh Datin Nora itu. Nampaknya Datin Nora tidak menyenangi dengan kehadiran Mia Zara di rumahnya. Aeril Zafrel berpura-pura melayan Mia Zara dengan mesra dihadapan Datin Nora dan kawannya itu. Mia Zara hanya mengikut rancangan yang diatur oleh Aeril Zafrel. Usai saja menikmati hidangan tengah hari itu, Mia Zara membantu memcuci pinggan mangkuk, tiba-tiba saja muncul Julia Hana di situ.
            “Betul ke kau teman wanita Zafrel?” tanya Julia Hana kepada Mia Zara.
            “Betullah, lagi pun kan Zafrel dah kenalkan saya tadi” balas Mia Zara semula. Julia Hana terkejut mendengar jawapan dari Mia Zara tadi dan terus dia menjeling memandang Mia Zara.
            “Aku tak akan biarkan kau rampas Zafrel dari aku. Aku akan pastikan Zafrel jadi hak aku.” Ugut Julia Hana dia terus mengatur langkah keluar dari dapur itu. Mia Zara kelihatan kaget dengan ugutan daripada Julia Hana itu. Dia mesti beritahu pada Zafrel mengenai perkara ini.
            “Hai sayang! panggil Aeril Zafrel mesra kepada Mia Zara yang sedang mengemas dapur.
            “Awak ni, suka sangat buat saya terkejut sajalah” jawab Mia Zara kasar. Dia memandang muka Aeril Zafrel yang dari tadi asyik tersengih je.
            “Zafrel, tadi Julia Hana jumpa saya kat dapur ni, dia cakap dia akan rampas awak dari saya dan dia akan pastikan awak menjadi milik dia saja” luah Mia Zara. Aeril Zafrel terkejut dengan apa yang Mia Zara beritahunya tadi.
            “Dia cakap macam tu kat awak?”
            “Yelah, saya pun terkejut jugak tak sangka dia berani cakap macam tu.”
            “Kenapa, awak takut kalau betul-betul dia rampas saya dari awak. Jangan-jangan awak pun dah jatuh cinta kat saya jugak kan” sengaja Aeril Zafrel ingin mengusik Mia Zara sambil memandang muka Mia Zara yang kelihatan merah. Malu…
            “Perasan betullah awak ni Zafrel. Sudahlah malas saya nak cakap dengan awak lagi” Mia Zara menjegilkan bijik matanya. Mia Zara terus melangkah meninggalkan Aeril Zafrel sendirian di dapur. Lantas Iqbal terus berlari mendapatkan Mia Zara yang jauh ke depan.
            “Awak marah ke dengan saya?”
            “Taklah, suka sangat-sangat” sindir Mia Zara.
            “Saya minta maaf, tapi awak jangan risaulah saya tidak akan biarkan Julia Hana buat perkara yang tak baik pada awak dan impian dia nak dapatkan saya tidak akan tercapai.” Jelas Aeril Zafrel kepada Mia Zara. Mia Zara tersenyum mendengar pengakuan daripada Aeril Zafrel tadi. Mereka bersama-sama menuju ke ruang tamu semula.
            Tidak lama kemudian, Mia Zara meminta diri untuk pulang. Aeril Zafrel hanya mengikut saja. Sebelum itu, Mia Zara sempat bersalaman dengan Datin Nora dan tetamunya. Mia Zara tahu Datin Nora tidak menyenangi kehadirannya di situ. Mia Zara melabuhkan punggungnya ke dalam perut kereta Aeril Zafrel yang sudah menunggunya dari tadi.
            “Huh! Geram betul saya dengan Zafrel tu Datin. Saya tak sangka pulak dia boleh bawak teman wanita dia balik tadi. Saya memang tahu langsung pasal hal ni. Saya mintak maaf sangat kat Datin dan juga Julia” ucap Datin Nora kepada Datin Safura.
            “Takpelah nak buat macam-mana lagi, baguslah Zafrel dah ada teman wanita sekarang. Tak payahlah nak kenal lagi dengan Julia” sindir Datin Safura.
            “Sudahlah mama, Julia tahu nak buat macam-mana nanti. Julia tak akan biarkan Zafrel jatuh ke tangan orang lain” ucap Julia Hana tegas.
            “Kalau macam itu saya dan Julia mintak diri dululah Datin Nora” ucap Datin Safura lagi.
            “Baiklah” balas Datin Nora ringkas. Dia serba salah pada Datin Safura dan juga Julia Hana. Niatnya untuk menjodohkan Julia Hana dan Aeril Zafrel nampaknya tak tercapai. Datin Safura dan Julia Hana pulang meninggalkan kawasan perumahan itu.