FIRDAUS
termenung sendirian ditempatnya. Sudah seminggu dia tak ada mood nak buat kerja dipejabat. Banyak
kerja yang masih tertangguh. Fikirannya masih terbayang wajah gembira Qistina
yang sudah bergelar isteri kepada lelaki lain. Firdaus ada datang ke majlis
perkahwinan Qistina tempoh hari, dan dia hanya melihat dari jarak jauh Qistina
diapit dan diarak dengan penuh adat istiadat oleh orang kampungnya. Firdaus
sedih dan merasa sungguh menyesal! Sepatutnya, dialah pengantin lelakinya bukan
lelaki yang disebelah Qistina itu. Qistina adalah miliknya bukan lelaki itu!
Kata hatinya. Sudah seminggu dia berkeadaan begitu.
Saiful hairan melihat gelagat sahabatnya itu. Sudah
seminggu Firdaus berkeadaan sebegitu. Saiful mengatur langkah mendekati ke
pintu bilik Firdaus. Saiful cuba mengetuk daun pintu beberapa kali, tetapi
tiada sahutan yang diberikan oleh Firdaus. Akhirnya dia terus memulas tombol
pintu dan menghampiri Firdaus yang masih duduk termenung. Firdaus langsung
tidak menyedari kehadiran teman sepejabatnya merangkap sahabat baiknya itu.
Saiful hanya memerhati kawannya itu sambil tersenyum. Apalah yang dimenungkan sangat
oleh Firdaus tu, langsung tak sedar kewujudannya di dalam bilik itu. Saiful
hanya menggelengkan kepalanya saja.
“Hei
bro!” panggil Saiful sambil melambaikan
tangannya ke muka Firdaus. Firdaus terus terkejut apabila ditegur sebegitu.
“Kau
ni Epul, tak ada kerja lain ke? Asyik nak menyergah aku aje. Cubalah bagi salam
ke apa ke,” marah Firdaus kepada Saiful. Saiful hanya tersengih memandang
Firdaus.
“Salah
kau jugak, dah naik berbuih mulut aku ni bagi salam. Kau aje yang tak sedar!
Tak tahulah, apa yang kau khusyuk sangat. Nak kata buat kerja tak jugak, asyik
mengelamun aje kerjanya!” sindir Saiful sambil mengaru kepalanya yang tidak
gatal.
“Hish!
Mulut kau ni memang tak ada insurans
betullah! Sedap-sedap aje mengata orang,” marah Firdaus lagi. Saiful sudah
tersengih-sengih bagai kerang busuk.
“Okey,
aku mintak maaf. Sejak bila kau jadi sensitif sangat ni? Kau ada masalah ke?
Cuba cerita kat aku, manalah tahu aku boleh tolong,” kata Saiful lagi. Dia tahu
pasti Firdaus sedang dilanda masalah, kalau tidak tak adalah beberapa hari ni
Firdaus berwajah murung dan sedih. Dia juga ada perhatikan Firdaus sejak
beberapa hari ini wajah Firdaus nampak kelihatan sunggul seperti dilanda
masalah yang amat berat. Dia tahu perangai sahabat baiknya itu.
“Sebenarnya,
aku terserempak Alia dengan lelaki lain. Lelaki tu siap peluk pinggang Alia
lagi. Alia tu pun satu, sengaja biarkan lelaki tu peluk dia sesuka hati. Sakit mata
aku yang menengoknya ni. Bukan main mesra lagi dia orang berdua tu. Kalaulah,
lelaki tu ada kat depan aku sekarang ni, mahu saja aku terajang! Hish! Aku tak
sangka, Alia sanggup main kayu tiga kat belakang aku. Aku rasa sedih sangat. Sanggup Alia permainkan
perasaan aku. Selama ini, apa saja kemahuan dia aku turutkan, sampai aku
sanggup memutuskan hubungan aku dengan Qis dulu. Bodoh! betul aku kerana
percayakan Alia. Tiba-tiba aku rasa bersalah dan menyesal sangat kat Qis. Tapi,
aku tak sangka pulak dia kahwin jugak dengan lelaki tu,” luah Firdaus. Suaranya
kedengaran sedih seperti mahu menangis.
“Hmm…
bersabarlah Fir. Bukan jodoh kau dengan Qis. Aku tak sangka Alia sanggup
mempermainkan perasaan kau Fir. Dah memang Alia tu bukan jodoh kau jugak sebab
tu Allah nak tunjukkan pada kau perangai sebenar Alia,” kata Saiful lagi. Dia
cuba memujuk hati Firdaus yang dilanda gelisah itu.
“Aku
nak tanya kat kau ni. Sekarang ni Alia tahu tak yang kau dah tahu pasal dia?”
tanya Saiful semula.
“Alia
tak tahu lagi. Aku pun tak tahu macam mana nak beritahu kat dia,” beritahu
Firdaus lagi apabila Firdaus melepaskan peluhan.
“Habis
tu, macam-mana hubungan kau dengan Alia sekarang ni?” tanya Saiful lagi.
“Aku
pun tak tahu. Tapi, apabila aku tahu yang dia tu curang kat belakang aku, aku
cadang nak putuskan saja hubungan aku dengan dia. Aku dah tak tahan lagi,”
jelas Firdaus lagi.
“Aku
rasa lebih baik kau berbincang semula dengan Alia tentang status hubungan kau
dengan dia sekarang ni,” cadang Saiful.
“Nak buat macam mana Epul, tulah balasan aku kut
sebab aku permainkan perasaan Qis dulu. Sekarang aku pulak yang kena,” tukas
Firdaus lagi.
“Banyakkan
bersabar dan berdoa Fir. Mintak dipertemukan dengan seseorang yang betul-betul
boleh menerima diri kau seadanya. Kau kena belajar lupakan Qis. Dia dah jadi
isteri orang pun. Beri peluang pada diri kau pulak. Aku rasa lebih baik kau
pergi bercuti. Tenangkan hati kau. Tu cuma cadangan aku. Tak kisahlah kau nak
ikut atau pun tidak,” beritahu Saiful lagi. Dia tidak mahu Firdaus bersedih
lagi. Cukuplah setakat ni masalah yang melanda diri Firdaus. Dia juga sudah terima
pengajarannya.
“Pasal
cadangan kau tu, nanti aku fikirkan balik. Terima kasih Epul sudi dengar
masalah aku. Kau memang sabahat aku dunia dan akhirat,” kata Firdaus. Saiful
terharu apabila Firdaus berkata begitu kepadanya.
“Okeylah,
aku pergi ke tempat aku dulu. Kalau kau ada apa-apa masalah, jangan segan-segan
cerita kat aku,” beritahu Saiful sebelum dia berlalu meninggalkan Firdaus di
dalam biliknya.
ALIA merenung skrin ditelefon bimbitnya. Sudah
beberapa kali dia cuba menghubungi Firdaus, tetapi sengaja Firdaus tidak
menjawab panggilannya itu. Alia masih tidak puas lagi, dia harus bertindak
dengan pantas. Akhirnya, Alia membuat keputusan untuk pergi sendiri ke pejabat
di mana Firdaus bekerja. Alia harus mendapatkan jawapan mengapa sejak
akhir-akhir ini Firdaus jarang menghubunginya dan tidak mahu berjumpa dengannya.
Alia memandu kereta Toyota Viosnya dengan penuh berhati-hati.
Lebih
kurang 30 minit memandu, akhirnya Alia tiba di pejabat Firdaus. Matanya terarah
ke bangunan yang tinggi dihadapannya kini. Alia mengaturkan langkahnya menuju
ke dalam bangunan itu. Segera Alia mendekati kaunter penyambut tetamu di
hadapan.
“Boleh
saya bantu cik?” tanya penyambut tetamu tersebut.
“Saya
nak berjumpa dengan Encik Alif Firdaus,” kata Alia kepada penyambut tetamu itu.
“Cik,
boleh naik lif ke tingkat tujuh. Di situ, cik boleh berjumpa dengan setiausaha
Encik Firdaus,” beritahunya lagi. Selepas itu, Alia terus melangkah menuju ke
pintu lif. Lebih kurang 2 minit, lif itu berenti ke tingkat tujuh segera Alia
keluar dari lif dan menuju ke kaunter yang berada didepannya sekarang.
“Saya
nak jumpa dengan Encik Alif Firdaus? Dia ada?” tanya Alia semula.
“Ada,
cik tunggu sekejap. Saya beritahu kepada Encik Firdaus dulu,” beritahu
setiausaha yang tertera nama Nani. Alia memerhati gadis yang dihadapannya yang
sedang bercakap dengan Firdaus didalam telefon. “Okey, cik boleh masuk
sekarang,” beritahu lagi. Alia terus mengaturkan langkahnya menuju ke arah
pintu bilik Firdaus. Diketuknya daun pintu perlahan-lahan, apabila terdengar
saja arahan masuk diberikan Alia memulas pintu tersebut.
“Kenapa
sampai ke pejabat you cari I?” tanpa hujung pangkal, Firdaus terus menyembur
Alia. Jangankan nak pelawa duduk, pandang muka pun dia tak hingin. Memang
jiwanya sudah dikuasai rasa amarah yang makin membara. Alia yang
terpinga-pinga, buat-buat selamba bagai tak ada apa yang berlaku.
“Okey,
I mintak maaf. I tak patut datang ke pejabat cari you. Tapi, I tak puas hati,
selagi you tak berterus-terang pada I. Kenapa I telefon, you tak jawab?” tanya
Alia bertubi-tubi.
“You
nak I cakap apa. I rasa you dah tahu sendiri jawapannya,” beritahu Firdaus
lagi.
“Jawapan
apa? Apa maksud you? Apa yang I dah buat sampai you sanggup layan I begini
Fir?” tanya Alia semula untuk memdapatkan kepastian.
“Jangan
berpura-pura lagilah Alia! I dah tahu semuanya! Sampai hati you main kayu tiga
dibelakang I. Selama ni, I percayakan you. Sanggup you mempermainkan perasaan I!”
marah Firdaus. Alia terkejut dengan jerkahan daripada Firdaus itu. Firdaus
tidak pernah meninggikan suara kepadanya. Alia tergamam. Nampaknya, Firdaus
sudah dapat menghidu hubungannya dengan Zarul.
“You,
dah tahu hubungan I dengan Zarul? I tak ada hubungan apa-apa dengan dialah cuma
sekadar kawan saja. Tak lebih dari tu,” beritahu Alia berterus-terang.
“Oh!
Nama lelaki tu Zarul. Mata I ni tak buta lagi tau. I nampak you Alia berpeluk
dengan jantan tu! Jangan you nak menafikannya lagi. Dengar sini Alia, mulai
hari ini you jangan cari I dipejabat I lagi dan jangan ganggu I lagi! Kita
putus!” jerit Firdaus lantang. Alia terkejut apabila kata-kata keluar dari
bibir Firdaus. Alia tidak menyangka hubungannya dengan Firdaus berakhir sampai
di sini saja.
“Sampai
hati you Fir. Sanggup you buat I begini. Baiklah, kalau itu yang you pinta,
ingat you jangan menyesal suatu hari nanti. I tak akan lepaskan you!” Alia
terus melulu keluar daripada bilik Firdaus itu. Pintu dihempas dengan kuat.
Terkejut beberapa orang pekerja di situ melihatnya. Masuk saja didalam kereta,
Alia melepaskan amarahnya dengan memukul stering keretanya. Geram dengan
tindakan Firdaus terhadapnya. Di dalam
kereta, Alia terus mendail nombor telefon Zarul.
“Hello Zarul, you kat mana? Tanya Alia
sebaik saja Zarul menjawab panggilan telefonnya.
“I
kat rumahlah. Kenapa you menangis ni?” tanya Zarul. Zarul tahu Alia menangis
tadi kerana telinganya dapat menangkap bunyi esakkan Alia.
“I
tak apa-apa. You jangan risau. I on the
way jumpa you sekarang,” beritahu Alia sebelum mematikan talian telefonnya.
Zarul hairan, apa hal pula yang berlaku kepada Alia. Zarul tahu, Alia menangis
tadi kerana telinganya dapat menangkap bunyi esakkan Alia. Pasti, ada sesuatu
yang terjadi. Mulalah Zarul tak senang duduk. Risau dengan sikap Alia. Zarul
tidak mahu Alia melakukan perkara yang bukan-bukan. Zarul kenal Alia. Alia
merupakan kawan lamanya semasa dia belajar di US dulu. Memang sudah lama dia
menyintai Alia, tetapi Alia cuma menganggapnya sebagai kawan saja.
Apabila
Zarul pulang dari US dua minggu yang lalu, Zarul terus mencari Alia. Zarul tidak
menyangka Alia memberitahunya dia sudah mempunyai teman lelaki yang bernama
Firdaus. Betapa kecil hatinya apabila Alia menceritakan hubungannya dengan
Firdaus. Sejak itu, Zarul merancang untuk memutuskan hubungan Alia dengan
Firdaus. Semua kejadian yang terjadi semasa dia berjumpa dengan Alia dipusat
membeli-belah tempoh hari sudah dirancangnya. Zarul sengaja membiarkan Firdaus
melihat adegan yang tak sepatutnya yang terjadi diantara Alia dengan dirinya.
Zarul dapat lihat dengan jelas air muka Firdaus berubah apabila melihat kekasih
hatinya Alia bermesra dengan lelaki lain. Puas hatinya. Alia memang tidak layak
untuk Firdaus. Alia hanya layak untuk dirinya!
Beberapa
minit kemudian, Zarul terdengar enjin kereta memasuki garaj rumahnya. Zarul
terus melihat Alia turun daripada kereta itu dan terus mendapatkannya.
“You
kenapa ni?” You menangis?” Soal Zarul bertubi-tubi apabila melihat mata Alia
sedikit bengkak.
“I
okeylah,” beritahu Alia semula.
“Mata
you bengkak macam ni, you kata okey? Ceritakan kat I kenapa?” Soal Zarul
semula.
“Fir,
dah putuskan hubungan dengan I. Dia sangka I ada hubungan dengan you. Dia
nampak kita hari itu,” beritahu Alia. Zarul tersenyum. Nampaknya rancangannya
telah berjaya.
“Baguslah
macam tu. I memang tak suka dengan dia pun. You tahukan Alia, I dah lama
cintakan you. I sanggup tunggu you,” luah Zarul kepada Alia. Alia mengeluh.
“You
ni Zarul, I tengah sedih tau. Bukan nak hiburkan hati I. Sakitkan hati I lagi
adalah,” jawab Alia sengaja.
“Ala…
you jangan sedih-sedih lagi. I dah cakap kat you kan, Fir tu jangan-jangan
masih ada hati kat bekas tunang dia sebab tu dia putuskan hubungan dengan you.”
“Ya
ke? Tapi perempuan tu dah kahwinlah Zarul.”
“Yalah,
tak semestinya perempuan tu dah kahwin, dia masih tak boleh jalinkan
hubungannya semula dengan Fir. You yang kata, perempuan tu kena kahwin paksa
dengan pilihan keluarganyakan. Mestilah perempuan tu tak ada hati dengan lelaki
tu. Cuba you fikir Alia. Betul tak apa yang I cakapkan ni,” kata Zarul lagi
sambil memandang ke wajah Alia. Alia hanya diam membisu. Mungkin tengah
fikirkan semula apa yang dikatakan oleh Zarul sebentar tadi. Zarul tersenyum.
Nampaknya Alia dah mula percayakan cerita yang direkanya tadi.
“Dahlah,
malas I nak fikirkan semua tu. Jom, temankan I pergi shopping boleh? I nak lepaskan tension,” beritahu Alia.
“Boleh,
you tunggu kejap. I nak salin baju dulu,” beritahu Zarul. Kemudian, Zarul
mengaturkan langkahnya menuju ke bilik sambil tersenyum. Memang Zarul tergoda
dengan aksi manja yang ditunjukkan oleh Alia tadi. Tetapi dia tidak mahu
mengambil kesempatan ke atas diri Alia. Biarlah Alia menerima dirinya dengan
ikhlas.
Firdaus
menghempas tangannya di atas meja dengan kuat. Geram dengan tindakan Alia
sebentar tadi. Alia pun satu, tak mahu mengaku hubungannya dengan Zarul. Memang
nak cari pasal betullah! Sakit dikepalanya, kian tertambah-tambah. Hubungannya
dengan Alia pun sudah diputuskan. Itulah yang keputusan yang terbaik buat
dirinya. Dia tidak mahu terjebak dengan masalah ini lagi. Yang pasti,
hubungannya dengan Alia sudah berakhir. Saiful terkocoh-kocoh berlari-lari anak
menuju ke bilik Firdaus. Ada kawan sepejabat memberitahunya Firdaus sedang
bergaduh dengan seorang perempuan dibiliknya. Cepat-cepat, Saiful mengatur
langkah menuju ke bilik Firdaus. Matanya melilau apabila memandang kertas yang
bertaburan di bilik Firdaus.
“Kau
kenapa ni?” tanya Saiful sebaik saja sampai didepan pintu bilik Firdaus.
“Tadi,
Alia datang ke pajabat dia tanya kenapa aku tak jawab panggilan telefon daripada
dia. Lepas tu, aku pun ceritalah perkara yang sebenar pada dia. Dia tetap tak
mengaku dia ada hubungan dengan jantan tu!” luah Firdaus dalam keadaan marah
kepada Saiful.
“Habis
tu, kau putuskan hubungan dengan dia?” tanya Saiful semula.
“Haah…
aku dah tak tahan dengan dia lagi. Dia permainkan perasaan aku. Aku tak boleh
terima tu,” terus-terang Firdaus lagi.
“Sabarlah,
tapi kau janganlah buat perangai macam ni. Semua pekerja tengok kau bergaduh
tadi. Aku rasa lebih baik kau ambil cuti hari ni. Pergi tempat yang boleh buat
jiwa kau tenang. Aku tak nak tengok kau susah hati lagi,” beritahu Saiful cuba
menyakinkan Firdaus.
“Baiklah
kalau kau dah cakap macam tu. Aku rasa nak balik kampunglah,” beritahu Firdaus
lagi.
“Bagus
jugak tu. Sekurang-kurangnya kau boleh lupakan masalah kau nanti.”
“Okey,
aku nak kemas bilik kejap. Lepas tu aku terus ambil cuti. Nak balik kampung.”
“Kau
nak aku tolong kemaskan tak?” tanya Saiful lagi.
“Boleh
jugak, banyak ni. Tak larat aku nak buat sorang.”
“Pandai
kau ya, bersepahkan tahu pulak.”
“Kau
nak tolong aku ikhlas ke tak ni. Siap nak merungut lagi.”
“Yalah,
yalah, nak tolonglah ni.”
“Epul,
terima kasih.”
“Ala…
kau ni macam tak biasalah pulak.” Mereka sama-sama ketawa. Akhirnya, mereka
berdua mengutip kertas-kertas yang sudah bertaburan di atas lantai dan menyusunnya
semula.