BAB
10
SOFFIYA
mengatur langkahnya perlahan-lahan menuju ke bilik Syafiq. Sampai saja di depan
pintu bilik, dia terus mengetuk pintu. Apabila terdengar saja arahan masuk
diberikan, Soffiya terus memulas tombol pintu. Terpancul mukanya yang tersengih
sambil memandang Syafiq yang tengah khusyuk mengadap kerjanya. Tekunnya!
“Hah!
Ada apa yang kau datang bilik aku ni,”
kata Syafiq dengan tegas.
“Tak
akan aku nak datang bilik kau dah tak boleh kut? Sejak naik pangkat ni berlagak
sangat!” bidas Soffiya geram dengan perangai Syafiq.
“Aisey…
mulut tu memang tak ada insurans ke? Aku sibuklah banyak kerja nak kena
siapkan. Naik pening kepala aku tahu tak!” Syafiq merungut. “Syam tu pun satu,
semua kerja serah kat aku. Kalau aku tahulah banyak kerja macam ni, aku tak
akan terima jawatan penganti Syam tu,” katanya lagi.
“Tulah
siapa suruh kau terima! Okey apa, sesuai aje kau pegang jawatan penganti Syam
tu. Kau memang layak pun,” balas Soffiya cuba menyakinkan Syafiq.
“Ya
ke?” soal Syafiq kali ni dengan nada yang rendah. Kembanglah tu bila kena puji
sikit!
“Yalah,
siapa lagi yang layak selain dari kau.”
“Oh
ya, yang kau datang bilik aku ni pasal apa?”
“Lupa
pulak aku, ni aku nak serahkan resume
untuk kau tengok. Senarai calon-calon untuk jawatan lama kau tu merangkap
pembantu penolong pengurus!” beritahu Soffiya sambil tergelak. Syafiq terus
menyambut senarai dokumen yang diberikan kepadanya. “Kau jangan lupa pulak,
besok temuduganya, Encik Kamal minta kau temuduga calon-calon ini.”
“Okey,
tu akulah. Dah alang-alang kau datang sini, aku nak tanya kat kau. Qis tu ada
masalah ke? Aku tengok sejak Syam dah berhenti, asyik termenung aje kerjanya.
Pelik aku! Kau kan kawan baik dia, cuba tanya pada dia. Aku sebagai kawan, tak
naklah dia jadi macam tu, jangan campur hal peribadi dengan kerja. Kau nasihat
dia sikit,” terang Syafiq. Soffiya menganggukkan kepalanya saja.
“Hmm…
okeylah. Nanti aku cuba tanya dia. Sejak dia pulang dari kampung, terus jadi
macam tu. Aku pun pelik jugak dengan perangai dia tu,” beritahu Soffiya. “Kalau
macam tu, aku balik tempat aku dululah. Esok, kau jangan lupa pulak pasal temuduga tu.”
“Yalah,
aku ingat,” jawab Syafiq ringkas. Soffiya terus mengaturkan langkahnya menuju
ke tempat Qistina yang tidak jauh dari bilik Syafiq. Soffiya menggelengkan
kepalanya, apabila mendapati Qistina tidak menyedari kehadirannya di situ.
“Qis,”
panggil Soffiya. Qistina terus tersedar apabila terdengar ada orang memanggil
namanya. Qistina berpaling.
“Kau
Fiya, buat apa kau datang sini?”
“Hisy,
kau ni asyik termenung aje kenapa? Ada masalah ke? Syafiq tu, risau kat kau aje,”
Soffiya berterus-terang.
“Kenapa
pulak dia yang risau?” tanya Qistina lagi.
“Dah,
kau asyik termenung aje, kerja tak buat,” beritahu Soffiya saja mengusik
Qistina.
“Dia
ni, sejak dinaikkan pangkat ambil-alih jawatan Syam berlagak pulak! Sakit hati
aku. Selalu cari masalah betullah!” marah Qistina. Qistina mencebik.
“Sudahlah
tu, dia cuma risaukan keadaan kau. Tu aje. Qis, kalau kau ada masalah,
ceritalah kat aku, sekurang-kurangnya tak adalah berat kepala kau nak tanggung
semua masalah tu. Kitakan dah lama kenal, tak akan kau masih tak percayakan aku
lagi,” kata Soffiya. Dia cuba berkongsi masalah dengan Qistina. Dia tahu,
Qistina pasti ada sesuatu yang menganggu fikirannya ketika ini. Dia sebagai
seorang kawan, cuma mengambil berat akan diri Qistina.
“Tengoklah.
Masa rehat nanti aku cerita kat kau. Dahlah, pergi balik tempat kau. Aku nak
sambung buat kerja ni, nanti tak pasal-pasal Encik Syafiq kita tu marah pulak,”
kata Qistina kepada Soffiya. Soffiya
terhibur dengan usikan daripada Qistina sebentar tadi. Sekurang-kurangnya, dia
merasa sedikit lega akan perubahan yang ditunjukkan oleh Qistina. Dia tidak
mahu, Qistina terlalu memikirkan masalah sehingga mengganggu kerjanya.
Tepat
jam 1.00 tengah hari, Soffiya sudah menunggu Qistina di tempat biasa mereka
berdua selalu pergi. Soffiya tidak sabar menunggu kedatangan Qistina di situ.
Apabila Soffiya ternampak kelibat Qistina di gerai itu, terus saja Soffiya
melambaikan tanganya. Qistina terus mengatur tangkah menuju ke arah Soffiya
yang sudah menunggu kedatangannya.
“Fiya,
kau dah pesan makanan?” tanya Qistina.
“Sudah!
Untuk kau sekali,” beritahu Soffiya. Qistina lega. Dia tidak perlu bersusah
payah beratur mengambil makanan. “Qis, tadi kau dah janjikan nak cerita pada
aku, apa masalah kau?” soal Soffiya. Qistina melepaskan keluhan perlahan-lahan.
Nampaknya, dia tidak boleh lari dari Soffiya lagi. Terpaksalah Qistina
bercerita masalahnya kepada Soffiya. Sebelum Qistina memulakan ceritanya,
datang seorang pelayan membawa makanan yang telah Soffiya pesan sebentar tadi.
“Kau
masih ingat lagi tak, aku pernah cerita pada kau yang keluarga aku terima
pinangan Datuk Suffian dan Datin Adibah untuk anaknya Badrul?” Qistina
memulakan ceritanya. Soffiya terus menganggukkan kepalanya. “Sebenarnya, anak
Datuk Suffian yang bernama Badrul tu adalah
Hisyam!” jelas Qistina. Soffiya terkejut dengan pengakuan Qistina sebentar
tadi.
“Apa?
Maksud kau, Hisyam tu adalah Badrul? Macam tu?” soal Soffiya semula untuk
mendapatkan kepastian.
“Yalah,
nama sebenar Syam adalah Badrul Hisyam! Dia anak kedua daripada tiga orang
adik-beradik. Anak kepada Datuk Suffian dan Datin Adibah,” jelas Qistina lagi.
“Aku
tak sangka Qis, rupa-rupanya selama ni kita boleh tertipu dengan Syam. Aku
yakin, Syafiq memang dah tahu pasal hal ini. Lagipun dia sahabat baik kepada
Syam. Mesti dia tahu punya!”
“Entahlah
Fiya, masa mula-mula tu aku pun terkejut jugak, tapi nak buat macam mana lagi, benda
dah jadi.”
“Habis
tu, kau nak teruskan majlis perkahwinan tu Qis?” tanya Soffiya.
“Nampak
gayanya macam tulah. Dah terpaksa! Lagipun aku tak nak keluarga aku dapat
malu,” terang Qistina lagi.
“Bersabarlah
Qis, aku yakin Syam pasti boleh terima kalau kau berbincang baik-baik dengan
dia. Dia okey Qis. Aku doakan kebahagian kau dan dia.”
“Terima
kasih Fiya, kau selalu beri semangat pada aku.”
“Hmm…
sudah-sudahlah tu. Mari kita makan. Nanti sejuk dah tak sedap pulak,” kata
Soffiya. Qistina tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Terasa bebanan yang
ditanggungnya sedikit berkurangan. Mereka berdua meneruskan menikmati hidangan
makan tengah hari itu dengan penuh berselera sekali.
Qistina
sedang khusyuk meneliti kerja diskrin moniter komputernya, kedengaran bunyi
telefonnya berbunyi. Qistina terus mencapai telefon dan jarinya menekan butang
hijau. Qistina terkejut apabila kedengaran suara si pemanggil itu.
“Qis,”
panggil Hisyam.
“Ya,
Ada apa Syam?”
“Qis
sibuk ke?” tanya Hisyam kepada Qistina
“Boleh
tahanlah. Kenapa?” balas Qistina.
“Syam
nak jumpa dengan Qis, boleh tak?” tanya Hisyam lagi. “Pasal hal kita. Syam rasa
kita patut berbincang.”
“Kalau
macam tu, baiklah. Petang nanti kita jumpa,” beritahu Qistina sebelum mematikan
talian telefonnya. Hisyam
merasa sedikit lega apabila Qistina bersetuju untuk berjumpa dengannya nanti. Ya!
Dia harus berterus-terang kepada Qsitina tentang perasaannya terhadap Qistina.
Waktu
petang seperti yang dijanjikan, Qistina berjumpa Hisyam disebuah Taman Reaksi
berdekatan dengan tempat kerja Qistina. Qistina ternampak satu susuk tubuh yang
sedang duduk di sebuah kerusi kayu tidak jauh dari tempat Qistina berdiri.
Qistina mengaturkan langkah mendekati Hisyam yang dengan perlahan-lahan. Hisyam
yang sedang leka memerhati kanak-kanak sedang leka bermain di Taman Rekreasi
itu, tidak menyerdari kehadiran Qistina.
“Assalamualaikum,”
ucap Qistina dengan lembut.
“Wa’alaikumsalam,”
jawab Hisyam. Segera dia mengalihkan pandangannya apabila mendengar suara orang
memberi salam.
“Dah
lama Syam sampai?” tanya Qistina lagi. Qistina terus melabuhkan punggungnya
duduk di kerusi berhadapan mengadap Hisyam.
“Baru
aje,” jawab Hisyam sambil tersenyum.
“Okey,
kita teruskan perbincangan kita,” kata Qistina lagi. Dia tidak mahu menbuang
masa lebih lama di situ.
“Sebenarnya,
Syam tahu yang Qis masih tak boleh melupakan Firkan? Syam tak boleh nak memaksa
Qis untuk menerima Syam. Untuk pengetahuan Qis, Syam dah lama pendamkan
perasaan Syam terhadap Qis. Bukan niat Syam untuk merahsiakan semuanya, tapi
belum masanya untuk Syam dedahkan semuanya. Apa yang Syam mahukan, Syam harap
Qis dapat menerima Syam sebagai seorang kawan seperti selalu. Syam jugak tak mahu
disebabkan kita terpaksa kahwin, Qis nak mengelak dari jumpa dan berkawan
dengan Syam. Syam boleh menerima keadaan Qis seadanya dan Syam tahu, nama Fir
masih terukir diingatan Qis. Syam redha semua tu. Hanya satu yang perlu Qis
tahu, walau apa pun yang terjadi, Syam sentiasa berada disamping Qis,” luah
Hisyam terhadap Qistina. Lega hatinya, apabila sudah meluahkan segala yang terbuku
dihatinya. Walaupun masih banyak rahsia yang disimpannya, baginya biarlah masa
yang menentukan. Qistina hanya diam seribu bahasa, tidak menyangka Hisyam
meluahkan perasaannya terhadap dirinya. Baginya, semua yang terjadi terlalu
mendadak. Dia perlukan masa untuk melupakan semuanya. Dia redha, andai sudah
tertulis jodohnya dengan Hisyam.
“Syam,
tolong bagi Qis sedikit masa untuk terima semua ni,” kata Qistina setelah
mendengar luahan hati Hisyam terhadap sebentar tadi.
“Qis,
ambillah seberapa masa yang Qis perlukan. Syam sanggup tunggu,” beritahu Hisyam
sambil tersenyum. “Oh ya, hari minggu ini Syam ambil Qis kat rumah boleh? Kita
beli barang hantaran sikit,” katanya lagi. Qistina terus mengangguk tanda
bersetuju.
“Hmm…
Kalau tak ada apa-apa lagi Qis balik dulu,” beritahu Qistina. Segera dia bangun
dari kerusinya dan mengatur langkahnya perlahan-lahan. Hisyam hanya memerhati
Qistina sehingga bayangnya hilang dari pandangannya.
HARI minggu seperti yang dijanjikan, Hisyam telah
memandu kereta Mazda miliknya menuju ke rumah sewa Qistina. Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Hisyam tenang memandu keretanya dengan penuh berhati-hati.
“Pin!
Pin!” bunyi hon kereta Hisyam yang baru saja tiba. Hisyam memberhentikan
keretanya di hapadan rumah sewa Qistina. Qistina terus saja menghampiri ke arah
kereta Hisyam yang sedang menunggunya. Soffiya turut menghantar Qistina. Hari
ini keluar untuk membeli barang persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.
Hanya Soffiya saja yang tahu mengenai masalah yang menimpa Qistina dan Hisyam.
Bagi Qistina, belum sampai masanya lagi untuk memberitahu kepada kawan-kawannya
yang lain. Hisyam memandu kereta Mazda dengan tenang. Sesekali matanya beralih
memandang wajah Qistina yang duduk disebelahnya. Langsung tidak mahu berbicara
sepatah perkataan pun.
“Hmm,
nanti kita nak cari barang apa dulu?” tanya Qistina. Tiba-tiba bersuara.
“Kita
cari barang yang penting saja dulu. Mula-mula sekali kita cari cincin,” Hisyam
mengeluarkan cadangan. Qistina yang duduk disebelahnya diam tidak terkata.
Sengaja Hisyam mahu mengenakannya. Hisyam hanya melemparkan senyumananya
apabila melihat reaksi dari Qistina.
Lebih
kurang 45 minit memandu, kereta Mazda yang dipandu Hisyam berenti di pusat
membeli-belah Mid Valley. Hisyam telah meletakkan keretanya di tempat letak
kereta yang telah disediakan. Mereka berdua berjalan beriringan bersama-sama
menuju ke pintu masuk di Mid Valley. Tempat pertama yang mereka kunjungi adalah
kedai menjual cincin. Sampai di kedai cincin, Hisyam meminta Qistina memilih
cincin yang disukainya. Qistina malu untuk memilihnya memandangkan harganya
yang agak mahal. Hisyam tersenyum melihat reaksi Qistina terus saja dia memilih
sepasang cincin emas putih bertatah batu belian, walaupun agak ringkas, tapi
amat sesuai jika di sarungkan di jari manis Qistina. Qistina agak terkejut apabila melihat
harganya.
“Syam
mahalnya, takut Qis nak pakai,” beritahu
Qistina kepada Hisyam.
“Tak
apalah, tak kisah berapa harganya yang penting Syam berkenan dengan cincin tu,
lagi pun Syam tengok cincin tu sesuai sangat dengan Qis,” balas Hisyam semula.
Qistina hanya memerhatikan Hisyam membayar harga cincin itu. Dia turut
menggelengkan kepalanya apabila Hisyam sudah selesai membayar harga cincin itu.
Emm, apa nak buat ikut sajalah! Lagi pun Hisyam yang beria-ria sangat pilih
cincin itu!
Selepas
itu, mereka berdua meneruskan langkah menuju ke arah kedai untuk membeli barang
kelengkapan peribadi untuk dijadikan hantaran. Puas mereka masuk ke semua kedai
untuk membeli keperluan yang lain. Setelah penat berjalan di dalam pusat
membeli belah tersebut, akhirnya Qistina meminta diri untuk pulang ke rumah.