Haris Iskandar memandu kereta model Audi S4 berwarna hitam dengan laju menuju ke hospital secepat yang mungkin, membawa isterinya yang mahu melahirkan anak. Sampai di pintu kecemasan Hariz cepat memanggil jururawat di situ.
“Cepat nurse isteri saya nak bersalin,” ujar Hariz gelisah sambil berlari ke arah nurse dengan pantas nurse menolak katil menuju ke bilik bersalin.
“Maaf, Encik tidak dibenarkan masuk,” kata seorang nurse disitu. Hariz berdiri di ruang menunggu sekejap duduk sekekap berdiri dia merasa begitu risau sekali menunggu sedangkan isterinya tengah bertarung nyawa melahirkan zuriatnya.
Setelah beberapa jam kemudian, doktor keluar dari bilik bersalin dan memberitahu isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki tetapi malangnya isterinya mengalami pendarahan yang banyak.
“Maafkan kami Encik Hariz, kami dah cuba sedaya-upaya menyelamatkan nyawa isteri Encik Hariz tetapi Allah s.w.t lebih sayangkan isteri Encik Hariz, saya harap Encik Hariz bersabar dengan apa yang terjadi.” kata doktor yang merawat isterinya tadi.
Hariz menuju ke bilik bersalin tadi melihat jenazah isterinya buat kali terakhir. Dengan pantas dia mengalirkan air mata di atas pemergian isterinya.
“Abang berjanji akan menjaga anak kita dengan baik dan dengan penuh kasih sayang, terima kasih sayang sebabkan lahirkan zuriat abang, tenanglah sayang di sana semoga rohkan sayang di tempatkan di golongan orang-orang yang beriman” kata Hariz sambil mencium dahi jenazah isterinya dengan penuh kasih sayang.
Salam ziarah. Sdg membaca e-novel awk.
BalasPadamVirtual writer:semoga terhibur ye
BalasPadamsaya pun sama duk baca e-novel saudari..
BalasPadamhope sudilah singgah blog saya jugak..
http://akuslamber.blogspot.com/
ok
BalasPadamsalam... akak, kenapa tak panjangkan sikit bab ni?
BalasPadamFieyza:mcm mana nk bg panjangkan lg..insyallah akak akan cuba baiki lg
BalasPadam