Senarai Kawan

Isnin, 27 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 18


BAB 18
Syafiq sedang leka mengemas barang yang hendak di bawanya ke London nanti bersama dengan ibunya Puan Maimon. Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah, ibunya terus turun dari biliknya dan meninggalkan Syafiq yang masih sibuk mengemas barang-barangnya lagi.
“Assalammualaikum”. Jawab Salwa yang baru saje tyrun dari kereta.
“Waalaikumsalam”. Jawab Puan Maimon ibu kepada Syafiq.
“La..Salwa rupanya, mak cik ingatkan siapa lah tadi yang datang. Anis dan Meerul pun ada juga.” Ujar Puan Maimon lagi dan mempersilakan mereka masuk ke dalam rumahnya.
“Kenapa tak beritahu dulu nak datang boleh mak cik sediakan apa yang patut. Syafiq ada dekat atas tak habis kemas lagi barangnya. Mak cik pangggil kan dia kejap, kamu semua duduk dulu.” Beritahu Puan Maimon lagi. Mereka bertiga melabuhkan punggung duduk di kerusi yang telah disediakan. Puan Maimon yang ingin menaiki tangga terlihat Syafq yang baru saja turun. Puan Maimon tidak jadi merenuskan langkahnya memanggil Syafiq. Syafiq terus pergi ke arah kawannya yang sedang duduk di ruang tamu.
“Hai semua.” Tegur Syafiq kepada kawannya itu.  Lantas mereka terus berpaling ke arah Syafiq. Syafiq mengalihkan pandangannya ke arah Anis Najwa dan Ameerul dengan melemparkan senyuman. Salwa yang berada di situ hanya memerhati gelagat kawannya itu.
“Wa, kenapa tak beritahu yang Anis  dan Meerul pun nak datang jugak.” Tanya Suafiq kepada Salwa.
“Aku saja je tak beritahu dekat kau, nak buat kejutan. Sebenarnya Anis ni yang nak sangat jumpa dengan kau sebelum kau pergi ke London, jadi aku pun temankan lah. Kau jangan risau lah, lagi pun dah lama kita tak berkumpul macam ni kan.” Terang Salwa lagi.
“Bila Fiq nak bertolak” Soal Anis Najwa tiba-tiba saja mencela.
“Hari Rabu ni” Jawab Syafiq ringkas dan mereka masing-masing mendiamkan diri.
“Uncle Fiq nak pergi mana?” Soal Ameerul  yang sedari tadi hanya diam.
“Uncle nak pergi sambung belajar dekat London.” Jawab Syafiq.
“London tu jauh ke?” Tanya Ameerul lagi.
“Mesti lah jauh sayang, kena naik kapal terbang tau.” Terang Syafiq lagi.
“Oh...macam tu, baru Meerul tahu.” Jawab Ameerul sambil memuncungkan mulutnya. Masing-masing yang berada di situ terus ketawa melihat karenah Ameerul.
“Mari duduk dekat sini semua. “ Jemput Puan Maimom. Mereka semua bangun dari tempat duduk dan menuju ke meja makan.
“Wah, ada ayam goreng.” Ujar Ameerul kelihatan begitu gembira sekali.
“Nasib baik kamu semua datang awal, mak cik dengan Syafiq pun belum makan tengah hari lagi, sibuk sangat tolong Syafiq mengemas barangnya.” Beritahu Puan Maimon. Mereka terus melabuhkan punggung masing-masing di kerusi.
“Meerul suka ayam goreng kan? Uncle Fiq bagi ayam goring dekat Meerul.” Beritahu Syafiq kepada Ameerul sambil tangannya meletak kan seketul ayam goring  ke dalam pinggan Ameerul. Anis Najwa menggelengkan kepalanya saja.
“Meerul baca doa makan.” Ujar Syafiq lagi sambil menadah tangannya. Mereka semua turut begitu. Selesai saja Ameerul membaca doa makan mereka semua makan dengan begitu berselera sekali.
Usai saja mereka makan tengah hari, mereka lepak di beranda di rumah Syafiq yang terletak di luar. Mereka bersembang seperti biasa, terselah kemesraan mereka bertiga. Anis Najwa bangun untuk memanggil Ameerul pulang, tetapi tiba-tiba pandangannya menjadi kabur, Salwa dan Syafiq yang menyedari terus memimpin Anis kembali duduk semula.
“Kenapa ni Anis?” Soal Salwa.
“Tiba-tiba saja Anis rasa nak pitam.” Jawab Anis. Syafiq dan Salwa mula risau melihat keadaan Anis Najwa
“Kalau macam tu kita bawak Anis pergi klinik dulu dekat sini.” Beritahu Syafiq. Syafiq terus masuk ke dalam rumahnya dan menuju ke bilik mengambil kunci kereta dan dompetnya. Puan Maimon yang kelihatan begitu risau melihat Syafiq yang terkejar-kejar terus bertanya kepada Syafiq.
“Fiq kenapa ni?” Soal Puan Maimon.
“Anis, tiba-tiba je nak pitam, Fiq dengan Salwa nak bawa Anis pergi klinik dulu. Mak tolong jaga Meerul sekejap.” Beritahu Syafiq kepada ibunya.
“Baiklah, bawak kereta itu elok-elok tau.” Ucap Puan Maimon lagi. Salwa terus memimpin Anis Najwa masuk ke dalam kereta, Syafiq terus memandu keretanya menuju ke klinik berdekatan.

Salwa menemankan Anis Najwa berjumpa dengan doctor di dalam bilik sementara Syafiq hanya menunggu di luar. Dia kelihatan begitu risau sekali. Doktor yang merawat Anis Najwa tersenyum riang apabila melihat rekod keputusan ujian terhadap Anis Najwa. Anis Najwa dan Salwa saling berpandangan .
“Tahniah Puan Anis. Puan hamil tiga minggu,” beritahu Dr. Nora.
“Alhamdullillah…” Hanya ucapan kudus itu yang lahir daripada mulut Anis Najwa sebaik kehamilannya disahkan.
“Puan kena banyakkan berehat pada awal-awal kehamilan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Biasanya, kehamilan pertama memang banyak risiko. So, kena berhati-hati. Banyakkan berehat dan jangan buat kerja yang terlalu berat. Pemakanan perlu dijaga. Makan makanan seimbang. Banyakkan sayuaran dan buah-buahan.” Panjang lebar Dr. Nora memberikan nasihat kepada Anis Najwa.
“Tahniah Anis.” Ucap Salwa kelihatan begitu gembira sekali apabila kawan baiknya disah hamil.
“Terima kasih doktor.” Ucap Anis Najwa. Mereka terus keluar dari bilik rawatan it, terus menghampiri Syafiq yang kelihatan begitu gelisah sekali.
“Anis, Salwa doktor cakap apa?” Soal Syafiq yang kelihatan gelisah. Salwa dan Anis Najwa ketawa melihat reaksi Syafiq.
“Yang korang ketawa tu apa pasal? Aku dah naik risau ni.” Terang Syafiq lagi sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Doktor cakap Anis pregnant dah tiga minggu sebab tu lah nak pitam je tadi.” Terang Salwa kepada Syafiq.
“Betul ke?” Soal Syafiq lagi. Anis Najwa terus menganggukkan kepalanya.
“Tahniah Anis.” Beritahu Syafiq lagi.
“Sudahlah, mari kita balik nak ambil Meerul dan kereta aku sekali dekat rumah kau Fiq.” Ujar Salwa. Mereka terus menuju ke arah kereta. Syafiq memandu keretanya dengan penuh berhati-hati menuju ke rumahnya untuk mengambil Ameerul dan kereta Salwa yang ditinggalkan di rumah Syafiq semasa hendak membawa Anis Najwa ke klinik berdekatan.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan