Senarai Kawan

Rabu, 6 Julai 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 20


BAB 20
Kedua-dua belah keluarga berkumpul kelihatan begitu meriah sekali lebih-lebih apabila di beritahu yang mereka akan mendapat seorang lagi cucu. Anis Najwa dan Hariz Iskandar menjadi bahan usikan oleh kedua-dua belah keluarga.
“Tak sabar saya nak timbang cucu Kalsom.” Ucap Datin Salmah ibu Hariz Iskandar kepada Puan Hajah Kalsom ibunya Anis Najwa.
“Itu lah Salmah, saya pun gembira sangat ni, lebih-lebih lagi masa Hariz telefon beritahu yang Anis tu mengandung.” Jawab Puan Hajah Kalsom pula. Kelihatan Hariz Iskandar dan Anis najwa tersipu menahan malu apabila di usik.
“Sudahlah tu Salma, makanan dah siap ke? Abang dah lapar ni.” Ucap Dato’ Sharuddin yang lain turut ketawa.
“Yelah, saya pergi siapkan.” Jawab datin Salmah. Dia segera pergi menuju ke dapur di ikuti oleh Puan Hajah Kalsom dan Anis Najwa.
“Banyaknya mama masak?” Tanya Anis Najwa apabila melihat ibu mertuanya menghidangkan makanan di atas meja makan.
“Apa salahnya Anis, bukan selalu pun kita dapat berkumpul macam ni.” Jawab Datin Salmah. Anis Najwa turut membantu ibu dan mamanya menghidangkan makanan. Sedang mereka asyik menghidangkan makanan di atas meja, kedengaan suara orang member salam, terus mereka semua menjenguk. Kelihatan Haikal bersama dengan Salwa memasuki rumah itu. Masing-masing memandang ke arah Haikal dan Salwa. Haikal memegang tangan Salwa memasuki rumah itu. Anis Najwa ternyata terkejut melihat Salwa bersama Haikal.
“Karl tak mahu kenalkan kawan yang dekat sebelah tu ke?” Tanya Hariz Iskandar. Haikal tersenyum sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Salwa yang berada disebelahnya sudah menahan malu. Masing-masing ketawa melihat gelagat Haikal dan Salwa. Haikal terus memperkenalkan Salwa kepada tetamu yang berada disitu.
“Diam-diam bercinta dengan Haikal langsung tak beritahu aku, pandai kau simpan rahsia ya Wa.” Soal Anis Najwa kepada kawan baiknya itu.
“Sorrylah, aku takut tak jadi sebab tu aku tak beritahu dekat kau, kalau aku beritahu pun tak pasal-pasal kau ketawakan aku.” Jawab Salwa selamba.
“Dah lama ke kau bercinta dengan Haikal tu?” Soal Anis Najwa lagi.
“Baru je, kami masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain.” Balas Salwa lagi.
“Baguslah tu, nanti kau jadi adik ipar akulah kan. Tak sangka betul aku Wa.”
“Oh..ya, baru aku ingat. Hari rabu ni Fiq bertolak ke London? Kau nak pergi tak?” Tanya Salwa kepada Anis Najwa.
“Entahlah, aku kena minta izin suami aku dulu.” Jawab Anis Najwa perlahan.
“Kau?” Tanya Anis kepada Salwa.
“Aku mestilah kena pergi, kita kan dah lama berkawan. Kalau kau nak pergi Anis beritahu aku nanti kita pergi sama-sama.”
“Okey! Nanti aku tanya suami aku dulu.” Sementara itu, Hariz Iskandar pergi ke arah Haikal yang sedang duduk di beranda rumahnya.
“Karl, abang nak tanya ni? Bila Karl bercinta dengan Salwa?”
“Baru je bang, kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing.” Jawab Haikal kepada abangnya Hariz Iskandar.
“Baguslah kalau macam itu, abang tengok Salwa tu pun baik boleh tahan orangnya jugak.” Beritahu Hariz Iskandar lagi.
“Abang Riz, Karl nak ucapkan tahniah dekat abang sebab tak lama lagi abang akan dapat anak.”
“Terima kasih Karl.” Ucap Hariz Iskandar.
“Papa, Uncle Karl mama ajak makan.” Beritahu Ameerul sambil memanggil Hariz Iskandar dan Haikal. Mereka turut mengikuti langkah Ameerul masuk ke dalam rumah untuk makan tengah hari. Hariz Iskandar duduk disebelah Anis Najwa sementara Haikal duduk disebelah Salwa. Mereka semua masing-masing begitu gembira sekali apabila dapat berkumpul dengan begitu meriah sekali lebih-lebih lagi melayan karenah Ameerul yang menghiburkan. Salwa membantu Anis Najwa mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangguk setelah selesai makan tengah hari tadi.
“Anis, sudahlah tu, biar aku yang buat. Kau tu mengandung kena banyakkan berehat. Sudah-sudah kau duduk sini.” Beritahu Salwa kepada Anis Najwa sambil menyuruh Anis Najwa duduk di kerusi. Anis Najwa menemani Salwa membasuh pinggan mangkuk di dapur.
“Salwa, terima kasih.” Ucap Anis Najwa.
“Sudahlah tu, kau tu yang kena banyak berehat jangan buat kerja banyak sangat, kena jaga kandungan jugak.” Terang Salwa lagi. Setelah selesai kerja di dapur, Salwa dan Anis Najwa menuju ruang tamu. Mereka semua berkumpul di situ. Haikal membisikkan sesuatu di telinga Salwa.
“Mama, papa Karl nak hantar salwa balik dulu.” Beritahu Haikal. Datin Salmah dan Dato’ Sharuddin terus memalingkan mukanya ke arah Haikal dan Salwa.
“Cepatnya nak balik?” Jawab Datin Salmah.
“Karl ada kerja nak buat lepas ni.” Jawab Haikal selamba. Salwa terus menghampiri Datin Salmah dan menyalaminya.
“Nanti Salwa datang lagi tau, jangan malu-malu pulak.” Beritahu Datin Salmah lagi.
“Insyallah.” Jawab Salwa ringkas. Salwa turut bersalaman dengan keluarga Anis Najwa dan kawannya itu.
“Anis, aku balik dulu. Kita jumpa hari rabu ni.” Ujar Salwa kepada Anis Najwa. Anis Najwa menganggukkan kepalanya.

Anis Najwa sedang berehat di katilnya, memandangkan sekarang ini tengah musim cuti persekolahan malam ini mereka akan bermalam di rumah mertuanya itu. Hariz Iskandar yang melihat keadaan isterinya itu terus menghampirinya.
“Sayang okey ke?” Soal Hariz Iskandar.
“Anis okey je bang, cuma letih sikit je. Abang jangan risau sangat.” Jawab Anis Najwa.
“Tadi abang dengar Salwa cakap jumpa hari rabu ini. Ada apa-apa ke sayang?” Tanya Hariz Iskandar.
“Oh..pasal tu. Hari rabu ni Syafiq bertolak ke London jadi Salwa ajak Anis pergi sekali hantar Syafiq dekat airport.” Jawab Anis Najwa kepada suaminya.
“Abang izinkan Anis pergi.” Jawab Hariz Iskandar. Lantas Anis berpaling ke arah Hariz Iskandar kerana mengizinkannya menghantar Syafiq ke airport.
“Betul ke bang?” Tanya Anis Najwa lagi. Hariz Iskandar menganggukkan kepalanya.
“Terima kasih bang.” Ucap Anis Najwa tersenyum lantas terus mencium dahi suaminya itu. Hariz Iskandar membalas senyuman isterinya itu. Mereka terus tidur dengan lenanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan