Senarai Kawan

Isnin, 11 Jun 2012

Aku Juga Mencintaimu-Bab 19


NADIA menghempas pintu biliknya dengan kasar sebaik saja pulang dari rumah keluarga Hisyam. Beg tangannya di lempar ke atas katil. Sakit hatinya sekarang ini. Pembantu rumahnya, Mak Yam hanya memandang tingkah laku anak majikannya itu. Takut hendak menegur anak majkannya itu selalu sangat berangin. Apabila berada di dalam biliknya, Nadia menolak ke semua barang di atas meja soleknya itu.Begitulah dia melepaskan kemarahannya.
            “Tak guna punya jantan! Sanggup kau buat aku macam ni!” tempiknya dengan kasar. Tiba-tiba saja pintu biliknya di ketuk oleh Datin Safura. Nadia terus membuka pintu biliknya itu. Terpancul muka Datin Safura di hadapannya.
            “Kenapa bising-bising ni? Mummy dan daddy nak tidur pun tak boleh. Nad ada masalah ke?” tanya Datin Safura semula.
            “Nad okey, mummy jangan risau. Pergilah tidur,” sambungnya lagi. Nadia cuba mengawal percakapannya. Dia tidak mahu mummynya mengesyaki apa-apa terhadapnya.
            “Betul ni?” tanya Datin Safura semula. Ingin mendapatkan kepastian. Nadia terus menganggukkan kepalanya. Selepas itu, dia terus menutup semula pintu biliknya semula dan merebahkan dirinya di atas katil.
            Nadia tidak menduga sama sekali, Hisyam telah berkahwin dengan Qistina. Bukannya, Hisyam tidak tahu tentang perasaannya terhadap Hisyam. Cuma, Hisyam sendiri yang menolaknya. Hisyam cuma menganggap sebagai seorang kawan dan tidak lebih dari itu. Sudah lama mereka berdua berkawan. Sudah lama juga Nadia menyimpan perasaan terhadap Hisyam. Ternyata, Hisyam lebih rela memilih Qistina dari dia sendiri. Kalau nak dibandingkan, dia jauh lebih cantik dan seksi daripada Qistina.
            Nadia cemburu melihat kemesraan yang terjalin diantara Hisyam dan Qistina tadi. Seolah-olah, Hisyam telah melupakan dirinya. Argh… Nadia harus bertindak secepat yang mungkin. Hisyam adalah miliknya. Dia harus merampas haknya kembali! Dalam keadaan marah, akhirnya Nadia terlena juga.
            Selepas bersarapan, Nadia terus memandu keretanya pergi ke rumah Datin Adibah. Malam tadi, dia sudah berjanji akan menemani Datin Adibah ke Salon untuk membuat rawatan muka. Setelah memakirkan kereta di hadapan rumah milik keluarga Hisyam, Nadia terus melangkah masuk menuju ke rumah banglo tiga tingkat itu. Dia melihat Hisyam yang sedang duduk di gazebo di luar rumahnya, terus saja Nadia menghampiri Hisyam dan memeluknya daripada belakang. Hisyam terkejut dan tergamam dengan perbuatan Nadia itu.
            “Nad, dah lama ke you sampai?” tegur Hisyam sambil melepaskan pelukan daripada Nadia. Dia tidak mahu Qistina melihatnya. Pasti perang besar nanti.
            “I baru aje sampai lepas tu nampak you dekat sini, terus I jumpa you dulu,” jawabnya selamba. Hisyam menggelengkan kepalanya saja. Sudah masak dengan perangai manja nadia sorang ini. Perangai memang tak beruba-ubah, manja sangat!
            “You datang rumah I pagi-pagi ada apa?” tanya Hisyam semula.
            “Mama you, mintak I temankan dia pergi salon. I ikut aje.”
            “You dengan mama I sama aje. Muka tu dah cantik tak payahlah nak membazir duit lagi. Simpan lagi elok,” sindir Hisyam sambil ketawa.
            “Orang perempuan berdandan cantik ni sebab lelaki jugak. You aje yang tak faham-faham. Dahlah, malas I nak cakap dengan you,” jawabnya dengan nada merajuk.
            “Alah… you pun nak merajuk jugak. Nanti I belanja you makan ek…” ucapkan seperti memujuk. Cair Nadia dengan pujukan Hisyam.
            “Betul ni? Janji?” Hisyam terus mengangguk seolah-olah mengiakan saja. Nadia terus memegang tangan Hisyam.
            “Ehem… ehem…” deheman itu membuatkan Hisyam dan Nadia tersentak. Terus saja Hisyam melepaskan tangan Nadia. Kecut perutnya apabila Qistina tajam merenungnya. Alamak, Qistina dah nampak pula. Tak pasal-pasal merajuk nanti. Hisyam terus menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
            “Ini airnya. Abang minum dulu. Qis nak masuk ke dalam sekejap.” Qistina terus meletakkan gelas yang berisi air nescafe kegemaran suaminya itu. Selepas itu dia terus berlalu meninggalkan Hisyam yang masih terkebil-kebil di situ. Sempat Qistina menjelingkan matanya ke arah Hisyam dan Nadia. Nak mesra pun agak-agaklah, ni depan aku. Hisyam tu suami aku tahu tak! Gerutu hatinya. Geram dengan perangai gedik Nadia itu. Hisyam ni pun satu, selamba aje biarkan Nadia tu pegang tangan dia! Hisyam yang nampak Qistina berlalu terus saja mengejarnya daripada belakang. Dia tahu pasti Qistina kecil hati dengannya. Dia tidak sangka Nadia berani pegang tangannya. ‘Maafkan abang Qis…’ bisik hatinya.
            Di dalam bilik, Qistina menangis semahunya. Sakit hatinya apabila melihat perangai Nadia. Seperti sudah dirancang oleh Nadia sendir. Nadia sengaja untuk menyakiti hati dan perasaan. Hisyam seperti merelakan saja merelakan saja apabila Nadia berbuat begitu terhadapnya. Geram dengan perangai Hisyam itu. Adakah dia cemburu? Kata orang, cemburu tandanya sayang. Jangan-jangan dia sudah mula menyayangi Hisyam. Memang Qistina akui, dia cemburu melihat kemesraan yang terjalin di antara Hisyam dan juga Nadia. Tanpa Qistina sedar, Hisyam memasuki bilik mereka. Hisyam memandang wajah Qistina yang hampir sembab akibat memangis. Timbul rasa kesian melihat wajah isterinya itu. Hisyam terus merapati batang tubuh Qistina yang sedang duduk di pinggir katil. Sendu masih berlagu dari isterinya. Bahu Qistina dipegang perlahan namun cepat ditepis oleh Qistina.
            “Kenapa Qis menangis?” soal Hisyam, lembut dan penuh tertib.
            “Mana ada menangis. Qis tengah suka ni sebab baru aje tengok drama swasta kat bawa sana. Tapi yang bestnya drama ni bukan dekat dalam TV, tapi Qis tengok secara langsung depan mata. Mereka salah tempat shooting ke bang?” sinis Qistina menyindir. Air mata yang makin beranak sungai di pipi di sapu kasar.
            “Qis cemburu tengok abang dengan Nadia?” tanya Hisyam kepada Qistina. Qistina tidak memandang sebaliknya senyap. “Qis sendiri yang cakap, Qis tak sayang abang,” sambung Hisyam, sengaja mahu menduga hati Qistina.
            “Mestilah, Qis cemburu tengok abang bermesra dengan Nadia. Qis isteri abang yang sah. Qis berhak cemburu. Abang tu yang tak patut buat Qis macam ni! Qis sedar siapa diri Qis. Qis tak layak untuk abangkan,” luah Qistina sambil menahan sebak. Hisyam melepaskan keluhannya perlahan-lahan.
            “Siapa cakap? Abang sayang dan cintakan Qis separuh daripada nyawa abang sendiri. Qislah nyawa abang. Abang tak boleh hidup tanpa Qis,” beritahu Hisyam semula. Qistina terharu mendengarnya.
            “Kalau abang sayang dan cintakan Qis, kenapa abang layan Nadia tu?”
            “Okey, abang mintak maaf. Abang mengaku kesalahan abang. Qis sayang abang?” soal Hisyam sambil menggenggam erat kedua-dua tangan Qistina.
            “Qis jugak sayang, kan abang.” Hisyam terkejut dengan pengakuan yang terbit dari bibir isterinya itu. Qistina malu.
            “Betul Qis sayang, kan abang?” Qistina terus menganggukkan. Kemudian, menyembamkan wajahnya ke pelukan Hisyam. Malu sangat! Hisyam tersenyum akhirnya doanya termakbul juga.
            “Kalau macam tu, mari kita balik rumah kita sekarang. Abang dah tak sabar ni.” Qistina terus memukul dada Hisyam. Gatal betul!
            “Syam dan Qis bawak beg ni nak pergi ke mana?” soal Datuk Suffian sebaik saja melihat Hisyam menjinjit beg pakaiannya.         
            “Kami nak balik rumahlah pa. Tiba-tiba teringatkan Mak Piah yang sorang-sorang dekat rumah tu. Kesian pula dekat dia,” beritahu Hisyam.
            “Tapi, mamakan tak ada. Tunggulah mama balik dulu.”
            “Emm, tak apalah pa. Nanti mama balik, papa bagitahulah padanya nanti.”
            “Kalau macam tu, tak apalah. Hati-hati memandu tu.” Hisyam dan Qistina terus bersalam dengan Datuk Suffian.
            Kemudian, kereta Mazda milik Hisyam hilang dari pandangannya.  Hisyam memandu dengan penuh berhati-hati sambil tangannya menggenggam tangan Qistina. Mereka berdua merasa sungguh bahagia sekali. Mak Piah, berlari-lari anak apabila mendengar suara orang memberi salam. Segera dia membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat Hisyam dan Qistina berdiri di depannya.
            “Laa… Syam dengan Qis rupanya. Mak Piah ingatkan siapalah tadi yang beri salam. Eh.. bukan ke Syam kata nak balik esok? Kalau tak silap Mak Piah, Syam dan Qis ambil cuti hari isninkan,” tanya Mak Piah kehairanan.
            “Ohh… memang pun kami berdua cuti Mak Piah, tiba-tiba rasa nak balik hari ni pula. Kesian tinggalkan Mak Piah sorang-sorang kat rumah ni,” bidas Hisyam.
            “Hish, budak ni! Tak payah nak risaukan Mak Piah. Mak Piah elok aje tinggal sorang-sorang dekat sini,” balas Mak Piah kembali.
            “Kalau macam tu, kami masuk bilik dululah. Mak Piah tak payah masak untuk tengahari ni, kami dah makan kat rumah mama dan papa tadi,”  ucapnya lagi.
            “Eloklah tu. Kamu berdua berehat dulu. Mesti penatkan,” perli Mak Piah. Macam faham-faham aje.  Hisyam dan Qistina terus bergerak menuju ke bilik mereka berdua.
            “Abang ni tak tahu malulah. Ada ke cakap macam tu dekat Mak Piah. Nanti dia fikir apa pula,” marah Qistina. Malu betul dia dengan Mak Piah tadi.
            “Ala… sayang marah ke? Abang tak sengaja nak cakap macam tulah sayang. Lagipun Mak Piah faham suami isteri nak bermesra.”
            “Tak ada maknanya bang… Malu Qis tadi tau tak!”
            “Okey, okey, abang janji tak cakap main lepas lagi,” sambil memujuk Qistina. “Sayang, jom,” ajak Hisyam sambil member isyarat matanya.
            “Apa jom, jom… Abang ni agak-agaklah. Siang lagi ni. Kalau nak pun malam-malam nantilah,” ucap Qistina dengan nada kasar. Adui! Merajuklah pula!
            “Sayang masih marah kat abang lagi ke?” tanyannya sambil menghampiri tubuh Qistina dengan lebih dekat lagi.
            “Yalah,” jawab Qistina ringkas.
            “Abang minta maaf kalau buat sayang terasa.” Hisyam terus mengucup dahi Qistina dan terus berlalu meninggalkan Qistina sendirian dibiliknya. Hisyam berdiri mengadap Qistina. Hisyam tahu pasti Qistina kecil hati dengan perangainya sebentar tadi. Bukan niatnya untuk berbuat sebegitu tetapi hari ini dia begitu gembira sekali apabila Qistina meluahkan isi hatinya pagi tadi. Sebab itu, dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mereka. Dia hendak meluangkan masa dengan Qistina berdua. Bukan sebab dia mahu Qistina menjalankan tanggungjawabnya. Dia tidak pernah memaksa Qistina. Dia tidak mahu Qistina salah faham dengan kehendaknya. Cukuplah sekadar Qistina sudah menerima dirinya seadanya. Qistina hanya memandang tubuh Hisyam yang sudah hilang dari biliknya dengan pandangan cukup sayu. Qistina menelan air liurnya. Tak akanlah Hisyam kecil hati dengannya? Bukan niatnya menengking Hisyam, cuma dia malu dengan Mak Piah.
            Di pejabat Qistina termenung. Dia masih tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya. Fikirannya melayang entah ke mana. Sejak dua tiga hari ini, Hisyam bersikap dingin dengannya. Qistina runsing memikirkan tentang layanan Hisyam terhadapnya. Adakah Hisyam masih marahkan dia kerana Qistina meninggikan suaranya? Qistina sendiri buntu memikirkannya. Soffiya hanya menggelengkan kepalanya saja apabila melihat sikap Qistina itu. Memang dia perasan semenjak ni Qistina selalu termenung di tempat kerja. Mungkin dia ada masalah dengan Hisyam. Soffiya cuba mendekati Qistina dengan lebih dekat lagi. Dia menyentuh bahu Qistina.
            “Qis, tegurnya.” Qistina terus berpaling memandang wajah sahabatnya itu. “Kau ada masalah dengan Syam ke? Aku tengok kau asyik termenung aje? Cuba kau cerita kat aku masalahnya, manalah tahu aku boleh tolong,” kata Soffiya lagi. Qistina dengan berat hati terus meluahkan maslaahnya kepada Soffiya.
            “Entahlah Fiya. Syam sejak dua tiga hari ni asyik nak mengelak dari jumpa aku. Aku pun tak tahu apa masalahnya,” luah Qistina terus-terang.
            “Mungkin dia sibuk tak,” duga Soffiya cuba menyakinkan Qistina.
            “Aku tak tahu. Mungkin salah aku juga. Mungkin aku tak beri perhatian pada dia sebab tu dia merajuk kut.”
            “Kau juga yang kata hari tu, kau dengan dia dah luahkan perasaan masing-masingkan. Sekarang apa masalahnya lagi.”
            “Tulah pasal. Aku pun hairan dengan sikap dia. Tak pernah dia layan aku macam ni.”
            “Jangan-jangan dia ada masalah tak?” Qistina menjongketkan kedua-dua bahunya tanda  dia tidak tahu. “Oh ya, kalau tak silap akulah, tak lama lagi hari jadi Syamkan.” Qistina terus terkejut apabila mendengar kata-kata dari Soffiya. Kemudian, terus dia mencapai kalendar yang berada di atas mejanya.
            “Yalah, lusa hari jadi dia. Ya Allah, macam-mana aku boleh lupa Fiya. Nasib baik kau ingatkan,” adu Qistina.
            “Tulah kau. Asyik fikirkan benda lain aje. Hari jadi suami sendiri pun tak ingat,” tempelak Soffiya. “Kau cakap Syam merajuk dengan kaukan, apa kata kau ambil peluang ni pujuk dia balik. Kau buatlah suasana romantik sikit mesti dia cair punyalah,” Soffiya memberi cadangan kepada Qistina. Qistina terus tersenyum.
            “Tak sangka aku Fiya, kau lebih cerdik dari aku,” puji Qistina kepada Soffiya.
            “Mestilah, akukan bakal kak ipar kau.” Kemudian, mereka berdua sama-sama ketawa. Soffiya pantang dapat puji sikit, mulalah angkat bakul sendiri!
            Hari in, hari ulangtahun kelahiran Hisyam. Sengaja Qistina mengambil cuti. Kebetulan pula, Mak Piah tiada di rumah, dia terpaksa balik ke kampungnya di Kedah kerana ada urusan keluarga yang perlu di selesaikan. Qistina mengambil peluang ini, untuk menyediakan segala keperluan untuk meraikan ulangtahun kelahiran Hisyam. Hari ini, Qistina ingin memasak sesuatu yang istimewa untuk suaminya yang tersayang. Pagi tadi, semasa Hisyam tengah bersiap untuk ke pejabat, Qistina sudah memesan memintanya pulang awal ke rumah kerana ada sesuatu untuk diberikan kepada Hisyam. Hisyam hanya menurut saja kata Qistina. Hisyam tidak mahu isterinya itu berkecil hati.
            Sejak dua tiga hari ini, bukan niat dia hendak bersikap dingin terhadap Qistina, tidak pernah terlintas di kepalanya untuk menyakiti hati dan perasaan Qistina. Memang dia sendiri akui, barangkali Qistina berkecil hati dengan layanannya terhadap isterinya itu. Dia terlalu sibuk dengan urusan kerjanya dipejabat. Oleh sebab itu, dia tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap isterinya itu. Hisyam tidak menyangka pagi tadi, Qistina memesan memintanya pulang awal ke rumah. Dia mengambil peluang ini untuk memujuk Qistina semula. Hisyam juga telah membeli hadiah seutas rantai untuk di hadiahkan kepada isterinya itu. Hisyam tidak sabar untuk pulang ke rumahnya dan menghadiahkan rantai buat Qistina.
            Qistina telah selesai menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Rasa tidak sabar menunggu kepulangan Hisyam. Qistina telah menyediakan satu kejutan special untuk suaminya itu. Pasti Hisyam akan menyukainya. Qistina memandang jam di dinding melihat sudah berginjak ke pukul 7.00 malam. Pasti sekejap lagi Hisyam akan sampai. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta memasuki garaj rumahnya. Qistina bergegas membuka pintu untuk menyambut kepulangan suaminya itu. Hisyam tersenyum apabila melihat Qistina tengah menunggu di pintu masuk rumahnya.
            “Abang, kita solat berjemaah sama-sama dekat bilik tetamu ya,” beritahu Qistina. Hisyam terkejut apabila Qistina berkata begitu.
            “Kenapa tak kat bilik kita aje?”
            “Bilik tu bau busuk sangat, tadi ada tikus mati,” jawabnya selamba. Alamak, apa yang aku cakap ni. Bantai ajelah!
            “Tikus mati?”
            “Haah, tapi Qis dah buang, cuma baunya tu masih melekat lagi.”
            “Emm, tak apalah. Abang pergi mandi dulu.”
            “Okey, pakaian abang Qis dah letakkan kat dalam bilik tetamu tu,” beritahunya lagi. Hisyam terus berlalu menuju ke bilik yang tetamu. Nyaris-nyaris dia terlepas cakap tadi. Dia mengurutkan dadanya tanda lega. Selesai saja mandi dan bersolat berjemaah bersama-sama, Qistina terus mengajak Hisyam ke meja makan. Mata Hisyam terkelip-kelip memandang hidangan yang terhidang di atas meja makan itu. Tanpa membuang masa, setelah membaca doa makan mereka berdua menikmati hidangan itu dengan penuh berselera sekali.
            Selepas itu, Qistina memegang tangan Hisyam dan memimpinnya menuju ke arah bilik mereka. Hisyam terpegun apabila melihat suasana di dalam biliknya itu. Tak sangka Qistina telah menghiaskan bilik mereka dengan begitu cantik dan indah sekali. Tidak lupa juga, Qistina menabur kelopak bunga ros kesukaannya di atas katil mereka. Hisyam sudah tersenyum melihatnya. Lebih terkejut lagi apabila Hisyam melihat Qistina yang baru keluar dari bilik air dengan baju tidur seksi yang dihadiahkan olehnya. Dia menelan air liurnya saja memandang Qistina. Segera dia mendekati Qistina dengan lebih dekat lagi. Kedua-dua tangannya sudah memeluk pinggang isterinya itu.
            “Pandai sayang cakap bilik ni bau busuk ya…” Hisyam cuba mengusik isterinya itu.
            “Selamat hari lahir abang…,” ucapnya perlahan kepada Hisyam.
            “Terima kasih sayang. Abang memang tak ingat langsung hari ni birthday abang. Oh ya, abang ada sesuatu untuk sayang.” Hisyam terus menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan seutas rantai dan terus memakaikan ke leher Qistina. Selepas itu, Qistina menghadiakan satu ciuman di kedua belah pipi Hisyam. Tanda kasihnya kepada Hisyam. Hisyam membalasnya dengan satu ciuman hinggap ke dahi Qistina. Kemudian, dia terus mendukung tubuh Qistina lalu meletakkan di atas katil mereka.
            “Abang sayang Qis sangat-sangat,” bisik Hisyam dekat di telinga Qistina. Qistina tersenyum. Mata memandang mata. Bibir kedua-duanya membisu. Isyarat mata menjadi pengantara. Qistina faham maksud isyarat mata yang diberi Hisyam. Dengan bacaan  bismillah, dia mengangguk mengizinkan. Hisyam tersenyum. Dalan hatinya mengucap syukur. Hisyam dan Qistina meraikan malam pertama mereka berdua. Dengan harapan semoga hubungan mereka berkekalan hingga akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan