Senarai Kawan

Jumaat, 3 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 11

BAB 11
Amira Dato’ Razali, datang ke rumah banglo mewah Dato’ Sharuddin awal pagi lagi. Kononnya, mahu membantu Datin Salmah menyediakan apa yang patut. Dia datang dengan memakai baju kurung moden untuk memikat hati Hariz Iskandar. Di wajahnya terpalit warna-warna palsu untuk menyerikan wajahnya.
“You  pandang I dari tadi kenapa.” tanya Amira sambil tersenyum manis.
“Tak lah saja je, baru hari ni I nampak you pakai baju kurung, kan cantik sedap sikit mata memandang.” Beritahu Hariz Iskandar kepada Amira. Amira yang mendengar terus tersenyum lebar mendengar pujian daripada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar tak tahu niatnya memakai baju kurung ni untuk mengambil hati Hariz Iskandar, kalau tidak malas dia nak pakai baju kurung, dahlah rimas, tapi demi Hariz Iskandar dia sanggup melakukan apa saja. Hariz Iskandar yang melihat senyuman Amira terus meninggalkannya dan pergi ke ruang tamu apabila mendengar Ameerul memanggilnya. Hariz Iskandar melihat Ameerul sedang berbual dengan Anis Najwa yang baru tiba. Segera dia menyambut kedatangan Anis Najwa. Anis Najwa tampak ayu sekali dengan sepasang baju kebaya labuh berwarna pupple itu. Hariz Iskandar terpegun melihat Anis Najwa.  Anis Najwa terus menuju langkahnya ke dapur untuk membantu.
“Biar Anis tolong mak cik ya?” pinta Anis Najwa.
“Eh, tak payah. Dah nak siap dah pun. Anis tunggu kejap saja kat meja makan tu,” ujar Datin Salmah tidak membenarnya Anis Najwa menolongnya.
“Hariz,  kamu pergi panggilkan Karl dengan papa kamu. Makanan dah nak siap dah pun.” Suruh Datin Salmah. Hariz Iskandar akur dengar permintaan itu. Tinggallah Anis Najwa sendirian di situ. Terasa segan pula kerana dia hanya duduk goyangkan kaki sahaja.
“Hai!” sapa Amira.
“You pun ada dekat sini Anis.” tanya dia lagi.
“Haah, Encik Hariz yang jemput saya datang.” beritahu Anis Iskandar. Belum sempat mereka berbual lebih lanjut, Datin Salmah telah memanggil kerana makanan telah siap dihidangkan. Anis Najwa dan Amira pun menuju ke meja makan. Tidak lama kemudian, muncul Dato’ Sharuddin dan Ameerul. Datin Salmah pergi memanggil Haikal dan Hariz Iskandar. Hariz Iskandar  mengambil tempat duduk disebelah Anis Najwa, Haikal dan Amira yang memerhati Anis Najwa hanya memandang dengan dengan kecewa melihat kemesraan Haikal, Ameerul dan Anis Najwa. Setelah membaca doa, mereka semua pun menjamu hidangan yang telah di sediakan.

Selesai makan, Anis Najwa membantu Datin Salmah mengemas. Datin Salmah memuji sikap Anis Najwa yang suka membantu itu.
“Untung kita bang, kalau Anis tu jadi menantu kita.” Ujar Datin Salmah kepada Dato’ Sharuddin.
“Ya lah bertuah siapa yang dapat jadi suami Anis tu.” Balas Dato Sharuddin pula.
“Kalau macam tu, saya nak jodohkan dia dengan Hariz lah bang, lagi pun saya tengok Ameerul tu rapat sangat dengan Anis. Ya lah, sampai bila lah Hariz tu nak membujang, saya kesian kan Ameerul tu je.” Beritahu Datin Salmah lagi. Dato Sharuddin hanya mendengar cadangan isterinya supaya menjodohkan Anis Najwa dengan Hariz Iskandar.
“Abang, tak kisah Mah, yang penting sekarang ni kita kena beritahu pada Hariz.” Terang Dato’ Sharuddin lagi.  Sementara itu, muncul Hariz Iskandar dan Ameerul.
“Apa yang  papa dan mama bualkan”. Soal Hariz Iskandar  kepada kedua ibubapanya.
“Mama kamu ni dia berkenan nak jodohkan kamu dengan Anis, apa pendapat kamu.” Beritahu Dato’ Sharuddin sambil memandang muka isterinya kemudian Hariz Iskandar. Hariz Iskandar terkejut mendengar cadangan mama dan papanya itu.
“Meerul suka kalau Auntie Anis tu jadi mama Meerul.” Beritahu anak kecil itu. Hariz Iskandar yang mendengarnya turut terkejut. Sementara menunggu jawapan daripada Hariz Iskandar, Anis Najwa  muncul dari dapur menuju ke ruang tamu.
“Saya nak mintak diri dulu lah.” Beritahu Anis Najwa kepada mereka. Mereka memandang ke arah Anis Najwa. Sebelum pulang Anis Najwa bersalaman dengan semua yang berada di situ dan dia pun meminta diri untuk pulang. Ameerul melambaikan tangannya dan kereta itu terus hilang dari pandangan matanya.

Hariz Iskandar membaringkan diri di katilnya, kata-kata daripada mama, papa dan Ameerul bermain di kepalanya. Hariz Iskandar berfikir, perlukah dia bersetuju dengan cadangan itu lantas melupakan arwah isterinya.  Hariz Iskandar tidak sanggup melupakan kasih sayangnya terhadap arwah isterinya, tetapi dia perlu memerikirkan kebahagian demi Ameerul. Ameerul perlukan kasih sayang  daripada seorang ibu mampukah Anis Najwa sanggup memikul tanggungjawab ini. Bagaimana dengan Haikal kalau dia memilih Anis Najwa menjadi isterinya. Hariz Iskandar tahu Haikal punya perasaan terhadap Anis Najwa sejak kamalangan yang menimpa Haikal. Sejak itu Haikal mula berubah. Hariz Iskandar tidak sanggup melukakan hati dan perasaan Haikal. Hariz Iskandar mengeluh perlahan-lahan. Dia binggung memikirkan masalah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan