Senarai Kawan

Rabu, 25 Mei 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 9


BAB 9
Sudah seminggu Haikal keluar dari hospital dan dia telah pun memulakan kerjanya seperti biasa. Pagi itu, Haikal yang baru keluar dari lif segera menuju ke meja Anis Najwa yang kelihatan sibuk menaip sesuatu di komputernya.
“Hai Anis, ujar Haikal kepadanya serta merta dia memalingkan mukanya ke arah Haikal yang berdiri di hadapan mejanya.
“Eh..Encik Haikal, ada apa?” soal Anis Najwa pula.
“Emm..saya nak belanja awak makan tengah hari nanti, sebagai tanda terima kasih saya kepada awak sebab selamatkan saya tempoh  hari.”
“Kalau macam itu baiklah, tapi kita berdua saje ke?”soal Anis Najwa.
“Hari ini saya nak makan berdua dengan awak, tapi lain kali saya ajak kawan awak Salwa dan Syafiq pula, nanti dah puluk satu tengah hari saya tunggu awak dekat bawah.” Beritahu Haikal kepada Anis Najwa.
“Okey! Jawab Anis Najwa ringkas sambil menanggukkan kepalanya dan melemparkan senyuman kepada Haikal. Haikal terus berlalu dan menuju ke biliknya.
Tepat pukul satu tengah hari, Haikal dan Anis Najwa keluar bersama-sama seperti yang di janjikan.  Mereka pergi ke sebuah restoran yang menyediakan makanan yang berasaskan  nasi dan mereka terus memesan makanan.
“Anis, Karl nak ucapkan terima kasih sekali lagi sebab selamatkan Karl tempoh hari, kalau tak ada Anis dan kawan-kawan  mesti dorang dah belasah Karl teruk.” ujar  Haikal kepada  Anis Najwa.
“Karl, Anis nak tanya, kenapa dorang belasah Karl, mesti Karl ada buat apa-apa yang menyakitkan hati dorang. Anis tahu dorang mesti tidak akan pukul orang sebarangan.” Tanya Anis Najwa kepadanya. Haikal hanya mendiamkan diri seperti orang sedang berfikir. Selepas itu, Haikal bersuara lantas menceritakan keadaan sebenar.
“Kalau Karl tahu lah nak jadi macam ni, Karl tidak akan keluar dengan perempuan itu. Karl tak tahu yang dia dah bertunang.” Terang Haikal kemudian dia melepaskan keluhan perlahan-lahan.
“Anis, saya ada hal nak beritahu pada awak.” Soal Haikal kepada Anis Najwa. Anis Najwa terus berpalingkan mukanya kepada Haikal.
“Apa dia.” balas Anis Najwa ringkas, seperti tertanya-tanya.
“Saya dah jatuh  hati pada awak.” Tenang wajah Haikal melafazkan kebenaran hatinya. Sedikit rasa lega kerana perasaan yang dipendamkan sudah dapat diluahkan.
“Awak jangan nak mengarut! Kita baru saje kenal. Macam mana awak boleh senang-senang sukakan saya!” tingkah Anis  Najwa.
Wajah gadis itu merona merah menahan malu. Terasa segan sangat apabila lelaki itu dengan beraninya melafazkan perasaannya.
“Anis, Karl tahu perangai Karl teruk suka keluar dengan perempuan lain, tapi kali ni Karl betul-betul serius terhadap perasaan Karl pada Anis, tak apa kalau Anis tak mahu beritahnu jawapannya sekarang, tapi Karl akan tunggu jawapan daripada mulut Anis suatu hari nanti. Karl harap selepas ini, kita akan terus berkawan seperti biasa, Karl tak nak di sebabkan hal ini Anis, nak megelak dari berkawan dengan Karl.” Terang Haikal kepada Anis Najwa. Anis Najwa merasa lega mendengar jawapan daripada Haikal. Anis Najwa terdiam mendengarkan jawpaan itu.  Dia tidak dapat membalas kata-kata itu. Dia tidak tahu perasaannya terhadap Haikal, dia cuma mengangggap Haikal seperti kawan-kawannya yang lain. Haikal terus bangun dari tempat duduknya dan segera pergi ke kaunter dan membuat pembayaran.  Mereka terus berlalu ke kereta.
Anis Najwa memulakan kerjanya seperti biasa, dia masuk ke dalam bilik Encik Hariz Iskandar, dia mengemaskan fail-fail yang berada di atas meja dan menyusunnya semula. Hari ini dia tidak perlu menyediakan air seperti selalu kepada Encik Hariz Iskandar kerana bos nya itu ada mesyuarat di luar.  Deringan telefon di tempatnya menganggu kerjanya, terus dia berlari menuju ke mejanya lantas menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum,” ujar Encik Hariz  Iskandar di talian.
“Waalaikumsalam…ada apa Encik Hariz call?”tanya Anis Najwa setelah menjawab salam.
“Saya nak mintak tolong dekat awak sikit.” Tanya Encik Hariz Iskandar.
“Tolong apa”. Balas Anis Najwa pula.
“Tengah hari nanti boleh tak awak tolong ambilkan Ameerul dekat sekolah.” Tanya Encik Hariz Iskandar lagi.
“Kenapa”. Jawab Anis Najwa perlahan.
“Macam ini saya ada mesyuarat dekat luar, saya tak tahu pukul berapa mesyuarat ni baru habis. Saya dah call mama, tapi mama tak dapat nak ambil Ameerul dia ada hal sikit, Pak Ali pula ikut papa pergi mesyuarat dengan Dato’ Razali, saya call Haikal tapi tak dapat, sebab itu saya mintak tolong sangat dekat awak.” Terang Encik Hariz Iskandar kepada Anis Najwa. Kedengaran suarannya seperti risau.
“Kalau macam itu baiklah, nanti saya ambik Ameerul dekat sekolah, tapi Encik Hariz beritahu kepada Ameerul yang saya akan ambik dia di sekolah nanti takut dia tidak tahu pula.” Balas Anis Najwa.
“Terima kasih Anis, nanti saya beritahu dekat Ameerul.” Ujar Hariz Iskandar yang kedengaran suaranya  riang. Selepas itu dia pun mematikan telefonnya.
Seperti yang dijanjikan, Anis Najwa memandu kereta Myvi kesayangannya menuju ke sekolah untuk mengambil Ameerul, setelah sampai di depan pintu sekolah Ameerul, dia meletakkan keretanya. Selepas itu, dia keluar dari perut kereta Myvi nya dan pergi menjemput Ameerul yang sedang tunggu di pondok pengawal.
“Ameerul!” panggil Anis Najwa sambil melambai-lambaikan tangannya dan segera dia berpaling memandang dan mengatur langkah menuju ke a rah Anis Najwa.
“Auntie Anis, tadi papa beritahu Auntie Anis yang akan ambik Meerul dekat sekolah.” ujar anak kecil itu.
“Haah.. Mari kita pergi dekat kereta Auntie Anis dekat situ, lepas ni Auntie nak hantar Meerul dekat sekolah agama pula”, balas Anis Najwa sambil menunjukkan tangannya ke arah keretanya yang di parking dihadapan sekolah. Anis Najwa memimpin tangan Ameerul dan membawanya menuju ke keretanya.  Tiba di rumah Encik Hariz Iskandar, Ameerul membawa Anis Najwa masuk ke dalam rumahnya, Anis Najwa terpegun melihat perhiasan dirumah itu yang menarik perhatiannya. Kelihatan pembantu rumah sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja.  Kedengaran deringan telefonnya berbunyi menganggu fikirannya, Anis Najwa mengambilnya dengan pantas di menjawab panggilan tersebut.
“Assalammualaikum..” jawab Encik Hariz Iskandar  di talian,
“Waalaikumsalam.” balas Anis Najwa pula.
“Awak dah ambik Ameerul ke, maaf lah saya susahkan awak. Saya baru saje habis meeting ni,  on the way nak balik rumah terus.”
“Saya dah ambik Meerul,  dia ada dekat dalam biliknya tengah bersiap nak ke sekolah agama pulak,  ke jap lagi saya hantar dia, Encik Hariz tak perlu risau lah.”
“Okey! Terima kasih Anis sebab dah tolong saya.” Ucap Hariz Iskandar sselepas itu dia pun mematikan talian telefonnya.
“Sama-sama”. Jawab Anis Najwa ringkas. Dia segera menuju ke arah Ameerul yang berada di meja makan untuk menikmati hidangan tengah hari. Anis Najwa memandang Ameerul yang telah bersiap dengan pakaian sekolah agamanya. Sedang mereka menikmati hidangan tengah hari, kedengaran enjin kereta memasuki garaj. Mereka terus mengalihkan pandangan melihat kelibat orang yang masuk ke dalam rumah itu. Kelihatan Hariz Iskandar sedang mengatur langkahnya menuju ke arah  meja makan.
“Papa! dah balik”. Ujar Ameerul apabila ternampaknya papanya menuju ke arahnya.
“Ye lah”.  Jawab Hariz Iskandar perlahan sambil matanya memandang ke arah Anis Najwa yang sedang menikmati hidangannya.
“Lepas ni Auntie Anis hantar Meerul ke sekolah agama, papa berehat je lah, Meerul tengok papa macam  letih sangat,  papa dah makan ke?” ujar Ameerul lagi.
“Lepas habis meeting tadi, kawan papa ajak makan tengah hari sekali.” balas Hariz Iskandar  lagi.
“Meerul,  jom Auntie Anis hantar sekarang, nanti lambat pulak.” Soal Anis Najwa. Mereka berdua terus memandang ke a rah Anis Najwa yang secara tiba-tiba bersuara.
“Okey! papa Meerul pergi dulu ya.” Jawab Ameerul terus bangun dari tempat duduknya dan segera menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan papanya. Lantas Hariz Iskandar menyambutnya. Anis Najwa hanya memerhati gelagat mereka berdua.
“Encik Hariz, lepas saya hantar Ameerul ke sekolah saya terus masuk ke pejabat ya.” Beritahu Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar  hanya menanggukkan kepalanya. Dia hanya memerhatikan langkah mereka berdua terus hilang dari pandangannya. Hariz Iskandar bangun dari tempat duduknya dan terus mengatur langkah menaiki tangga dan menuju ke biliknya.
Anis Najwa masuk ke pejabat pukul tiga petang dan terus menyambung kerjanya. Semasa dia menyambung kerjanya tiba-tiba muncul Haikal berdiri di hadapannya.  Anis Najwa terkejut dengan kehadiran Haikal.
“Awak pergi mana tadi, sekarang saya baru nampak awak.” Tanya Haikal kelihatan marah.
“Tadi, Encik Hariz mintak saya ambilkan Ameerul, dekat sekolahnya lepas itu hantar ke sekolah agama pula sebab dia tak dapat nak ambil dia ada meeting dekat luar, tadi dia telefon Encik Haikal tapi tak dapat, tu yang dia mintak tolong saya.” Jelas Anis Najwa kepada Haikal. Haikal diam mendengar penjelasan daripada Anis  Najwa tadi.
“Saya mintak maaf, saya tak bermaksud nak marahkan awak tadi.” Ujar Haikal, terus dia mengatur langkah menuju ke arah biliknya.

3 ulasan:

  1. haha..ikuti kisah seterusnya nanti

    BalasPadam
  2. Kenape lambat sangat nak n3 baru, penat menunggu..

    BalasPadam