Senarai Kawan

Ahad, 10 Jun 2012

Aku Juga Mencintaimu-Bab 14


SUASANA kediaman Datuk Suffian dan Datin Adibah tampak begitu meriah sekali dengan kehadiran sanak saudara terdekat. Hari ini berlangsungnya majlis sambut menantu di rumah pihak lelaki. Masing-masing nampak ringan tulang membantu apa yang patut.       
            “Lambat lagi ke pengantin nak datang, bang?” tanya Datin Adibah kepada suaminya apabila kelibat pengantin belum muncul lagi.
            “Entahlah Dibah, abang pun tak tahu. Hari tu Syam kata pukul sebelas pagi, ni dah dekat pukul dua belas tengah hari, tak muncul-muncul lagi. Cuba Dibah telefon Mirul tanya dah kat mana. Risau pulak abang,” beritahu Datuk Suffian lagi. Datin Adibah segera mencapai telefonnya dan terus mendail nombor telefon Amirul.
            “Assalamualaikum ma,” jawab Amirul.
            “Along kat mana sekarang ni? Papa dah tanya, pengantin tak sampai-sampai lagi. Tetamu dah mula ramai dah ni,” beritahu Datin Adibah kepada anaknya Amirul.
            “Kami dah ada kat depan ni, tapi tak ada pulak dengar bunyi kompang ma,” katanya lagi sambil tergelak.
            “Okey, tunggu kat situ. Mama panggilkan,” ujar Datin Adibah sebelum mematikan talian. Selepas itu, Datin Adibah memanggil kumpulan kompang yang ditempah khas. Alunan kompang mula berkumandang.
            Para tetamu semua beralih ke arah pengantin. Hisyam dan Qistina tersimpul menahan malu. Tidak lupa juga, kedua-dua pengapit Hisyam dan Qistina, siapa lag kalau bukan Amirul dan Soffiya. Mereka berdua yang lebih, macam mereka pula yang kahwin! Pengantin dibawa masuk ke dalam rumah duduk di atas pelamin. Bermulalah sesi menepung tawar dimulai oleh Datuk Suffian kemudiannya Datin Adibah, seterusnya adalah beberapa orang saudara mara dan kenalan rapat Hisyam dan keluarganya. Sudah naik lenguh Hisyam dan Qistina tersenyum saja sepanjang majlis itu berlangsung. Selepas itu, pengantin di bawa pula ke khemah untuk menikmati makan beradap pula.
            “Syam, Qis aku nak ucapkan tahniah. Semoga bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat,” ucap Syafiq tersengih sambil bersalaman dengan Hisyam. Begitu juga dengan Sarah tunang kepada Syafiq.
            “Aku dan Qis dah lepas. Kau berdua ni, bila pulak?” tanya Hisyam. Syafiq dan Sarah tersipul menahan malu.
            “Insya Allah. Kalau tak ada apa-apa hal, bulan depan. Semua persiapan dah buat. Sekarang ni tengah tunggu kad jemputan kahwin siap,” beritahu Syafiq pula.
            “Wah! Biar betul ni Fiq. Senyap-senyap aje kau dengan Sarah rancang. Tak bagitahu kat aku pun,” kata Hisyam.
            “Bukan aku tak nak bagitahu. Sengaja nak buat kejutan sikit,” balas Syafiq. Akhirnya mereka sama-sama ketawa. “Kejap, aku nak tanya sikit kat kau ni? Tu, abang Mirul dan Fiyakan? Macam ada apa-apa aje dia orang berdua tu?” tanya Syafiq sambil menuding jarinya memandang ke arah Amirul dan Soffiya yang sedang mengemas bersama-sama. Bila masa pula Amirul dan Soffiya ni jadi rapat sangat. Pelik.
            “Yalah, aku pun hairan jugak. Dari tadi aku duk perhatikan dia orang berdua tu. Macam ada apa-apa aje. Musykil ni!” beritahu Hisyam sambil mengosok tangan di bawah dagunya.
            “Qis, tahu ke pasal along dan Fiya tu?” tanya Hisyam kepada isterinya Qistina.
            “Tak tahu. Qis pun macam abang jugak, pelik betul. Jangan-jangan dia orang bercinta tak?” tanya Qistina semula. Masing-masing membisu. Seperti memikirkan sesuatu.
            “Bagus jugak, kalau dia orang tu bercinta. Sama-sama bujang apa,” ucap Qistina secara tiba-tiba. Mata semua beralih ke arah Qistina apabila Qistina memberi jawapan sebegitu. Selepas itu, sama-sama ketawa melihat gelagat Soffiya dan Amirul. Sesuai sangat!
            Tepat jam 4.30 petang para tetamu mula beransur pulang.
            “Fiya, aku ada hal sikit nak tanya dengan kau ni.” ujar Qistina sebaik saja selesai majlis kenduri.
            “Kenapa?” soal Soffiya semula.
            “Kau dengan abang Mirul ada apa-apa ke?” tanya Qistina untuk meminta kepastian.
            “Apa maksud kau ni?” tanya Soffiya lagi. Hairan dengan perangai Qistina. Dah macam polis pula!
            “Fiya, jangan nak berlakon lagi okey! Aku tau kau dengan abang Mirul bercinta betul tak? tanya Qistina lagi.
            “Bukan macam tulah Qis. Aku dengan abang Mirul cuma berkawan aje tak lebih dari tu. Tapi, tak kisahkan kalau aku bercinta dengan dia pun. Dua-dua masih single lagi,” beritahu Soffiya sambil tersengih. Gatal.
            “Aku tak kisah pun kau nak bercinta dengan dia. Tapi, kalau ada apa-apa ceritalah kat aku tau,” kata Qistina berterus-terang.
            “Tu aku tahulah. Kaukan kawan baik aku. Mesti aku beritahu punyalah,” kata Soffiya lagi. Selepas itu masing-masing ketawa. Lucu!
            “Hai, rancak berborak?” tegur Hisyam. Qistina dan Soffiya terus saja berhenti ketawa apabila terdengar suara yang menegur mereka berdua tadi.
            “Syam, terkejut aku tau tak!” jawab Soffiya sambil mengurut dadanya. Masih terkejut dengan teguran daripada Hisyam sebentar tadi.
            “Maaflah, aku tak sengaja tadi,” beritahu Hisyam semula. Matanya tepat memandang ke wajah Qistina yang berdiri di hadapannya. Kecut hati Qistina apabila Hisyam merenungnya sebegitu.
            “Qis, aku pergi dulu. Nanti kita sambung lagi,” ucap Soffiya sebelum berlalu meninggalkan Qistina di situ. Sebenarnya, Soffiya sengaja buat begitu. Mungkin Hisyam ada sesuatu yang hendak beritahu Qistina sebab itu Soffiya meninggalkan Qistina sendirian. Soffiya tidak mahu mengacau pengantin baru.
            “Qis, dah tengok bilik kita?” tanya Hisyam sebaik saja Soffiya berlalu.
            “Belum lagi,” jawabnya ringkas.
            “Mari, abang tunjukkan bilik. Qis mesti nak berehatkan. Lagi pun dah nak masuk maghrib ni. Nanti boleh kita solat berjemaah sama-sama,” beritahu Hisyam. Akhirnya, Qistina mengikuti langkah Hisyam daripada belakang. Sampai saja di hadapan pintu bilik, Hisyam terus memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik diikuti Qistina. Jantung Qistina sudah berdegup dengan kencang apabila berdua-duaan di dalam bilik bersama Hisyam.
            “Qis, pergilah mandi dulu,” beritahu Hisyam sambil menyerahkan tuala. Terus saja Qistina menyambutnya.
                  “Abang?” tanya Qistina.
            “Tak apa. Abang mandi kat bilik bacaan sebelah ni. Lepas ni, kita solat sama-sama. Qis tunggu abang tau,” beritahu Hisyam sebelum dia berlalu meninggalkan Qistina sendirian di bilik itu.
            Setelah Hisyam selesai membersihkan diri, dia menuju ke biliknya. Qistina sudah menunggunya dengan membentangkan sejadah, bersedia untuk mendirikan solat bersama-sama. Usai saja Hisyam membaca doa, Hisyam terus menghulurkan tangannya kepada Qistina. Qistina menyambut dan menciumnya. Satu ciuman hinggap di dahi Qistina. Qistina terkedu. Seperti ada sesuatu perasaan yang halus terbit dari nalurinya. Qistina terus melipat semula telekung yang digunanya dan sejadah lalu menyangkutnya semula dipenyidai yang telah tersedia.
            “Qis, mari duduk kat sebelah abang,” Hisyam menggamit Qistina supaya datang padanya. Qistina terus mendekati Hisyam dan duduk disebelahnya. “Lusa, abang nak bawa Qis pergi bercuti, kiranya macam honeymoonlah,” beritahu Hisyam lagi. Qistina sedikit terperanjat apabila mendengarnya.
            “Tak payahlah bang, buat susah-susah aje.
            “Qis tak pernah susahkan abang pun. Abang ikhlas dan memang dah rancang nak bawa Qis pergi bercuti. Lagipun, sejak abang uruskan syarikat papa, abang dah lama tak pergi bercuti. Qis anggap temankan abang aje,” luah Hisyam. Memang Hisyam akui, sejak dia mula menguruskan syarikat milik keluarganya, langsung dia tidak berpeluang bercuti kerana sibuk dengan urusan disyarikat milik keluarganya itu.
            “Kalau abang dah kata macam tu, Qis ikut aje,” balas Qistina semula. Lega hati Hisyam apabila Qistina bersetuju mengikutinya. Hisyam teringin sangat untuk membawa Qistina bercuti bersama-sama. Hisyam bercadang bercuti di Cameron Highlands memandangkan ditempat tulah banyak kenangan diantara Hisyam dan Qistina semasa mereka pergi bercuti bersama-sama sahabatnya yang lain.
            “Qis, dah mengantuk ke?” tanya Hisyam sekali lagi apabila melihat Qistina sudah menguap beberapa kali menahan matanya. Qistina terus menganggukkan kepalanya. Memang matanya dah larat nak buka lagi. Penat menguruskan majlis siang tadi. “Qis tidurlah kat katil ni,” beritahu Hisyam lagi.
            “Habis tu, abang nak tidur kat mana?” tanya Qistina semula apabila Hisyam menyuruhnya tidur dia atas katil itu sendirian.
            “Abang tidur kat sofa tu,” beritahu Hisyam sambil menuding jarinya ke arah sofa yang ada di dalam bilik itu. Hisyam terus mengambil bantal dan selimut menuju ke arah sofa.
            “Kalau macam tu, Qis tidur dulu. Selamat malam bang,” ucap Qistina. Qistina terus merebahkan diri diatas katil. Matanya yang berat tidak dapat menahan lagi, akhirnya Qistina tertidur juga.
            “Selamat malam Qis, tidur mimpikan abang,” luah Hisyam apabila mendengar dengkuran halus dari biliknya itu. Pasti Qistina sudah tidur. Cepat pulak dia lena.
            Awal pagi lagi, Qistina sudah bangun. Tidurnya malam tadi memang lena. Apabila dia bangun melihat Hisyam tidur di sofa, timbul rasa kesian terhadap Hisyan. Disebabkannya, Hisyam sanggup tidur di sofa. Qistina merasa serba salah, sepatutnya dia harus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada Hisyam tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Qistina menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh Hisyam malah Hisyam juga sanggup berkorban menjadi suaminya kerana tidak mahu keluarga Qistina mendapat malu. Bagi Qistina, dia tidak layak untuk digandingkan bersama Hisyam.
            Hisyam mengadu sakit belakang akibat tidur di sofa malam tadi. Kalau tidak disebabkan Qistina, pasti Hisyam sendiri tidak mahu tidur di sofa itu. Malah, Hisyam juga telah berjanji tidak akan menyentuh Qistina sehingga Qistina betul-betul bersedia dan menerima dirinya. Hisyam tidak mahu melanggar janjinya. Oleh sebab itu, dia sanggup tidur dimana sekali pun asalkan dapat berdua-dua dengan Qistina. Semasa Hisyam bangun dari tidur pagi tadi, dia melihat Qistina sudah tiada di biliknya. Pasti Qistina sudah bangun dan sedang membantu Datin Adibah menyediakan sarapan pagi. Hisyam mengatur langkahnya perlahan-lahan menuruni tangga menuju ke ruang tamu di bawah. Dia mendapati hidangan sudah tersedia dia atas meja makan.
            “Selamat pagi semua,” laung Hisyam apabila berada di ruang makan. Semua mata tertumpu kepadanya.
            “Qis, baru aje nak panggil abang tadi,” beritahu Qistina apabila melihat kelibat Hisyam sudah berada dibawah. Hisyam terus melabuhkan punggunhnya duduk dikerusi sementara Qistina mengambil makanan lalu diletakkan didalam pinggan dan diserahkan kepada Hisyam.
            “Hari ni kita semua sarapan nasi lemak. Qis yang buat semua ni. Pasti sedap,” beritahu Datin Adibah teruja. Hisyam terus memandang ke arah Qistina yang duduk disebelahnya. Hisyam tidak menyangka Qistina yang menyedia sarapan untuk mereka sekeluarga. Terharu Hisyam.
            “Bila Syam nak bawa Qis  pergi honeymoon?” tanya Datin Adibah lagi.
            “Esok ma,” beritahu Hisyam. Datin Adibah jelas terkejut apabila Hisyam berkata begitu.
            “Apasal cepat sangat?”
            “Syam, memang dah rancang dengan Qis awal lagi ma. Cuma terlupa nak beritahu pada mama dan papa. Syam mintak maaf.”
            “Hmm... tak apalah. Papa dan mama tak marahkan Syam pun. Syam pun dah besar dah jadi suami orang pun. Syam nak pergi mana?”
            “Syam cadang nak pergi Cameron Highlands aje pa.”
            “Bagus jugak tempat tu. Hotel dah booking?”
            “Semuanya Syam dah uruskan pa. Tinggal nak pergi aje.”
            “Hebat kamu Syam!” Mereka semua ketawa. Qistina sudah menahan malu.
            Keesokkan harinya, Hisyam memandu kereta Mazda miliknya membawa Qistina pergi ke Cameron Highlands. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana. Sepanjang perjalanan Qistina dan Hisyam hanya diam membisu. Masing-masing tidak bersuara. Hisyam pula, sekejap-sekejap memandang Qistina yang melemparkan pandangannya diluar tingkap kereta.
            “Kenapa Qis diam aje?” tanya Hisyam memecahkan kesunyian.
            “Qis tak tahu nak cakap apa,” kata Qistina ringkas.
            “Tak akan tak ada apa nak cakap dengan abang. Qis takut kalau abang langgar janji kita?” soal Hisyam semula.
            “Bukan macam tu. Qis percayakan abang. Cuma…” kata-kata itu terhenti disitu saja.
            “Abang tahu. Qis masih tak dapat terima diri abang lagikan. Abang faham semua tu. Qis jangan bimbang. Abang sanggup tunggu sampai Qis betul-betul boleh terima abang,” luah Hisyam terus-terang.
            “Qis mintak maaf kalau buat abang kecil hati. Qis harap, abang dapat berikan Qis sedikit masa untuk sesuaikan diri Qis dengan abang.”
            “Baiklah, abang tak paksa Qis terima abang. Sampai saja di hotel nanti, kita tidur macam biasa. Boleh?” tanya Hisyam lagi. Qistina terus menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.  Lebih kurang jam 2.00 petang, akhirnya mereka tiba Cameron Highlands. Selepas menunai solat zohor dan berehat sebentar di hotel, Hisyam membawa Qistina berjalan-jalan disekitar tempat penginapan mereka. Hisyam melihat Qistina begitu gembira sekali. Lapang hatinya apabila melihat Qistina sebegitu.
            Inilah salah satu hayatnya iaitu mahu bercuti berdua-duaan dengan Qistina. Sudah lama Hisyam berhayat begitu. Tidak lupa juga, Hisyam membawa Qistina ditempat mereka pernah pergi bercuti dahulu.
            “Qis, masih ingat tempat ni tak?” tanya Hisyam kepada Qistina. Mata Qistina melilau melihat disekitar tempat ini. Rasanya macam pernah pergi aje. Lantas Qistina tersenyum sudah pasti dia mengingati tempat ini. Inilah tempat dimana Qistina menangis apabila mengenangkan hubungannya dengan Firdaus. Sedih rasanya!
            “Hmm… mestilah Qis ingat,” ucap Qistina tersenyum.
            “Mana tidaknya, abang jumpa orang tu tengah menangis,” ujar Hisyam sambil tergelak.
            “Abang jangan nak gelak, kan Qis. Masa tu Qis tengah sedih mestilah Qis menangis. Abang sengaja nak usik Qis, kan.”
            “Alah, alah…janganlah merajuk. Abang bergurau sajalah. Qis tahulah, masa tu abang sedih sangat bila tengok Qis menangis. Abang tak mampu nak buat apa-apa, cuma abang boleh beri Qis semangat untuk teruskan hidup. Sekarang abang rasa bertuah sangat, akhirnya Qis sudi jadi isteri abang,” luah Hisyam sambil mengeluh.
            “Qis mintak maaf, masa tu memang Qis putus harapan sangat. Mula-mula tu, Qis pelik jugak macam-mana abang boleh ada kat situ. Emm, sudahlah abang kita lupakan kisah tu. Qis dah tak nak ingat lagi. Qis nak lupakan semua tu.”
            “Mari kita balik, hari pun dah nak malam ni,” ajak Hisyam. Qistina mengikuti langkah Hisyam menuju ke hotel bersama-sama.
            Sudah tiga hari dua malam Hisyam dan Qistina berada di Cameron Highlands. Sepanjang mereka berdua berada disini banyak tempat-tempat yang menarik mereka berdua lawati. Hisyam juga sempat membawa Qistina membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Esok pagi, mereka berdua akan pulang ke Kuala Lumpur semula dan minggu depannya pula Hisyam dan Qistina sudah mula bekerja seperti biasa. Bagi Hisyam, terlalu banyak kenangan diantara dirinya dan Qistina semasa mereka bercuti di sini. Bukan mudah untuk Hisyam melupakannya. Bagi diri Qistina pula, meluangkan masa bersama-sama dengan Hisyam sedikit sebanyak Qistina dapat mengenali diri Hisyam. Hisyam terlalu baik untuknya. Qistina bersyukur keranai dikurnia suami yang baik dan penyayang seperti Hisyam.
            Dalam masa beberpa hari ini, Qistina yakin dengan keputusannya bahawa dia sudah boleh menerima diri Hisyam sebagai suaminya tetapi untuk menyerahkan hak tanggungjawabnya kepada Hisyam, Qistina masih boleh menerimanya lagi. Biarlah perasaan cinta dan kasih sayang terbit dengan sendirinya. Kadang-kadang, timbul perasaan aneh didalam dirinya kepada Hisyam. Adakah Qistina sudah mula menyintai Hisyam suaminya sendiri? Qistina sendiri masih keliru dengan perasaannya!
            Hisyam hanya memerhati gelagat Qistina yang termenung sedari tadi. Sudah puas dia memanggil nama Qistina. Tetapi tiada sahutan yang diberikan daripada Qistina. Hisyam sedikit hairan dengan Qistina. Dia mengatur langkahnya cuba mendekati Qistina yang sedang khusyuk mengemas barang-barang untuk dimasukkan kedalam beg.
            “Qis,” panggil Hisyam sambil tangannya menyentuh bahu Qistina lalu mengoncangkannya. Qistina tersedar dengan perbuatan Hisyam itu. “Qis, kenapa ni?” tanya Hisyam semula.
            “Ehh… tak ada apa-apalah bang. Apa abang cakap tadi? Qis tak dengar,” ucap Qistina teragak-agak.
            “Puas abang panggil nama Qis tadi. Qis termenungkan apa? Khusyuk sangat.”
            “Qis, rindukan keluarga Qis, keluarga abang,” jawab Qistina. Hentam sajalah.
            “La… ke situ pulak. Manja betul isteri abang ni. Qis rasa menyesal ke kahwin dengan abang?” soal Hisyam perlahan. Sayu hati Qistina mendengarnya.
            “Bukan macam tu bang. Qis tak pernah rasa menyesal kahwin dengan abang malah Qis bahagia dapat kahwin dengan abang. Sekarang ni, Qis dah boleh terima abang sebagai suami Qis cuma, Qis tak dapat nak serahkan hak Qis yang sepatutnya menjadi milik abang. Yang itu Qis perlukan sedikit masa,” ucap Qistina terus-terang. Qistina tidak mahu Hisyam kecil hati dengan perbuatannya. Bukan Qistina sengaja menyakiti hati dan perasaan Hisyam.
            “Betul ke Qis dah boleh terima abang?” tanya Hisyam semula teruja. Qistina terus menganggukkan kepalanya. Hisyam gembira sekali mendengarnya. Dia tidak menyangka Qistina sudah mula menerima dirinya. “Terima kasih Qis, sebab terima abang. Abang janji tak akan mempersia-siakan Qis. Itu janji abang!” ucap Hisyam dengan perasaan yang penuh gembira. Hisyam bersyukur sangat doanya diterima oleh Allah s.w.t.
            “Sudahlah tu, kita kena tidur awal malam ni. Esok dah nak balik KL. Tapi macam biasalah, abang kena tidur kat bawah,” usik Qistina.
            “Yalah, yalah… tu abang tahu,” kata Hisyam ringkas dan perlahan. Merajuk.
            Selepas bersarapan, Hisyam dan Qistina mula bertolak dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur. Sedih apabila meninggalkan tempat bercutian mereka berdua. Bagi Hisyam dan Qistina terlalu banyak kenangan diantara mereka berdua yang tidak dapat mereka melupakan. Hisyam memandu kereta Mazdanya perlahan-lahan meninggalkan kawasan percutian mereka berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan