Senarai Kawan

Selasa, 21 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 16

BAB 16

Sudah tiga bulan usia perkahwinan Anis Najwa dan Hariz Iskandar. Sejak itu juga mereka telah berpindah dirumah yang di beli oleh Hariz Iskandar. Anis Najwa juga telah berhenti kerja dan sekarang dia menjadi suri rumah tangga yang sepenuh masa. Ameerul berasa begitu gembira sekali dengan kehadiran Anis Najwa sebagai mamanya di dalam hidupnya.  Hubungan Anis Najwa dan Hariz Iskandar masih seperti dahulu, walaupun Anis Najwa sudah dapat menerima Hariz Iskandar di dalam hidupnya. Hariz Iskandar masih menunggu dengan  penuh kesabaran. Dia bersyukur kerana Anis Najwa sudah dapat menerima dirinya sebagai suaminya yang sah, walaupun Anis Najwa belum disentuhnya.

Sejak Anis Najwa berkahwin dengan Haris Iskandar, Haikal telah menghilangkan diri. Puas Hariz Iskandar dan  keluarganya mencari Haikal dan dia masih tidak dapat menerima bahawa Anis Najwa kini sudah menjadi kakak iparnya. Haikal telah bercuti di salah sebuah pulau untuk melupakan Anis Najwa wanita pertama yang berjaya mencuri hati lelakinya. Kini Haikal telah memulakan kembali hidupnya, dia nekad ingin berubah dan membuktikan kepada papa dan mamanya bahawa dia boleh berjaya seperti abang Hariz Iskandar. Haikal telah memulakan kerjanya seperti biasa dengan semangat dan azam yang baru.  Hariz Iskandar yang ternampak Haikal terus memanggilnya.
“Karl, abang ada sesuatu yang nak di bincangkan.” Ujar Hariz Iskandar kepada Haikal. Tanpa bersuara Haikal terus mengikut langkah Hariz Iskandar menuju ke dalam biliknya.
“Ada apa yang Abg Riz nak bincangkan dengan Karl.”  Soal Haikal kepada Hariz Iskandar.
“Abang nak bincang pasal Anis.” Beritahu Hariz Iskandar.
“Tak ada apa yang nak di bincangkan lagi Abang Riz, Karl pasrah dengan semua ni, lagi pun bukan jodoh Karl dengan Anis. Sudah lah Abang Riz, Karl dah tak nak bincangkan perkara ni lagi, biarlah Karl tumpukan perhatian sepenuhnya pada syarikat ni”. Terang Haikal kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar mendengarnya berasa bangga dengan semangat yang di berikan kepada Haikal itu. 
“Kalau Karl dah kata macam tu tak apa lah, Abang harap Karl tak menaruh dendam dekat Abang. Oh ya,  Karl dah kenal dengan PA baru kita?”
“Yang dekat luar tu ke?”
“Haah..namanya Adila. Karl boleh minta tolong dekat dia kalau ada apa-apa yang perlu.” Terang Hariz Iskandar kepada Haikal. Haikal hanya menganggukkan kepalanya dan terus bangun dari tempat duduknya dan terus melangkah keluar dari bilik Hariz Iskandar. Semasa keluar dari bilik Hariz Iskandar, Haikal berdiri di pintu sambil memandang ke arah Adila yang tekun mengadap komputernya. Adila yang tersedar, terus berpaling memandang ke arah Haikal yang sedang berdiri di pintu. Haikal yang menyedari terus mengatur langkahnya menuju ke biliknya. Interkom di mejanya berbunyi, terus Adila mengangkat gagang telefon itu.
“Yes boss? Ada apa yang boleh saya bantu.” Soal Adila.
“Boleh awak masuk bilik saya sekarang.” Jawab Hariz Iskandar. Tanpa membuang masa Adila terus meletak gagang telefon itu dan masuk ke bilik bosnya itu.
“Adila dah kenal dengan Encik Haikal?” Soal Hariz Iskandar.
“Sudah Encik Hariz.” Jawab Adila.
“Mulai hari ini awak akan bantu Encik Haikal juga, PA sebelum ni pun kerjanya macam itu juga. Kalau awak tak tahu, boleh tanya pada Linda.” Terang Hariz Iskandar.
“Baik bos.” Balas Adila sambil menganggukkan kepalanya.
“Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.” Ujar Adila. Hariz Iskandar lantas menganggukkan kepalanya,  Adila terus keluar dari bilik itu dan menuju ke mejanya semula.

Setelah selesai semua kerja rumah, Anis Najwa duduk di sofa di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dia sengaja tidak mahu Hariz Iskandar mengambil pembantu rumah kerana dia masih boleh buat semua kerja rumah. Anis Najwa teringatkan kawan  lamanya Salwa dan Syafiq. Sejak dia mendirikan rumah tangga dia belum berpeluang bercakap dan berjumpa dengan kawannya itu.  Lantas Anis Najwa terus mencapai telefonnya dan terus mendail nombor telefon Salwa. Salwa yang kedengaran telefonnya berbunyi terus menjawab panggilan tersebut.
“Assalammualaikum Salwa” Ucap Anis Najwa.
“Waalaikumsalam, baru sekarang kau telefon aku ya Anis. Aku ingatkan kau dah lupakan kawan kau ni.” Jawab Salwa kepada Anis Najwa.
“Tak lah,  janganlah cakap macam  itu, kecil hati aku tau.”
“Sorry.. kau ni macam lah tak tahu perangai aku.”
“Aku rindu lah dekat kau Wa, bila kita boleh jumpa lagi ya?”
“Aku pun rindu jugak dekat kau, apa kata kita jumpa nak?”
“Okey jugak tu, tapi aku kena minta izin dekat suami aku dulu lah maklumlah aku kan dah kahwin.”
“Betul jugak tu, tapi suami kau tu bagi tak?”
“Tu lah yang merisaukan aku, nanti aku cuba tanya suami aku dulu. Kalau dia bagi kita keluar bersama ya.”
“Okey, apa-apa hal kau beritahu pada aku, dah lah aku ada kerja nak buat lagi ni nanti tak pasal-pasal bos marah pulak.”
“Okey, bye..” Ucap Anis Najwa ringkas sambil mematikan panggilan. Anis Najwa mengeluh perlahan memikirkan adakah Hariz Iskandar mengizinkan dia keluar berjumpa dengan Salwa nanti.
 Anis Najwa sedang memasukkan baju yang sudah dilipat olehnya siang tadi di dalam almari. Hariz Iskandar hanya memerhati isterinya itu membuat kerja.
“Kenapa abang pandang Anis macam tu?” Tanya Anis Najwa yang tiba-tiba menyedari suaminya sedang memandangnya dari tadi.
“Saja, abang nak pandang isteri abang lama-lama tak kan tak boleh kot.” Jawab Hariz Iskandar pula sambil tersenyum.
“Abang, boleh tak kalau hujung ninggu ni Anis nak minta izin keluar berjumpa dengan Salwa? Lagi pun dah lama Anis tak jumpa dengan dia. Boleh tak abang?”. Agak lama Anis Najwa menunggu jawapan daripada suaminya itu. Hariz Iskandar tahu isterinya itu mesti boring asyik terperap di dalam rumah sejak berkahwin, apa salahnya kalau dia ingin berjumpa dengan Salwa, lagi pun dia pekerja aku jugak, bisik hati Hariz Iskandar.
“Okey! Abang izinkan tapi dengan satu syarat.” Beritahu Hariz Iskandar, Anis Najwa yang tiba-tiba gembira terus berubah, apalah syaratnya.  Hati Anis Najwa berdebar-debar.
“Abang nak hak abang malam ni,  kesian dekat Ameerul bukan ke dia kata nak adik cepat, lagi pun dah lama abang kempunan tau, dah sebulan kita kahwin tak kan  nak macam ni je, kesian jugak lah kat abang.” Luah hati Hariz Iskandar dengan penuh perasaan. Anis Najwa ingin keluar dari bilik itu tetapi pantas tangannya di tarik oleh Hariz Iskandar. Macam tahu saja aku nak lari, bisik hati Anis Najwa.  Hariz Iskandar terus mendukung Anis Najwa dan meletakkan di atas katil, di renungnya wajah isteri kesayangannya itu dengan penuh perasaan. Hati lelakinya berkocak, di ciumnya dahi isterinya itu, kemudian beralih ke pipi dan ke bibir Anis Najwa. Anis Najwa terus membalas ciuman dari suaminya itu. Akhirnya malam itu lengkaplah malam pengantin mereka yang pertama setelah tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga. Mereka berharap rumah tangga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan