Senarai Kawan

Isnin, 2 Januari 2012

Aku Juga Mencintaimu-Bab 6

         BAB 6
BEBERAPA hari ini, Firdaus cuba menghubungi Qistina, namun taliannya tidak dapat dihubungi. Barangkali Qistina sengaja tidak mahu bercakap dengannya. Firdaus perlu memberikan penjelasan kepada Qistina mengenai kejadian tempoh hari. Dia bersalah kerana tidak mahu berterus-terang dengan Qistina mengenai hubungannya dengan Alia. Memang dia mempunyai hubungan dengan gadis itu. Dia sudah tidak menyimpan perasaan terhadap Qistina lagi kerana dia sudah berjumpa dengan gadis yang lebih cantik dan seksi seperti Alia.
            Sudah lama dia ingin berterus-terang tentang hubungannya dengan Alia kepada Qistina, tetapi dia tidak mahu menyakiti hati Qistina. Bukan salah Qistina, kerana cintanya beralih arah tetapi hatinya yang sudah berubah. Firdaus akui, Qistina terlalu baik buat dirinya dan Qistina berhak mendapat seseorang lelaki yang jauh lebih baik daripada dirinya. Biarlah masa yang menentukan. Firdaus pasrah hubungannya dengan Qistina berakhir sampai di sini saja.
            Pagi lagi, Qistina sudah tiba awal di pejabat. Masih banyak lagi kerjanya yang tertangguh. Hari ini, Qistina terpaksalah memandu keretanya sendirian kerana Soffiya bercuti memandangkan dia tidak berapa sihat. Mungkin, keadaan cuaca dekat Cameron Highlands tempoh hari terlalu sejuk, kemungkinan itu Soffiya mudah dijangkiti penyakit selsema. Walaupun penat dari bercuti di Cameron Highlands masih belum hilang lagi, tetapi Qistina harus menyiapkan tugasnya dengan segera, yang diberikan oleh majikan kepadanya. Qistina tekun menjalankan tugasnya dan tidak menyedari ada sepasang mata sedari tadi asyik memandangnya. Tiba-tiba saja kedengaran telefon bimbit berbunyi, lantas dia terus mencapainya. Dia terkejut apabila tertera nama Firdaus di skrin telefon bimbit. Teragak-agak untuk dia menjawab panggilan tersebut.
            “Ada apa yang Fir telefon Qis ni?” soal Qistina.
            “Fir nak jumpa dengan Qis tengah hari ni,” beritahu Firdaus ringkas.
            “Bukan ke semuanya dah Qis jelaskan.”
            “Tapi, Fir ada perkara yang perlu kita bincangkan. Fir akan tunggu Qis kat tempat biasa,” ucapnya dengan tegas.
            “Kalau macam itu baiklah, nanti Qis jumpa Fir kat tempat biasa,” beritahunya sambil mematikan talian telefon. Ya! hari ini dia mesti bertemu dengan Firdaus untuk menyelesaikan mengenai status hubungan mereka berdua sekarang.
                Hisyam terjenguk-jenguk melihat Qistina yang bergegas mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Dia pelik dengan tindakan Qistina itu, pasti ada sesuatu perkara yang disembunyikan oleh Qistina. Tanpa membuang masa, Hisyam cuba mengekori langkah Qistina perlahan-lahan. Dia memandu keretanya di belakang kereta Qistina. Dia tidak mahu Qistina dapat mengesan keretanya. Setelah Qistina memberhentikan kereta di sebuah Taman, Hisyam juga turut sama membuat begitu. Dia mengekori langkah Qistina dengan perlahan-lahan dan penuh berhati-hati. Dia tidak mahu Qistina dapat mengesan pergerakkannya. Hisyam berselindung di sebalik pokok-pokok yang berada tidak jauh dari tempat perjumpaan Qistina berdiri. Hisyam juga terkejut dengan kehadiran Fidaus di situ. Pasti, Qistina mendapat panggilan daripada Firdaus untuk betemu dengannya. Bukan niat dia untuk memasang telinga, tetapi dia mahu mengawasi pergerakan Firdaus, takut jikalau Firdaus mengapa-apakan gadis pujaannya itu.
            “Apa perkara yang Fir nak bincangkan dengan Qis? Boleh beritahu cepat sikit tak? Qis tak boleh lama ni,” beritahu Qistina apabila Firdaus sudah berada di hadapannya. Firdaus merenung wajah bekas tunangnya itu. Dia amat rindukan wajah itu. Tetapi dia sudah melakukan kesalahan pada gadis itu.
            “Betul Qis nak kita putus?” Ucap Firdaus untuk mendapatkan kepastian. Qistina hanya menganggukkan kepalanya saja. Dia tidak mahu berdalih lagi. Biarlah dia berterus-terang tujuan sebenarnya dia mengajak Qistina bersemuka dengannya.
            “Baiklah, kalau macam itu yang Qis nak.” Tergamam Firdaus apabila mendengar pengakuan yang terkeluar dari bibir bekas tunangnya itu. “Fir cuma nak minta maaf di atas segala kesalahan yang Fir lakukan terhadap Qis. Halalkan makan dan minum Fir, sepanjang kita berkawan. Fir doakan semoga Qis bertemu dengan orang yang lebih baik dari Fir dan yang menghargai diri Qis seadanya,” luah Firdaus sebelum mengatur langkah meninggalkan Qistina keseorangannya di situ. Qistina memandang lesu ke arah belakang Firdaus dan tanpa disedari setitis demi setitis air mata menuruni lekuk pipinya. Tangisan yang perlahan mulanya bertukar rentak. Dia teresak-esak seperti orang tiada iman, seperti hanya Firdaus seorang saja lelaki di dunia ini.
            Hisyam hanya menjadi pemerhati setia di sebalik pokok-pokok yang merimbun di taman itu. Bukan niatnya untuk memasang telinga, tetapi dia harus tahu mengapa Firdaus masih ingin berjumpa dengan Qistina, walaupun hubungan mereka kini sudah putus. Segala perbualan diantara Qistina dan Firdaus sudah jelas didengarnya. Dia juga turut sedih apabila melihat gadis kesayangannya sedih. Dia turut mengalirkan air matanya. Ya! dia harus kembalikan semangat Qistina semula dan dia perlu tabah untuk mendapat cinta Qistina. Dia terlalu menyayangi diri Qistina. Dengan perlahan-lahan, Hisyam mengatur langkahnya mendekati Qistina yang masih lagi bersedih.
            “Qis!” Qistina menoleh apabila kedengaran suara memanggilnya. Alangkah terkejutnya Qistina apabila melihat kelibat Hisyam dibelakangnya.
            “Macam mana Syam boleh tahu Qis kat sini? Syam ikut Qis? tanya Qistina. Hisyam hanya menanggukkan kepalanya. Dia tidak menyangka Hisyam sanggup mengekorinya sampai ke sini. Ternyata Hisyam mengambil berat akan dirinya.
            “Syam minta maaf. Syam tak ada niat nak mengekori Qis tadi,” jelas Hisyam. “Qis okey?” katanya lagi.
            “Syam jangan risau, Qis okey aje.” Lega hatinya apabila Qistina berkata begitu. Dia yakin Qistina seorang yang tabah dan mampu mengharunginya.

DATIN ADIBAH hanya melihat anak kesayangannya duduk termenung di gazebo di luar rumahnya. Entah apalah yang dimenungkan sangat, sampai anaknya itu tidak sedar kedatangannya. Sudah puas mulutnya memanggil nama Hisyam, tetapi tiada sahutan daripada Hisyam. Dia menggelengkan kepalanya sahaja. Pasti ada perkara yang menganggu fikiran anak kesayangannya itu ketika ini.
            “Syam!” laung Datin Adibah. Hisyam tersedar dari apabila mendengar suara orang seperti memanggil namanya. Dia terus memalingkan wajahnya, melihat mamanya hanya tersenyum memandangnya.
            “Anak mama sorang ni kenapa? Ada masalah?” Datin Adibah bertanya kepada Hisyam.
            “Tak ada apa-apalah ma,” katanya ringkas.
            “Kalau tak ada apa-apa kenapa jauh termenungnya, sampai mama panggil tak menyahut pun.”
            “Syam okey aje ma.”
            “Betul ni?” tanya Datin Adibah lagi. Hisyam terus saja menganggukkan kepalanya. Dia tahu pasti ada sesutau yang mengganggu fikiran anaknya itu. Kalau tidak kenapa Hisyam sedari tadi asyik ternenung saja. Emm, biarlah mungkin Hisyam belum bersedia untuk menceritakan masalahnya.
            “Kalau Syam dah kata begitu, tak apalah. Kalau Syam nak berkongsi cerita, mama sedia menjadi pendengar setia Syam. Sudahlah mari masuk dalam rumah. Lagi pun tak elok sangat Syam duduk kat luar ni. Syam kan sakit.” Datin Adibah berkata lagi. Hisyam terus bangun dari tempat duduknya, dan membuntuti Datin Adibah masuk ke dalam rumah. Memang dia akui sejak akhir-akhir ini kesihatannya agak terjejas. Dengan bekalan ubat-ubat yang dibekalkan oleh doktor peribadinya, sampai sekarang Hisyam masih lagi bernyawa.
            Setahun yang lalu, Hisyam disahkan mengidap penyakit hati. Alangkah terkejutnya dia dan ahli keluarganya apabila mengetahui penyakit Hisyam. Doktor ada memberitahu Hisyam terpaksa menunggu untuk mencari penderma hati yang sesuai untuknya. Dalam masa setahun ini, masih belum temui perderma hati yang sesuai untuknya. Sejak itu, Hisyam mengalah dia mengambil keputusan untuk tidak melakukan penbedahan lagi. Baginya, biarlah masa yang ada untuknya dia boleh buat perkara yang disukai olehnya. Dia redha dengan ketentuan Tuhan. Ajal maut semua di tangan Tuhan yang maha Esa. Dia tidak mampu mengubah suratan takdir yang ditentukan Tuhan kepadanya. Dia pasrah menerima jika itu sudah tertulis untuknya. Kini, dia cuba menyintai Qistina di dalam diam. Dia tidak mahu Qistina mahupun kawan-kawanya mengetahui tentang penyakit yang dihadapinya ketika ini. Biarlah disimpan menjadi rahsianya.
            Hisyam leka melihat susunan gambar-gambar semasa pergi bercuti di Cameron Highlands bersama kawan-kawannya di komputer ribanya. Sesekali dia tersenyum sendirian apabila ada beberapa keping gambar candid yang ditangkap oleh Syafiq di kameranya. Dia merenung gambar-gambar Qistina yang kini menjadi koleksi simpanannya. Gambar itulah yang selalu Hisyam renungkan apabila dia menghadapi masalah. Baginya gambar itu membuatkan jiwanya kembali tenang.
            “Oh… jadi inilah gambar bakal menantu mama?” Teguran suara Datin Adibah itu membuat Hisyam sedikit terkejut. Dia tidak sedar bila masa mamanya masuk ke dalam biliknya. Segera dia menoleh ke arah mamanya itu.
            “Hish! mana ada ma,” jawab Hisyam cuba berselindung. Dia cuba menyembunyikan perasaan malunya itu.
            “Pasal orang dalam gambar inilah, yang buat anak mama ternemung jauh saja tadi? Siapa nama dia? Cantik orangnya?” Soal Datin Adibah lagi sambil matanya membelek-belek gambar tersebut.
            “Qistina bukan saja cantik ma, dia baik, lemah-lembut, dan suka membantu orang lain,” puji Hisyam lagi.
            “Jadi, Syam sukakan dia?” tanya Datin Adibah lagi. Tidak mungkin Hisyam akan memuji seseorang jika dia menyukai orang itu. Dia kenal Hisyam.
            “Sebenarnya ma, memang dah lama Syam menyintai Qis, itu pun di dalam diam saja. Sebelum ni, Qis pernah bertunang cuma baru-baru ni mereka putus. Pasal apa sebabnya tu biarlah Syam saja yang tahu ma. Syam betul-betul cintakan Qis dan sanggup menunggunya ma,” luah Hisyam. Datin Adibah terharu mendengar luahan hati Hisyam terhadap Qistina. Dia juga tidak menyangka Hisyam sanggup menunggu Qistina walaupun dia tahu Hisyam tidak mempunyai masa yang banyak memandangkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Datin Adibah sedih. Sebagai seorang ibu, dia cuma dapat berdoa semoga Hisyam cepat sembuh dan dapat pemderma hati yang sesuai. Itu doa seorang ibu. Dia cuma mahukan yang terbaik buat diri Hisyam.
            “Sudahlah tu, Syam kena banyakkan berdoa semoga semua impian Syam tu tercapai. Mama selalu doakan untuk Syam,” balas Datin Adibah. Mereka sama-sama berpelukan. Hisyam terharu dengan kata-kata daripada mamanya itu. Dia tahu selama ini mama dan papanya yang banyak membantunya. Dia bersyukur sangat kerana dikurniakan seorang mama dan papa yang baik dan memahami seperti Datin Adibah dan Datuk Suffian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan