Senarai Kawan

Isnin, 25 Julai 2011

Kitakan Kawan-Bab 2


BAB 2
Intan dan Suraya telah tiba dengan selamatnya di rumah Iman. Mereka di jemput masuk ke dalam rumah oleh ibu Iman sementara menunggu Iman bersiap. Semasa Iman menuruni tangga, dia melihat Intan dan Suraya sedang rancak berbual dengan ibunya di ruang tamu. Iman terus bergegas menuju ke arah kawan-kawannya yang sedang menunggunya di ruang tamu.
“Ibu, Iman pergi dulu” beritahu Iman kepada ibunya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan ibunya. Selepas itu, dia bergerak ke motosikal yang di parking garaj dan terus dia menekan butang untuk menghidupkan enjin motorsikalnya itu. Intan dan Suraya sudah menunggunya. Mereka bertiga bergerak keluar dari kawasan rumah Iman. Setelah tiba dan parking motosikalnya, mereka mengatur langkah menuju ke pusat membeli belah itu. Mereka begitu teruja memandang keadaan di sekeliling pusat membeli-belah itu. Hari minggu begini ramai sangat pengunjung. Tanpa membuang masa, Intan beratur untuk membeli tiket wayang manakala Iman dan Suraya beratur untuk membeli popcorn dan air. Setelah selesai membeli, Suraya dan Iman bergegas menuju ke arah Intan yang masih lagi beratur untuk membeli tiket wayang, sedang mereka berborak-borak, seseorang menegur mereka. Dengan pantas, mereka berpaling ke arah suara yang menegur mereka tadi.
“Korang pun tengok wayang jugak ke?” soal Haziq kawan sekelas mereka.
“Yelah, habis tu tak kan tengah memasak kot…” jawab Suraya. Haziq terus ketawa apabila mendengar jawapan yang di beritahu oleh Suraya tadi.
“Korang tengok cerita apa?” tanya Haziq lagi.
“Transformer” jawab Suraya ringkas.
“Samalah…” beritahu Haziq lagi. Irfan merenung tajam memandang Iman yang turut berada di situ. Suraya dan Intan tahu Iman dan Irfan memang saling membenci di antara satu sama lain sejak kejadian yang berlaku dulu.
Iman memang benci memandang muka Irfan lebih-lebih lagi dia turut berada di situ juga. ‘Macam manalah mamat ni boleh ada kat sini jugak’ bisik hatinya. Iman terus mengajak Intan dan Suraya beredar dari situ meninggalkan Haziq dan kawan-kawannya.

Usai sahaja menonton wayang, perut pun sudah berbunyi mereka bertiga mencari tempat makan tengah hari. Mereka bertiga memilih McDonals. Selepas memesan makanan mereka makan dengan begitu berselera sekali. Hari ini mereka bertiga begitu gembira sekali apabila keluar bersama-sama.
___________________________________________________________________________________
p/s: sorry kawan-kawan, ni saja yg dpt sy tulis..idea tak kuar lg..klu ada pendapat dan cadangan bg tau ye..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan