Senarai Kawan

Ahad, 26 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 17


BAB 17
Seperti yang di janjikan, Anis Najwa dan Salwa berjumpa. Mereka berbual dan berkongsi cerita masing-masing.
“Salwa, apa cerita Syafiq sekarang ini?” Tanya Anis Najwa kepada Salwa.
“Syafiq? Baru-baru ini dia ada telefon aku dia beritahu yang dia dapat tawaran sambung belajar di London kalau tak silap aku lah minggu depan dia ke sana.” Terang Salwa kepada Anis Najwa yang kelihatan terkejut mendengar berita tentang Syafiq daripda kawannya itu.
Sorry, Syafiq yang minta aku jangan beritahu pada kau dulu, lagi pun kau tahu lah perangai Syafiq itu macam-mana. Sudah lah mari kita balik lagi pun dah petang ni nanti suami kau marah pula.” Ujar Salwa kepada Anis Najwa. Mereka bersama terus beredar dari situ.

Anis Najwa termenung sendirian. Hatinya resah memikirkan perbualannya dengan kawan baiknya Salwa semalam mengenai Syafiq yang akan melanjutkan pelajarannya di kota London pada hujung bulan ini. Ania Najwa terus mencapai telefonnya dan  terus mendail nombor telefon Syafiq.  Syafiq yang sedang berehat di atas katilnya terus mencapai telefonnya yang sedang berbunyi.
“Assalammualaikum Fiq.” Ucap Anis Najwa di talian.
“Waalaikumsalam Anis.” Jawab Syafiq pula.
“Anis menganggu Fiq ke?” Soal Anis Najwa lagi.
“Tak ada lah, ada apa Anis telefon Fiq ni?” Beritahu Syafiq lagi.
“Salwa ada beritahu pada Anis yang Fiq akan sambung pelajaran? Betul ke?”
“Haah..hujung bulan ni Fiq akan bertolak ke London. Fiq minta maaflah sebab tak beritahu pada Anis pasal hal ini, Fiq tak mahu ganggu kehidupan Anis, lagi pun apa kata Encik Hariz nanti.” Terang Syafiq lagi kepada Anis Najwa. Anis Najwa hanya mendiamkan dirinya saja tidak tahu hendak bercakap apa.
“Sebelum Fiq pergi boleh tak kita jumpa dulu. Fiq jangan risau nanti Anis minta izin pada Abang Hariz dulu.” Ujar Anis Najwa.
“Kalau macam itu baiklah, nanti kita jumpa. Okeylah Anis Fiq ada kerja nak buat lagi, apa-apa hal nanti Fiq telefon Anis dulu.” Beritahu Syafiq kepada Anis Najwa sambil mematikan talian telefonnya.

Kelihatan Ameerul sedang menonton cerita kartun kesukaannya Detektif Conan di ruang tamu, sementara Anis Najwa sedang menyediakan makan malam mereka sambil menunggu kepulangan Hariz Iskandar pulang. Ameerul segera berlari menuju ke pintu apabila terdengar bunyi loceng di rumahnya.  Dia tahu tentu papanya sudah pulang dari tempat kerja. Hariz Iskandar terus meluru masuk ke dalam rumah dia tercari-cari isterinya tetapi tiada.
“Meerul, mama mana?” Ucap Hariz Iskandar kepada Ameerul yang sedang leka menonton cerita kesukaannya.
“Mama ada dekat dapur tengah masak untuk makan malam.” Jawab Ameerul selamba dan terus menonton ceritanya semula. Hariz Iskandar terus mendapatkan isterinya di dapur, kelihatan Anis Najwa sedang mengoreng sesuatu di kuali. Hariz Iskandar tersenyum melihat gelagat isterinya
itu dan terus menyapa Anis Najwa.
“Assalammualaikum sayang.” Ucap Hariz Iskandar. Anis Najwa terus mengalihkan pandangannya ke arah Hariz Iskandar yang berdiri di belakangnya.
“Bila abang balik? Anis tak dengar pun bunyi loceng?” Soal Anis Najwa kepada Hariz Iskandar.
“Sayang tu yang khusyuk sangat masak dekat dapur, sampai abang balik pun tak perasan. Sayang goreng apa tu?” Beritahu Hariz Iskandar.
“Anak kesayangan abang tu lah, nak makan ayam goring tu yang Anis kelam kabut sangat dekat dapur ni, Meerul tu kalau dah dapat tengok cerita kartun kesukaan dia tu langsung tak mahu tolong Anis sikit.” Terang Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“Emm...abang naik atas dulu lah nak mandi, lepas tu baru kita makan sama-sama.” Ujar Hariz Iskandar sambil beredar dari dapur dan terus menuju ke arah biliknya.
Juadah makan malam sudah tersedia atas meja makan. Sementara menunggu Hariz Iskandar turun, Anis Najwa menonton televisyen bersama Ameerul di ruang tamu. Mereka tidak sedar Hariz Iskandar turun dan sedang memerhati gelagat anak dan isterinya itu yang sedang khusyuk menonton televisyen.
“Mama dengan anak sama je, tengok televisyen sampai tak sedar orang dah kelaparan.” Ujar Hariz Iskandar, Anis Najwa dan Ameerul lantas mengalihkan pandangannya ke arah Hariz Iskandar yang menegurnya tadi.
“Papa ni buat Meerul dan mama terperanjat je tau.” Sampuk Ameerul keriangan.
“Sudah lah jom kita makan, lauk pun dah hidang nanti sejuk pulak.” Cela Anis Najwa, dia bangun dan terus menuju ke meja makan. Hariz Iskandar dan Ameerul hanya mengikutinya dari belakang. Mereka bertiga makan dengan begitu berselera sekali.
Setelah Ameerul tidur lena di biliknya, Anis Najwa terus keluar dari bilik itu dan menuju ke biliknya, dia melihat Hariz Iskandar yang sedang membaca buku sambil badannya bersandar di katil. Anis Najwa terus menuju ke arah katil dan terus merebahkan dirinya sambil mengurut lehernya yang terasa sengal akibat keletihan seharian melakukan kerja rumah dan melayan karenah Ameerul yang semakin nakal itu.
“Kenapa sayang?” Tegur Hariz Iskandar.
“Badan Anis ni terasa sengal sangat-sangat, letih buat kerja sangat agaknya.” Beritahu Anis Najwa kepada suaminya, Hariz Iskandar merasa begitu kesihan sekali melihat keadaan isterinya itu.
“Itulah hari itu abang dah beritahu Anis yang abang nak ambil orang gaji bantu Anis, tapi Anis yang tak mahu.” Beritahu Hariz Iskandar.
“Anis tak mahu lah abang, lagi pun Anis masih mampu lagi buat kerja rumah dan layan karenah abang dan Meerul, buat apa kita nak bazirkan duit.” Jelas Anis Najwa lagi.
“Baiklah, kali ini abang dengan cakap Anis tau”. Beritahu Hariz Iskandar sambil mengucup dahi isterinya.
“Abang, Anis ada hal yang nak beritahu abang.” Terus Hariz Iskandar memalingkan mukanya ke arah Anis Najwa.
“Tadi Anis jumpa Salwa, dia beritahu Syafiq dapat tawaran sambung belajar di London hujung bulan ni dia bertolak ke sana.” Beritahu Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar tampak tenang saja apabila Anis Najwa memberitahunya perkara itu.
“Macam- mana dengan kerja dia?” Tanya Hariz Iskandar lagi.
“Dia dah berhenti kerja.” Jawab Anis Najwa ringkas.
“Abang, boleh tak kalau Anis nak minta izin dekat abang mahu jumpa dengan Syafiq sebelum dia bertolak ke sana?, Tanya Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar kelihatn terkejut mendengar permintaan isterinya itu.
“Anis minta maaf  kalau permintaan Anis ni menguris perasaan abang, kalau abang tak izinkan tak apalah.” Beritahu Anis Najwa dia terus membaringkan dirinya di katil apabila melihat Hariz Iskandar hanya mendiamkan dirinya saja.
“Abang izinkan Anis berjumpa dengan Syafiq dengan syarat Salwa mesti ikut sekali, abang tak mahu lah lihat isteri abang berduaan dengan dia.” Ucap Hariz Iskandar yang tiba-tiba bersuara. Anis Najwa yang mendegar suara Hariz Iskandar terus memalingkan mukanya kea rah Hariz Iskandar yang tersenyum.
“Terima kasih abang, Anis sayang abang.” Ucap Anis Najwa yang kelihatan gembira sambil menghadiahkan satu ciuman di pipi sambil melemparkan senyuman kepada suaminya itu. Hariz Iskandar turut membalas senyum kepada isterinya.
“Sudah lah jom kita tidur.” Ucap Hariz Iskandar, Anis Najwa hanya menuruti arahan daripada suaminya itu. Hatinya begitu gembira sekali apabila Hariz Iskandar mengizinkannya berjumpa dengan Syafiq, dia tidak sabar hendak beritahu kepada Salwa mengenai hal ini. Mesti Salwa turut gembira dan mereka boleh keluar bersama-sama nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan