Senarai Kawan

Isnin, 11 Jun 2012

Aku Juga Mencintaimu-Bab 18


KEDATANGAN Nadia di pejabat Hisyam mengejutkannya. Hisyam tidak menyangka Nadia iaitu teman belajarnya di luar negara dulu kembali menemuinya di pejabat.
            “Nad!” laung Hisyam gembira menyambut kepulangan sahabatnya itu. Nyaris-nyaris mereka berdua berpelukan. “Bila you balik Malaysia?” tanyanya lagi.
            “Semalamlah. Sampai hati you, I dah email kat you suruh you jemput I kat airport tapi you tak datang pun! Satu jam I tunggu you tau,” beritahu Nadia merengek.
            “Sorry Nad, I betul-betul sibuk sekarang. Lebih-lebih lagi sejak I uruskan syarikat papa I ni,” kata Hisyam sekadar ingin memujuk.
            “Baiklah, I akan maafkan you tetapi dengan syarat, you kena belanja I lunch. Macam mana?”
            “Okey, kalau macam tu kita pergi sekarang. I banyak nak cerita kat you ni.” Akhirnya, mereka berdua mengatur langkah bersama-sama untuk keluar makan tengah hari. Hisyam merasa sungguh gembira sekali dengan kepulangan Nadia kawan baiknya semasa dia belajar di luar negara dulu.
            “Sekarang, apa yang you nak ceritakan kat I?” tanya Nadia kepada Hisyam sebaik saja mereka berdua menjejakkan kaki ke Coffe House yang agak ekskulif.
            “Sebenarnya I dah kahwin,” beritahu Hisyam jujur.
            “What?” jerit Nadia sambil menjengilkan biji matanya. “Kenapa you tak bagitahu pada I yang you dah kahwin?” Nadia jelas terkejut dengan penjelasan daripada Hisyam tadi.
            “Sorry Nad. I tahu you marah. I terpaksa Nad. I mengaku I cintakan dia,” luah Hisyam seolah-oleh tertekan. Dia meraupkan muka dengan kedua-dua tangannya. Akhirnya, Hisyam menceritakan hal yang sebenarnya kepada Nadia. Dia tidak mahu Nadia prasangka buruk terhadap dirinya. Lagipun, dia dan Nadia sudah berkawan lama dari dulu lagi. Dia terlalu percayakan Nadia.
            Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang begitu asyik merenung mereka. Walaupun agak jauh, namun Qistina masih nampak dengan jelas kemesraan sepasang merpati sejoli itu. Qistina mendengus menahan geram, adegan di depan matanya tadi bagaikan membakar api cemburu yang menyala di dalam dirinya. Sudah lama dia memerhati gelagat Hisyam dengan seorang gadis bermesra. Gadis itu sempat memegang tangan Hisyam dan Hisyam seperti membiarkankan saja aksi gadis itu. Naik meluat mata Qistina melihatnya.
            Kebetulan, syarikat di mana Qistina bekerja, meraikan majlis perkahwinan Syafiq dan Sarah di Coffee House, dia tidak menyangka terserempak dengan Hisyam di situ. Ingin saja dia menegur Hisyam tetapi apabila melihat ada seorang gadis di sisi suaminya itu, dia membatalkan saja niatnya itu. Qistina tidak menyangka Hisyam sanggup mempermainkan perasaannya sebegitu.
            Qistina merenung jam dinding yang tergantung di dalam biliknya itu sudah melewati pukul sepuluh malam. Dia berjalan mundar mandir sedari tadi sambil matanya sekejap mengerling ke arah jam dan sekejap pula merenung di luar tingkap dari biliknya. Menanti bunyi enjin kedengaran di laman, mengharapkan Hisyam yang pulang, namun dia masih kehampaan. ‘Mana pula Hisyam ni pergi? Dah pukul berapa ni? Mata aku dah mengantuk dah ni. Nampaknya terpaksalah aku tidur dulu. Nak marah pun, marah esok ajelah…’ Qistina mengomel sendiri. Akhirnya, Qistina terus merebahkan dirinya ke atas katil. Matanya sudah berat tidak dapat bertahan lagi. Dengan perasaan yang berkecamuk, tanpa di sedarinya akhirnya dia terlena juga.
            Awal pagi lagi Qistina sudah terjaga. Pandangannya dilemparkan ke susuk badan Hisyam yang masih tidur di sofa di dalam bilik itu. Qistina langsung tidak menyedari, entah pukul berapa Hisyam pulang ke rumah. Yang pasti, dia sudah tidur. Selepas menunaikan solat subuh, Qistina terus mengatur langkahnya menuruni tangga menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Langkahnya dimatikan, apabila melihat kelibat Mak Piah turut berada di situ.
            “Selamat pagi Mak Piah,” ucapnya.
            “Selamat pagi Qis. Awalnya bangun. Selalu hari sabtu macam ni Qis bangun lewat sikitkan,” ujar Mak Piah lagi. Qistina sudah tersenyum.
            “Tak boleh tidur lenalah Mak Piah. Oh ya, malam tadi abang Syam balik pukul berapa Mak Piah?” tanya Qistina lagi.
            “Lewat jugak dia balik. Kalau tak silap Mak Piah dekat pukul dua belas jugaklah. Kenapa Qis tanya?”
            “Errr… tak ada apa-apa. Qis dah tidur masa tu. Tak sedar dia balik pukul berapa,” jelasnya lagi. “Mak Piah, nak masak apa untuk sarapan pagi ni?”
            “Mak Piah ingat nak buat nasi goreng aje, sebab banyak lebih nasi malam tadi dan masih elok lagi. Membazir kalau nak buang.”
            “Elok sangat, kalau macam tu Qis nak naik atas kejutkan abang Syam,” kata Qistina lagi. Selepas itu, Qistina mengatur langkahnya menaiki tangga menuju ke arah biliknya. Qistina membuka pintu bilik dengan penuh berhati-hati tidak mahu Hisyam tersedar kehadirannya. Qistina ternampak kelibat Hisyam yang sedang bersolat, dengan wajah yang kecewa, Qistina berlalu turun ke ruang tamu semula. Matanya terpaku melihat peti televisyen yang kaku tanpa siaran. Segera dia mencapai remote dan menekannya. Tidak lama kemudian, Hisyam datang menghampiri duduk berhadapan dengannya.
            Hisyam memandang wajah ke arah Qistina yang sedang khusyuk menonton televisyen di ruang tamu. Dia sedikit hairan dengan kelakuan Qistina hari ini seperti tidak kena saja. Sejak mereka berdua selesai bersarapan, Qistina tidak banyak bercakap dengannya. Ingin saja Hisyam bertanya, tetapi apabila memandang wajah Qistina yang masam seperti dilanda masalah, dibatalkan saja niatnya itu. Biarlah keadaannya reda, barulah Hisyam akan bertanya kepadanya.
            Qistina menunggu Hisyam memulakan perbicaraannya sambil menonton televisyen. Sengaja dia buat begitu, dia mahu Hisyam sendiri mengaku keterlanjurannya sendiri. Tetapi, Hisyam seperti tidak mengendahkan saja kehadirannya di situ. Sudah lama dia memberi Hisyam peluang, akhirnya dia mengambil keputusan untuk bersuara. Barangkali, Hisyam masih tidak tahu masalah yang kusut di fikirannya.
            “Abang, semalam pergi mana?” tanyanya memulakan kata.
            “Emm… abang banyak kerja kat ofislah sayang.”
            “Semalam, syarikat Qis buat makan-makan sikit raikan majlis perkahwinan Fiq dan Sarah. Kami makan dekat Coffee House,” beritahu Qistina. Sengaja dia menyebut nama tempat itu. Dia ingin menduga Hisyam. Ternyata, air muka Hisyam berubah secara tiba-tiba. Pandangannya dilemparkan ke arah Qistina.
            “Coffee House? Pukul berapa dia orang buat?”
            “Lunch hour,” jawab Qistina selamba. Qistina terus saja bangun dari tempat duduknya. Nampaknya Hisyam masih tidak mahu berterus-terang dengannya lagi. Qistina mengatur langkahnya dengan perasaan yang hampa dan kecewa. Kenapa Hisyam tetap mahu merahsiakannya? Bukankah dia berhak tahu? Qistina tertanya-tanya sendiri. Hisyam tergaman melihat kerenah Qistina. Jangan-jangan Qistina ternampaknya dengan Nadia, kalau tidak kenapa Qistina berperangan begitu. Hisyam baru tersedar keterlanjurannya, terus dia berlari mendapatkan Qistina yang sudah berada di dalam biliknya. Hisyam terus menghampiri Qistina dengan lebih dekat lagi.
            “Abang, mintak maaf. Abang tak ada niat nak bohong Qis,” ucapnya sayu kedengaran.
            “Qis tak halang kalau abang nak keluar dengan sesiapa. Tapi, abang kenalah bagitahu pada Qis dulu. Abang tak patut buat Qis macam ni,” luah isi hati Qistina.
            “Abang tak ada apa-apa hubungan dengan Nad. Dia hanya teman satu tempat belajar abang di London dulu. Maafkan abang kalau Qis terasa.”
            “Qis tak percaya! Habis tu kenapa dia berani pegang tangan abang?”
            “Nad yang pegang tangan abang. Tak akan abang nak biarkan. Percayalah abang dengan Nad hanya sekadar kawan tidak lebih dari tu.”
            “Betul ni?”
            “Sumpah! Abang hanya sayangkan Qis sorang aje.”  Sambil mengangkat tangan kanannya. Kemudian, mereka sama-sama ketawa. Pandai pula Hisyam ni buat lawak! Kalau masuk rancangan Raja Lawak pasti menang ni. Terkenallah aku nanti! Hisyam mengangkat tangan Qistina lalu menggenggam dengan penuh erat. Nampaknya, Qistina memberi tanda-tanda positif dengan hubungannya. Hisyam terus melepaskan pelukannya apabila kedengaran bunyi telefon bimbitnya berbunyi. Terus saja dia menjawab apabila melihat nama yang terteran diskrin telefonnya itu.
            “Assalamualaikum ma,” ucapnya.
            “Wa’alaikumsalam, mama nak tanya sikit ni?”
            “Apa dia ma?”
            “Hari ni, Syam dengan Qis ada plan apa-apa ke?”
            “Hari ni memang kami tak plan ke mana-mana pun ma. Kenapa?”
            “Macam ni,  malam ni mama nak buat makan-makan sikit. Berkumpul dengan anak-anak dan menantu mama,” kata Datin Adibah berterus-terang.
            Hisyam diam seketika berfikir. Kemudian, dia kembali menyambung perbualan dengan Datin Adibah semula. “Kalau macam tu, baiklah ma. Petang nanti kami pergi ke sana. Tolong apa yang patut,” balas Hisyam semula sebelum mematikan talian telefonnya.
            “Kenapa mama telefon bang?” tanya Qistina sebaik saja Hisyam selesai bercakap dengan Datin Adibah.
            “Malam ini, mama nak buat makan-makan sikit dengan ahli keluarga. Petang nanti kita balik ke rumah sana. Qis kemaskan baju, kita akan tidur di sana nanti.” Qistina menganggukkan kepalanya saja seperti buruk belatuk.
            Seperti yang dijanjikan, kereta Hisyam saja tiba berhenti di dalam kawasan rumah keluarganya. Sebaik saja Hisyam memakirkan kereta dan dikunci, mereka berdua bergegas masuk ke dalam rumah. Kedatangan mereka disambut oleh Datin Adibah dan seisi keluarganya. Qistina hairan apabila melihat kelibat Soffiya juga turut berada di sini. Segera Qistina menghampiri Soffiya dengan lebih dekat lagi. Soffiya tersenyum-senyum melihat kerenah Qistina yang kehairanan itu.
            “Fiya, kau buat apa kat sini?” soal Qistina hairan dengan gelagat Soffiya itu.
            “Sebenarnya, aku nak bertunang dengan Abang Mirul,” beritahunya tersipu menahan malu.
            “Biar betul? Selama ni memang betullah kau dengan Abang Mirul bercinta?” soalnya lagi. Cepat saja Soffiya menganggukkan kepalanya.
            “Tak sangka aku Fiya. Tak lama lagi, kau bakal jadi kakak ipar akulah,” ucapnya sambil ketawa. Mereka berdua berpelukan. Qistina turut gembira mendengar berita yang baru diberitahunya sebentar tadi. Patutlah Datin Adibah meminta semua keluarga berkumpul rupa-rupanya ada udang disebalik batu! Sedang  Qistina dan Soffiya berbual panjang berkongsi cerita sesama sendiri, kedengaran suara orang memberi salam di luar. Hisyam terus bergegas membuka pintu untuk melihat tetamu yang datang ke rumah keluarganya itu. Alangkah terkejutnya apabila melihat Nadia yang sedang berdiri di hadapannya kini. Terus saja Hisyam menjemput Nadia masuk ke dalam rumah. Kecoh ahli keluarga Hisyam apabila Nadia datang berkunjung ke rumah mereka. Kedatangannya di sambut mesra oleh ahli keluarga Hisyam sendiri. Soffiya hanya memandang wajah Qistina yang resah. Seperti Qistina tidak suka dengan kedatangan Nadia.
            “Nad, mari I kenalkan you dengan wife I,” ajak Hisyam. Nadia mengekori langkah Hisyam daripada belakang. “Kenalkan ni Qistina wife I,” Nadia segera menghulurkan tangannya kepada Qistina. Qistina menyambutnya dengan senyuman.
            “Boleh tahan orangnya. Pandai you cari Syam,” tegur Nadia kepada Hisyam. Hisyam hanya tersenyum apabila Nadia memuji dirinya. ‘Orang macam ni, Syam boleh pilih, kalau nak dibandingkan cantik lagi aku dari dia…’ desis hatinya.
            “Nad, makan malam sekali kat rumah aunty ya,” pelawa Datin Adibah teruja.
            “Tak mengganggu aunty sekeluarga ke?”
            “Tak adalah, lagi pun dah lama tak jumpa Nadkan. Boleh kita berborak panjang,” jelas Datin Adibah lagi.
            “Kalau macam tu, Nad ikut aje aunty.” Datin Adibah terus menarik tangan Nadia meminta mengikutnya. Sempat dia menjeling ke arah Qistina. Qistina hanya memandang saja kerenah mak mertuanya itu. Timbul rasa cemburu  terhadap layanan Hisyam terhadap Nadia.
            Malam itu semua ahli keluarga Datin Adibah dan Datuk Suffian berkumpul di meja makan. Masing-masing tidak sabar menikmati hidangan makan malam itu. Sebelum itu, Datuk Suffian ingin mengumumkan sesuatu. Mereka semua menumpukan berhatian yang sepenuhnya.
            “Papa dan mama ada berita yang nak disampaikan,” kata Datuk Suffian sambil memandang Datin Adibah yang duduk disebelahnya.
            “Apa dia pa?” tanya Hisyam semula.  Seperti tidak rasa rasanya.
            “Minggu depan Mirul dan Fiya akan bertunang. Jadi, papa dan mama nak kamu semua terlibat dalam majlis ni. Sebarang bantahan tidak diterima.” Hisyam terkejut memandang ke arah Amirul dan Soffiya bergilir-gilir. Masih tidak percaya berita yang baru saja didengarnya. Kemudian, dia tersenyum memandang Amirul yang bersahaja. Selepas itu, mereka semua terus menikmati hidangan makan malam itu dengan penuh berselera sekali.

           
           
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan