Senarai Kawan

Isnin, 25 Julai 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 23


BAB 23
Datin Salmah begitu gembira sekali mendengar berita yang di beritahu oleh Haikal bahawa dia akan bertunang dengan Salwa tidak lama lagi.
“Mama, gembira sangat Karl nak bertunang ni” beritahu Datin Salmah teruja.
“Ye lah…dari Karl berkawan lama-lama macam ni lebih baik Karl dan Salwa bertunang sekurang-kurangnya ada juga ikatan.
“Bila Karl nak bertunang, dah ada tarikhnya?” soal Datin Salmah lagi.
“Karl cadang hujung bulan ni. Apa pendapat mama?” jelas Haikal sambil mengarukan kepalanya. Dia tidak menyangka begitu cepat sekali dia akan melangsungkan pertunangan dengan Salwa.
“Mama tak kisah, kalau macam tu kita kena buat persiapan tinggal beberapa hari saja lagi ni, takut tak sempat pulak” begitu teruja sekali Datin Salmah untuk membuat persiapan majlis pertunangan Haikal. Baginya masa yang di berikan oleh Haikal tidak sempat untuk dia membuat persiapan.
“Kalau macam itu Karl ikut mama saja.”
“Karl dengan Salwa kena beli barang-barang yang penting saja dulu, yang lain nanti mama uruskan” beritahu Datin Salmah. Haikal hanya menganggukkan kepadanya tanda setuju dengan cadangan mamanya itu.
“Oh ya…mama lupa nak tanya Karl ni, Abang Riz tahu tak pasal ni?”
“Dia dah tahu awal-awal lagi sebab Karl yang minta pendapat dia” jelas Haikal lagi.
“Okey…” jawab Datin Salmah kelihatan begitu gembira sekali.
 Anis Najwa sedang berehat di biliknya sambil menbaca novel kegemarannya. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefonnya berbunyi lantas dia terus menjawab panggilan itu.
“Assalammualaikum Anis” ucap Salwa di talian.
“Waalaikumsalam Salwa” jawab Anis Najwa pula.
“Anis, aku ada sesuatu yang nak beritahu kat kau ni, tapi jangan terkejut pula tau…”
“Apa dia?” balas Anis Najwa seperti tidak sabar untuk mendengarnya.
“Aku nak bertunang” beritahu Salwa ringkas.
“Bertunang?” ulang Anis Najwa semula.
“Ye lah… bertunang dengan Haikal.”
“Tahniah Salwa, alhamdullillah akhirnya kawin jugak kawan aku yang sorang ni” ucap Anis Najwa sambil ketawa di talian.
“Kau ni mulut, tak ada insuranslah.”
“Janganlah marah, bila kau nak bertunang dengan Haikal ni?”
“Hujung bulan ni, aku nak mintak tolong kat kau sikit.”
“Apa dia?”
“Nanti kau temankan aku beli barang-barang hantaran boleh? Lagi pun, kau kan dah ada pengalaman” terang Salwa.
“Kau punya pasal, aku sanggup Salwa. Nanti kau beritahu aku bila nak pergi.”
“Okey, nanti aku telefon kau balik.”
“Tak sangka kau jadi bakal kakak ipar aku” ujar Salwa di talian. Mereka masing-masing ketawa.
“Okeylah Anis, nanti aku telefon kau semula. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam” ucap Anis Najwa sambil meletakkan telefonnya. Anis Najwa begitu gembira sekali berita tentang pertunangan Salwa dan Haikal.
 Seperti yang di janjikan, Anis Najwa dan Hariz Iskandar menemani Haikal dan Salwa membeli barang untuk majlis pertunangannya tidak lama lagi. Mereka membeli beberapa barang yang perlu untuk digubah menjadi barang hantaran. Selesai membeli semua barang-barang, mereka singgah di kedai untuk membeli cincin.
“Awak pilihlah yang mana yang awak berkenan?” Haikal bertanya kepada Salwa.
“Entahlah Karl. Saya tak tahu nak pilih yang mana. Karl sajalah yang pilihkan,” ujar Salwa semula.
“Hmm… kalau macam tu.  Yang tu okey tak?” tunjuk Haikal kepada sebentuk cincin emas bertakhtah batu permata.
“Saya rasa yang tu okey,” ujar Salwa bersetuju dengan pilihan Haikal. Haikal turut meminta pendapat Hariz Iskandar dan Anis Najwa mereka juga turut bersetuju dengan pilihan Haikal. Selepas itu Haikal pun membuat pembayaran.
“Nampaknya semua barang-barang kita dah beli, apa kata sekarang kita pergi makan dulu lepas itu baru kita balik.” Beritahu Hariz Iskandar. Mereka semua bersetuju dengan cadangan Hariz Iskandar. Mereka berempat memilih restoran Mc Donald menjadi pilihan. Anis Najwa dan Salwa mencari tempat duduk sementara Hariz Iskandar dan Haikal membeli makanan. Setelah memesan makanan dan membuat pembayaran, Hariz Iskandar dan Haikal mengangkat dulang dan menuju ke arah Anis Najwa dan Salwa.
“Korang, terima kasih tau temankan aku dan Haikal beli barang pertunangan kami.” Ujar Salwa kepada Anis Najwa dan Hariz Iskandar.
“Tak apalah, bukannya susah sangat pun.” Balas Hariz Iskandar pula.
“Macam mana keadaan kau sekarang, alahan masih teruk lagi tak?” Soal Salwa.
“Mula-mula tu teruk lah, tapi sekarang dah kurang sikit.” Balas Anis Najwa.
“Dah berapa bulan?” Tanya Salwa lagi.
“Nak masuk empat bulan.” . Masing-masing terus mendiamkan diri dan meneruskan makan. Selepas itu mereka semua pulang ke rumah masing-masing.
 Hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba, ramai orang yang hadir ke majlis pertunangan Haikal dan Salwa.  Salwa kelihatan cantik sekali mengayakan baju kurung moden yang berwarna peach itu. Hati Salwa merasa begitu berdebar sekali tidak menyangka bahawa dia akan bertunang dengan Haikal. Riuh sekali di ruang tamu kelihatan rombongan belah pihak lelaki hadir. Haikal segak berpakaian baju melayu dengan warna yang sedondon dengan Salwa.
“Rombongan belah pihak lelaki dah sampai Salwa.” Beritahu Anis Najwa kepada Salwa. Anis Najwa Nampak kawannya itu kelihatan berdebar.
“Bertenang okey” beritahu Anis Najwa sambil memegang tangan Salwa untuk menyakinkan Salwa. Salwa hanya menurut. Ucapara di mulakan dengan bacaan doa selamat selepas itu upacara menyarungkan cincin pertunangan diwakili oleh mama Haikal sendiri Datin Salmah. Majlis pertunangan berlangsung dengan begitu meriah sekali dan Salwa kini telah menjadi tunang kepada Haikal.
 _________________________________________________________________________________
 p/s: ni je yg dpt tulis utk bab 23...kalau ada lg sy smbg ok..harap semua terhibur..klu sesiapa yg ada cadangan utk menambahkan idea utk cite nie bg tau kat sy ye...semoga terhibur..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan