Senarai Kawan

Rabu, 18 Mei 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 4


BAB 4
Pagi itu, selesai bersiap dan bersarapan Anis Najwa keluar bertemu dengan kawan karibnya Salwa seperti yang dijanjikan malam tadi. Mereka bertemu di tempat di mana mereka selalu berjumpa dan berkumpul. Salwa melambai-lambaikan tangannya kepada Anis Najwa.
“Dah lama ke korang tunggu aku ? ujar Anis Najwa yang baru  saja tiba.
“Tak lah aku pun baru sampai jugak. Masa aku datang Syafiq dah tunggu. Besok kau jadi tak pergi interview kat tempat kerja aku? Untung-untung dapat jawatan tu best jugak sama tempat kerja dengan aku.” Beritahu Salwa.
“Mesti lah aku pergi, tak kan nak lepaskan peluang ni.  Jom kita pergi minum kat warung Pak Man aku hauslah..” balas Anis Najwa sambil berjalan bersama dengan kawan-kawanya menuju ke warung tersebut.
“Anis kau dah bersedia ke nak interview besok? Manalah tau dorang soal kau yang bukan-bukan sampai kau tak boleh nak jawab?” tanya Syafiq kepada Anis Najw  sambil tergelak.
“Kau ni Fiq mulut takde insurans ke? Kau saja mahu aku takutkan aku kan.? Aku dah prepare dah, korang jangan risaulah..” Anis Najwa membalas bertanya Syafiq tadi, Salwa yang berada di sisi Anis Najwa hanya ketawa melihat gelagat kawannya itu. Walaupun Syafiq selalu mengusik Anis Najwa, tetapi Salwa tahu Syafiq memang ada hati dengan Anis Najwa sejak dulu lagi. Syafiq pernah memberitahu kepada Salwa mengenai perasaannya kepada Anis Najwa tetapi Syafiq meminta Salwa merahsiakannya. Syafiq malu kalau dia meluahkan perasaannya kepada Anis Najwa, takut Anis Najwa tidak mahu berkawan dengannya lagi. Mereka menghabiskan minuman  masing-masing .
“Hari ini Syafiq belanja kita minum lah Wa...” ujar Anis Najwa lagi.
“Bukan aku ke yang selalu bayar korang punya minuman” . Balas Syakiq.
“Ye lah..aku tahu lah, kau kan engineer gaji banyak tak kan belanja minum air pun nak berkira? Nanti kalau aku dapat kerja ni aku belanja korang pulak, tapi kena tunggu aku dapat gaji lah..” Jawab Anis Najwa, Salwa dan Syafiq hanya tersenyum. Salwa dah biasa sangat tengok Syafiq mengusik Anis Najwa.  Lantak korang lah.. jawab Salwa dalam  hati.
“Korang berdua ni pantang berjumpa asyik bergaduh je, pelik lah aku? Fiq dah la tu, kalau kau tak mengusik Anis boleh tak? Anis, besok kau nak tumpang aku pergi interview tak? Kalau nak pagi besok aku pergi ambik kau  dekat rumah? Macam-mana?  Soal Salwa kepada Anis Najwa. Sambil memandang ke arah Anis Najwa menunggu jawapan daripada kawannya itu.
“Tak payahlah Salwa esok aku  pergi sendiri lagi pun aku kan ada kereta, aku tak mahu lah menyusahkan kau  lagi pun kau dah tolong aku carikan kerja dekat aku pun itu dah kira baik. Aku janji, kalau sudah dapat gaji nanti aku belanja kau dengan Suafiq sekali.” jawab Anis Najwa Mereka bangun menuju  ke kereta Syafiq yang berada di situ.
Syafiq memberhentikan keretanya di depan rumah Anis Najwa. Selepas itu dia akan menghantar Salwa pulang kerumahnya pula. Anis Najwa melambai tangannya ke arah kereta mereka yang telah hilang dari pandangannya.
“Syafiq!! Sampai bila kau nak pendamkan perasaan kau pada Anis? Jangan kau melepas sudah lah. Aku dah lama perhatikan perangai kau tau, kau saja usik Anis kan sebab kau suka tengok perangai dia bila dia marah kan?.. Kau tak boleh tipu aku lah Fiq kita dah kenal lama tau.” Soal Salwa kepada Syafiq.
“Salwa aku bukannya tak mahu luahkan perasaan aku pada Anis, aku takut bila aku luahkan nanti Anis dah tak nak berkawan dengan aku, lagi pun aku segan lah dengan Anis..” luah Syafiq kepada Salwa. Mereka bersembang sehingga kereta berhenti di depan rumah Salwa, lantas Salwa keluar dari perut kereta Syafiq.
“Fiq, kau fikir lah baik-baik  apa yang aku cakap tadi..aku cuma nak ingat kan dekat kau je , jangan tunggu lama-lama nanti dia di kebas orang..” Salwa menyanyi kecil di depan Syafiq. Syafiq hanya ketawa dengan gelagat Salwa. Syafiq meneruskan perjalanannya.
Salwa teringat peristiwa bagaimana Syafiq boleh jatuh cinta pada Anis Najwa. Seingatnya dulu, Syafiq kenal dengan Anis Najwa semasa di kelas Taek Kwan Do, masa itu Abang Helmi guru kelas Taek Kwan Do yang mengajar mereka.  Syafiq terpikat dengan Anis Najwa walaupun perangai Anis Najwa nampak kasar di luar tetapi lembut di dalam, sejak itu Syafiq menaruh perasaan pada Anis Najwa dan mereka menjadi kawan baik sehingga sekarang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan