Senarai Kawan

Ahad, 26 Jun 2011

Kitakan Kawan-Bab 1


BAB 1
Bunyi jam loceng itu menganggu tidur Nur Iman Amani lantas dia mencapai jam loceng itu dan terus menutupnya dengan bantal dan Iman kembali menyambung tidurnya semula. Puan Hajah Munirah mengomel sendirian apabila melihat Iman masih belum turun untuk pergi ke sekolah. Dia terus mengatur langkah menaiki tangga menuju ke arah bilik Iman dan dia mendapati Iman masih tidur di atas katilnya.
“Ya Allah budak bertuah ni, belum bangun tidur lagi,” bising Puan Hajah Maimum sambil mengerakkan Iman yang masih tidur.
“Iman, bangun, dah pukul berapa ni, nanti lambat pergi sekolah” jerit Puan Hajah Maimon sambil tangannya mengejutkan Iman. Kelihatan Iman mengerakkan badan sambil mengosok matanya.
“Ibu ni, kacau je Iman nak tidur.” Jawab Iman kepada ibunya.
“Kamu tahu tak sekarang dah pukul berapa?” Terang Puan Hajah Maimun lagi.
“Ala..awal lagi lah ibu.” Jawab Iman ringkas.
“Jam dah pukul 6.45 pagi ni, nanti kamu lambat pergi sekolah. Bangun cepat.” Jawab Puan Hajah Maimon lagi. Iman yang mendengar, terus secara automatik membuka matanya dan terus bangun dari katilnya mencapai tualanya dan menuju ke bilik air.
“Itulah ibu dah cakap tadi, sekarang sapa yang susah. Cepat mandi lepas itu sarapan ibu tunggu dekat bawah.” Jerit Puan Hajah Maimon lagi kepada Iman yang sedang membersihkan dirinya di dalam bilik air. Puan Hajah Maimin sedang menghidangkan sarapan pagi untuk anak-anaknya. Dia melihat Iman yang kelam-kabut berlari menuju ke meja makan. Dia hanya mengelengkan kepalanya melihat gelagat anak yang seorang  Jam di dinding menunjukkan pukul 7.15 pagi, Iman berlari bergegas mencapai kunci motor skuternya yang berhenti di hadapan rumah untuk mengambilnya membawa dengan pantas Iman bersalam dengan ibunya dan menyarungkan kasut sekolahnya. Bunyi enjin motor kedengaran, lalu Iman pun berlalu meninggalkan kawasan perumahannya untuk pergi ke sekolah.
“Iman, nasib tadi kau sempat masuk sekolah tadi tau, kalau tak habislah nama kau dah kena tulis dalam buku tau.” Beritahu Intan Surfina kawan baik Iman. Mereka terus masuk kedalam ke sekolah untuk memulakan kelas.
Nur Iman Amani, Intan Surfina dan Suraya berkawan baik sejak dari sekolah rendah lagi sehingga mencecah umurnya sekarang 17 tahun dan pada tahun ini mereka bertiga akan menduduki peperiksaan SPM. Nur Iman Amani adalah seorang perempuan yang lincah tidak seperti Intan dan Su lebih kepada sikap keperempuanannya tetapi Intan dan Su tetap berkawan baik dengan Iman. Bagi mereka walaupun Iman berwatakan seperti itu, Iman mempunyai hati yang lembut. Iman masih teringat lagi peristiwa pergaduhannya dengan Irfan Huzaimi. Pernah suatu hari Iman terlambat bangun untuk pergi ke sekolah, nasib malang menimpanya, kebetulan masa itu Ifran sedang bertugas sebagai pengawas di sekolah, tak pasal-pasal Iman di soal kerana dating lambat ke sekolah dan namanya telah di catit didalam buku rekod Irfan dan sejak itu bermulalah perang diantara Iman dan Irfan. Ada saja perkara yang di gaduhkan oleh mereka berdua. Intan dan Su tahu Iman dan Irfan asyik bergaduh dan tidak bersependapat, lebih-lebih lagi apabila Iman dan Irfan dalam satu kelas. Iman tidak suka dengan sikap berlagak dan sombong Irfan itu yang menyebabkan dia membenci Irfan. Bagi Irfan pula Iman seorang gadis tomboy yang asyik memyusahkannya dan tidak seperti gadis-gadis yang lain. Di sekolah Iran menjadi rebutan para gadis-gadis lain kerana kehensemannya tetapi tidak bagi Iman yang mengaggap Irfan adalah musuhnya yang berlagak dan sombong.
Loceng berbunyi menandakan tamatnya sesi persekolahan hari ini. Para pelajar lain berpusu-pusu keluar dari kelas itu tidak sabar untuk balik ke rumah masing-masing. Sementara Iman tengah bersiap mengemas buku-bukunya lalu di masukkan ke dalam beg sekolahnya. Intan dan Su menghampiri Iman.
“Iman kenapa kau lambat datang tadi.” Soal Su kepada Iman.
“Bukan aku nak lambat lah, aku terbabas tidur tadi.” Jelas Iman kepada kawan-kawannya.
“Nasib baik kau terlambat sikit je tau, kalau tak habislah nama kau naik lagi lebih-lebih lagi si Irfan tu, kau tahu lah perangai dia macam manakan.” Terang Su semula.
“Sudahlah, jom kita balik. Sampuk Intan pula. Mereka bersama-sama keluar dari kawasan persekolahan itu.
“Iman, Su besok hari sabtukan, apa kata kita keluar tengok wayang nak.” tanya Intan kepada kawannya itu.
“Boleh jugak tu, pukul berapa kita nak pergi?” tanya Iman semula.
“Pukul 10.00 pagi, nanti aku ambil Su dekat rumah, kita berkumpul dekat rumah Iman. Macam-mana?” Cadang Intan.
“Okey!” Iman dan Su bersorak serentak. Selepas itu mereka terus pulang ke rumah masing-masing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan