Senarai Kawan

Rabu, 6 Julai 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 19

BAB 19


Anis Najwa dan Ameerul sudah pulang dari rumah Syafiq Salwa yang menghantarnya memandangkan dia menumpang kereta Salwa.  Kelihatan kereta Hariz Iskandar sudah berada di perkarangan  rumah, itu menandakan Hariz Iskandar juga sudah pulang. Anis Najwa terus melangkah masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya. Dia berasa tidak sabar ingin memberitahu berita gembira kepada suaminya itu.  Hariz Iskandar yang baru saja keluar dari bilik air terus memandang ke arah Anis Najwa yang tersenyum memandangnya.
“Kenapa Anis pandang abang macam tu?” Tanya Hariz Iskandar.
“Anis sesuatu yang nak beritahu dekat abang.” Jawab Anis Najwa ringkas dengan wajah yang gembira.
“Apa dia?” Tanya Hariz Iskandar kembali sambil merebahkan punggungnya di sebelah Anis Najwa di tepi katil. Belum sempat Anis Najwa hendak beritahu tiba-tiba tekaknya merasa loya hendak muntah terus dia meluru berlari ke bilik air dan terus memuntahkan isi perutnya. Hariz Iskandar yang kelihatan begitu risau terus mendapatkan Anis Najwa di bili air sambil mengurut belakang isterinya. Anis Najwa terus memandang suaminya tersenyum gembira mengambil tangan Hariz Iskandar dan meletakkan di perutnya.  Latas Hariz Iskandar tersenyum penuh makna.
“Sayang mengandung?” Soal Hariz Iskandar kegembiraaan. Anis Najwa terus menganggukkan kepalanya.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sayang.”  Ucap Hariz Iskandar smabil mencium dahi isterinya itu.
“Tadi Salwa dan Syafiq yang bawak Anis pergi klinik, doctor yang beritahu tadi.” Terang Anis Najwa.
“Yeah!! Tak lama lagi Meerul nak dapat adik” teriak Ameerul yang tiba-tiba muncul dan terus memeluk papa dan mamanya itu.
“Abang nak beritahu papa dan mama mesti mereka gembira nak dapat cucu lagi.” Beritahu Hariz Iskandar sambil mengambil telefonnya. Datin Salmah dan Dato’ Sharuddin begitu gembira sekali mendengar khabar bahawa yang mereka akan mendapat seorang cucu lagi. Begitu juga Haji Abdul Karim dan Puan Hajah Kalsom ibubapa kepada Anis Najwa apabila mendengar khabar berita daripada menantunya itu.
“Abang dah beritahu semua keluarga kita. Abang gembira sangat, akhirnya abang dapat tambah seorang anak lagi.” Beritahu Hariz Iskandar kepada isterinya.
“Malulah Anis bang.”Ucap Anis Najwa perlahan sambil tersipu menahan malu.
“Nak malu apa? Tengok Meerul pun suka tak lama lagi dia nak dapat adik, boleh main bersama katanya.” Jelas Hariz Iskandar lagi.
“Sudahlah tu mari kita tidur, lagi pun dah larut malam, kan doktor dah pesan sayang kena banyak berehat tak boleh tidur lewat-lewat sangat.” Terang Hariz Iskandar lagi. Mereka terus membaringkan diri di atas katil.  Malam kian berlabuh mereka tidur dengan begitu lena sekali.

Pagi itu, Anis Najwa melakukan kerja hariannya seperti selalu. Hariz Iskandar yang baru saja turun dari bilik terus menuju ke dapur melihat isterinya sedang memasak sesuatu.
“Sayang masak apa tu?” Soal Hariz Iskandar lantas mengejutkan Anis Najwa yang sedang khusyuk melakukan kerjanya.
“Abang ni, buat Anis terkejut saja tau.” Terang Anis Najwa sambil mengurutkan dadanya apabila di tegur oleh suaminya itu.
“Anis buat nasi goreng, dah siap pun.” Beritahu Anis Najwa.
“Kan abang dah beritahu, sayang tak payah susah-susah buat semua kerja ni, abang boleh buat.”
“Abang ni, semua Anis tak boleh nak buat, nanti Anis nak buat apa? Abang tu macam pandai masak sangat” rajuk Anis Najwa.
“Isteri abang dah merajuk, makin cantik abang tengok ni yang buat abang geram ni.” Ucap Hariz Iskandar sambil tersenyum.
“Sudahlah malas Anis nak layan abang.” Ucap Anis Najwa kepada Hariz Iskandar sambil mengaturkan langkahnya meninggalkan Hariz Iskandar di dapur sendirian.
“Habis sapa yang nak hidangkan sarapan ni?” Tanya Hariz Iskandar yang turut mengikuti langkah isterinya itu.
“Abang lah? Tadi abang yang sangat nak buat kerja kan? Anis dah siap masak abang tolong hidangkan sarapan okey.” Jawab Anis Najwa.
“Baiklah. Sayang tunggu abang dekat meja makan.” Ucap Hariz Iskandar. Anis Najwa segera menuju duduk di meja makan sambil menunggu Hariz Iskandar menghidangkan sarapan.
“Meerul belum bangun lagi ke sayang?” Tanya Hariz Iskandar.
“Haa...tu pun dia.” Ucap Anis Najwa sambil tangannya menunjuk ke arah Ameerul yang baru saja turun dari biliknya.
“Meerul mari kita sarapan dulu, lepas ni kita pergi rumah datuk dan nenek.” Beritahu Hariz Iskandar kepada Ameerul. Segera Ameerul duduk di kerusi.
“Abang tak beritahu Anis pun nak pergi rumah mama dan papa?” Tanya Anis Najwa pula.
“Abang minta maaf sayang, tu pagi tadi mama telefon abang suruh balik rumah katanya ayah dan ibu pun nakk datang jugak hari ini.” Jelas Hariz Iskandar lagi.
“Betul ke bang?” Tanya Anis Najwa semula. Dia kelihatan begitu gembira apabila Hariz Iskandar memberitahu bahawa ayah dan ibunya juga datang ke rumah mertuanya.
“Betul.” Jawab Hariz Iskandar ringkas. Lepas sarapan kita kemas rumah dulu baru pergi rumah sana. Meerul kena tolong papa kemas rumah tau, lagi pun mama kan mengandung dia tak boleh buat kerja sangat.” Jelas Hariz Iskandar kepada Ameerul.
“Okey!” Jawab Ameerul yang kelihatan begitu gembira sekali.

Setelah mereka bersarapan, Ameerul membantu Hariz Iskandar membuat semua kerja rumah bersama manakala Anis Najwa di suruhnya berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Anis Najwa hanya memerhati saja mereka membuat kerja rumah. Dia merasa begitu gembira sekali ternyata Hariz Iskandar mengambil berat akan dirinya. Dia bersyukur sangat-sangat kerana di kurniakan seorang suami seperti Hariz Iskandar. Begitu juga dengan Ameerul, Anis Najwa senang dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ameerul kepada Anis Najwa, ternyata Hariz Iskandar memberikan didikan yang cukup kepada Ameerul. Anis Najwa begitu gembira sekali di kurniakan anak seperti Ameerul. Selepas mereka menyiapkan kerja rumah dan berehat sebentar, mereka pun bertolak menuju ke rumah keluarag Hariz Iskandar. Anis Najwa tidak sabar ingin berjumpa dengan ibu dan ayahnya. Dia rindu akan keluarganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan