Senarai Kawan

Isnin, 23 Mei 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 7


BAB 7
Sudah sebulan Anis Najwa bekerja di syarikat SSF Holding Sdn Bhd, esok adalah hari cuti memandangkan ini gaji pertamanya, dia sudah merancang mengajak Salwa dan Syafiq keluar bersama-sama  menonton wayang dan makan.
Mereka tiba di pusat membeli belah tersebut dan terus pergi ke kaunter untuk membeli tiket wayang.
“Terima kasih banyak-banyak lah Anis merasa jugak duit gaji kau.” ujar Salwa. Syafiq hanya tergelak melihat gelagat kawannya itu.
“Ye lah...bukan ke aku dah janji dekat korang, kalau dah dapat gaji aku belanja korang.” jawab Anis Najwa pula.  
“Anis, Fiq aku pergi beli popcorn dan air dekat sana tau. Fiq cakap tadi dekat aku dia ada hal nak beritahu dekat kau.” Beritahu Salwa kepada kawannya. Salwa terus melangkah menuju ke gerai yang menjual makanan ringan di situ sambil melemparkan senyuman sinis kepada Shafiq. Shafiq terkejut dengan tindakan Salwa.
“Fiq apa yang kau nak beritahu dekat aku ni.” Soal Anis Najwa kepada Syafiq.
“Eh..tak ada apa-apa lah, jangan percaya cakap Salwa tu.” Balas Syafiq yang kelihatan  tergagap-gagap menjawab pertanyaan Anis Najwa tadi. Anis Najwa hanya memerhatikan gelagat kawannya itu sambil menggelengkan kepalanya. Mereka terus mengatur langkah menuju ke arah Salwa yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk panggung wayang itu. Mereka menyerahkan tiket kepada pekerja yang menjaga di pintu masuk panggung wayang itu. Anis Najwa memberhentikan langkahnya di depan pintu masuk panggung wayang.
“Korang, tunggu dekat sini dulu tau, jangan masuk lagi. Aku nak pergi toilet kejap.” Beritahu Anis Najwa kepada kedua-dua kawannya itu sambil mengatur langkah menuju ke pintu toilet yang tersedia ada di dalam panggung wayang itu. Salwa dan Syafiq menanggukkan kepalanya.
“Fiq, macam mana tadi, kau dah beritahu Anis pasal perasaan kau pada dia tak?” Soal Salwa kepada Syafiq dengan penuh makna.
“Err..aku belum beritahu dekat Anis lagi lah Wa, aku takut lah mesti Anis reject aku punyer.” balas Syafiq tergagap-gagap sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“La..bukan ke aku dah bagi peluang dekat kau tadi, itu pun susah nak cakap. Tak fahamlah aku dengan perangai kau ni, suka hati kau lah Fiq. Malas aku nak campur lagi.” Salwa kelihatan marah dengan tindakan Syafiq sebentar tadi. Muncul Anis Najwa di hadapan mereka. Anis Najwa cuma memerhati gelagat Salwa yang kelihatan benggang kepada Syafiq. Tanpa berbanyak soal,  mereka terus masuk ke dalam panggung wayang itu. Mereka mencari kerusi yang ditanda di dalam tiket wayang itu. Setelah jumpa, mereka melabuhkan punggung masing-masing ke kerusi berkenaan sambil menonton cerita yang di tayangkan.

Setelah habis menonton wayang mereka segera mengatur langkah menuju ke food court. Syafiq hanya memesan nasi ayam sambil mencari meja kosong di tempat itu, sementara Anis Najwa dan Salwa pergi ke gerai-gerai kecil yang turut menyediakan bermacam-macam makanan.  Setelah Anis Najwa memesan makanan dan membuat pembayaran,  mereka mengambil makanan lalu beredar menuju kearah Syafiq yang telah duduk di meja. Mereka menikmati hidangan tersebut. Selepas selesai makan, mereka bereda menuju ke tempat parking kereta. Semasa mereka mengatur langkah menuju kerah kereta, kelihatan seperti ada orang sedang bergaduh. Anis Najwa yang terdengar suara itu, lalu mengatur langkah menuju ke arahnya. Syafiq dan Salwa mengikut langkah Anis Najwa dengan penuh berhati-hati. Sampai di tempat tersebut, tiga orang sedang memukul seorang lelaki tersebut. Dengan pantas Anis Najwa pun mengatur langkah menuju ke arah lelaki itu.
“Hoi..!! korang ni tak ada kerja lain ke asyik nak belasah orang  je.” Jerit Anis Najwa kepada tiga orang itu. Mereka berhenti memukul  lelaki itu dan terus memandang  ke arah Anis Nawja.  Salah seorang daripada itu, datang ke arah Anis Najwa dan cuba memegang Anis Najwa, lantas Anis Najwa terus melayang kaki ke arah lelaki itu dan lelaki itu jatuh tersungkur.  Belum sempat kawannya bangun, seorang lagi kawannnya itu terus melayangkan tangan kerah Anis Najwa, belum sempat Anis Najwa melawan satu tangan hinggap ke muka lelaki itu. Lelaki itu jatuh, mereka terus bangun lalu lari meninggalkan Syafiq yang secara tiba-tiba datang membelasah lelaki itu. Anis Najwa  mengeluh perlahan-lahan dan segera pergi ke arah Syafiq.
“Fiq, kau okey tak, terima kasih selamatkan aku tadi, nasib baik kau sempat belasah mamat tadi, kalau tak habis aku dikerjakan dorang.” Ujar Anis Najwa kepada Syafiq. Salwa hanya memerhatikan gelagat kawannya itu.
“Aku oeyk, aku tak akan bagi orang cederakan kau selagi aku ada.” Jawab Syafiq kepada Anis Najwa. Anis Najwa terkejut dengan tindakan Syafiq tadi. Anis Najwa segera pergi ke arah lelaki yang telah dibelasah tadi.
“Eh..ni Encik Haikal.” Ujar Anis Najwa kepada Salwa dan Syafiq. Mereka memandang sesama mereka.
“Encik Haikal! Panggil Anis Najwa,  terus Encik Haikal sedar yang separuh pengsan itu.
“Mari saya bawak Encik Haikal pergi hospital.” Ujar Anis. Encik Haikal hanya menganggukkan kepalanya. Syafiq memapah Encik Haikal turut dibantu oleh Anis Najwa dan Salwa menuju ke keretanya. Syafiq memandu keretanya,  menuju ke hospital yang berdekatan.

Di rumah, Hariz Iskandar sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen diruang tamu bersama dengan Ameerul dan Farah Adibah adik bongsunya yang kebetulan sedang cuti semester. Farah Adibah yang masih menuntut pengajiannya di UiTM Shah Alam dalam jurusan engineering. Sedang mereka leka menonton televisyen kedengaran telefon Hariz Iskandar pun berdering. Lantas Hariz Iskandar  terus menjawab panggilan tersebut.
“Hello”. Ucap Hariz Iskandar  ringkas.
“Hello, ini rumah Encik Hariz Iskandar Bin Dato’ Sharuddin.”  Soal pemanggil itu.
“Ya..saya.boleh saya bantu encik”. Ujar Hariz Iskandar  pula.
“Saya buat panggilan dari hospital, nak beritahu Encik Hariz bahawa Encik Haikal sedang dirawat di hospital sekarang, boleh Encik Hariz datang ke hospital sekarang.” Ujar pemanggil itu lagi. Hariz Iskandar terkejut dengan panggilan tersebut. Tiba-tiba saja Haikal dah ada di hospital. Ameerul dan Farah yang berada disitu, turut terkejut dengan perbuatan abangnya itu begitu juga dengan papa dan  mamanya yang tiba-tiba muncul dihadapannya.
“Kenapa Riz.” Tanya Dato’ Sharuddin.
“Haikal, dekat hospital sekarang papa..” balas Hariz Iskandar.  Mereka masing-masing terkejut.
“Ya allah, .apa dah jadi ni..” Sampuk Datin Salmah yang kelihatan terkejut sambil mengurutkan dadanya.
“Dah.. dah. .jom kita semua pergi ke hospital sekarang.” Ujar Dato’ Sharuddin. Hariz Iskandar mengambil kunci keretanya dan mereka semua turut menglangkah menuju ke kereta Hariz Iskandar.
Tiba di hospital, Hariz Iskandar terus menuju ke kaunter pertanyaan di situ. Lantas dia pun bertanya kepada nurse yang berada di situ.
“Boleh saya bantu Encik.” Tanya salah seorang jururawat yang bertugas di situ.
“Boleh saya tahu, di mana bilik Encik Haikal Bin Dato’ Sharuddin.” Jawab Hariz Iskandar kepada jururawat itu, terus jururawat itu memberitahu bilik dimana Haikal ditempatkan. Hariz Iskandar mengucapkan terima kasih kepada jururawat itu dan terus pergi ke bilik yang diberitahu. Yang lain hanya mengikut Hariz Iskandar  daripada belakang.
Di bilik, kelihatan Haikal sedang di rawat oleh doktor yang bertugas di situ, Hariz Iskandar  terus menuju kearah doktor itu dan terus bertanya keadaan Haikal  kepada doktor tersebut.
“Doktor macam mana dengan keadaan adik saya doktor.” Soal Hariz Iskandar kepada Doktor itu. Terus doktor itu mengalihkan pandangannya ke arah Hariz Iskandar.
“Encik Haikal cuma mengalami cedera ringan sahaja, Encik Hariz sekeluarga tidak perlu risau dengan keadaan Encik Haikal, buat masa ini Encik Haikal perlu di tahan di wad ini.” Jawab doktor itu yang tertera namanya Amar. Hariz Iskandar hanya menagggukkan kepalanya, di situ dia terlihat beberapa orang yang turut berada di bilik tersebut.
“Anis, Salwa macam-mana awak semua boleh berada di sini.” Soal Hariz Iskandar kepadanya. Anis Najwa dan Salwa hanya memandang sesama sendiri tidak tahu bagaimana hendak berterus-terang dengan Encik Hariz Iskandar bosnya itu.
“Tadi, masa Karl keluar tiba-tiba ada tiga orang belasah Karl, nasib baik ada mereka semua tolong selamatkan Karl tadi, kalau tak, ada tak tahu lah apa nak jadi.” Jawab Haikal sambil matanya asyik memandang ke arah Anis Najwa. Mereka yang berada di situ terus memandang Anis Najwa dan kawan-kawannya.  Hariz Najwa pergi ke arah Anis Najwa dan kawan-kawannya itu dan terus mengucapkan terima kasih tanda menyelamatkan Haikal.
“Kalau macam itu, kami balik dulu ya... Encik Haikal, tanya Anis Najwa. Anis Najwa mengatur langkah menuju ke pintu untuk keluar diikuti oleh Salwa dan Syafiq. Encik Haikal hanya menaggukkan kepalanya. Hariz Iskandar  memandang  Anis Najwa.
“Huh. .lega aku, kau tengoklah tadi Anis Encik Hariz pandang kau je, takut aku nak tengok tau..” ujar Salwa. Anis Najwa hanya tersengih memandang Salwa dan Syafiq sambil membetulkan tudungnya.  Mereka bertiga menuju ke kereta dan terus melabuhkan punggung masuk ke dalam perut kereta tersebut.  Syafiq tenang semasa memandu keretanya, sampai di hadapan rumah Anis Najwa dia pun memberhentikan keretnya. Anis Najwa keluar dari perut kereta itu,
“Fiq, terima kasih hantarkan aku balik, lepas ni terus hantar Salwa ke rumahnya pulak jangan kau melencong ke tempat lain pulak, lagi pun tangan kau tu masih sakit lagi, bawak kereta tu hati-hati sikit.” Ujar Anis Najwa dengan panjang lebarnya, Syafiq hanya tersenyum mendengar luahan Anis Najwa itu.
“Sayang jugak kau dekat aku ya..” jawab Syafiq sambil tersengih memandang ke arah Anis Najwa. Salwa hanya melihat gelagat kawannya itu. Kereta Syafiq terus meluncur dengan laju dan terus hilang dari pandangan Anis Najwa.  Anis Najwa terus melangkah  menuju ke rumahnya dan terus duduk di sofa yang berada diruang tamu.
“Lambat Anis Najwa balik hari ini.” Ujar Puan Hajah Kalsom ibu kepada Anis Najwa.
“Tadi masa nak balik ada masalah sikit lah ibu.” Jawab Anis Najwa semula. Anis Najwa terus menceritakan kejadian yang menimpa mereka tadi. Puan Hajah Kalsom mendengar dengan penuh teliti.
“Nasib baik dorang  tak apa-apa Anis, risau ibu tau bila dengar cerita Anis ni.” Rungut Puan Hajah Kalsom kepada anaknya.
“Ibu tak usah risau lah ibu, Anis tak apa-apa lah, okey lah ibu Anis naik dulu nak mandi dan solat dulu ya.” Jawab Anis Najwa sambil menaiki tangga menuju kebiliknya. Puan Hajah Kalsom hanya menganggukkan kepalanya.

Selesai membersihkan diri dan solat isyak, Anis Najwa membaringkan dirinya di atas katil. Kedengaran telefonnya berbunyi dan Anis Najwa terus menjawab panggilan itu.
“Hello, Anis saya Haikal.” Ujar pemanggil itu. Hati Anis Najwa tertanya-tanya kenapa Haikal telefonnya.
“Ya,  Encik Haikal ada apa Encik Haikal telefon saya.” Jawab Anis Najwa semula.
“Tak payahlah berencik-encik dengan saya, panggil Karl saja, saya telefon ni nak ucapkan terima kasih sebab awak selamatkan saya tadi, kalau awak tak ada tak tahulah nasib saya tadi.” Ujar Haikal.  Anis Najwa hanya mendiamkan diri mendengar percakapan Haikal di talian.
“Sama-sama, kebetulan saya dan kawan-kawan saya lalu dekat kawasan itu Karl.” Balas Anis Najwa semula.
“Pandai awak belasah dorang tu ya, mana awak belajar.” Tanya Haikal kedengaran dia ketawa di talian.
“Oh..tu, sebenarnya Karl dulu saya belajar Taek Kwan Do bersama dengan Salwa dan Syafiq. Itu pun saya dah lama tak pratices tau. Karl masih dekat hospital ke? ” balas Anis Najwa sambil ketawa. Haikal  yang mendengar cerita turut ketawa mendengar cerita Anis Najwa.
“Awak ni kelakarlah Anis, ni yang buat saya jatuh cinta dekat awak ni. Saya masih dekat hospital lagi, doktor Amar tak bagi keluar wad lagi, dia suruh saya berehat. Besok awak datang melawat saya tau, saya teringin nak makan bubur nasi yang awak buat lah, mesti sedap kan.” Ujar Haikal.
“Kenapa Karl cakap macam tu, tak kan lah disebabkan saya selamatkan awak, terus awak boleh jatuh cinta dekat saya, awak ni suka cakap yang bukan-bukan lah.” Rungut Anis Najwa kelihatan marah.
“Eh...awak jangan lah marah”. Saya mintak maaf, besok awak jangan  lupa melawat saya tau buatkan bubur nasi ya.”
“Awak ingat saya ni tukang masak ke, sedap-sedap awak je nak order makanan. Tengok lah kalau saya rajin.” Jawab Anis Najwa  ringkas.
“Ok, jumpa awak besok ya. Bye..”.ujar Haikal, belum sempat Anis Najwa jawab Haikal sudah   mematikan talian telefonnya.
“Err..dia ni suka hati je,” rungut Anis Najwa. Sambil membaringkan diri dan terus dia memejamkan matanya.

2 ulasan: