Senarai Kawan

Ahad, 26 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 17


BAB 17
Seperti yang di janjikan, Anis Najwa dan Salwa berjumpa. Mereka berbual dan berkongsi cerita masing-masing.
“Salwa, apa cerita Syafiq sekarang ini?” Tanya Anis Najwa kepada Salwa.
“Syafiq? Baru-baru ini dia ada telefon aku dia beritahu yang dia dapat tawaran sambung belajar di London kalau tak silap aku lah minggu depan dia ke sana.” Terang Salwa kepada Anis Najwa yang kelihatan terkejut mendengar berita tentang Syafiq daripda kawannya itu.
Sorry, Syafiq yang minta aku jangan beritahu pada kau dulu, lagi pun kau tahu lah perangai Syafiq itu macam-mana. Sudah lah mari kita balik lagi pun dah petang ni nanti suami kau marah pula.” Ujar Salwa kepada Anis Najwa. Mereka bersama terus beredar dari situ.

Anis Najwa termenung sendirian. Hatinya resah memikirkan perbualannya dengan kawan baiknya Salwa semalam mengenai Syafiq yang akan melanjutkan pelajarannya di kota London pada hujung bulan ini. Ania Najwa terus mencapai telefonnya dan  terus mendail nombor telefon Syafiq.  Syafiq yang sedang berehat di atas katilnya terus mencapai telefonnya yang sedang berbunyi.
“Assalammualaikum Fiq.” Ucap Anis Najwa di talian.
“Waalaikumsalam Anis.” Jawab Syafiq pula.
“Anis menganggu Fiq ke?” Soal Anis Najwa lagi.
“Tak ada lah, ada apa Anis telefon Fiq ni?” Beritahu Syafiq lagi.
“Salwa ada beritahu pada Anis yang Fiq akan sambung pelajaran? Betul ke?”
“Haah..hujung bulan ni Fiq akan bertolak ke London. Fiq minta maaflah sebab tak beritahu pada Anis pasal hal ini, Fiq tak mahu ganggu kehidupan Anis, lagi pun apa kata Encik Hariz nanti.” Terang Syafiq lagi kepada Anis Najwa. Anis Najwa hanya mendiamkan dirinya saja tidak tahu hendak bercakap apa.
“Sebelum Fiq pergi boleh tak kita jumpa dulu. Fiq jangan risau nanti Anis minta izin pada Abang Hariz dulu.” Ujar Anis Najwa.
“Kalau macam itu baiklah, nanti kita jumpa. Okeylah Anis Fiq ada kerja nak buat lagi, apa-apa hal nanti Fiq telefon Anis dulu.” Beritahu Syafiq kepada Anis Najwa sambil mematikan talian telefonnya.

Kelihatan Ameerul sedang menonton cerita kartun kesukaannya Detektif Conan di ruang tamu, sementara Anis Najwa sedang menyediakan makan malam mereka sambil menunggu kepulangan Hariz Iskandar pulang. Ameerul segera berlari menuju ke pintu apabila terdengar bunyi loceng di rumahnya.  Dia tahu tentu papanya sudah pulang dari tempat kerja. Hariz Iskandar terus meluru masuk ke dalam rumah dia tercari-cari isterinya tetapi tiada.
“Meerul, mama mana?” Ucap Hariz Iskandar kepada Ameerul yang sedang leka menonton cerita kesukaannya.
“Mama ada dekat dapur tengah masak untuk makan malam.” Jawab Ameerul selamba dan terus menonton ceritanya semula. Hariz Iskandar terus mendapatkan isterinya di dapur, kelihatan Anis Najwa sedang mengoreng sesuatu di kuali. Hariz Iskandar tersenyum melihat gelagat isterinya
itu dan terus menyapa Anis Najwa.
“Assalammualaikum sayang.” Ucap Hariz Iskandar. Anis Najwa terus mengalihkan pandangannya ke arah Hariz Iskandar yang berdiri di belakangnya.
“Bila abang balik? Anis tak dengar pun bunyi loceng?” Soal Anis Najwa kepada Hariz Iskandar.
“Sayang tu yang khusyuk sangat masak dekat dapur, sampai abang balik pun tak perasan. Sayang goreng apa tu?” Beritahu Hariz Iskandar.
“Anak kesayangan abang tu lah, nak makan ayam goring tu yang Anis kelam kabut sangat dekat dapur ni, Meerul tu kalau dah dapat tengok cerita kartun kesukaan dia tu langsung tak mahu tolong Anis sikit.” Terang Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“Emm...abang naik atas dulu lah nak mandi, lepas tu baru kita makan sama-sama.” Ujar Hariz Iskandar sambil beredar dari dapur dan terus menuju ke arah biliknya.
Juadah makan malam sudah tersedia atas meja makan. Sementara menunggu Hariz Iskandar turun, Anis Najwa menonton televisyen bersama Ameerul di ruang tamu. Mereka tidak sedar Hariz Iskandar turun dan sedang memerhati gelagat anak dan isterinya itu yang sedang khusyuk menonton televisyen.
“Mama dengan anak sama je, tengok televisyen sampai tak sedar orang dah kelaparan.” Ujar Hariz Iskandar, Anis Najwa dan Ameerul lantas mengalihkan pandangannya ke arah Hariz Iskandar yang menegurnya tadi.
“Papa ni buat Meerul dan mama terperanjat je tau.” Sampuk Ameerul keriangan.
“Sudah lah jom kita makan, lauk pun dah hidang nanti sejuk pulak.” Cela Anis Najwa, dia bangun dan terus menuju ke meja makan. Hariz Iskandar dan Ameerul hanya mengikutinya dari belakang. Mereka bertiga makan dengan begitu berselera sekali.
Setelah Ameerul tidur lena di biliknya, Anis Najwa terus keluar dari bilik itu dan menuju ke biliknya, dia melihat Hariz Iskandar yang sedang membaca buku sambil badannya bersandar di katil. Anis Najwa terus menuju ke arah katil dan terus merebahkan dirinya sambil mengurut lehernya yang terasa sengal akibat keletihan seharian melakukan kerja rumah dan melayan karenah Ameerul yang semakin nakal itu.
“Kenapa sayang?” Tegur Hariz Iskandar.
“Badan Anis ni terasa sengal sangat-sangat, letih buat kerja sangat agaknya.” Beritahu Anis Najwa kepada suaminya, Hariz Iskandar merasa begitu kesihan sekali melihat keadaan isterinya itu.
“Itulah hari itu abang dah beritahu Anis yang abang nak ambil orang gaji bantu Anis, tapi Anis yang tak mahu.” Beritahu Hariz Iskandar.
“Anis tak mahu lah abang, lagi pun Anis masih mampu lagi buat kerja rumah dan layan karenah abang dan Meerul, buat apa kita nak bazirkan duit.” Jelas Anis Najwa lagi.
“Baiklah, kali ini abang dengan cakap Anis tau”. Beritahu Hariz Iskandar sambil mengucup dahi isterinya.
“Abang, Anis ada hal yang nak beritahu abang.” Terus Hariz Iskandar memalingkan mukanya ke arah Anis Najwa.
“Tadi Anis jumpa Salwa, dia beritahu Syafiq dapat tawaran sambung belajar di London hujung bulan ni dia bertolak ke sana.” Beritahu Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar tampak tenang saja apabila Anis Najwa memberitahunya perkara itu.
“Macam- mana dengan kerja dia?” Tanya Hariz Iskandar lagi.
“Dia dah berhenti kerja.” Jawab Anis Najwa ringkas.
“Abang, boleh tak kalau Anis nak minta izin dekat abang mahu jumpa dengan Syafiq sebelum dia bertolak ke sana?, Tanya Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar kelihatn terkejut mendengar permintaan isterinya itu.
“Anis minta maaf  kalau permintaan Anis ni menguris perasaan abang, kalau abang tak izinkan tak apalah.” Beritahu Anis Najwa dia terus membaringkan dirinya di katil apabila melihat Hariz Iskandar hanya mendiamkan dirinya saja.
“Abang izinkan Anis berjumpa dengan Syafiq dengan syarat Salwa mesti ikut sekali, abang tak mahu lah lihat isteri abang berduaan dengan dia.” Ucap Hariz Iskandar yang tiba-tiba bersuara. Anis Najwa yang mendegar suara Hariz Iskandar terus memalingkan mukanya kea rah Hariz Iskandar yang tersenyum.
“Terima kasih abang, Anis sayang abang.” Ucap Anis Najwa yang kelihatan gembira sambil menghadiahkan satu ciuman di pipi sambil melemparkan senyuman kepada suaminya itu. Hariz Iskandar turut membalas senyum kepada isterinya.
“Sudah lah jom kita tidur.” Ucap Hariz Iskandar, Anis Najwa hanya menuruti arahan daripada suaminya itu. Hatinya begitu gembira sekali apabila Hariz Iskandar mengizinkannya berjumpa dengan Syafiq, dia tidak sabar hendak beritahu kepada Salwa mengenai hal ini. Mesti Salwa turut gembira dan mereka boleh keluar bersama-sama nanti.

Selasa, 21 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 16

BAB 16

Sudah tiga bulan usia perkahwinan Anis Najwa dan Hariz Iskandar. Sejak itu juga mereka telah berpindah dirumah yang di beli oleh Hariz Iskandar. Anis Najwa juga telah berhenti kerja dan sekarang dia menjadi suri rumah tangga yang sepenuh masa. Ameerul berasa begitu gembira sekali dengan kehadiran Anis Najwa sebagai mamanya di dalam hidupnya.  Hubungan Anis Najwa dan Hariz Iskandar masih seperti dahulu, walaupun Anis Najwa sudah dapat menerima Hariz Iskandar di dalam hidupnya. Hariz Iskandar masih menunggu dengan  penuh kesabaran. Dia bersyukur kerana Anis Najwa sudah dapat menerima dirinya sebagai suaminya yang sah, walaupun Anis Najwa belum disentuhnya.

Sejak Anis Najwa berkahwin dengan Haris Iskandar, Haikal telah menghilangkan diri. Puas Hariz Iskandar dan  keluarganya mencari Haikal dan dia masih tidak dapat menerima bahawa Anis Najwa kini sudah menjadi kakak iparnya. Haikal telah bercuti di salah sebuah pulau untuk melupakan Anis Najwa wanita pertama yang berjaya mencuri hati lelakinya. Kini Haikal telah memulakan kembali hidupnya, dia nekad ingin berubah dan membuktikan kepada papa dan mamanya bahawa dia boleh berjaya seperti abang Hariz Iskandar. Haikal telah memulakan kerjanya seperti biasa dengan semangat dan azam yang baru.  Hariz Iskandar yang ternampak Haikal terus memanggilnya.
“Karl, abang ada sesuatu yang nak di bincangkan.” Ujar Hariz Iskandar kepada Haikal. Tanpa bersuara Haikal terus mengikut langkah Hariz Iskandar menuju ke dalam biliknya.
“Ada apa yang Abg Riz nak bincangkan dengan Karl.”  Soal Haikal kepada Hariz Iskandar.
“Abang nak bincang pasal Anis.” Beritahu Hariz Iskandar.
“Tak ada apa yang nak di bincangkan lagi Abang Riz, Karl pasrah dengan semua ni, lagi pun bukan jodoh Karl dengan Anis. Sudah lah Abang Riz, Karl dah tak nak bincangkan perkara ni lagi, biarlah Karl tumpukan perhatian sepenuhnya pada syarikat ni”. Terang Haikal kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar mendengarnya berasa bangga dengan semangat yang di berikan kepada Haikal itu. 
“Kalau Karl dah kata macam tu tak apa lah, Abang harap Karl tak menaruh dendam dekat Abang. Oh ya,  Karl dah kenal dengan PA baru kita?”
“Yang dekat luar tu ke?”
“Haah..namanya Adila. Karl boleh minta tolong dekat dia kalau ada apa-apa yang perlu.” Terang Hariz Iskandar kepada Haikal. Haikal hanya menganggukkan kepalanya dan terus bangun dari tempat duduknya dan terus melangkah keluar dari bilik Hariz Iskandar. Semasa keluar dari bilik Hariz Iskandar, Haikal berdiri di pintu sambil memandang ke arah Adila yang tekun mengadap komputernya. Adila yang tersedar, terus berpaling memandang ke arah Haikal yang sedang berdiri di pintu. Haikal yang menyedari terus mengatur langkahnya menuju ke biliknya. Interkom di mejanya berbunyi, terus Adila mengangkat gagang telefon itu.
“Yes boss? Ada apa yang boleh saya bantu.” Soal Adila.
“Boleh awak masuk bilik saya sekarang.” Jawab Hariz Iskandar. Tanpa membuang masa Adila terus meletak gagang telefon itu dan masuk ke bilik bosnya itu.
“Adila dah kenal dengan Encik Haikal?” Soal Hariz Iskandar.
“Sudah Encik Hariz.” Jawab Adila.
“Mulai hari ini awak akan bantu Encik Haikal juga, PA sebelum ni pun kerjanya macam itu juga. Kalau awak tak tahu, boleh tanya pada Linda.” Terang Hariz Iskandar.
“Baik bos.” Balas Adila sambil menganggukkan kepalanya.
“Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.” Ujar Adila. Hariz Iskandar lantas menganggukkan kepalanya,  Adila terus keluar dari bilik itu dan menuju ke mejanya semula.

Setelah selesai semua kerja rumah, Anis Najwa duduk di sofa di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dia sengaja tidak mahu Hariz Iskandar mengambil pembantu rumah kerana dia masih boleh buat semua kerja rumah. Anis Najwa teringatkan kawan  lamanya Salwa dan Syafiq. Sejak dia mendirikan rumah tangga dia belum berpeluang bercakap dan berjumpa dengan kawannya itu.  Lantas Anis Najwa terus mencapai telefonnya dan terus mendail nombor telefon Salwa. Salwa yang kedengaran telefonnya berbunyi terus menjawab panggilan tersebut.
“Assalammualaikum Salwa” Ucap Anis Najwa.
“Waalaikumsalam, baru sekarang kau telefon aku ya Anis. Aku ingatkan kau dah lupakan kawan kau ni.” Jawab Salwa kepada Anis Najwa.
“Tak lah,  janganlah cakap macam  itu, kecil hati aku tau.”
“Sorry.. kau ni macam lah tak tahu perangai aku.”
“Aku rindu lah dekat kau Wa, bila kita boleh jumpa lagi ya?”
“Aku pun rindu jugak dekat kau, apa kata kita jumpa nak?”
“Okey jugak tu, tapi aku kena minta izin dekat suami aku dulu lah maklumlah aku kan dah kahwin.”
“Betul jugak tu, tapi suami kau tu bagi tak?”
“Tu lah yang merisaukan aku, nanti aku cuba tanya suami aku dulu. Kalau dia bagi kita keluar bersama ya.”
“Okey, apa-apa hal kau beritahu pada aku, dah lah aku ada kerja nak buat lagi ni nanti tak pasal-pasal bos marah pulak.”
“Okey, bye..” Ucap Anis Najwa ringkas sambil mematikan panggilan. Anis Najwa mengeluh perlahan memikirkan adakah Hariz Iskandar mengizinkan dia keluar berjumpa dengan Salwa nanti.
 Anis Najwa sedang memasukkan baju yang sudah dilipat olehnya siang tadi di dalam almari. Hariz Iskandar hanya memerhati isterinya itu membuat kerja.
“Kenapa abang pandang Anis macam tu?” Tanya Anis Najwa yang tiba-tiba menyedari suaminya sedang memandangnya dari tadi.
“Saja, abang nak pandang isteri abang lama-lama tak kan tak boleh kot.” Jawab Hariz Iskandar pula sambil tersenyum.
“Abang, boleh tak kalau hujung ninggu ni Anis nak minta izin keluar berjumpa dengan Salwa? Lagi pun dah lama Anis tak jumpa dengan dia. Boleh tak abang?”. Agak lama Anis Najwa menunggu jawapan daripada suaminya itu. Hariz Iskandar tahu isterinya itu mesti boring asyik terperap di dalam rumah sejak berkahwin, apa salahnya kalau dia ingin berjumpa dengan Salwa, lagi pun dia pekerja aku jugak, bisik hati Hariz Iskandar.
“Okey! Abang izinkan tapi dengan satu syarat.” Beritahu Hariz Iskandar, Anis Najwa yang tiba-tiba gembira terus berubah, apalah syaratnya.  Hati Anis Najwa berdebar-debar.
“Abang nak hak abang malam ni,  kesian dekat Ameerul bukan ke dia kata nak adik cepat, lagi pun dah lama abang kempunan tau, dah sebulan kita kahwin tak kan  nak macam ni je, kesian jugak lah kat abang.” Luah hati Hariz Iskandar dengan penuh perasaan. Anis Najwa ingin keluar dari bilik itu tetapi pantas tangannya di tarik oleh Hariz Iskandar. Macam tahu saja aku nak lari, bisik hati Anis Najwa.  Hariz Iskandar terus mendukung Anis Najwa dan meletakkan di atas katil, di renungnya wajah isteri kesayangannya itu dengan penuh perasaan. Hati lelakinya berkocak, di ciumnya dahi isterinya itu, kemudian beralih ke pipi dan ke bibir Anis Najwa. Anis Najwa terus membalas ciuman dari suaminya itu. Akhirnya malam itu lengkaplah malam pengantin mereka yang pertama setelah tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga. Mereka berharap rumah tangga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.











Isnin, 20 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 15


BAB 15

Suasana di perkarangan rumah Anis Najwa tampak begitu meriah sekali. Ramai tetamu yang kebanyakkan  terdiri daripada jiran tetangga dan sanak saudara yang hadir ke majlis perkahwinan itu. Para tetamu mula datang seawal pukul 10.00 pagi lagi untuk membantu apa yang patut.  Suasana bertambah meriah para tetamu melihat ketibaan pengantin lelaki yang kelihatan segak memakai baju melayu putih sesuai dengan Hariz Iskandar manakala penganin perempuan memakai baju kurung moden, Anis Najwa tampak begitu anggun sekali. Hariz Iskandar sudah duduk di hadapan mengadap tok kadi, sekejap lagi ucapan akad nikah akan bermula. Anis Najwa merasa begitu berdebar-debar sekejap lagi dia akan menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Hariz Iskandar.
“Aku terima nikahnya Anis Najwa Binti Abd Karim dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.” Ucap Hariz Iskandar tenang.  Usai ucapan itu lancar terbit dari mulut Hariz Iskandar dan disahkan saksi, dengan sekali lafaz sahaja Anis Najwa sah menjadi isteri kepada Hariz Iskandar.  Hariz Iskandar menuju ke arah Anis Najwa untuk upacara membatalkan air sembahyang, Hariz Iskandar  menyarungkan cincin ke jari Anis Najwa, sebuah kucupan hinggap ke dahi Anis Najwa. 

Anis Najwa duduk di dalam bilik selepas selesai menunaikan solat isyak. Kedengaran bunyi pintu bilik di kauk, lantas Anis Najwa memalingkan wajahnya memandang ke arah situ. Terpancul Hariz Iskandar yang sedang berdiri dihadapanya, Anis Najwa menjadi begitu gelisah apabila Hariz Iskandar  merenung tepat ke wajah isterinya itu.
“Anis, dah solat?” Soal Hariz Iskandar.  Anis Najwa hanya menganggukkan kepalanya.
“Abang baru saja nak ajak Anis solat berjemaah bersama, tapi tak apalah abang ambil air sembahyang dulu.” Anis Najwa terus membaringkan badannya ke katil apabila Hariz Iskandar hilang dari pandangannya menuju ke bilik air. Di letaknya bantal di tengah-tengah katil besar itu, memandangkan Anis Najwa belum bersedia untuk menerima Hariz Iskandar di dalam hidupnya. Selepas menunaikan solat, Hariz Iskandar mengatur  langkahnya menuju ke arah katil,
dia melihat wajah Anis Najwa yang sudah lena di buai mimpi. Tangannya di usapkan ke wajah Anis Najwa lalu mengucup dahi Anis Najwa. Hariz Iskandar terus merebahkan badannya ke katil, dia melihat bantal yang diletakkan di tengah, lantas Hariz Iskandar tersenyum dia tahu bahawa Anis Najwa belum bersedia menerima dirinya.

Jam loceng disebelah berbunyi mengejutkan Anis Najwa dari tidurnya. Dia mencapai jam loceng itu lalu mematikan bunyinya. Anis Najwa bangun dari katilnya, dan memandang sekujur badan yang baring di sebelahnya, lantas dia terus menuju ke bilik air mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Anis Najwa  turut mengejutkan Hariz Iskandar  yang masih lena di atas katil itu.
“Awak, bangun sembahyang subuh,” kejut Anis Najwa kepada Hariz Iskandar sambil tangannya mengoncangkan badan Hariz Iskandar. Hariz Iskandar bangun dengan sambil mengesat matanya lalu memandang ke arah Anis Najwa yang sedang berdiri di hadapannya itu.
“Anis tunggu abang ambil wuduk dulu, kita sembahyang berjemaah bersama-sama.” Ujar Hariz Iskandar. Dia bangun dari katil dan terus masuk ke dalam bilik air. Anis Najwa sudah bersedia bertelekung dan membentangkan sejadah dibiliknya sementara menunggu Hariz Iskandar keluar dari bilik air. Hariz Iskandar keluar dari bilik air terus menuju ke arah Anis Najwa yang sudah bersedia menunaikan solat bersama. Usai sahaja menunaikan solat bersama, Hariz Iskandar menyambung kembali tidurnya, sementara Anis Najwa turun ke bawah untuk menolong apa yang patut. Di dapur kelihatan Mak Kiah sedang mengoreng sesuatu.
“Selamat Pagi Mak Kiah, buat apa tu, boleh Anis tolong.” Soal Anis Najwa kepada Mak Kiah.
“Awalnya Anis bangun, Mak Kiah ingat nak buat nasi goreng aje. Mak Kiah tengok nasi malam tadi ada lebih dan elok lagi.” Ujar Mak Kiah.
“Boleh aje Mak Kiah,  Anis tolong Mak Kiah ya.”
“Eh..tak payahlah Anis,  Mak Kiah boleh buat sendiri.”
“Tak apalah Mak Kiah,  Anis tolong cepat sikit siapnya.” Ujar Anis Najwa kepada Mak Kiah. Mak Kiah berasa serba salah kepada Anis Najwa. Tanpa menyuruh, Anis Najwa terus menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi goreng.  Setelah siap menyediakan sarapan dan menghidangkannya, Anis Najwa terus menaiki tangga menuju ke biliknya. Anis Najwa mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.  Anis Najwa sudah keluar dari bilik air, dia memandang ke arah Hariz Iskandar yang masih berbaring di atas katil itu.
“Awak, bangun mandi.” Panggil Anis Najwa. Hariz Iskandar terkejut dan terus bangun dari tidurnya sambil tersenyum nakal merenung Anis Najwa yang hanya berkemban menggunakan tuala mandi. Bagai terpukau Hariz Iskandar terus merenung Anis Najwa tanpa berkelip-kelip. Tuala mandi yang agak pendek tidak dapat menutup sepenuhnya paha Anis Najwa yang putih melepak. Anis Najwa yang baru perasan keadaanya, cepat-cepat mencapai baju dan terus menyarungkannya. Anis Najwa merasa begitu malu apabila Hariz Iskandar terus memandangnya.
“Kenapa? Malu dengan abang?” Tanya Hariz Iskandar nakal sambil terus tersenyum melihat Anis Najwa yang kelihatan begitu gelisah. Hati Hariz Iskandar bergetar, naluri kelakiannya bergelora bila menatap tubuh wanita yang berdiri dihadapannya sudah menjadi isterinya yang sah.
“Baik awak pergi mandi dulu, lepas tu turun kita sarapan bersama-sama, mama, papa dan yang lain sudah tunggu kat bawah tu.” Beritahu Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar terus mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Bunyi paip kedengaran, Anis Najwa membuka almari mengambil pakaian dan di letaknya di atas katil. Anis Najwa memulas tombol pintu biliknya dan turun ke bawah.  Anis Najwa terus menuju ke meja makan yang telah terhidang.
“Hariz  belum bangun lagi ke Anis.” soal Dato’ Sharuddin.
“Dah bangun papa, dia tengah mandi. Kejap lagi dia turun.” Beritahu Anis Najwa.
“Selamat Pagi mama.” Ucap Ameerul yang baru saja tiba. Dia terus mendapatkan Anis Najwa dan memeluknya.
“Morning semua.” Ucap Hariz Iskandar yang baru sahaja turun. Hariz Iskandar pergi di meja makan dan terus melabuhkan punggungnya  di kerusi. Anis Najwa mengambil pinggan dan menyedukkan nasi goreng ke dalam pinggan itu. Hariz Iskandar terus menyambutnya.
“Emm..sedapnya pandai Mak Kiah masak kan.” Ujar Hariz Iskandar kepada Mak Kiah yang berada di meja makan itu.
“Bukan Mak Kiah lah yang masak Riz, Riz kena puji Anis sebab dia yang masak tau.” Beritahu Mak Kiah  sambil tangannya menunjuk ke arah Anis Najwa yang dari tadi hanya membisu.
“Apalah papa ni, kesian dekat mama tau penat aje mama masak.” Sampuk Ameerul yang tiba-tiba saja mencela. Hariz Iskandar terus memalingkan mukanya ke arah Anis Najwa. Anis Najwa faham  pandangan Hariz Iskandar  itu dan terus tersenyum melihat telatah dua beranak itu.
“Riz, nak pergi honeymoon dekat mana? Papa boleh sediakan, anggap saja sebagai hadiah perkahwinan kamu.” soal Dato’  Shahruddin.
“Kami belum cadang lagi nak pergi mana papa, biar kami bincang dulu selepas itu baru Riz beritahu pada papa.” Terang Hariz Iskandar  lagi sambil matanya memandang ke arah Anis Najwa.
Anis Najwa duduk diam di dalam biliknya usai saja bersarapan. Bunyi daun pintu di kuak membuatkan mata Anis Najwa beralih ke arah pintu. Hariz Iskandar berdiri di pintu dengan pandangan tepat ke arah Anis Najwa.
“Anis, tak boring ke terperap aje dalam bilik.” Soal Hariz Iskandar sambil melabuhkan punggungnya ke atas katil duduk di sebelah  Anis Najwa.
“Boring juga, saya pun dah tak tahu  nak buat apa.” Jawab Anis  Najwa pula.
“Mari kita pergi jalan-jalan, boleh bawa Ameerul sekali.”
“Oh...ya jangan lupa bawa baju persalinan awak, saya dan Ameerul sekali ya.  Kita mungkin akan bermalam di sana nanti.”
“Okey, saya bersiap dulu awak tunggu tau.” Balas Anis Najwa semula. Hariz Iskandar terus menganggukkan kepalanya, lantas pintu bilik di kuak dan dia terus beredar dari bilik itu. Setelah bersiap,  Anis Najwa turun ke ruang tamu, di situ dia terlihat Hariz Iskandar dan Ameerul sedang menunggunya.
“Awak nak bawa saya dan Ameerul pergi mana?” soal Anis Najwa.
“Dah sampai nanti awak tahu lah, mari...” Hariz Iskandar terus masuk ke dalam kereta kedengaran bunyi kereta itu.  Kereta itu meluncur laju di jalanraya. Ameerul kelihatan begitu gembira di tempat duduk belakang. Hariz Iskandar memberhentikan keretanya di luar pagar rumah mewah banglo dua tingkat itu. Mata Anis Najwa tidak berkelip-kelip memandang kawasan di banglo itu.
“Kenapa bawa kami ke sini?” Soal Anis Najwa.
“Inilah rumah kita.” Jawab Hariz Iskandar.
“Rumah kita?” ulang Anis Najwa sekali lagi. Lantas Hariz Iskandar terus menganggukkan kepalanya sambil melemparkan senyuman. Hariz Iskandar membuka pintu rumah itu, Ameerul dan Anis Najwa hanya mengikuti dari belakang.
“Wow! besarnya rumah kita papa.” Soal Ameerul sambil mulut terngaga memandang keadaan di dalam rumah itu.
“Mulai hari ini, inilah rumah kita. Kita akan duduk di sini nanti. Tapi malam ni kita bermalam di rumah ni okey.”
“Wah..!! bestnya Meerul suka sangat, mana bilik Meerul papa.” Ucap Ameerul kelihatan begitu riang.
“Mari, papa tunjukkan bilik Meerul.” Beritahu Hariz Iskandar sambil menghulurkan tangannya ke arah Ameerul.  Ameerul menyambutnya.
Mereka bertiga menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Diatas, kelihatan tiga bilik semuanya.
“Bilik tengah ni, bilik papa dan mama, sebelah kanan bilik Meerul dan sebelah kiri bilik bacaan papa.” Terang Hariz Iskandar. Ameerul terus membuka pintu biliknya, dia begitu terpegun melihat perhiasan yang telah hias cantik di biliknya, manakala Hariz Iskandar menunjukkan bilik mereka kepada Anis Najwa. Hariz Iskandar seronok melihat Anis Najwa dan Ameerul begitu gembira sekali. Hariz Iskandar terus melabuhkan dirinya di katil itu, sementara itu Anis Najwa  meninjau permandangan di sekeliling kawasan perumahan itu di balkoni di biliknya.
“Anis, suka rumah ni?” Soal Hariz Iskandar  kepada Anis Najwa yang tiba-tiba muncul dari belakang.
“Suka dan cantik sangat,  terima kasih awak.”
“Lepas ni, abang rasa Anis tak payah bekerja lagi, lagi pun abang masih mampu menyara Anis dan Ameerul lebih-lebih lagi kereta kesayangan Anis itu. Anis duduk di rumah jaga makan minum Ameerul dan abang saja.”
“Tapi Anis…” tiba-tiba saja ayatnya tergantung di situ saja.
“Soal kerja tu nanti abang carikan penganti Anis, abang tak mahu isteri abang bekerja, lagi pun abang masih mampu tanggung Anis dan Ameerul.” Ujar Hariz Iskandar  lagi.
“Abang ada satu permintaan yang perlu Anis tunaikan.” Beritahu Hariz Iskandar. Anis Najwa kelihatan seperti terkejut dengan permintaan Hariz Iskandar itu. Janganlah dia minta hak dia sebagai seorang suami, bisik hatinya.
“Abang tahu Anis belum bersedia sepenuhnya menjalankan tanggungjawab Anis sebagai seorang isteri, itu abang tak kisah dan abang tak mahu  memaksa dan sanggup tunggu cuma satu saja yang abang pinta, selepas ini abang harap Anis panggil dengan panggilan ‘Abang’ itu saja yang abang  pinta.” Beritahu Hariz Iskandar  sambil mengenggam erat tangan Anis Najwa.
“Papa,  malam ni kita tidur dekat sini ke.” Tanya Ameerul yang tiba-tiba muncul dari belakang. Anis Najwa terus menarik tangannya dari gengaman Hariz dan terus memandang ke arah Ameerul. Ameerul yang terlihat adengan mama dan papanya itu hanya tersenyum memandang mereka berdua.
“Haah...malam ni kita tidur dekat sini, tapi sekarang Ameerul pergi mandi dulu hari dah nak gelap ni, lepas solat maghrib kita keluar makan dan beli barang dapur sikit. Ameerul terus meluru keluar dari bilik itu dan pergi ke biliknya di sebelah.
“Abang…Anis pergi tengokkan Ameerul mandi ya.” Hariz Iskandar yang mendengar panggilan daripada Anis Najwa terus tersenyum memandang wajah Anis Najwa disebelah. Anis Najwa merasa malu, terus dia mengerak langkahnya menuju ke bilik Ameerul.
Usai saja bersolat dan bersiap, mereka bertiga keluar dari rumah itu seperti yang di rancangkan. Mereka bertiga pergi membeli barang dapur dahulu takut kedai tutup, selepas itu Hariz Iskandar membawa makan di sebuah restoran. Setelah membuat pesanan dan menikmati makan malam mereka pun beredar meninggalkan restoran itu dan pulang ke rumah barunya.

Anis Najwa bangun dari katilnya setelah terdengar bunyi alarm di telefon Hariz Iskandar berbunyi, dia segera mencapai telefon itu dan terus mematikannya. Anis Najwa turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan segera menunaikan solat. Sebelum turun ke dapur, Anis Najwa mengejutkan Hariz Iskandar yang masih tidur nyenyak di atas katilnya dan Anis Najwa terus menuruni tangga menuju ke dapur. Pagi ini, dia bercadang untuk mengoreng bihun saja, dia membuka peti ais dan mengeluarkan bahan-bahan untuk mengoreng bihun.









Kitakan Kawan


Nantikan Kemunculan Novel Ke-3 "Kitakan Kawan" mengisahkan kehidupan Iman,Intan dan Sue dalam mengharungi kehidupannya. Diantara persahabatan dan percintaan yang manakah harus dikorbankan..?

Rabu, 15 Jun 2011

Mencari Sinar Bahagia-Bab 3


BAB 3
            Seperti yang dijanjikan, kereta Aeril Zafrel sudah berhenti di hadapan rumah Mia Zara. Mia Zara terus mendapatkan Aeril Zafrel yang sudah tunggunya di dalam kereta. Mia Zara melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Aeril Zafrel. Kereta Audi TT berwarna putih yang di pandu oleh Aeril Zafrel terus meluncur dengan lajunya di atas jalan raya meninggalkan kawasan perumahan itu.
            Aeril Zafrel memberhentikan keretanya di sebuah restoran, di situ mereka duduk dan berbincang tentang perkara yang harus dilakukan untuk memastikan rancangannya berjalan dengan lancar. Aeril Zafrel mengeluarkan fail yang berwarna biru di dalam briefcase dan menyerahkan kepada Mia Zara. Mia Zara mengambil fail itu dan terus membacanya. Mia Zara terkejut apabila isi yang tertulis di dalam fail itu.
            “Apa ni Encik Zafrel? Dua puluh syarat-syarat menjadi pasangan kekasih?” Terbeliak mata Mia Zara apabila membaca tajuk yang tertulis di dalam kertas itu. Aeril Zafrel yang duduk di hadapannya sekadar tersenyum melihat reaksi Mia Zara. Dia sudah menduga mesti Mia Zara terkejut dengan syarat-syarat yang telah dia berikan.
            “Inilah syarat-syarat yang perlu awak baca sebelum kita menjadi pasangan  kekasih, lagi pun awak tak tahu mengenai diri saya. Kalau mama saya bertanya pada awak pasal saya sekurang-kurangnya awak ada jawapan nak jawab. Lagi satu, saya minta awak tolong panggil saya dengan panggilan Zafrel atau lebih mesra ‘abang’ barulah lakonan kita menjadi” terang Aeril Zafrel lagi sambil melemparkan senyuman kepada Mia Zara.  
            “Yelah tu Encik Zafrel, sudahlah saya nak balik” sindir Mia Zara. Dia geram dengan tindakan Aeril Zafrel terhadap dirinya itu.
            “Mia, bukan ke tadi saya dah beritahu panggil saya apa? Selagi awak tak panggil saya dengan panggilan yang saya telah beritahu pada awak tadi, selagi itu kita tak boleh balik. Kita duduk je kat kedai ni lama-lama” geram Aeril Zafrel terhadap Mia Zara. Dia dah kata tadi, Mia Zara kena memanggil dengan panggilan yang telah dia beritahu sebentar tadi.
            “Okey! baiklah Zafrel. Sekarang kita dah boleh balik kan? soal Mia Zara sambil bangun dari tempat duduknya itu. Aeril Zafrel yang mendengarnya terus berasa begitu gembira apabila Mia Zara memanggilnya begitu dan Aeril Zafrel terus bangun dari tempat duduknya dan segera menuju ke arah Mia Zara yang sedang menunggu kedatangannya di situ. Mereka terus meninggalkan perkarangan restoran itu.
            Aeril Zafrel bersandar di balkoni di dalam biliknya sambil mengambil angin waktu malam. Dia tersenyum sendirian, fikirannya masih teringat peristiwa siang tadi di mana dia dan Mia Zara berbincang mengenai rancangannya itu. Dia tidak sabar menunggu hari esok untuk mengenakan Julia Hana dan juga mamanya nanti. Apalah reaksi mamanya dan Julia Hana nanti apabila dia memperkenalkan Mia Zara sebagai kekasihnya nanti. Sudah lama dia berdiri di balkoni itu, terasa matanya semakin berat. Dia mengatur langkahnya masuk semula ke dalam bilik dan dia terus merebahkan dirinya. Hari sudah semakim malam, dia tidak sedar berapa lama dia sudah melelapkan matanya.