Senarai Kawan

Selasa, 24 Mei 2011

Mencari Sinar Bahagia-Bab 1



BAB 1
            Jam tepat pukul satu tengah hari, Mia Zara menyusun semula fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Seperti selalu dia dan Sofia akan makan tengah hari bersama-sama. Dia mengomel sendirian apabila waktu lunch sudah tiba. Hari ini memang dia terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga dia tidak perasan jam sudah menunjuk ke angka satu. Cepat-cepat dia mengambil dompet dan melangkah menuju ke arah lif. Semestinya Sofia sudah menunggunya di lobi. Tepat sangkaannya apabila dia melihat Sofia sedang menunggunya segera dia merapati kawan baiknya itu.
            “Apasal lambat ni?” rungut Sofia kepada Mia Zara.
            “Sorry banyak kerja tadi, tak perasan jam dah pukul satu” balas Mia Zara sambil tersenggih menampakkan giginya yang putih.
            “Dah, jom kita pergi nanti lambat pulak masuk ofis, aku dah lapar sangat ni” beritahu Sofia. Mia Zara menganggukkan kepalanya. Mereka bersama-sama berjalan kaki ke gerai yang selalu mereka pergi tidak jauh dari tempat mereka bekerja.
            Sampai saja di gerai tersebut, Mia Zara terus memesan makanan. Hari ini dia teringin sangat makan nasi putih dan tom yam campur. Mia Zara melihat Sofia sedang beratur mengambil makanan. Sementara menunggu makanannya siap, Mia Zara termenung sendirian, peristiwa tiga tahun lalau masih jelas terbayang diingatannya.  
            Tiga tahun lalu, malang menimpa diri dan keluarganya. Akibat daripada peristiwa itu dia tekad melarikan diri ke Kuala Lumpur meninggalkan keluarganya di kampung dan bekerja di sebuah syarikat d isana. Kejadian itu berlaku semasa dia dan keluarganya sedang nyenyak tidur di rumah, tiba-tiba kedengaran suara orang di dalam rumah itu. Mia Zara terjaga daripada tidurnya lantas dia bangun untuk mengetahui siapa yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Mia Zara mengintai dari pintu biliknya, dia terlihat ada tiga orang lelaki memakai topeng sedang memunggah barang-barang di dalam rumahnya. Tanpa membuang masa Mia Zara dengan pantas mencapai telefonnya disebelah dan terus menghubungi pihak polis. Tetapi malangnya, pihak polis lambat tiba dirumahnya, Mia Zara dan ahli keluarga telah di jumpai oleh tiga orang perompak itu.  Mujur perompak itu tidak mengapa-apakan Mia Zara dan keluarganya.  Sejak kejadian itu, pelbagai tomahan dilemparkan oleh orang kampung. Orang kampung mereka cerita kononnya Mia Zara sudah dirogol oleh salah seorang perompak yang memasuki rumahnya. Kerana tidak tahan dengan fitnah yang dilemparkan oleh orang kampong terhadap dirinya, Mia Zara membawa diri ke Kuala Lumpur dan meneruskan kehidupannya di sana.
            Tiba di sana Mia Zara bertemu dengan Sofia semasa dia sedang menunggu bas. Sofia yang kesian melihat keadaan Mia Zara yang sudah tidak terurus, dengan rasa simpati Sofia mengajak Mia Zara mengikutnya pulang ke rumah bersama dengannya. Sejak peristiwa itu, Mia Zara tinggal bersama dengan Sofia. Mia Zara bersyukur kerana dikurniakan seorang kawan yang baik seperti Sofia yang banyak membantu Mia Zara.
            “Mia, kenapa ni” tanya Sofia rakan sekerjanya.
            “Emm…tak ada apa-apa” jawab Mia Zara tergagap-gagap. Dia tidak dengar apa yang Sofia bualkan sebentar tadi. Fikirannya melayang memikirkan peristiwa tiga tahun lalu. Dia rindu dengan keluarganya di kampung. Macam manalah keadaan mak dan ayahnya di sana.
            “Betul ni?” tanya Sofia lagi untuk mendapatkan kepastian dari Mia Zara.
            “Dahlah cepat makan, nanti makanan tu sejuk pulak” pujuk Sofia kepadanya. Mereka berdua menikmati makan tengah hari itu dengan penuh berselera sekali.
            “Okeylah, waktu lunch dah nak habis ni, kita nak pergi solat lagi, nanti bos marah pulak kita masuk lambat” ucap Sofia lantas Mia Zara pun bangun dari tempat duduknya dan mereka bersama-sama menuju ke pejabat semula.
            Usai dari bersolat disurau, Mia Zara kembali menyambung kerjanya semula.  Kedengaran interkom di mejanya berbunyi dengan pantas Mia Zara terus menjawab panggilan tersebut.
            “Yes boss, boleh saya bantu?” soal Mia Zara di talian.
            “Masuk bilik saya sekarang” jawab Aeril Zafrel di talian. Mia Zara terus mencapai diari dan pen terus mengatur langkahnya menuju ke arah bilik bosnya itu. Pintu bilik di ketuk, arahan masuk di berikan, lantas Mia Zara memulas tombol pintu itu. Dia berdiri berhadapan mengadap Aeril Zafrel yang sedang mengadap komputer ribanya.
            “Saya nak awak buatkan surat yang saya dah drafkan ni, lepas itu serah pada saya sebaik saja awak siapkan. Esok saya ada melawat tapak projek di Sepang, jadi surat ni saya kena bawa sekali. Saya nak awak siapkan surat ini sebelum awak balik” terang Aeril Zafrel dengan panjangnya memberi arahan kepada Mia Zara. Mia Zara hanya menganggukkan kepalanya dengan pantas dia mencapai draf surat yang diberikan kepadanya itu.
            Mia Zara terus keluar dari bilik itu dan pergi ke mejanya dengan pantas dia menaip surat itu dengan segera. ‘Hari ini nampaknya aku terpaksa balik lambat lagi’ bisik hatinya.  Setelah siap menaip surat dan print Mia Zara terus pergi ke bilik Aeril Zafrel yang berada di dalam dibiliknya.
“Encik Zafrel, ni surat yang saya dah siapkan” ujar Mia Zara sambil menyerahkan surat itu kepada Aeril Zafrel terus saja dia menyambutnya dan terus membaca semula takut ada perkataan yang salah di cetak. Mia Zara menuju ke mejanya semula dan mengemas fail dan barang di atas mejanya.
            “Mia, awak tak nak balik ke?” ujar Aeril Zafrel kepada Mia Zara.
“Saya pun nak balik jugalah ni Encik Zafrel” beritahu Mia Zara sambil bangun dari kerusinya dan pantas dia mencapai tas tangannya. Mereka beredar dari pejabat itu bersama-sama.
Mia Zara, mencapai kunci keretanya di dalam tas tangan, butang ditekan secara automatik pintu keretanya terus terbuka. Dia melabuhkan punggungnya ditempat duduk. Enjin kereta dibunyikan, kereta itu terus meluncur laju meninggalkan perkarangan pejabat itu.











1 ulasan:

  1. nice intro..melaun mane la yg jht sgt tuh!!!dah merompak umah org duk rogol anak dara org plk.

    BalasPadam