BAB 5
WAKTU sudah lewat malam benar namun
Qistina masih tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya menjadi tidak tenang.
Entah kenapa dia sendiri gagal untuk memujuk mata sedangkan dia sendiri
perlukan rehat yang cukup. Dia bangun dari katil dan langkah
diatur tersusun menuju ke balkoni hotel. Suasana yang sejuk dingin benar-benar menganggu fikiran
Qistina ketika ini. Kata-kata daripada Hisyam tadi masih terngiang-ngiang di
telinganya. Tidak menyangka bahawa Hisyam mengambil berat terhadap dirinya.
Adakah Hisyam menaruh perasaan terhadap dirinya? Qistina serik untuk bercinta
lagi.
Pengalaman
lalu mengajar Qistina. Tetapi, dia masih tidak boleh melupakan bekas tunangnya
Firdaus. Kini, Qistina nekad dia mengambil keputusan untuk memutus
perhubungannya dengan Firdaus. Biarlah Firdaus merayu sekalipun, dia tidak mahu
kembali kepada Firdaus. Qistina tarik nafas dalam. Cuba membina kenyakinan diri
yang entah ke mana menghilang sejak berpisah dengan Firdaus.
“Qis,
kau belum tidur lagi?” Tegur Soffiya. Qistina terkejut dengan sapaan daripada
Soffiya sebentar tadi.
“Kau ni, suka sangat terkejutkan
orang!” marah Qistina. Soffiya hanya tersengih apabila Qistina berkata begitu
kepadanya.
“Alah… dah lama aku panggil kau,
cuma kau aje yang tak dengar,” kata Soffiya lagi. “Kau ada masalah ke? Cuba
cerita kat aku atau kau masih teringatkan kat Fir lagi?”
“Entahlah, susah aku nak cakap
sekarang ni! Berat sangat kepala aku nak tanggung semua ni, Fiya. Semuanya aku
kena hadapi sorang-sorang Fiya. Kadang-kadang aku rasa tak mampu sangat,” luah
Qistina. Qistina menangis.
“Bersabarlah Qis, semua yang berlaku
ni pasti ada hikmah disebaliknya. Kau harus kuat, untuk menghadapi semua ni dan
aku sentiasa ada disebelah kau. Kau ada aku, Hisyam, Syafiq dan Sarah, mereka
semua sentiasa menyokong dan sentiasa memberi semangat pada kau. Kau kena ingat
tu!” terang Soffiya. Soffiya cuba menyakinkan Qistina. Soffiya tidak mahu
melihat Qistina bersedih, lebih-lebih lagi mengenai hubungannya dengan Firdaus.
Qistina perlukan masa untuk melupakan semua itu.
Oleh kerana itu, Hisyam dan Syafiq
cuba mencipta kenangan yang paling indah untuk mereka berlima dengan membawanya
bercuti di Cameron Highlands, sekurang-kurangnya Qistina boleh melupakan
seketika peristiwa yang terjadi kepada Qistina dan bekas tunangnya Firdaus.
“Terima kasih, Fiya. Kau memang
sahabat baik aku. Kau juga sentiasa menjadi pendengar setia aku bila aku
ditimpa masalah,” ucap Qistina sambil memeluk Soffiya. Soffiya terharu dengan
tindakan Qistina tadi.
“Hmm… sudahlah. Dah jauh malam ni.
Aku masuk tidur dulu,” beritahu Soffiya sambil melepas pelukan mereka. Soffiya mengatur
langkah perlahan-lahan menuju ke arah katil. Sudah beberapa kali Soffiya menguap,
mungkin dia terlalu letih kerana seharian mereka melawat pelbagai tempat di
Cameron Highlands.
Selepas solat subuh, Qistina terus
menyarungkan baju sejuknya. Semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya.
Akhirnya, Qistina mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar. Dia
mengatur langkah perlahan-lahan tidak mahu mengganggu tidur kawan-kawannya.
Cuaca sejuk meresap hingga ke tulang
hitamnya. Betapa indahnya bumi ciptaan Tuhan, baru saja dia menyedarinya. Kata-kata
semangat dari Soffiya dan juga Hisyam, masih terngiang di telinganya. Qistina
bersyukur sangat, kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik dan sudi menjadi
pendengar setia jika dia ditimpa masalah. Sedikit sebanyak, Qistina dapat
melupakan kenangannya bersama Firdaus sedikit demi sedikit. Qistina duduk dibangku di luar tempat
penginapan mereka sambil menghirup suasana pagi yang dingin. Qistina teringin
sekali untuk menyaksikan matahari pagi terbit.
Hisyam hanya memerhati gadis
pujaannya dari jauh. Dia berfikir kenapa pagi-pagi lagi Qistina sudah
termenung. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya kini. Adakah Qistina
sudah faham maksud disebalik kata-kata Hisyam semalam? Dia berharap sangat
Qistina tidak berfikir begitu mengenainya. Bukan niat dia ingin mengambil
kesempatan terhadap diri Qistina ketika ini. Qistina baru saja putus cinta
dengan Firdaus, seharusnya dia perlu memberi kata-kata semangat kepada diri
Qistina untuk melupakan kenangannya bersama Firdaus, tetapi mengapa Qistina
bertindak begitu? Pasti berat masalah yang ditanggung oleh Qistina ketika ini.
Ya, Dia harus mengembalikan semangat baru pada diri Qistina. Dia mesti membantu
Qistina untuk melupakan semuanya.
Dengan langkah yang amat berat,
Hisyam mengaturkan langkahnya menuju ke arah Qistina yang masih termenung di
situ. Dia tahu pasti Qistina tengah bersedih.
“Awal pagi lagi Qis dah merayap?”
tegur Hisyam. Qistina terkejut dengan sapaan Hisyam itu. Lantas dia terus
memalingkan wajahnya kepada Hisyam yang betul-betul berdiri di belakangnya.
Hish… tak adalah nak merayap ke mana
pun. Cuma, nak duduk-duduk kat sini aje sambil menghidup udara pagi,” ucap Qistina
kembali menyambung menunggu matahari terbit.
“Qis, marahkan Syam ke?” tanya Hisyam
untuk mendapatkan kepastian.
“Qis, tak marahkan Syam pun, Qis tak
menyangka masih ada orang lagi yang mengambil berat akan diri Qis selama ini.
Terharu sangat,” luah Qistina. Perlahan-lahan dia mengeluh.
“Habis tu kenapa mengeluh?” soal
Hisyam lagi.
“Qis, fikirkan tentang hubungan Qis
dengan Fir,” jelas Qistina lagi.
“Jadi apa keputusan Qis?” duga
Hisyam.
“Qis dah putuskan hubungan dengan
Fir.” “Muktamad!” ucap Qistina lantang, lantas tersenyum memalingkan wajahnya
kepada Hisyam. Hisyam membalasnya dengan memberikan senyuman kepada Qistina.
“Pasal semalam tu, Qis nak ucapkan
terima kasih sebab sudi berkongsi masalah dengan Qis. Qis tahu Syam cuma nak
mengembirakan hati Qis aje kan?”
“Kalau boleh hari-hari Syam nak Qis
gembira,” luah Hisyam sambil merenung mata Qistina. Kata-kata daripada bibir
Hisyam sebentar tadi mempunyai makna yang tersurat, hanya Hisyam saja yang
mengetahui. Lega hati Qistina apabila Hisyam berkata begitu padanya. Dia
bersyukur sangat kerana dikurniakan kawan yang baik dan memahami seperti
Hisyam. Mereka terus menikmati keindahan yang sungguh menarik dan bermakna itu
bersama-sama sehingga terbit matahari pagi.
“Tulah, siapa suruh kau tak tidur?
soal Soffiya kepada Qistina apabila ternampak Qistina menguap beberapa kali.
“Dah, aku memang tak boleh nak tidur
nak buat macam mana Cik Soffiya oii…” ujar Qistina menyindir Soffiya.
“Pergi dating dengan Syam takde pulak mengantuknya?” sindir Soffiya kemudian dia tersegih sambil
memandang Qistina.
“Hish…mulut tu memang tak ada insurans betullah!” Geram dengan Soffiya.
Mulut memang main lepas aje! Bukan nak pandang kiri kanan. Huh, nasib baik tak
ada sesiapa yang mendengarnya.
“Cepatlah Qis! Semua dah tunggu kita
kat bawah tu,” Soffiya mengomel.
“Yalah, nak pergilah ni.” Mereka
bersama-sama bergegas menuju ke lobi hotel. Semua sudah menunggu mereka berdua.
Lepas balik keluar dengan Hisyam pagi tadi, Qistina terus merebahkan dirinya ke
katil. Baru aje beberapa jam tidur, dia sudah dikejukkan oleh Soffiya
mengajaknya bersarapan. Naik pening kepalanya bila tak cukup tidur, lebih-lebih
lagi tak tahan mendengar Soffiya berleter mengalahkan mak nenek… Sakit
telingannya!
“Aku peliklah Syam?” tanya Syafiq
sambil matanya memerhati Hisyam.
“Apa yang peliknya?” tanya Hisyam
lagi.
“Yang kau tu tersenyum sorang-sorang
tu apa hal?”
“Ehh… tak adalah. Mana ada. Kau yang
salah tengok ni,” ucap Hisyam tergagap-gagap. Dalam hatinya macam-manalah
Syafiq boleh tahu yang dia keluar dengan Qistina pagi tadi.
“Hah, tengok tu. Baru cakap macam tu
kau dah kelam- kabut. Dengan aku kau tak payah nak kelentonglah. Macamlah aku
tak kenal kau.”
“Parahlah macam ni, cepat betul kau
dapat hidu.”
“Jadi betullah kau dating dengan Qis
pagi tadi?”
“Kami tak pergi datinglah, cuma
kebetulan aje berjumpa, tu pun secara tak sengaja,” ucapnya lagi cuba
menyakinkan Syafiq.
“Baguslah kalau macam tu. Aku
tumpang seronok kalau kau dengan Qis bercinta. Lagi pun Qis tu kan baru aje
putus cinta dengan Fir.”
“Entahlah susah aku nak cakap.”
Hisyam mengeluh.
“Sudahlah, tu kekasih hati kau dah
sampai,” ucap Syafiq kepada Hisyam sambil memuncungkan mulutnya pada Hisyam
apabila ternampak kelibat Qistina dan Soffiya di meja makan. Hisyam dan Syafiq
pun mengatur langkah menuju ke meja makan bersama kawan-kawannya yang lain.
Selepas mengemaskan kesemua pakaian
dan di masukkan ke dalam beg, mereka bertiga pun berlalu meninggalkan kawasan
bilik penginapan. Sekejap saja masa berlalu, hari ini mereka semua sudah boleh check-out dari hotel tempat mereka
menginap. Berat hati Qistina untuk meninggalkan kawasan ini. Sepanjang 3 hari 2
malam mereka menginap di sini, banyak kenangan manis bersama-sama yang tidak
dapat Qistina melupakan. Qistina tahu, kawan-kawannya sengaja membawanya
bercuti semata-mata untuk Qistina lupakan tunangnya Firdaus. Semua ini adalah
rancangan Hisyam. Selesai saja urusan pendaftaran keluar, mereka semua dengan
berat hati mengatur langkah menuju ke kereta Hisyam yang telah sedia menunggu.
Hisyam dengan rasa berat hati memandu kereta dengan perlahan meninggalkan
kawasan percutian mereka semua.
wawawwwaw...hahahhhaha..kuintai cinta dalam rahsia...@bluescarf
BalasPadam