BAB
7
QISTINA
sudah bersiap mengemas barang-barang untuk dibawa pulang bersamanya di kampung.
Sudah sebulan dia tidak pulang ke kampung halamannya di Sungai Sireh, Tanjong
Karang. Selesai sahaja memasukkan barang-barang di dalam bonet kereta Myvinya,
Qistina terus menghidupkan enjin kereta. Bunyi enjin yang berderum, beberapa
minit kemudian kereta Myvi itu meluncur dengan laju meninggalkan kawasan
perumahan rumah Qistina. Qistina terus memandu kereta dengan penuh berhati-hati.
Perjalanan
dari Kuala Lumpur ke kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang mengambil masa lebih kurang
satu jam tiga puluh minit. Qistina meneruskan pemandunannya dengan begitu
berhati-hati. Sampai saja di simpang masuk ke kawasan rumahnya, kelihatan sawah
padi nan hijau luas terbentang. Sejuk hati Qistina apabila melihatnya. Terasa
beban yang ditanggungnya kini hilang begitu sebaik saja dia melihat
permandangan yang indah sebentar tadi. Qistina perlu memandu keretanya dengan
perlahan-lahan, apabila menyelusuri lorong yang sempit untuk sampai ke rumahnya
yang terletak di hujung kampung. Beberapa minit kemudian, Qistina tiba di rumah
keluarganya.
“Umi,
angah dah sampai!” laung Qausar adik kepada Qistina. Qausar terus mendapatkan
Qistina dan menyalaminya.
“Qausar
sihat?” ucap Qistina semula. Qausar terus mengangguk kepalanya. Tahulah Qistina
adiknya itu sihat.
“Alhamdulillah,
Qis balik juga akhirnya,” ucap Puan Hashimah sebaik saja ternampak kelibat
Qistina. Qistina terus menyalami tangan uminya. Mereka terus masuk ke dalam
rumah.
“Hari
ini umi masak asam pedas ikan pari untuk Qis,” beritahu Puan Hashimah kepada
Qistina.
“Ya
ke? Macam tahu-tahu aje Qis nak balik. Tak sabar Qis nak makan.”
“Kejap
lagi kita boleh makan, umi nak pergi hidangkan dulu.”
“Umi
nak Qis tolong tak?”
“Tak
payahlah. Lagipun Qis kan baru saja sampai. Qis berehat dulu. Kejap lagi umi
panggil Qis untuk makan.” Qistina mengangguk. Dia melihat Puan
Hashimah menuju ke dapur. Qistina merasa gembira sekali apabila dapat pulang ke
kampung halamannya. Terubat rindu untuk menatap wajah kedua umi dan abahnya
serta abang dan adiknya . Hari ini, Qistina perlu berterus-terang kepada kedua
ibubapa tentang hubungannya dengan Firdaus. Qistina tidak mahu keluarganya
terpedaya dengan sikap Firdaus yang kepura-puraan itu. Dia harus menjelaskan
perkara sebenar.
Usai
saja menikmati makan tengah hari dan berehat sebentar, Qistina keluar mengambil
angin di luar. Pandangannya beralih ke sawah padi yang terbentang luas di
sekeliling kawasan rumahnya. Fikirannya cukup tenang ketika ini. Dia dapat
melupakan sedikit kenangan bersama bekas tunangnya Firdaus. Dia redha dengan
ketentuan Tuhan yang maha Esa. Baginya, mereka berdua tiada jodoh untuk
bersama.
Suasana
dingin di kampung Sungai Sireh amat mengasyikkan. Qistina jauh termenung di
jendela melayan perasaannya sendiri. Hatinya dilanda resah, bagaimana dia harus
menjelaskan tentang hubungannya dengan Firdaus yang sudah berpisah kepada
uminya Puan Hashimah. Argh… runsing fikirannya apabila memikirkan tentang
perkara ini.
“Qis,”
teguran daripada Puan Hashimah sedikit menganggunya. Qistina terus memalingkan
wajah memandang uminya. “Qis ada masalah ke?” soal Puan Hashimah lagi.
“Sebenarnya
umi, Qis ada perkara yang nak beritahu pada umi ni,” terang Qistina sambil matanya
memandang tepat ke arah uminya itu.
“Pasal
apa?” tanya Puan Hashimah lagi.
“Sebenarnya,
Qis dah putus dengan Fir,” luah Qistina. Kelihatan Puan Hashimah sedikit
terkejut dengan pengakuan yang terkeluar dari bibir Qistina.
“Tapi
kenapa Qis?”
“Fir
ada perempuan lain,” terus saja Puan Hashimah memeluk Qistina. Dia tahu pasti
Qistina sedih.
“Sabarlah
Qis, umi yakin suatu hari pasti Qis akan di pertemukan dengan seseorang yang
jauh lebih baik dari Fir,” ucap Puan Hashimah yang cuba menenangkan perasaan
sedih Qistina. Dia tidak menyangka Firdaus sanggup mempermainkan perasaan anak
gadisnya itu. Dia turut sedih melihat Qistina sebegitu.
“Umi,
macam mana dengan semua persiapan yang kita dah buat tu? Kita dah tempah semua
khemah dan peralatan yang lain. Duit cengkeram pun kita dah bayarkan.”
“Pasal
tu Qis jangan risau, nanti umi bincang dengan along kamu dulu. Sekarang
ni Qis pergi tidur, lagi pun dah jauh malam ni. Tak baik tidur lewat.” Qistina
hanya mengangguk. Lega hatinya apabila uminya berkata begitu. Dia
juga bersyukur kerana di kurniakan seorang ibu yang memahami seperti Puan
Hashimah.
Keesokkan harinya, selepas
Puan Hashimah memaklumkan dan berbincang dengan suami dan anak sulungnya, Puan
Hashimah terus menyuruh Qabil berjumpa dengan tuan punya khemah. Manalah tahu,
kalau kena dengan gayanya mereka dapat membatalkan tempahan khemah yang di buat
dua bulan serta duit cengkeram yang telah diberikan sebelum ini. Qabil terus
saja membonceng motosikalnya menuju ke rumah Pak Leman tuan punya khemah di
dalam kampung ini untuk berbincang tentang tempahan khemah yang telah dibuat
sebelum ini.
Setengah jam kemudian, kedengaran motosikal Qabil sudah sampai di perkarangan rumahnya,
Puan Hashimah yang sibuk memasak di dapur terus mendapatkan Qabil yang sudah
berada di luar rumah.
“Umi,
tadi along pergi jumpa dengan Pak Leman, dia tak bagi kita cancelkan khemah yang kita tempah hari itu. Duit cengkeram yang
kita bayar pun di kira burn. Macam mana
ni umi? Tadi pun Pak Leman dah bising-bising,” jelas Qabil kepada Puan Hashimah
sebaik saja sampai dari rumahnya.
“Hmm,
tak apalah long. Kita nak buat macam-mana lagi. Dah macam tu dia kata, kita
ikutkan saja. Bukan kita tak tahu perangai Pak Leman tu macam mana. Nanti umi
pergi berbincang balik semula dengan dia macam mana. Manalah tahu, dengan umi
dia boleh bawak berbincang, kalau tak boleh jugak, terpaksalah kita buat kenduri
kahwin tu jadi kenduri kesyukuran nampaknya,” akur Puan Hashimah. Puan Hashimah
sudah menggeleng kepalanya. Tahu benar dengan perangai panas baran Pak Leman itu.
Nampak gayanya, terpaksa jugalah kenduri itu dijalankan, walaupun pengantinnya tiada. Kira, bersedekah
bagi orang kampung makan sajalah. Qabil yang mendengar turut berasa simpati di
atas perkara yang menimpa Qistina. Kesian adiknya itu, terpaksa menanggung malu
oleh tohmahan yang di lemparkan oleh orang kampung.
Qistina
berdiri di tepi dinding sedari tadi. Segala perbualan dari abangnya Qabil dan
Puan Hashimah sebentar tadi, semua sudah didengarinya. Hatinya sayu mendengar
semua itu. Kesian kepada keluarganya, pasti orang kampung akan tertanya-tanya
nanti kenapa kenduri kahwin tiba-tiba menjadi kenduri kesyukuran. Pasti ada
tohmahan yang dilemparkan oleh orang kampung erhadap keluarganya. Apalah yang
harus dia lakukan untuk keluarganya itu. Bagaimana pula, dengan kesihatan Haji
Ramli kalau dia dapat tahu? Pelbagai persoalan yang terlintas di fikirannya
sekarang ini. Tak akanlah dia nak cari pengganti untuk Firdaus masa majlis
perkahwinan itu nanti. Qistina sendiri tidak rela!
“Qis,
dah lama ke berdiri kat sini?” tanya Puan Hashimah. Dia terkejut apabila
mendapati Qistina sudah berdiri di belakangnnya sedari tadi.
“Qis
dah dengar semuanya umi. Tak payah umi nak rahsiakan semuanya dari Qis. Betul
ke apa yang along cakap tadi?” Qistina bertanya semula kepada Puan
Hashimah. Puan Hashimah hanya mengangguk mengiakan. Biarlah Qistina tahu keadaan sebenar.
“Umi,
ada orang datang,” beritahu Qabil tiba-tiba saja.
“Siapa?”
tanya Puan Hashimah lagi. Qabil hanya menjongket kedua bahunya menandakan dia
tidak tahu gerangan tetamu yang datang bertandang ke rumahnya sekarang. Puan
Hashimah terus saja meluru ke pintu rumah dia mendapati sebuah kereta Mercedes Benz
berwarna hitam baru saja memasuki kawasan rumahnya.
Hati Puan Hashimah
tertanya-tanya gerangan siapakah yang berkunjung ke rumahnya pada waktu ini. Puan
Hashimah ternyata terkejut dengan kehadiran tetamu yang datang bertandang ke
rumahnya itu. Dia terus saja memeluk tetamu perempuan itu. Qistina, Qabil dan
Qausar kelihatan tertanya-tanya sesama sendiri gerangan siapakah yang Puan
Hashimah memeluknya sampai begitu mesra sekali. Seperti kenalan rapat kawan
uminya. Puan Hashimah menjemput tetamu yang datang itu, masuk ke dalam rumah.
“Datin
dan Datuk sihat?” tanya Puan Hashimah apabila mereka berdua sudah melabuhkan
punggung di kerusi.
“Sihat
saja Shimah. Abang Haji kamu mana? Dia sihat? Tak nampak pun dari tadi,” kata
Datuk Suffian lagi.
“Dia
macam tu jugaklah Datuk. Dia pergi ke kebun kejap,” jawab Puan Hashimah.
“Semua
ni anak kamu ke Shimah?” tanya Datin Adibah apabila pandangannya beralih ke
arah anak-anak Puan Hashimah yang berdiri sedari tadi. Pasti mereka semua tertanya-tanya
siapa gerangan tetamu itu.
“Along, angah, adik mari sini. Umi nak kenalkan kamu semua dengan tetamu yang datang
ni.” Puan Hashimah memanggil ketiga-tiga anaknya itu. Mereka semua mengatur
langkah mendekati tetamu dan bersalaman. Tidak lama kemudian, muncul pula kelibat
Haji Ramli yang baru saja pulang tadi kebun. Dia terkejut dengan kehadiran
tetamu yang datang ke rumahnya. Dia tersenyum dan terus memeluk Datuk Suffian.
Bertambah hairanlah anak-anaknya semua dengan tindakan Haji Ramli sebentar tadi.
Dah macam jejak kasih pula.
“Along, angah, adik, inilah bekas majikan abah dulu, Datuk Suffian dan Datin Adibah.
Dulu, abah pernah kerja dengan jadi drebar Datuk Suffian. Masa itu kamu semua masih
kecil lagi. Abah pernah bawak kamu semua berkunjung ke rumah Datuk Suffian dan
Datin Adibah. Kalau tak silap masa tu, Datuk Suffian dan Datin Adibah buat
kenduri kesyukuran untuk anaknya Badrul. Betul tak Datuk? Mungkin kamu semua
tak ingat. Masa tu, Qabil dan Qis masih kecil lagi. Qausar pulak baru beberapa
bulan lahir,” terang Haji Ramli. Barulah anak-anaknya tahu kenapa umi dan
abahnya terkejut sangat dengan kehadiran tetamu tadi. Rupanya bekas majikan
abahnya dulu.
“Jadi,
yang ini Qistina Alesya? Wah, dah makin cantik sekarang. Dulu kamu pernah bermain
dengan anak uncle yang kedua namanya
Badrul. Mesti kamu tak ingatkan,” terang Datuk Suffian lagi. Dia melihat muka
Qistina yang sudah berkerut-kerut. Nampak sangat Qistina tak ingat zaman dia
masih kecil lagi.
“Kalau
macam tu, Datuk dan Datin makan tengah hari sajalah kat sini. Sambil tu boleh
kita berbual panjang. Dah lama kita tak jumpa kan,” beritahu Haji Ramli.
“Tak
payahlah, buat susah-susah kamu saja.”
“Tak
susah pun Datuk, Datin,” kata Haji Ramli lagi. Kemudian, Haji Ramli menyuruh
isterinya Puan Hashimah ke dapur untuk memasak makanan tengah hari itu. Qistina
turut membuntuti Puan Hashimah dibelakang membantu uminya.
“Oh
ya, anak kamu Qistina tu dah berpunya ke abang Haji?” tanya Datin Adibah
seperti sudah terpikat dengan Qistina.
“Sebenarnya
Datuk, Datin, Qis dah bertunang dan tak lama lagi akan berkahwin dengan pilihannya,
tetapi tak sangka pula saya mereka berdua sudah berpisah. Segala persiapan
untuk majlis perkahwinan tu semua dah tempah, tapi mereka pula yang tak jadi
kahwin,” luah Haji Ramli. Datin Adibah dan Datuk Suffian kelihatan terkejut
dengan pengakuan dari Haji Ramli itu. Qistina juga turut terkejut mendengarnya.
Macam mana abahnya boleh tahu tentang masalah itu. Padahal, abahnya tiada di
rumah. Mulut siapalah yang canang pergi cerita semuanya dekat Haji Ramli. Qistina
dah mula risau memikirkannya.
“Macam
mana boleh jadi macam tu pulak abang Haji?” tanya Datuk Suffian.
“Entahlah
Datuk, tadi masa saya singgah pergi minum dekat warung depan simpang sana tu,
ada orang beritahu pada saya. Saya pun terkejut jugak. Nampaknya, terpaksalah
kami buat jugak kenduri tu. Duit cengkeram pun kami dah bayar, tapi dah kira burn pulak. Terpaksalah jadikan kenduri
kahwin tu sebagi kenduri kesyukuran pula. Kira bersedekah bagi orang kampung
makanlah Datuk,” terang Haji Ramli sambil melepaskan keluhan perlahan-lahan. Hampa.
“Bersabarlah
abang Haji, nak buat macam mana mulut orang kita memang tak boleh nak tutup,” kata
Datuk Suffian. Dia cuba menenangkan Haji Ramli. Pasti fikirannya kusut sekarang
ini.
“Lupa
pulak saya Datuk, macam mana dengan Badrul sekarang ini? Dia dah kahwin? Dia dah
kerja dengan Datuk? Dah lama saya tak jumpa dengan dia. Entah, dia masih ingat
pada saya lagi ke tidak. Mesti segak sekarang ini,” puji Haji Ramli pula.
“Macam
tu jugaklah abang Haji, dia masih tak mahu kerja dengan saya. Nak berdikari
katanya. Tak tahulah saya dengan perangai Badrul ni. Abang dengan adiknya
tidaklah sedegil sangat macam dia,” beritahu Datuk Suffian. Selepas itu
masing-masing ketawa. Mengimbas peristiwa masa dulu-dulu.
“Qis,
dah siap ke semua bahan-bahan yang nak masak tu?” tanya Puan Hashimah. Dia
pelik Qistina masih tidak menyahut. Qistina sedari tadi, memasang telinga
mendengar perbualan abahnya dengan tetamu yang berada kat ruang tamu. Qistina
berfikir siapa pulaklah Badrul ini. Dari dari asyik sebut nama tu saja.
“Qis!”
panggil Puan Hashimah lagi. Qistina terus terkejut.
“Hah,
ada apa Umi?” tanya Qistina mengelabah.
“Umi
tanya tadi, Qis tak menyahut pun. Qis dah siapkan semua bahan-bahan yang umi
suruh sediakan tadi ke?” kata Puan Hashimah lagi.
“Oh!
Dah siap umi,” Qistina terus menyerahkan kesemua bahan-bahan tadi kepada Puan
Hashimah. Puan Hashimah hanya menggelengkan kepalanya saja. Apalah yang Qistina
fikirkan tadi sampai tak sedar dia panggil.
Setelah
selesai memasak dan menghidang untuk hidangan makan tengah hari itu, Puan
Hashimah dan Haji Ramli menjemput Datuk Suffian dan Datin Adibah makan. Mereka
keluarga duduk menyimpuh, untuk menjamu selera. Datuk Suffian dan Datin Adibah
begitu teruja dengan lauk-pauk yang terhidang, ternyata membuka seleranya.
Baginya, sudah lama dia tidak makan lauk-pauk kampung seperti ini. Sampai
terliur apabila ternampak sambal belacan berserta ulam-ulaman. Setelah Qabil
membaca doa makan, mereka semua menikmati hidangan tengah hari itu dengan penuh
berselera sekali.
“Terima
kasihlah abang Haji sekeluarga, kerana jemput kami berdua makan tadi. Kami minta
diri dululah. Pasal yang kita bincang tadi tu, abang Haji berbincanglah dulu
dengan keluarga abang Haji dulu, kalau dah buat keputusan beritahu pada saya,”
ucap Datuk Suffian. Qistina sedikit terkejut apabila Datuk Suffian berkata
begitu kepada abahnya.
“Insya
Allah. Kalau kami dah buat keputusan, kami beritahu pada Datuk dan Datin,”
balas Haji Ramli semula. Selepas itu, kereta Mercedez Benz berwarna hitam itu
meluncur dengan lajunya meninggalkan kawasan rumah mereka sekeluarga.
“Qis,
abah dan umi ada sesuatu nak bincangkan dengan Qis sikit,” ucap Haji Ramli. Berat
mulutnya untuk meluahkan hajat Datuk Suffian dan Datin Adibah sebentar tadi.
“Apa
dia abah?” Sambil memandang wajah Haji Ramli, kemudian berpaling ke wajah Puan
Hashimah pula.
“Sebenarnya
tadi, Datuk Suffian dan Datin Adibah datang merisik Qis untuk anaknya Badrul.”
Qistina terkejut dengan pengakuan dari bibir Haji Ramli tadi. “Abah dan umi tak memaksa Qis untuk menerima
pinangan dari Datuk Suffian dan Datin Adibah tadi, tapi abah nak Qis fikir dulu
mana yang terbaik untuk Qis. Abah juga terima apa saja keputusan dari Qis. Qis
fikirkan juga tentang majlis persiapan yang telah kita aturkan itu, abah tak
nak keluarga kita dapat malu,” luah isi hati Haji Ramli.
Tergamam Qistina
apabila mendengar luahan dari Haji Ramli tadi. Bebanan yang ditanggungnya kian
bertambah. Bagaimana harus dia untuk membuat keputusan. Kesian kepada
keluarganya, sekiranya dia menolak pinangan daripada keluarga Datuk Suffian
itu, dan bagaimana pula jikalau dia menerima pinangan dari keluarga Datuk
Suffian, Qistina tak kenal pun dengan anaknya Badrul. Mereka memang tidak
mengenali diantara satu sama lain. Bagaimana dengan hidup Qistina nanti,
apabila sudah berkahwin dengan Badrul. Argh… Qistina harus memikirkan yang
terbaik untuk dirinya dan juga maruah keluarganya.
la knape bkn hisyam.......
BalasPadam