Senarai Kawan

Selasa, 31 Mei 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 10

BAB 10
Hariz Iskandar tidak pergi ke pejabat hari ini. Dia sedang melayan kerenah Ameerul. Begitu susah untuk anak kecil itu makan ubat. Di suruh makan nasi juga tak mahu. Runsing Hariz Iskandar memikirkannya.
“Makanlah sikit.” Lepas ni makan ubat pula,” pujuk Hariz Iskandar. Namun Ameerul masih enggan.
“Okey. Habis tu Ameerul nak papa buat macam mana baru Meerul nak makan?” tanya Hariz Iskandar.
Ameerul diam berfikir.
“Meerul nak Auntie Anis suapkan,” pinta Ameerul manja. Bertambah runsing Haikal mendengar nama itu di sebut oleh Ameerul.
“Tak bolehlah macam tu. Auntie Anis sibuk dekat pejabat. Tak ada masa datang sini.
“Papa suapkan ya?” pujuk Hariz Iskandar lagi.
“Tak nak! Nak Auntie Anis suapkan jugak!” rengek Ameerul. Makin pening kepala Hariz Iskandar dibuatnya. Geram pun ada dengan kerenah Ameerul. Hariz Iskandar sudah merasa malu sebab dah banyak kali minta tolong kepada Anis Najwa pasal Ameerul. Ameerul pula, sejak dah rapat dengan Anis Najwa perangai dia dah makin mengada-ada dulu tak pula macam ni, rintih hati Hariz Iskandar. Setelah itu, dia mendapatkan telefonnya dan menghubungi Anis Najwa. Hampir setengah jam kemudian, loceng rumah Hariz Iskandar berbunyi. Kedengaran seseorang memberikan salam. Pantas Hariz Iskandar  turun membuka pintu.
“Mana Ameerul?” tanya Anis Najwa sebaik sahaja melangkah  masuk.
Hariz Iskandar sekadar menudingkan jarinya ke arah katil. Pantas Anis Najwa mendapatkan Ameerul. Dia menarik selimut itu dan mendapati Ameerul seperti sedang tidur.
“Ameerul demam ni. Panas sangat badan dia,” beritahu Anis Najwa apabila dia menyentuh dahi Ameerul. Pantas Hariz Iskandar  menerpa memeriksa keadaan Ameerul pula.
“Saya tak tahu” ujar Hariz Iskandar.
Dia benar-benar berasa serba slaah. Kerana ikutkan hatinya yang degil itu telah membuatkan sakit Ameerul bertambah  teruk.
“Kenapa awak tak beritahu saya lebih awal lagi? Ni tak, sampai dah teruk macam ni,” leter Anis Najwa. Hariz Iskandar hanya mendiamkan dirinya. Dia tahu semua itu salah dia.
“Kita kena bawa Ameerul ke hospital sekarang.” Beritahu Anis Najwa kepada Hariz Iskandar, dia menganggukkan kepadanya, selepas itu dia terus mendukung Ameerul dan membawanya masuk ke dalam kereta. Mereka tiba di hospital dan doktor sedang merawatnya. Anis Najwa begitu risau menlihat keadaan Ameerul. Doktor memberitahu bahawa Ameerul Cuma demam biasa dan akan di tahan di wad buat sementara waktu untuk memantau suhu badannya. Doktor membenarkan Anis Najwa dan Hariz Iskandar untuk menjaga Ameerul di wad di mana Ameerul di tempatkan.
Keesokkan paginya, Hariz Iskandar terjaga dari tidurnya dan mengejutkan Anis Najwa yang terbaring di sebelah katil Ameerul.
“Anis, baik awak balik dulu, biar saya yang jaga Ameerul lagi pun awak tak balik dari malam tadi, apa kata awak balik mandi dan salin pakaian, lepas itu baru awak datang balik, saya risau kan kesihatan awak nanti tak pasal-pasal Ameerul sihat awak yang sakit pulak.” Soal Hariz Iskandar  kepada Anis Najwa.
“Tapi saya nak tunggu Ameerul sedar dulu, nanti kalau dia bangun dia tengok Anis tak ada, lagi lah dia buat perangai. Encik Hariz jangan risau, saya tak apa-apa.” Balas Anis Najwa pula.
“Kalau macam itu, kita pergi kantin makan dulu sementara tunggu Ameerul sedar, lagi pun awak tak makan apa-apa dari malam tadi. Awak jangan risau, nanti saya suruh nurse beritahu kalau Ameerul dah sedar.” Terang Hariz Iskandar lagi. Anis Najwa mengikut langkah Hariz Iskandar, sampai di kaunter Hariz Iskandar meminta nurse menjaga Ameerul dan minta hubunginya sekiranya Ameerul sudah sedar. Sampai di kantin, Hariz Iskandar memesan nasi lemak dan air untuk Anis Najwa dan dirinya.  
“Anis, saya minta maaf, sekali lagi saya sudah menyusahkan awak, saya tak tahu perkara ni boleh terjadi begini. Saya tak tahu nak buat macam mana, saya selalu menyusahkan awak. Ameerul pula terlalu rapat dengan awak, dia dah anggap awak seperti ibunya. Saya risau melihat keadaan nya.” luah Hariz Iskandar kepada Anis Najwa.
“Encik Hariz jangan risau sangat kita berdoa saje semoga dia cepat sembuh.” beritahu Anis Najwa cuba menyenangkan Hariz Iskandar. Hariz Iskandar hanya mendiam dirinya dan meyudahkan suapannya,tiba-tiba deringan telefonnya berbunyi. Hariz Iskandar menjawab panggilan tersebut.
“Anis, doktor beritahu Ameerul dah sedar, mari kita pergi.” Beritahu Hariz Iskandar kepada Anis Najwa kedengaran suaranya kelihatan riang. Mereka berdua mengatur langkah menuju ke wad dan melihat keadaan Ameerul. Setibanya di wad, mereka melihat doktor sedang memeriksa Ameerul. Doktor memberitahu bahawa Ameerul mengalami demam panas. Mujur mereka sempat membawanya ke hospital. Jika tidak, pasti keadaan Ameerul akan bertambah teruk. Ameerul terpaksa di tahan di wad untuk beberapa hari.
“Encik Hariz tak perlu risau, demam Ameerul pun dah makin reda, mungkin dalam sehari dua ni dia dah boleh keluar wad”, ujar doktor  itu.

Sudah dua hari Ameerul bermalam di hospital. Keadaannya bertambah baik. Hari ini doktor memberitahu bahawa Ameerul sudah boleh keluar hospital. Hariz Iskandar berasa begitu lega melihat keadaan  Ameerul. Sejak Ameerul di masukkan ke hospital Anis Najwa lah yang banyak menjaga Ameerul di hospital. Hariz Iskandar bersyukur sangat kerana Anis Najwa sanggup membantunya. Selepas Hariz Iskandar menguruskan keperluan Ameerul untuk keluar dari hospital, mereka menuju ke rumah Hariz Iskandar. Setibanya di sana, kelihatan keluarga Hariz Iskandar sedang menunggu kepulangan cucu kesayangan mereka. Mereka mempelawa Anis Najwa masuk ke rumah untuk menikmati hidangan tengah hari bersama-sama dengan mereka. Mereka berbincang untuk membuat jamuan untuk menyambut kepulangan Ameerul yang baru keluar dari hospital. Hariz Iskandar bersetuju dan memberitahu kepada Anis Najwa. Selepas itu, Anis Najwa meminta dirinya untuk pulang. Hariz Iskandar menghantar Anis Najwa ke rumahnya.


1 ulasan: