Senarai Kawan

Ahad, 15 Mei 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 2


BAB 2
7 Tahun Kemudian….
“Papa…!! papa…!! Jerit Amirul sambil berlari menuju ke arah Hariz. Itulah Ameerul Hakim yang sudah berusia 7 tahun, kesian anak kecil itu tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu sejak ibunya meninggal sewaktu melahirkan Ameerul, kini Ameerul sudah bersekolah dalam darjah 1, nasib baik nenek dan datuknya yang sanggup menjaga dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada cucunya yang seoarang itu. Hariz akan menghantar dan mengambil Ameerul ke sekolah kemudian mama atau papanya akan menghantar dan mengambil di sekolah agama jika Hariz  lewat balik dari kerjanya.
“Awal kamu balik hari ni Hariz” kata Datin Salmah mama kepada Hariz.
“Hari ini Hariz balik awal sikit penat lah hari-hari asyik balik lambat je, kesian dekat Ameerul papanya tidak ada masa bersama dengan anaknya, papa janji hari minggu ni papa bawak Ameerul pergi shooping  ye..” Hariz berkata kepada anaknya yang sedang duduk di sofa dengan neneknya itu. Ameerul yang berasa sangat gembira papanya akan membawanya berjalan pada hari minggu nanti.
“Itulah mama dah suruh kamu cari pengganti isteri untuk anak kamu ni, kamu yang tak nak, Kamu tak kesian kat anak kamu ni ke Hariz.Sampai bila kamu nak membujang macam ni. Yang sudah pergi biarlah pergi, kita yang hidup ni kena teruskan hidup, mama mahu kenalkan kamu dengan Mira anak Dato’ Razali, kamu tak nak pulak.Kamu fikirlah mana yang baik buat kamu.” Datin Salmah merungut kepada Hariz. Mananya Hariz tak suka dekat Mira, kerja modeling perangai “gedik” perempuan macam  tu  ke nak jadi  isteri aku lebih-lebih lagi aku ada Ameerul boleh ke dia jadi  mama kepada anak aku  tu, tak berkenan aku. Hariz merungut di dalam hatinya.
“Ok lah mama, Hariz naik atas dulu nak mandi badan pun dah melekit ni” ujar Hariz kepada Datin Salmah. Hariz melangkah menaiki tangga dan menuju ke biliknya. Datin Salmah yang sedang menonton televisyen terdengar bunyi enjin kereta masuk ke garaj.
“Tu anak bertuah seorang lagi baru balik” rungut Datin Salmah siapa lagi kalau bukan anak keduanya Haikal. Sejak habis belajar dari UK kerjanya enjoy keluar dengan kawan-kawan, selagi hari tak gelap tak nampak bayangnya,bukannya nak tolong Hariz uruskan syarikat milik keluarganya, katanya belum bersedia lagi.
“Haa.. Kamu ni baru balik dari mana? Dari kamu keluar tak tentu pasal macam ni baik kamu tolong abang kamu uruskan syarikat papa kamu tu? Sampai bila kamu nak berenti buat perangai macam  ni?” ujar Datin Salmah kepada Haikal yang baru balik dari mana entah.
“Mama ni hari-hari bising dekat Karl lah. Karl bukannya buat kerja tak senonoh pun, Karl keluar dengan kawan-kawan Karl lah mama..Karl belum bersedia lagi lah mama nak kerja, kan Karl baru je habis study biarlah Karl rehat dulu..” balas Karl kepada Datin Salmah.
“Suka hati kamu lah Karl, mama dah malas nak campur urusan kamu ni..” Datin Salmah membalas kata-kata Karl sambil menaiki tangga menuju ke biliknya.
Selepas Hariz menunaikan solat maghrib, dia turun ke bawah untuk menikmati makan malam.  Di bawah Haikal sedang menonton tv di ruang tamu .
“Karl, bila nak tolong abang uruskan syarikat papa? Ujar Hariz kepada Karl sambil melabuhkan punggungnya ke sofa bersebelahan dengan Haikal.
“Karl belum bersedia lagi lah bang..bagilah Karl masa dulu”  balas Karl pula.
“Sampai bila nak tunggu kamu tu bersedia? Duit belanja kamu tu pun papa yang tanggung selama ni? Kalau kamu tolong abang kamu papa naikkan elaun perbelanjaan kamu? Macam-mana”? ujar Dato Sharuddin yang tiba-tiba muncul dari belakang, terkejut Haikal dan Hariz mendengar suara papanya yang muncul secara tiba-tiba.
“Tengok lah  macam mana papa,  nanti  Karl fikirkan balik”. Balas Karl kepada Dato Sharuddin.
“Dah lah papa jom kita makan , mama dengan Ameerul dah tunggu tu kat meja makan.” Hariz memyampuk perbualan mereka berdua tadi.
“Papa!! Ameerul nak ayam tu boleh? ujarnya kepada Hariz. “Kesian, anak papa lapar ye, sambil tangannya mengambil seketul ayam goreng lalu meletakkan di dalam pinggan makan Ameerul.








1 ulasan:

  1. interesting2..sape hero ni??whoaaa,karl?suke2 nama tuh..ihik..alo,sibuk je medel tuh hawa..

    BalasPadam