Senarai Kawan

Selasa, 17 Mei 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 3


BAB 3
Bunyi bising jam loceng disebelah menganggu tidurnya, lantas dia mencapai jam loceng tersebut lalu mematikan bunyinya. Anis bangun menuju ke bilik mandi mengambil wuduk menunaikan solat subuh.  Hari ini dia akan menemani Kak Long shopping  di SOGO dan Kak Long berjanji akan tanggung perbelanjaannya memandangkan dia tidak bekerja. Selepas bersiap, Anis menuju ke bawah  untuk bersarapan sambil menunggu Kak Long bersiap. Akhirnya, sampailah kami ke destinasi yang kami ingin tujui. Aku melihat ramai orang berpusu-pusu di dalam shopping complex itu, tanpa melengahkan masa Kak Long terus pergi membeli barang yang dia suka, aku cuma memerhatinya sahaja, maklumlah aku bukannya aku duit untuk beli  semua tu.
Setelah penat berjalan di shopping complex itu, tiba-tiba tekak aku merasa haus yang amat sangat, tanpa menghiraukan keasyikan Kak Long bershoping, aku melangkah terus ke kedai-kedai kecil yang berada di luar sana. Aku mengambil air yang di beli dan duduk di meja yang disediakan, tiba-tiba ada seseorang yang melanggar aku dan air yang aku pegang itu tumpang ke baju aku lantas aku pun pun terus memanggil orang itu.
“Ehh..awak dah tumpangkan air ke baju orang boleh pulang buat tak tahu ye, awk ni  pekak ke”!! aku memaki dan  menjerit kepada lelaki itu.
Sorry cik saya tidak sengaja nak langgar awak, saya nak cepat tadi tak sangka air yang awak pegang itu boleh tumpah” jawab lelaki itu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Abis tu tak kan saya nak balik pakai baju yang dah basah dan kotor ini?” aku bertanya kepada lelaki  itu.
“Macam ini lah cik saya akan ganti baju cik  yang terkena air tu” kata lelaki itu.
 “Ok..tapi macam mana?” dengan selamba aku menjawab.
“Cik ikut saya masuk ke dalam shopping complex ini, saya carikan baju untuk cik, sebelum itu saya kenalkan diri saya Hariz sambil menghulurkan tangannya kepada aku lalu aku pun menyambut tangan  dan memperkenalkan diri aku dan mengikut Haris. Aku hanya mengiku belakangnya dan sambil tangannya memilih baju yang sesuai kepada aku. Aku mengambil baju yang pilih Hariz kepada aku dan dengan pantas aku menukar baju di bilik yang disediakan.

Sementara itu, Hariz pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran, lalu telefon aku berbunyi, lantas aku mengangkat dan menekan butang hijau di telefon aku.
Sebelum berlalu, aku mengucapkan terima kasih kepada Hariz kerana menganti baju aku yang terkena air dan sekali lagi Hariz memohon maaf kepada aku di atas perbuatan yang tidak disengajakan tadi, selepas itu aku terus pergi ke Kak Long yang sedang menunggu ketibaan aku di pintu masuk SOGO tadi.
“Anis pergi mana tadi, puas Kak Long cari Anis tahu tak?” soal Kak Long kepada aku. Lantas aku terus menceritakan  kejadian yang menimpa diri aku tadi kepada Kak Long. Kak Long hanya mendengar dengan penuh khusyuk.
“Bila Anis interview, mahu Kak Long  hantarkan Anis tak?” soalnya kepada aku.
“Isnin, jam 10 pagi, tak payahlah Kak Long Anis boleh pergi sendiri lagi pun Salwa sudah tunjukkan tempatnya dekat mana tempatnya, dahlah Kak Long jom kita balik”.  Jawab Anis kepada Kak Long. Sampai di rumah, aku terus membaringkan badan ke katil, aku merasa letih sangat temankan Kak Long shopping, malang betul nasib aku hari ni dah lah baju basah gara-gara Hariz terlanggar aku tadi, nasib baik dia sanggup gantikan baju aku balik kalau tidak terpaksa lah aku pakai baju yang basah dan melekit tadi.
Anis sedang membaringkan badannya sambil membaca majalah tiba-tiba telefonnya berbunyi, pantas dia menekan butang hijau menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.. Anis”? ujar Salwa kawan baiknya.
“Walaikumsalam, ada hal apa kau telefon aku Salwa? ujar Anis kepada Salwa.
“Eh!!..tak kan aku tak boleh telefon kau kot? Macam –mana kau pergi shopping tadi? Beli apa-apa dekat aku tak? ujar Salwa sambil gelak.
“Banyak lah kau punya beli, manalah aku ada duit hendak beli bukan ke aku belum kerja lagi lain lah kau kan dah kerja hari-hari boleh belanja aku makan,  Anis menceritakan kejadian yang berlaku siang tadi kepada kawan karibnya Salwa. Salwa ketawa  sambil mendengar cerita Anis, suka lah kau ketawa kan aku kan.” Balas Anis kepada Salwa.
“Ok lah beb..besok kita jumpa ye dekat tempat biasa aku ada hal nak cerita dekat kau ni, Shafiq pun join kita sekali tau.” beritahu Salwa kepada Anis.
“Ok ..kita jumpa besok, bye..” balas Anis sambil mematikan talian telefonnya.  Jam di dinding menunjukan  1.00 pagi tetapi Anis masih belum tidur. Matanya tidak boleh dipejamkan  kerana masih teringat peristiwa pagi tadi  yang masih bermain di mindanya. Bila di fikirkan balik dia merasa lucu dengan peristiwa tadi nasib baik orang itu sudi menggantikan baju lain kepadanya akhirnya Anis tertidur juga..

1 ulasan: