Senarai Kawan

Ahad, 22 Mei 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 6

BAB 6
Awal Pagi lagi, Anis Najwa sudah bersiap sedia. Usai membersihkan diri dan bersolat subuh, dia terus menyarungkan baju yang sesuai untuk  dipakainya ke pejabat.  Menyolek wajahnya senipis yang mungkin. Berpuas hati dengan wajah yang begitu. Dia berdiri dan membetulkan baju. Mencapai tas tangan. Pintu bilik diketuk perlahan. Tombol pintu dipulas. Terjengul wajah ibu kesayangan. Puan Hajah Kalsom melabuhkan punggung di atas katil Anis Najwa sambil melemparkan senyuman kepada Anis Najwa. Anis Najwa mengalihkan tubuh menghadap Puan Hajah Kalsom.
“Anis dan siap ke? Jomlah kita turun sarapan,” ajak Puan Hajah Kalsom lembut. Dia berdiri dan mencapai tas tangan serta fail yang diperlukan oleh pihak atasan untuk menyimpan rekodnya sebagai pekerja. Anis Najwa keluar dari bilik dan menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Kelihatan kedua-dua ibu bapanya serta adiknya Umairah dan Ikmal sedang enak menjamu sarapan. Puan Hajah Kalsom tersenyum.
“Marilah sarapan dulu Anis,” ujar  Tuan Haji Karim. Anis Najwa melangkah ke arah mereka bertiga di ruang makan setelah meletakkan tas tangan dan fail di atas kerusi dekat pintu utama. Umairah menghulukan sepinggan bihun goring. Dituang Nescafe yang masih berasap ke dalam cawan.  Dihulurkan kepada kakaknya Anis Najwa. Begitu berselera Anis Najwa menjamu makanan yang terhidang.
“Anis nak kena masuk office pukul berapa?”  Puan Hajah Kalsom bertanya kepada Anis Najwa.
“Pukul Sembilan ibu,” ujar Anis Najwa.
Puan Hajah Kalsom menjenguk kearah jam di dinding yang terletak di sudut rumah, Empat puluh lima minit lagi ke arah Sembilan.
“Hmmm… pergilah cepat. Nanti lambat pulak.  Kamu nak redah jam lagi.” Anis Najwa mengangguk selepas mendengar kata-kata Puan Hajah Kalsom.
Anis Najwa tunduk menyalami kedua-dua ibu bapanya dan kedua adiknyaUmairah dan Ikmal. Dia segera menuju ke rak kasut. Mengambil kasut tumit tinggi yang sedondon dengan rona baju yang dipakai. Memicit butang alarm kereta. Diletakkan tas tangan dan fail yang dibawanya ke kerusi penumpang sebelah. Dia masuk ke dalam kereta. Dihidupkan enjin kereta Myvi Limited Edition kesayangannya yang berwarna pink itu. Kereta itu terus menderum pergi membelah kawasan perumahan yang agak sunyi dan lengang.
Linda sudah tiba di pejabat awal pagi lagi. Selepas menerima panggilan telefon daripada Encik Hariz Iskandar. Encik Hariz iskandar mengarahkan Linda tiba di pejabat sebelum pukul Sembilan. Memandangkan  Encik Haikal adik kepada Encik Hariz Iskandar juga akan memulakan  kerjanya hari ini.
“Awal Cik Anis Najwa datang?” ujar Linda dan berjalan kearah Anis Najwa.
“Encik Hariz Iskandar memang suruh saya datang pukul Sembilan.” Jawab Anis Najwa seraya tersenyum.  Linda membalas senyuman itu.
“Mari saya bawa Cik Anis Najwa ke bilik Encik Hariz Iskandar, dia memang tengah tunggu kedatangan Cik Anis Najwa.” kata Linda.
Pintu pejabat Encik Hariz Iskandar diketuk.  Arahan masuk di berikan. Mereka menuju ke meja Encik Hariz Iskandar.
“Silakan duduk,” pelawa Encik Hariz Iskandar. Anis Najwa melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Linda menyerahkan kontrak kepada Encik Hariz Iskandar dan terus melangkah keluar dari bilik itu.
“Ini kontaknya, Cik Anis Najwa bacalah dulu sebelum sign”. Ujar Encik Hariz Iskandar kepada Anis Najwa sambil menunggu Anis Najwa selesai membaca kontrak tersebut.
“Cik Anis Najwa dah abis baca? tanya Encik Hariz Iskandar apabila dilihatnya Anis Najwa sudah menutup kontrak tersebut. 
“Dah,” jawab Anis Najwa perlahan.
“Jadi, macam mana? Cik Anis Najwa setuju? tanya Encik Hariz Iskandar.
“Saya setuju.” Anis Najwa menjawab lagi.
“Bolehlah awak sign contract.” Encik Hariz Iskandar menarik fail itu dan membuka di muka surat yang harus ditandatangani. Dilihatnya Anis Najwa menandatangani kontrak tersebut.  Dia mengambil kontrak itu lantas berdiri dan membawa kontrak itu bersama menuju pintu. Di luar dia memanggil Linda. Kelihatan Linda sedang berbual dengan seseorang.
“Linda, sebelum awak pindah menjadi PA Dato’ Sharuddin, saya mahu awak ajarkan Anis Najwa kerja yang awak buat semasa menjadi PA saya.” Ujar Encik Hariz Iskandar kepada Linda. Linda hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Anis Najwa membuntuti Linda sehingga menuju ke mejanya.  Di tekannya suis untuk menghidupkan suis komputer di mejanya. Lelaki itu memandangnya dan berlalu menuju ke bilik Encik Hariz Iskandar.
“Oh..itu Encik Haikal adik kepada Encik Hariz Iskandar, dia pun akan mulakan kerjanya hari ni jugak.” terang Linda kepadanya.
 “Hari ini saya akan terang dan ajarkan kerja-kerja yang harus awak buat apabila menjadi PA kepada Encik Hariz Iskandar. Setiap pagi awak kena buatkan air Nescafe dan letakkan di meja Encik Hariz Iskandar. Awak kena aturkan semua appoiment Encik Hariz Iskandar di dalam buku yang saya sudah sediakan, tetapi sebelum itu awak kena bertanya kepadanya samada dia terima atau pun tidak”. Terang Linda lagi. Anis Najwa hanya menganggukkan kepadanya sambil mencatit maklumat di bukunya.
“Hari ni Karl dah boleh mulakan kerja kan, abang akan bagi Karl uruskan projek tapak pembinaan kita di Melaka tu. Nanti Abang Riz akan mintak Shahrul serahkan fail yang berkaitan dengan projek tu. Abang akan mintak Linda tunjukkan bilik Karl.” Ujar Hariz Iskandar dengan panjangnya. Hariz Iskandar  keluar dan menuju ke meja Linda.
“Linda, awak tunjukkan bilik Encik Haikal. Ujar Hariz Iskandar kepadanya, Linda menganggukkan kepalanya dan meminta Encik Haikal mengikutnya.
“Anis, saya nak awak taipkan surat  yang saya dah drafkan ni. Saya nak awak siapkan sebelum keluar lunch nanti. Kalau awak tak tahu macam mana nak buat nanti mintak Linda tunjukkan dekat awak.” Anis Najwa hanya menganggukkan kepalanya dan pantas tangannya mengambil kertas di tangan Hariz Iskandar.
Anis Najwa duduk dan segera menyiapkan kerja yang diberikan kepadanya sebentar tadi.  Beberapa jam kemudian, akhirnya selesai jugak surat yang dikehendaki. Anis Najwa terus mencetak surat tersebut dan melangkah menuju ke pintu bilik Encik Hariz Iskandar.
“Tok..!! Tok..!! pintu bilik di ketuk. Arahan masuk diberikan. Anis Najwa segera memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik Encik Hariz Iskandar.  Segera dia menyerahkan surat tersebut kepada Encik Hariz Iskandar.
“Encik Hariz, ni surat yang Encik Hariz suruh saya taipkan.” Ujar Anis Najwa sambil menyerahkan surat tersebut kepada Encik Hariz Iskandar. Encik Hariz Iskandar menyambutnya dan terus membaca surat tersebut.
“Okey, tak ada perkataan yang salah, terima kasih.” Ujar Encik Hariz Iskandar kepada Anis Najwa sambil senyum. Anis Najwa  membalas senyuman dan menuju ke pintu keluar dan menuju ke mejanya semula. Tiba-tiba, telefon dimejanya berbunyi. Anis Najwa mengangkat ganggang telefon tersebut.
“Hello.” Ujar Anis Najwa  kepada pemanggil tadi.
“Anis, ni aku lah Salwa, kau sibuk ke sampai tak keluar pergi lunch?. Ujar Salwa di talian.
“La...Dah waktu lunch ke? Aku pun tak sedar lah Wa, tadi sibuk sangat Encik Hariz mintak taipkan surat dia nak sebelum lunch tadi,  tu yang aku tak sedar dah waktu lunch ni.” Balas Anis Najwa.
“Okey, aku tunggu kau dekat lobi tau sekarang.” Ujar Salwa lagi.
“Baiklah Cik Salwa, aku turun sekarang.”. Anis Najwa terus meletakkan gangga telefon dan terus mengambil tas tangan dan menuju ke lif. Mereka berlalu dan menuju ke pintu keluar bangunan tersebut.  Sampai di kedai tersebut mereka memesan makanan.
“Macam mana kerja hari ni Anis.” soal Salwa yang tidak sabar.
“Bolehlah..” Jawab Anis Najwa  perlahan.
“Encik Hariz Iskandar tu dia serius sikit kalau bab kerja, kau jangan ambik hati sangat Anis, lagi satu aku nak beri tahu dekat kau yang Encik Hariz tu duda anak sorang tau. Kesian, isterinya meninggal semasa melahirkan anaknya. Kalau tak silap aku pendarahan yang banyak kot.” Soal Salwa dengan panjang lebarnya. Anis Najwa hanya mendengar sahaja cerita yang keluar dari mulut kawan baiknya itu.
“Oh ya.. kalau tak silap aku hari ni Encik Haikal adiknya Encik Hariz pun mula kerja jugak kan. Kau dah jumpa dia ke Anis.” Ujar Salwa lagi.
“Pagi tadi masa aku lapor diri aku ada terserempak dengan dia berbual dengan Linda, tapi aku tak sempat bertegur dengan dia.” balas Anis Najwa. Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan sampai ke meja mereka. Mereka makan dengan seleranya. Selepas habis makan dan membayar bil makanan  tadi mereka menuju ke pejabat semula.
Anis Najwa kembali ke mejanya semula. Kelihatan Encik Hariz Iskandar tergesa-gesa keluar dari pintu biliknya menuju ke meja Anis Najwa.
“Anis, saya keluar sebentar mahu mengambil anak saya di sekolah.” Kalau ada apa-apa awak telefon handphone saya. “ Beritahu Encik Hariz Iskandar kepada Anis Najwa selaku PA  barunya itu. Anis Najwa menganggukkan kepalanya tanda faham. Di pejabat kelihatan Encik Haikal dibiliknya.

Keesokkan paginya, Anis memulakan kerja seperti biasa memandangkan Linda sudah berpindah ke tingkat lain menjadi PA kepada Dato’ Sharuddin. Anis Najwa memulakan langkahnya menuju ke pantry untuk menyediakan air Nescafe kepada Encik Hariz Iskandar seperti yang diberitahu oleh Linda kepadanya.
“Harap-harap Encik Hariz Iskandar suka dengan air Nescafe yang aku buatkan ni”. Ujar Anis Najwa sendiri. Anis Najwa melangkah menuju ke pintu bilik Encik Hariz Iskandar dan meletakkan mug yang berisi air itu ke mejanya.  Dia mengemas fail-fail yang ada di meja itu. Setelah selesai, dia keluar dari bilik itu dan terus menuju ke mejanya semula. Tidak lama kemudian, Encik Hariz Iskandar tiba di pejabat dan terus masuk ke biliknya. Briefcase diletakkan di atas mejanya, kemudian dia mencapai mug yang berisi air dan meneguk air yang disediakan. Tidak lama kemudian, interkom di meja Anis  Najwa berkelip lantas Anis Najwa menjawab.
“Anis masuk bilik saya sekarang.” ujar Encik Hariz Najwa sambil meletakkan ganggang telefon. Dengan pantas, Anis Najwa bangun dari tempat duduknya dan segera menuju ke pintu bilik Encik Hariz Iskandar.
“Tok..!! Tok...!! arahan masuk diberikan. Anis Najwa memulas tombol dan masuk kedalam bilik Encik Hariz Iskandar.
“Awak ke yang buatkan air Nescafe untuk saya.” Ujar Encik Hariz Iskandar  kepada Anis Najwa.
“Ya, jawab Anis Nawa ringkas sambil menganggukkan kepalanya.
“Sedap, pandai awak buat air. Hari ni apa agenda saya.” Jawab Encik Hariz Iskandar kepada Anis Najwa.  Anis Najwa segera menbuka diari dan memberitahu kepada Encik Hariz Iskandar.
“Hari ini Encik Hariz ada mesyuarat dengan Dato’ Razali pukul sebelas pagi mengenai projek dekat Melaka. Oh..ya Encik Hariz, tadi Linda ada beritahu saya Dato’ Sharuddin mintak Encik Hariz aturkan tarikh dan masa untuk meeting dengan ahli lembaga pengarah.” Terang Anis Najwa dengan panjang lebarnya.
“Baiklah, nanti saya akan bagi tarikh dan masa yang sesuai untuk meeting itu.” Balas Encik Hariz Iskandar semula. Anis Najwa keluar dari bilik itu dan menuju ke meja dan meneruskan kerjanya. Tiba-tiba muncul seorang wanita di depan meja Anis Najwa.
“I mahu berjumpa dengan Encik Hariz Iskandar? Jawab wanita itu.
“Boleh saya tahu nama cik? Balas Anis Najwa  pula.
“Beritahu padanya Amira Dato’ Razali”.  Ujar wanita itu yang dikenali sebagai Amira, belum sempat Anis menekan butang interkom,  Encik Hariz Iskandar keluar dan berdiri di depan pintu biliknya dan terus memandang wanita yang berada di hadapannya.
“Hi Sayang...” ujar Amira kepada Hariz Iskandar lantas terus melulu ke arah Hariz Iskandar dan terus melinggarkan tangannya ke pinggang Hariz Iskandar namum di tepis oleh Hariz Iskandar.
“Kenapa dengan you  ni Mira, buat apa you datang ke pejabat I”. ujar Hariz Iskandar kepada Amira.
“La...You dah lupa ke, bukan ke daddy I ada meeting petang ni dengan you dan papa you sekali.” Balas Amira yang kelihatan marah dengan layanan Hariz Iskandar kepadanya.
“Oh, I terlupa, mana daddy you”. jawab Hariz Iskandar  ringkas.
“Tadi dia jumpa dengan papa you sekejap katanya ada hal yang mahu dibincangkan, itu pun mereka”. balas  Amira sambil menunjukkan tangannya ke arah daddy nya yang baru muncul bersama-sama dengan Dato’ Sharuddin.  Mereka terus melangkah menuju ke arah bilik meeting.
Sudah hampir dua jam setengah mereka berada didalam bilik meeting tersebut. Anis Najwa mengeluh perlahan-lahan.  

Tidak lama kemudian, muncul seorang budak lelaki bersama dengan Encik Haikal. Telefon ditangannya berbunyi lantas dia menjawab panggilan tersebut terus dia menuju ke biliknya dan meninggalkan budak lelaki itu. Anis Najwa mengaturkan langkah menuju ke arah budak lelaki itu.  Kemudian Anis Najwa pun bertanya kepada budak lelaki tersebut.
“Siapa nama adik, dan adik tunggu siapa”. Soal Anis Najwa kepada budak lelaki itu.
“Ameerul Hakim Bin Hariz Iskandar, Meerul tengah tunggu papa. Tadi Pak Ngah Karl ambik Meerul dekat sekolah, lepas itu terus dia bawak Meerul dekat pejabat papa.” Balas budak lelaki itu dengan panjang lebarnya.  Anis Najwa terkejut dan terus mendiamkan diri.
“Auntie,  tak  apa-apa ke? Siapa nama Auntie pula.” Tanya Ameerul kepada Anis Najwa.
“Auntie okey,  panggil Auntie Anis,” ujar Anis Najwa perlahan.
“Meerul haus tak? Auntie ambikkan Meerul air kat pantry, Meerul tunggu dekat sini tau, jangan pergi mana-mana. Ameerul hanya menganggukkan kepalanya. Anis Najwa terus menuju ke pantry, membuka peti ais yang tersedia di situ, lantas dia mencapai gelas dan terus menuang air oren ke d idalam gelas tersebut, dan segera terus menuju ke arah Ameerul yang sedang duduk di mejanya. Anis Najwa memberi gelas tersebut kepada Ameerul dan Ameerul terus meneguk air itu dengan sehingga habis.

Kedengaran pintu bilik meeting terbuka, terpancul muka Encik Hariz Iskandar di depan pintu tersebut.  Ameerul yang berada di situ terus berlari melulu menuju ke arah papa nya.
“Papa.. kenapa lambat sangat,  Meerul dah lama tunngu papa tau, tadi Pak Ngah Karl yang ambik Meerul dekat sekolah, lepas itu Pak Ngah Karl tinggalkan Meerul dekat sini, nasib baik Auntie Anis temankan Meerul tadi, papa kata nak belanja Meerul makan KFC kan. Jomlah Meerul dah lapar ni.” Ujar Ameerul kepada papa nya. Encik Hariz Iskandar hanya mendengar luahan hati anaknya itu. Kesian dekat Ameerul sanggup kelaparan tunggu papa nya habis meeting... bisik hati Anis Najwa.
“Papa, Riz  keluar dulu nak bawak Meerul pergi makan sekejap. Beritahu Hariz Iskandar  kepada papanya Dato’ Sharuddin.  Dato’ Sharuddin hanya menganggukkan kepalanya.
“Papa ajaklah Auntie Anis sekali, kesian dia tau dari tadi dia belum makan lagi sebab temankan Meerul tadi.” Ujar Ameerul kepada papanya. Hariz Iskandar hanya memandang Anis Najwa yang kelihatan terkejut dengan pertanyaan Ameerul sebentar tadi. Lalu Hariz Najwa menuju ke meja Anis Najwa dan berdiri dihadapannya.
“Anis, jom temankan saya dan Meerul pergi makan tengah hari, saya tahu mesti awak pun sudah lapar sangat sebab tunggu saya habis meetingkan, anggap lah ni sebagai tanda terima kasih saya kepada awak sebab tolong jagakan Meerul tadi” soal Encik Hariz Iskandar  kepada  Anis Najwa.
“Baiklah Encik Hariz, saya temankan Encik Hariz dan Meerul makan.” balas Anis Najwa sambil melemparkan senyuman kepadanya. Kelihatan sepasang mata sedang memerhatikan tingkah lakunya. Ameerul menghulurkan tangannya dan meminta Anis menyambutnya, dia berasa gembira sekali seperti keluar dengan papa dan mama nya. Ameerul dan Anis Najwa menunggu di lobi sementara menunggu Encik Hariz Iskandar mengambil keretanya. Kereta Encik Hariz Iskandar berhenti di hadapan lobi tersebut lantas Ameerul dan Anis Najwa melabuhkan punggungnya ke dalam perut kereta itu.  
“Selamat datang!  Makan kat sini atau bawa balik?” soal pekerja di kaunter jualan.
“Makan kat sini!” jawab Ameerul riang.
Pekerja itu menjengukkan kepalanya melihat Ameerul yang terlindung di sebalik kaunter sambil tersenyum. Hariz Iskandar dan Anis Najwa turut tersenyum dengan kelatah Ameerul. Selesai membuat tempahan dan bayaran, Hariz Iskandar meminta Anis Najwa dan Ameerul menunggunya di meja sementara dia menunggu pesanan. Pantas Anis Najwa dan Ameerul mencari meja yang kosong.
Setelah makanan yang dipesan siap, Hariz Iskandar membawa dulang berisi makanan itu mencari Anis Najwa dan Ameerul. Setelah dia memerhati hampir segenap ruang, barulah dia nampak kedudukan Anis Najwa dan Ameerul.  Lalu dia terus mengaturkan langkah menuju ke meja itu. Hariz Iskandar terus menyuakan ayam goreng ke pinggan Ameerul dan Anis Najwa . Mereka terus menikmati makanan tengah hari itu.
“Lepas ni, saya tidak ada apa-apa appoimentkan Anis.” ujar Hariz Iskandar  kepada Anis Najwa.
“Haah…” jawab Anis Najwa  ringkas terus menikmati hidangannya.
“Kalau macam itu, selepas ni saya hantar awak ke pejabat dan saya terus balik ke rumah.” Soal Hariz Iskandar  lagi. Anis Najwa sekadar menanggukkan kepalanya.

Setelah menghabiskan  kesemua makanannya, mereka bangun dan terus meninggalkan restoran tadi. Hariz Iskandar memberhentikan keretanya didepan pintu masuk dan segera Anis Najwa keluar dari perut kereta tersebut.
“Terima kasih Encik Hariz sebab belanja saya makan tadi.” Ujar Anis Najwa kepada Encik Hariz Iskandar sambil melemparkan senyumannya.
“Sama-sama”. Jawab  Hariz Iskandar ringkas sambil membalas senyumannya. Anis Najwa terus menuju ke lif dan menekan butang , sampai di tingkat 12 dia menuju kemejanya dan menyambung kerjanya semula.

1 ulasan:

  1. wahh,panjang btl hawa..best2..hawa,klu nak ramai org follow cite awe n blog awe ni,awe masuk kt http://tinta-indah.blogspot.com/
    awe leh link kan blog awe kt semua..

    BalasPadam