Senarai Kawan

Jumaat, 3 Jun 2011

Mencari Sinar Bahagia-Bab 2


BAB 2
            Mia Zara merebahkan dirinya di katil setelah penat seharian bekerja.  Kini dia tinggal bersama Sofia. Sejak dia menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur, Sofia lah yang banyak membantunya. Sofia juga tahu peristiwa yang berlaku pada dirinya tiga tahun lalu. Mia Zara rindukan ibu bapanya di kampung, bagaimana dengan keadaan keluargannya setelah di meninggalkan kampungnya tiga tahun lalu. Pasti keluarganya masih mencarinya. Mia Zara takut untuk bersemuka dengan keluarnya dan menceritakan peristiwa yang menimpa dirinya dulu.
            Usai saja membersihkan diri dan bersolat, Aeril Zafrel membaringkan dirinya di katil. Dia resah di dalam biliknya, mamanya tidak habis menyuruhnya berkahwin. Pening kepalanya memikirkan masalah ini. Dia mesti mencari jalan penyelesaian supaya mamanya tidak mendesaknya berkahwin dengan pilihan mamanya itu. Pada siapa yang harus meluahkan masalah yang melanda dirinya ketika ini.
            Datin Nora termenung di tepi katilnya memikirkan rancangannya untuk menjodohkan Aeril Zafrel dengan anak kenalannya Julia Hana sambil tersenyum sendirian. Datin Nora tidak sedar tindakannya itu sedang diperhatikan oleh suaminya sendiri.
            “Nora yang awak tersenyum sorang ni kenapa?” Soal Datuk Khalid. Datin Nora yang tersedar dari lamunannya terkejut dengan sapaan dari suaminya itu.
            “Abang ni terkejut saya tau” jawab Datin Nora sambil mengurutkan dadanya.
            “Apa yang awak termenungkan tu sampai saya panggil awak pun tak sedar.”
            “Tak lah, saya tengah rancang mahu menjodohkan Zafrel dengan Julia Hana anak Datin Safura. Orangnya memang sesuai kalau digandingkan dengan Zafrel” terang Datin Nora kepada suaminya itu.
            “Apalah awak ni, kesian saya tengok Zafrel tu, biarlah dia cari calon pilihannya sendiri, yang awak nak ambil kisah sangat kenapa.”
            “Abang, ni untuk masa depan Zafrel juga, tengoklah umurnya dah berapa bang... malu saya dengan kawan-kawan saya tu. Mereka asyik bertanya saja bila Zafrel tu nak berumah tangga.”
            “Zafrel tu dah besar pandai-pandailah dia aturkan hidupnya sendiri. Kita doakan saja semoga dia bertemu jodoh yang sesuai dengan dirinya suatu hari nanti. Awak ni pentingkan diri sendiri saja, tak fikirkan perasaan Zafrel tu. Emm… saya dah malas nak layan rancangan awak ni. Suka hati awak lah, saya kesiankan kat Zafrel saja. Sudahlah abang nak tidur lagi pun dah jauh malam ni.” Datuk Khalid sudah tidak tahu bagaimana untuk menasihati isteri lagi. Puas dia memujuk supaya isterinya tidak meneruskan rancangannya untuk menjodohkan Zafrel dengan Julia Hana anak kenalan isterinya itu. Dia kesian melihat keadaan Zafrel, tentu Zafrel tidak bersetuju dengan pilihan mamanya itu. Datuk Khalid mengeluh sendirian.
            Aeril Zafrel sudah bersiap untuk pergi ke pejabat, dia mengaturkan langkahnya menuju ke meja makan. Kelihatan mama dan papanya sudah berada di meja makan sedang menikmati bersarapan pagi. Terus saja Aeril Zafrel menarik kerusi dan duduk disebelah adik perempuannya yang bernama Aina.
             “Zafrel mama cadang hari minggu ni mama nak buat makan-makan sikitlah, lagi pun mama nak jemput Julia Hana sekali. Mama harap Zafrel tak pergi ke mana-mana hari itu.” beritahu Datin Nora yang kelihatan gembira. Dia tidak sabar untuk mengenalkan Julia Hana dengan Zafrel nanti.
            “Tengoklah nanti macam-mana mama Zafrel tak janji. Okeylah mama, Zafrel dah lambat ni nak pergi office.” Aeril Zafrel terus bangun dari tempat duduknya dan menghulurkan tangan bersalam dengan mama dan papanya itu. Datuk Khalid perasan riak muka Zafrel yang kelihatan tidak suka dengan rancangan isterinya itu.
            Tiba saja dipejabat, Aeril Zafrel melabuhkan punggung di kerusinya. Pening kepalanya apabila memikirkan masalah yang sedang melanda dirinya itu lebih-lebih lagi apabila mamanya hendak mengaturkan perjumpaannya dengan Julia Hana. Alasan apa lagi yang harus dia beritahu kepada mamanya itu lagi. Fikiran Aeril Zafrel terganggu seketika. Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk, lantas Aeril Zafrel terus tersedar dari lamunannya. Terpancul Mia Zara yang sedang berdiri di hadapannya itu.  Aeril Zafrel terus merenung tajam memandang Mia Zara yang berdiri mengadapnya, kecut perut Mia Zara dengan renungan tajam oleh Aeril Zafrel itu. Tiba-tiba saja Aeril Zafrel mendapat satu idea sambil tersenyum. ‘Tadi bukan main pandang macam nak telan aku je, ni tersenyum pulak. Pelik pulak dengan perangai bos aku ni…’ bisik hati Mia Zara. Terus Aeril Zafrel meminta Mia Zara duduk dikerusi yang telah tersedia didalam biliknya itu.
             “Mia, saya nak minta tolong sikit pada awak?” soal Aeril Zafrel kepada Mia Zara. Mia Zara terkejut dengan apa yang diberitahu oleh bosnya itu.
            “Tolong apa Encik Iqbal?” jawab Mia Zara semula.
            “Saya mahu awak berlakon jadi teman wanita saya.”
            “Apa?” Mia Zara terkejut mendengar jawapan yang terkeluar dari mulut bosnya itu, terus dia bangun dari kerusi tetapi langkahnya di halang oleh Aeril Zafrel.
            “Saya minta tolong pada awak sangat-sangat. Saya dah tak tahu nak minta tolong pada sesiapa lagi. Saya merayu sangat pada awak” Rayu Aeril Zafrel kepada Mia Zara.
            “Tapi kenapa saya? Encik Zafrel boleh minta tolong pada kawan-kawan Encik Zafrel yang lain” ucap Mia Zara lagi. Dia tidak tahu haruskah dia menerima permintaan Aeril Zafrel itu.
            “Tak boleh! Saya tak mahu orang lain tahu pasal hal selain awak. Awak seorang saja yang boleh bantu saya Mia.” Rayu Aeril Zafrel lagi. Mia Zara gelisah mendengar rayuan daripada bosnya itu.
            “Okey saya terima. Tapi Encik Zafrel mahu saya buat apa?” Terkejut Aeril Zafrel apabila Mia Zara bersetuju dengan rancangannya itu. Dia bersyukur kerana Mia Zara sanggup menolongnya. Sekarang ini dia harus mengatur rancangannya supaya mamanya tidak mengesyaki apa-apa. Tanpa berlengah lagi, Aeril Zafrel terus menceritakan masalah yang melanda dirinya ketika itu.      
            “Mama saya mahu jodohkan saya dengan Julia Hana, tapi saya tak suka dengan dia tu. Minggu depan mama nak buat perjumpaan saya dengan Julia Hana. Saya tak mahu Mia. Saya minta awak berlakon jadi teman wanita saya. Saya sanggup bayar berapa saja yang awak mahu, asalkan awak setuju” luah Aeril Zafrel kepada Mia Zara. Mia Zara kesian dengan rayuan daripada bosnya itu. Mia Zara mendengar dengan penuh khuyuk. Tidak di sangkanya Datin Nora berniat menjodohkan anaknya dengan Julia Hana.
            “Kalau macam itu saya setuju, tapi saya tak minta Encik Zafrel bayar saya. Saya tolong Encik Zafrel ikhlas tapi bukan sebab duit” beritahu Mia Zara tegas kepada Aeril Zafrel. Dia tidak mahu Aeril Zafrel menganggap niatnya untuk membantu bosnya itu sebab duit. Mia Zara bukan orang yang begitu. Dia ikhlas untuk membantu bosnya itu.
            Aeril Zafrel terus gembira apabila Mia Zara bersetuju membantunya. Aeril Zafrel terus menceritakan kepada Mia Zara tentang rancangannya dan apa yang harus dia lakukan supaya apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Aeril Zafrel merasa begitu lega sekali akhirnya masalahnya selesai dan dia tidak perlu berjumpa dengan Julia Hana lagi. Dia tidak sabar melihat reaksi mama dan Julia Hana nanti. 
            Selepas habis berbincang dengan Aeril Zafrel, Mia Zara terus kembali ke mejanya semula. Mia Zara termenung memikirkan perbincangannya dengan Aeril Zafrel sebentar tadi. Lamunannya terhenti apabila kedengan interkom di mejanya berbunyi lantas dia terus menjawab panggilan itu.
            “Mia, saya sudah luluskan cuti awak dalam minggu ini, esok saya ambil awak di rumah jam 10.00 pagi, ada banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan supaya rancangan kita berjaya” beritahu Iqbal ditalian. Esok rancangan yang diaturkan oleh Aeril Zafrel akan bermula.
            “Baik Encik Zafrel” jawab Mia Zara ringkas dan terus mematikan talian.
           


Tiada ulasan:

Catat Ulasan