Senarai Kawan

Rabu, 6 Julai 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 8


BAB 8
Pagi itu, Anis Najwa bangun seperti biasa. Selesai membersihkan diri dan solat, Anis Najwa menuruni tangga menuju ke dapur, dia ingin memasak sedikit bubur dan membawanya apabila melawat Haikal di hospital nanti.  Sambil menunggu beras itu masak, dia membuka peti ais dan mengeluarkan sedikit ayam untuk dijadikan rencah di dalam bubur nanti.  Tiba-tiba kedengaran suaranya ibunya memanggil. Anis Najwa  terus memalingkan pandangannya ke arah ibunya.
“Apa yang Anis buat pagi-pagi ni dekat dapur.” Soal Puan Hajah Kalsom kepada Anis Najwa. Lantas Anis Najwa pun menjawab.
“Anis nak masak bubur sikit lah ibu, kejap lagi nak melawat Encik Haikal dekat hospital jadi Anis nak bawak sikit bagi dekat dia”. Jawab Anis Najwa tenang. Ibunya menganggukkan kepalanya.
“Oh. .ibu ingatkan Anis buat apa tadi,  nak ibu tolong tak?”  Jawab ibunya lagi.
“Tak apalah ibu, Anis boleh buat sendiri, lagi pun bukannya susah sangat nak masak bubur ni.” balas Anis Najwa semula kepada ibunya. Ibunya mengangguk lalu terus melangkah keluar dari dapur itu.  Setelah selesai memasak bubur, Anis Najwa terus memasukkan  ke dalam bekas yang telah disediakan, dan Anis Najwa  terus menaiki tangga menuju ke biliknya untuk bersiap.
Selesai bersiap, Anis Najwa keluar dari biliknya dan turun ke bawah.
“Ibu, Anis pergi dulu ya..” ujar Anis Najwa kepada ibunya. Anis Najwa tunduk menyalami ibunya sambil tangannya mengambil bekas yang berisi bubur tadi. Dia menghidupkan enjin kereta Myvi Limited Edition kesayangannya, beberapa minit memanaskan enjin, kereta itu terus menderum pergi meninggalkan kawasan perumahannya.

Tiba di kawasan hospital, Anis Najwa meletakkan keretanya di tempat parking yang disediakan oleh pihak hospital, dia keluar dari keretanya dan menuju kearah pintu masuk hospital. Sampai di depan bilik wad Haikal, dia terus mengetuk pintu bilik itu. Kedengaran suara memanggilnya masuk, dan Anis Najwa terus memulas tombol pintu itu. Melihat Haikal yang tersengih kepadanya. Anis Najwa terus menuju ke arah katil Haikal.
“Assalamualaikum Haikal.” Ujar Anis Najwa kepada Haikal sambil melemparkan senyuman. Haikal terus menjawab.
“Waalaikumsalam Anis, awalnya awak sampai, ada bawak bubur untuk saya tak.” Balas Haikal sambil tersengih memandang Anis Najwa.
“Ada.” Jawab Anis Najwa ringkas sambil tangannya menunjukkan bungkusan bekas yang berisi bubur itu kepada Haikal. Anis Najwa membuka bekas itu, dan menyeduknya ke dalam  mangguk dan terus menyerahkan bekas itu kepada Haikal. Haikal mengambilnya dan terus menyuap masuk ke dalam mulutnya.
“Emm.. sedapnya, dah lama saya tak makan bubur tau Anis, awak yang buat ke.” Tanya Haikal kepada Anis Najwa.
“Ye lah..Saya yang buat. Kalau sedap awak makan banyak-banyak sikit nanti lekas sihat lepas tu boleh keluar hospital.” balas Anis Najwa semula sambil ketawa, Haikal turut terhibur dengan Anis Najwa, sedang mereka berdua ketawa, kedengaran tombol pintu bilik dipulas, mereka terus memalingkan muka ke arah pintu itu, muncul Hariz Iskandar  dan Ameerul.
“Wah.. happy nampak.” Tanya Hariz Iskandar  kepada Haikal.  Ameerul yang berada di situ terus berlari menuju ke arah Anis Najwa dan memeluknya.
“Meerul, rindu dekat Auntie Anis tau.” Ujar anak kecil itu kepada Anis Najwa. Anis Najwa turut membalas pelukan Ameerul dan teru  mendukungnya.
“Nampaknya, tak lama lagi Karl boleh keluar hospital lah, sebab ada orang yang jaga dia.” Soal Hariz Iskandar kepada Haikal sambil memandang ke arah Anis Najwa yang sedang mendukung Ameerul. Anis Najwa diam dan hanya memdengar  sahaja.
“Abang Riz, papa, mama dan Farah tak datang ke?” Tanya Haikal yang sedang memerhati sekeliling manalah tahu mereka ada di belakang abangnya.
“Sekejap lagi dorang sampai lah tu.” Jawab Hariz Iskandar. Tidak lama kemudian, muncul lah kelibat papa, mama dan adiknya Farah Adiba. Mereka terus menuju ke  arah Haikal yang berada di atas katilnya dan Haikal terus menghulukan tangan untuk bersalam dengan  papa dan mamanya. Anis Najwa yang berada di situ turut menghulurkan salam kepada Dato’ Sharuddin, Datin Salmah dan Farah Adibah. Mereka menyambutnya dengan mesra sambil melemparkan senyuman. Hariz Iskandar, Haikal dan Ameerul hanya memerhati gelagat Anis Najwa.
“Patutlah papa tengok Karl macam dah sihat je, rupa-rupanya ada orang jaga dan masakkan bubur untuknya.” Sindir Dato’ Sharuddin kepada Haikal. Haikal hanya tersengih sambil memandang ke arah Anis Najwa. Anis Najwa tersipu menahan malu. Tidak lama kemudian, Anis Najwa pun mengundurkan kan diri untuk pulang. Setelah bersalaman dengan Dato’ Sharuddin, Datin Salmah,  Farah Adibah dan Ameerul, Anis Najwa terus mengaturkan langkah menuju ke pintu keluar.
“Papa, Riz keluar dulu lah, lagipun Riz dah janji nak bawak Meerul jalan-jalan kejap.” Ujar Hariz Iskandar kepada papanya sambil memimpin tangan Ameerul dan membawanya keluar. Dato’ Sharuddin hanya menganggukkan kepalanya melihat tingkah laku anak dan cucunya itu.
“Anis, tunggu kejap.” Laung Hariz Iskandar kepada Anis Najwa, segera Anis Najwa mematikan langkahnya dan memalingkan tubuhnya ke belakang. Hariz Iskandar dan Ameerul berlari menuju ke arah Anis Najwa.
“Ada apa Encik Hariz panggil saya tadi.” tanya Anis Najwa kepada Hariz Iskandar.
“Saya nak ajak awak temankan saya dan Meerul pergi akuarium. Meerul ni teringin sangat nak pergi situ.” Balas Hariz Iskandar semula.
“Haah..Auntie Anis, jomlah temankan Meerul dengan papa pergi situ, lagi pun kawan Meerul kata tempat itu best ada banyak ikan warna-warni, penguin, ikan jerung besar dan banyak lagi tau.” cerita Ameerul dengan kepada Anis Najwa. Hariz Iskandar hanya mendengar cerita anaknya itu sambil menggarukan kepalanya.
“Okey!, jawab Anis Najwa ringkas. Ameerul dan Hariz Iskandar kelihatan gembira kerana Anis  Najwa sudi mengikut mereka berdua.  Mereka terus melangkah menuju ke kereta Hariz Iskandar.
“Apa kata Anis tinggalkan kereta Anis dekat sini, nanti saya hantar Anis ke sini balik. Macam-mana?” .
“Baiklah, sebelum itu saya nak telefon ibu saya dulu. Setelah selesai Anis Najwa memberitahu ibunya, mereka terus masuk ke dalam perut kereta dan mereka segera bertolak. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke destinasi yang ditujui.
Ameerul kelihatan girang sekali apabila melangkah masuk ke dalam akuarium itu. Dia leka memerhatikan ikan-ikan berenang bebas di dalamnya.
“Auntie Anis! panggil Ameerul teruja. Hariz turut memandang ke arah mereka.
“Tengok! Tu Nemo!” tunjuk Ameerul.
Seekor ikan kecil yang menyerupai watak Nemo di dalam kartun ‘Finding Nemo’ kelihatan berenang-renang di sekitar terumbu karang di dalam tangki akuarium. Anis Najwa dan Hariz Iskandar hanya tersenyum melihat gelagat Ameerul.   Setelah itu, mereka bertiga menghabiskan masa bersama menjelajahi akuarium itu. Di hujung minggu, pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik kunjungan pelancong datang ke situ. Ameerul benar-benar gembira dapat menyertai antara aktiviti yang di adakan. Hampir petang, mereka pun mencari sebuah restoran untuk menikmati makanan dan minuman setelah penat berjalan di dalam akuarium itu tadi. Setelah menikmati hidangan, mereka pulang. Hariz Iskandar mengucapkan terima kasih kepada Anis Najwa kerana sudi keluar bersama-sama mereka dan menurunkan Anis Najwa ke tempat di mana keretanya di parking. Selepas itu Anis Najwa pun beredar dari hospital itu dan menuju pulang ke rumahnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan