Senarai Kawan

Isnin, 25 Julai 2011

Mencari Sinar Bahagia-Bab 5

BAB 5
            “Saya tak sangka Zafrel boleh bawa teman wanitanya kepada saya tadi bang… malu saya dengan Datin Safura dan Julia Hana tadi” Datin Nora mengadu kepada suaminya.
            “Hah… baguslah macam tu, boleh Nora berkenalan dengan teman wanita Zafrel tu?” sindir Datuk Khalid.
            “Tapi Nora tetap tak suka perempuan tu jadi calon menantu kita, geram betul saya tengok Zafrel dengan Mia Zara tu”. Datin Nora berdegus menahan geram apabila hasratnya untuk menyatukan Aeril Zafrel dan Juli Hana tidak berjaya.
            “Sudahlah tu, baik kita tidur je” Datuk Khalid terus merebahkan badannya ke atas katil di ikuti oleh Datin Nora. Hatinya masih tidak tenang selagi Aeril Zafrel berkawan dengan Mia Zara. Dia tekad merancangan supaya Aeril Zafrel meninggalkan Mia Zara dengan apa cara sekali pun.
            Awal pagi lagi Mia Zara sudah berada di pejabat untuk menyambung kerjanya seperti biasa setelah seminggu bercuti. Banyak kerjanya yang tertangguh akibat daripada rancangan ‘bodoh’ yang dirancang oleh Aeril Zafrel. Tidak pasal-pasal dia terjebak dalam lakonan yang di reka oleh Aeril Zafrel itu. Siapa sangka sejak peristiwa itu di dalam hati Mia Zara timbul satu perasaan yang aneh wujud di dalam hatinya. Mungkinkah Mia Zara sudah jatuh cinta pada Aeril Zafrel? Dia sendiri pun tidak tahu. Mia Zara malas memikirkan perasaan itu dia kembali menyambung kerjanya semula.
            Sofia yang memerhati tingkah laku Mia Zara sedari tadi terus dia perlahan-lahan mengatur langkah menuju ke meja Mia Zara. Mia Zara tidak menyedari kehadiran Sofia, bagi Sofia inilah masanya untuk mengusik Mia Zara.
            “Wah!” kejut Sofia sambil berdiri di depan meja Mia Zara.
            “Oh… mak kau! kau ni dah tak ada kerja ke nak buat, selain nak terperanjatkan orang” marah Mia Zara kepada Sofia.
            “Sorrylah, aku tak sengaja nak buat kau terkejut pun, tadi dari aku tengok kau syok je termenung, apa lagi aku pun dapat idealah, jangan marah ye” jelas Sofia kepada Mia Zara sambil tersengih.
            “Awal kau sampai pejabat hari ni?”
            “Saja nak datang awal tak boleh ke? Apa hal yang kau cari aku sampai kat sini?”
            “Aku nak ajak kau makan tengah hari nanti? Macam-mana boleh tak?”
            “Aku on je” jawab Mia Zara ringkas.
            “Aku tunggu kau kat lobi nanti tau, okeylah aku nak sambung kerja aku, Tu bos kesayangan kau dah sampai” usik Sofia sambil mengatur langkah meninggalkan Mia Zara di tempatnya. Mia Zara memandang Aeril Zafrel yang berjalan masuk ke biliknya tanpa memandang Mia Zara di hadapannya. Benci Mia Zara melihat mukanya itu. Mia Zara kembali menyambung kerjanya semula, tidak lama kemudian interkom di atas mejanya berbunji lantas dia menjawab.
            “Mia Zara masuk bilik saya sekarang.”
            “Baik” jawab Mia Zara semula. Dia mencapai buku nota dan pen menuju ke bilik Aeril Zafrel. Pintu bilik diketuk, arahan masuk diberikan. Terus Mia Zara memulas tombol pintu dan melangkah masuk. Dia melihat Aeril Zafrel sedang menghadap komputer ribanya.
            “Silakan duduk” pelawa Aeril Zafrel. Mia Zara terus melabuhkan punggungnya di kerusi yang tersedia di dalam bilik itu.
            “Saya nak ucapkan terima kasih pada awak sebab dah bantu saya tempoh hari, sebagai tandanya saya berikan awak hadiah ini” terang Iqbal sambil memberi kotak yang berwarna biru kepada Mia Zara. Mia Zara teragak-agak untuk menyambutnya, lantas dia membuka kotak itu, alangkah terkejutnya dia mendapati seutas gelang tangan yang berwarna silver yang amat cantik. Dia terpegun melihat gelang tangan itu. Dengan rasa berat hati dia terus memulangkan semula pemberian Aeril Zafrel itu.
            “Saya tak boleh terima hadiah ini Encik Zafrel, mahal sangat” luah Mia Zara.
            “Saya beli gelang ni khas buat Mia, sebagai tanda terima kasih saya.”
            “Saya tahu, tapi saya minta maaf saya memang tak boleh terima.”
            “Saya ikhlas berikan awak gelang ni, dan saya harap saya terima, tolonglah ambil” rayu Aeril Zafrel. Mia Zara merasa serba-salah lalu dia terpaksa mengambilnya juga. Aeril Zafrel kelihatan begitu gembira sekali apabila Mia Zara menerima hadiah pemberiannya itu.
            Julia Hana begitu marah sekali apabila Aeril Zafrel membawa teman wanitanya pada perjumpaan tempoh hari. Jika tidak kerana Mia Zara, mesti rancangan keluarganya untuk menjodohkannya dengan Aeril Zafrel tercapai. Kini, dia tekad walau apa sekali pun yang terjadi dia mesti mendapatkan Aeril Zafrel semula. Buat sementara waktu ini, Julia Hana akan mengupah pembantu untuk menyiasat sejauh mana hubungan Aeril Zafrel dengan Mia Zara. Dia ingin tahu latar belakang Mia Zara sendiri. Dia pasti tentu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Mia Zara tentang dirinya itu.
            Datin Nora mundar-mandir memikirkan cara lain untuk menyatukan Aeril Zafrel dengan Julia Hana. Dia kelihatan begitu risau sekali sekiranya Aeril Zafrel mengambil Mia Zara sebagai isterinya suatu hari nanti.
            Jam di dinding sudah menunjuk ke angka satu tengah hari. Mia Zara cepat-cepat menyusun kembali fail-fail yang berselerak di atas mejanya semula. Pasti Sofia sudah menunggunya di lobi. Pagi tadi dia sudah berjanji akan keluar makan tengah hari bersama-sama Sofia. Jikalau dia terlambat sedikit pati Sofia sudah menarik muncung itik dia. Bukan dia tidak tahu perangan kawan baiknya itu. Tanpa membuang masa, Mia Zara berlari menuju ke arah lif. Apabila pintu lif terbuka, dengan pantas Mia Zara meluru masuk ke dalam lif. Apabila lif sudah berhenti ke tingkat bawah, dia melihat Sofia sedang menunggunya. Tepat sangkaannya apabila Sofia menunjukkan muncung itiknya. Fahamlah sangat Mia Zara apabila Sofia berbuat demikian.
            “Apasal kau lambat? Tahu tak dah berapa lama aku tunggu kau?” ucap Sofia apabila melihat Mia Zara berdiri di hadapannya.
            “Sorry, aku tak sedar jam dah pukul satu tadi, lagi pun banyak kerja yang kena siapkan” balas Mia Zara sambil tersengih. Dia tahu Sofia marahkan dirinya kerana terlambat. Mia Zara menyalahkan Aeril Zafrel, jika tidak kerana Aeril Zafrel memintanya menyiapkan laporan sebelum waktu lunch, pasti dia tidak terlewat seperti sekarang. Geram dia dengan tindakan bosnya itu. Sudahlah last minit, lepas tu nak ikut suka hati dia je nak minta siapkan sebelum keluar lunch. Sakit hatinya. Dia pun tak faham dengan perangai bosnya itu kejap baik, kejap buruk perangai.
            “Jomlah kita pergi makan. Nanti lambat lagi susah pulak” ajak Sofia. Mereka berdua bergerak meninggalkan kawasan pejabat itu.
Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka Sembilan malam, Mia Zara melepaskan keluhan perlahan-lahan, apabila semua kerjanya sudah disiapkan. Tanpa membuang masa, Mia Zara mengemaskan mejanya semula. Dia memandang sekeliling, nampaknya semua pekerja sudah beransur pulang, kini hanya tinggal dia dan bosnya Aeril Zafrel yang masih setia. Dia mencapai tag tangan,  perlahan-lahan dia mengatur langkah. Semasa dia melintasi pintu bilik Aeril Zafrel, terus saja Aeril Zafrel menegurnya. Langkahnya terhenti di situ dan dia terus memalingkan wajahnya.
            “Mia dah nak balik ke?” tegur Aeril Zafrel yang sudah berdiri berhadapan dengannya.
            “Yelah, takkan saya nak tidur kat sini kot Encik Zafrel” balas Mia Zara. Aeril Zafrel yang sedang berdiri tersenyum apabila mendengar jawapan dari Mia Zara sebentar tadi.
            “Okey” jawab Aeril Zafrel ringkas. Tanpa membuang masa Aeril Zafrel mengambil briefcase dan terus menutup lampu biliknya. Mia Zara hanya hairan memandang tingkah laku bosnya yang sorang itu.
            “Saya tunggu Mia baliklah, takkan saya nak biarkan Mia sorang-sorang duduk kat office ni” terang Aeril Zafrel. Mungkin dia perasan apabila melihat Mia Zara yang hairan dengan tingkah lakunya sebentar tadi.
            “Encik Zafrel tunggu saya?” ulang Mia Zara sekali lagi. Biar betul mamat ni tunggu aku.. bisik hatinya.
            “Yalah, manalah tahu kalau awak takut duduk sorang-sorang kat dalam office ni, tak kan Sofia tak cerita kat awak pasal tempat ni keras sikit” terang Aeril Zafrel.
            “Biar betul Encik Zafrel?” ucap Mia Zara.
            “Tak kanlah saya nak tipu awak. Dulu ada staf office ni yang nampak lembaga putih tu. Bukan saya nak takutkan awak” terang Aeril Zafrel lagi. Mia Zara cuba memandang sekeliling ruang pejabat yang kosong. Tiba-tiba saja dia merasa tidak sedap hati. Cepat-cepat dia mengatur langkah meninggal perkarangan pejabat. Mia Zara berdoa di dalam hati berharap dia tidak di pertemukan dengan lembaga putih yang diceritakan oleh Aeril Zafrel tadi. Aeril Zafrel memandang Mia Zara yang sudah meninggalkannya di hadapan, dia ketawa di dalam hati akhirnya dapat juga dia menakutkan Mia Zara, sebenarnya cerita mengenai lembaga putih itu memang tidak pernah wujud, dia saja mereka cerita kononnya untuk menakutkan Mia Zara. Akhirnya, dia jua mempercepatkan langkahnya untuk mendahului Mia Zara yang sudah berada di hadapan. Takut juga jika dia terjumpa dengan lembaga itu. Manalah tahu memang betul cerita itu terjadi.
            “Lewat kau balik hari ni” tegur Sofia kepada Mia Zara yang baru saja tiba.
            “Bukan kau tak tahu perangai Encik Zafrel tu?” balas Mia Zara semula. Dia terus melabuhkan punggunnya di atas sofa berhadapan denga Sofia yang sedang menonton TV di ruang tamu.
            “Betul ke office kita tu berhantu?” soal Mia Zara kepada Sofia. Terus saja Sofia ketawa terkekeh dah macam monyet Mia Zara tengok.
            “Mana kau dapat cerita tu?” tanya Sofia pula yang sudah berenti ketawa.
            “Encik Zafrel yang cerita sebelum aku balik tadi.”
            “Aku rasakan kau dah kena tipu dengan cerita rekaan Encik Zafrel tu.”
            “Hah… biar betul?”
            “Untuk makluman kau office tu memang tak berhantu pun, nampak sangat Encik Zafrel tu sengaja nak takutkan kau.”
            “Eiii… geram betul aku dengan Encik Zafrel ni, tak sangka aku dah kena tipu dengan dia.”
            “Itulah kau, senang-senang je orang nak tipu kau. Percaya sangat.”
            “Emm… sudahlah tu, aku nak naik atas dan mandi. Badan aku dah melekit ni” Mia Zara bangun dari tempat duduknya dan mengatur langkah menuju ke biliknya meninggalkan Sofia yang masih menonton TV.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan