BAB
4
SUDAH
seminggu Qistina bercuti dan berehat di rumah akibat dilanda demam yang teruk
tempoh hari. Nasib baiklah ada Soffiya dan Hisyam yang banyak membantunya.
Kalau tidak kerana mereka berdua, tak tahulah apa yang akan terjadi pada
dirinya. Semua ini gara-gara bekas tunangnya Firdaus. Kalau dia tidak mengikut
Soffiya tempoh hari, pasti dia masih tidak mengetahui perkara yang sebenarnya
mengenai Firdaus.
Yang
pasti kini, Qistina nekad untuk memutuskan hubungannya dengan Firdaus. Mungkin
sudah tersurat bahawa dia tiada jodoh dengan Firdaus. Mungkin suatu hari nanti,
dia akan dipertemukan dengan lelaki yang jauh lebih baik dan menghargai
dirinya. Tetapi, buat masa ini biarlah dia berkeadaan seperti ini, dia malas
memikirkan lagi tentang cinta. Biarlah masa yang menentukan. Memang berat untuk
dia melupakan semua perkara yang terjadi itu. Dia perlukan masa untuk melupakan
semua ini.
Lapang
hatinya bila tiba di pejabat seperti selalu. Puas juga dia memujuk Soffiya
untuk membenarkannya bekerja semula. Dah macam Puan Hashimah pula. Nasib baik
Soffiya tidak memberitahu kepada keluarganya di kampung, takut juga dia jika
keluarga tahu yang dia dimasukkan ke hospital. Soffiya sudah memaklumkan
memintakan berehat selama seminggu lagi tapi dia sudah bosan duduk dirumah
seorang. Nasib baiklah dia dapat seorang majikan yang baik dan boleh dibawa
berbincang seperti Encik Kamal tu, kalau diikutkan mana ada majikan yang
sanggup memberikan pekerjanya cuti lama. Betul tak? Hari ini dengan semangat
yang baru dia memulakan langkahnya menuju ke tempatnya. Sudah lama dia berdiri
depan pintu pejabatnya itu.
“Selamat
pagi semua!” laung Qistina. Semua mata tertumpu memandangnya dengan penuh
ceria.
“Kau
dah sihat ke Qis?” Soal Sarah yang sudah berada di depannya.
“Aku
dah sihatlah, sebab tu aku masuk kerja hari ini,” kata Qistina dengan wajah
yang penuh ceria.
“Betul
ni? tanya Sarah lagi. Qistina terus menganggukkan kepalanya. Lega hati Sarah.
Risau juga bila Soffiya beritahunya Qistina demam teruk hari itu. Dia dan
Syafiq tidak dapat menziarah Qistina kerana sibuk dengan urusan kerja di
pejabat. Terpaksa dia membuat semua kerja Qistina yang sudah lama tertangguh
itu.
“Sarah,
terima kasih tolong buatkan kerja aku,” luah Qistina. Rasa tak sedap hati pula
semasa dia bercuti panjang, Sarah yang mengambil-alih semua kerjanya. Kesian
Sarah.
“Okey
aje, apa salahnya bantu-membantu,” kata Sarah. “Hmm… dahlah aku nak pergi
sambung kerja ni,” sambungnya lagi. Qistina mengangguk. Dia hanya memandang
Sarah yang sudah hilang dari tempatnya.
Pukul
1.00 tengah hari, mereka berlima berkumpul di tempat biasa. Sudah lama mereka
berlima tidak keluar rehat bersama-sama. Hari ini menyambut kepulangan Qistina
yang baru sihat. Mereka semua kelihatan begitu gembira sekali.
“Bagaimana
rancangan kita yang nak pergi Cameron Highlands minggu depan? Jadi ke?” ucap
Syafiq setelah semua berkumpul di sini.
“Kau
orang semua nak pergi tak?” tanya Soffiya. Mereka semua memandang sesama
sendiri.
“Aku
on aje,” ucap Soffiya. Selepas itu
semua beralih ke arah Qistina yang sedari tadi hanya membisu.
“Okey,
aku pun setuju,” beritahu Qistina setelah lama mendiamkan diri. Semua yang berada
di situ kelihatan gembira sekali terutama Hisyam. Lega hatinya bila Qistina
juga bersetuju mengikuti rancangan mereka. Dia tidak mahu Qistina susah hati,
sekurang-kurangnya bila Qistina pergi sekali dia boleh melupakan Firdaus.
“Sekarang
ni, apa rancangan kita bila dah sampai kat sana? Kalau setakat makan, tidur
aje, lebih baik tak payah!” Sindir Soffiya sambil matanya menjeling kepada
Syafiq.
“Yang
tu kau orang semua jangan risau. Aku dengan Syam dah rancang baik cantik punya!”
Terang Syafiq. Rancangan apalah yang dibuatnya nanti. Risau juga Soffiya.
“Macam
mana dengan bayaran?” tanya Soffiya lagi.
“Yang
tu semua ditanggung percuma. Kau orang semua hanya tinggal bawa pakaian dan
diri sendiri aje,” jelas Syafiq lagi sekadar mengusik.
“Kau
biar betul Fiq?” Soffiya bertanya lagi.
Seperti tidak percaya saja.
“Betullah!
Kalau masih tak percaya cuba tanya Syam,” semua mata tertumpu kepada Hisyam.
Hisyam menggangguk mengiakan.
“Aku
belanja, tapi kau orang semua kenalah ikut rancangan yang aku dan Fiq aturkan,”
ujar Hisyam perlahan. Masing-masing bersetuju.
“Hmm…
kita nak pergi sana naik kereta siapa?” Sarah mencela.
“Naik
kereta aku,” Hisyam bersuara. Dia menberi cadangan.
“Cantik!
Nanti semua berkumpul dekat rumah Fiya,” masing-masing bersetuju dengan
cadangan Syafiq dan Hisyam. Selepas habis berbincang, mereka semua bersurai dan
menyambung kembali kerja masing-masing. Tidak sabar rasanya nak pergi Cameron
Highlands.
“Syam,
betul ke nak naik kereta kau?” ulang Syafiq lagi sepeti tidak percaya.
“Yalah,
Kau ni berapa kali nak aku cakap.”
“Masalahnya
Syam, muat ke kereta kau tu?” tanya Syafiq. Hisyam rasa macam nak lempang saja
mulut Syafiq ni! Syafiq hanya tersengih memandangnya.
“Kau
jangan risaulah, nanti aku bawa kereta yang sesuai nak pergi sana. Takkanlah
aku nak bawak kereta buruk yang aku tengah pakai sekarang ni, giler kau!”
“Opss… aku terlupa pula yang kau ni kan anak
kepada Datuk Suffian,” Syafiq menyindir Hisyam.
“Eiii…
mulut kau tu boleh slow sikit tak!
Kalau orang lain dengar macam mana?”
“Sorry…sorry… aku tak sengaja. Terlepas
cakaplah.”
“Kereta
buruk kau cakap? Mazda tu! Kalau kau tak nak, bagi aje kat aku,” kata Syafiq
lagi sambil memandang Hisyam yang tengah khusyuk mengadap kerjanya.
“Banyak
cantik muka kau! Tak ada maknanya aku nak bagi dekat kau,” balas Hisyam.
“Dahlah… pergi tempat kau, aku banyak kerja lagi nak buat. Menyemak aje kat
sini!” Hisyam menghalau Syafiq. Syafiq tersengih sambil mengaru kepalanya yang
tidak gatal.
HARI Sabtu seperti yang dijanjikan, mereka semua
berkumpul di rumah sewa Soffiya dan Qistina. Syafiqlah diantara orang yang
pertama tiba di rumah mereka bersama tunang kesayangannya, siapa lagi kalau
bukan Sarah. Tak tahulah kenapa Sarah tu boleh jatuh cinta dekat Syafiq ni.
Kalau dengan Soffiya, asyik nak bertekak aje. Pening juga Sarah nak melayan
karenahnya. Tapi Sarah tak kisah, mereka sudah biasa, lagipun mereka sudah lama
berkawan baik. Bagi Sarah, walaupun perangai Syafiq begitu tetapi Syafiq
seorang yang baik hati. Cuma kadang-kadang tu sengal sikit!
“Hish…
manalah Syam ni. Janji pukul berapa, sekarang dah pukul berapa. Nanti lambat
pulak sampai sana. Habis semua rancangan musnah! Batang hidung pun tak nampak
lagi,” Syafiq berungut. Panas hatinya dengan perangai Hisyam.
“Fiq,
cuba kau telefon Syam,” beritahu Soffiya. Sudah lama mereka menunggu. Baru saja
Syafiq nak mengambil telefonnya di dalam poket tiba-tiba dia nampak sebuah
kereta Audi Q7 yang berhenti di depannya. Alangkah terkejut semua yang berada
di situ apabila nampak Hisyam turun dari kereta tersebut. Syafiq lagilah,
matanya tak berkelip-kelip memandang Hisyam. Kurang asam betul mamat sorang ni!
“Terlebih
dahulu aku nak minta maaf dekat korang sebab lewat,” ucap Hisyam seperti nak
beri ucapan pula. Dari tadi dia nampak Syafiq dah tercegat seperti pengawal
dengan muka menahan marah. Pasti Syafiq akan membelasahnya nanti, fikirnya.
Syafiq terus melangkah menghampiri Hisyam lalu dia
membisikkan sesuatu di telinga Hisyam.
“Bro, agak-agaklah nak bawa kereta, ni
Audilah siot! Kau nak rahsia kau pecah ke?” bisik Syafiq di telinga Hisyam.
Hisyam hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Dah…
kereta ni aje yang ada dekat rumah keluarga aku, aku bawa ajelah! Tapi, kalau
kau tak buka mulut tu, tak adalah rahsia tu nak pecah! Hanya aku dengan kau aje
yang tahu pasal ni.”
“Jomlah,
nanti lambat pula kita sampai sana,” Soffiya bersuara. Mereka semua mengangkat
beg masing-masing dan memasukkannya ke dalam bonet kereta milik keluarga
Hisyam. Kereta Audi Q7 yang dipandu oleh Hisyam itu pun meluncur dengan laju
meninggalkan kawasan perumahan itu.
“Syam,
kereta siapa yang kau bawak ni?” Soffiya bertanya kepada Hisyam.
“Aku
pinjam kereta kawan akulah,” beritahu Hisyam sambil matanya memandang ke arah Syafiq
yang duduk di sebelah pemandu. Syafiq menjongketkan bahunya. Lega Hisyam dapat
menjawab pertanyaan Soffiya sebentar tadi.
“Kawan
kau ni baik hati sangat bagi kau pinjam kereta dia. Dia tak marah ke?” tanya
Soffiya lagi.
“Hmm…
dia tak marah pun,” jawab Hisyam ringkas. Syafiq sudah tersenyum di sebelahnya.
Tulah, siapa suruh dia pergi bawa kereta mewah dia ni. Berlagak sangat! Kan dah
kena soal siasat. Nasib baik Syafiq dah boleh agak Hisyam yang memandu kereta
tadi. Terkejut juga dia, Hisyam bawa kereta Audi keluarga dia. Biar betul dia
ni! Nasib baik kawan-kawan yang lain tidak mengesyaki apa-apa tadi. Lebih
kurang 3 jam 30 minit, akhirnya mereka tiba di Cameron Highlands.
“Kita
pergi check-in hotel dan berehat
dulu. Pukul tiga petang semua berkumpul dekat sini. Lepas tu, baru kita baru
mulakan rancangan kita seterusnya,” beritahu Syafiq. Sudah macam ketua
rombongan sekolah pula. Giler kuasa
betul Syafiq ni! Masing-masing dah letih, sampai dah tak larat nak bersuara.
Terima sajalah. Syafiq menyerahkan kunci bilik kepada Sarah. Hisyam hanya
menempah dua bilik saja, memandangkan yang pergi pun tiga orang perempuan dan
dua orang lelaki. Jadi, tak ada hallah
nak berkongsi bilik pun. Tiba saja dibilik, mereka bertiga terus merebahkan diri
masing-masing di atas tilam yang empuk.
Setelah
menunaikan solat zohor, mereka bertiga bersiap secepat yang mungkin. Pasti
Hisyam dan Syafiq sudah menunggu di lobi. Mana tidak kelam-kabutnya, tak sangka
boleh terbabas tidur pula, tu pun nasib baik Syafiq telefon Sarah suruh
kejutkan mereka semua. Bagus juga Syafiq ni!
“Syam,
semua dah ada ni, mari kita jalan-jalan di sekitar tempat ini,” ajak Syafiq
memulakan rancangan seterusnya.
Mereka
semua mengikuti langkah Syafiq di belakang. Syafiq dan Hisyam membawa kami semua
ke tempat Ladang Teh. Suasana dingin di atas bukit ini begitu cantik dan indah
sekali. Dari atas bukit, dapat melihat kehijauan ladang teh. Tidak lupa juga,
terdapat beberapa orang pekerja yang sedang mengutip daun teh dan dibelakang
mereka ada sebuah bakul untuk memasukkan daun teh tersebut.
Lebih
kurang 30 minit di situ, mereka semua melawat pula ke Stawberry Park. Sempat juga kami merasa buah strawberry yang baru saja dipetik, rasanya masam-masam manis.
Memang meriahlah suasana dekat sini. Tidak ketinggalan juga, pelancong asing
yang datang berkunjung ke sini. Mereka tidak lupa juga mengambil beberapa
keping gambar di sini untuk di buat kenangan. Tidak lama pula, mereka pergi ke
Taman Bunga. Hati pun rasa bagai berbunga-bunga.
Semasa
mereka meronda di sekitar Taman Bunga itu, Soffiya perasan Hisyam tak habis
perhatikan Qistina. Lebih-lebih lagi semasa Qistina sedang memegang bunga ros
putih kesukaannya. Sudah ada peluang depan mata, lembab betullah! Puas Soffiya
dan yang lain beri peluang untuk Hisyam meluahkan perasaannya kepada Qistina.
Sampai Syafiq merungut tidak puas hati dengan perangai Hisyam yang lembab ni!
Sempat juga mereka membeli cenderahati untuk di bawa pulang.
Setelah
penat berjalan disekitar Taman Bunga, mereka mengambil keputusan untuk pulang
ke hotel memandangkan hari sudah semakin gelap.
“Malam
ni karaoke nak? Aku dah tempah bilik.” Syafiq beritahu kepada kawan-kawannya
yang lain setelah mereka selesai menikmati keindahan di Cameron Highland
sebentar tadi.
“Wei,
agak-agaklah.” Soffiya bersuara. Dia pandang wajah Syafiq. Dia orang berdua ni,
memang selalu cari pasal tak habis-habis!
“Ada
aku kisah!” balas Syafiq selamba. Soffiya mencebik.
“Lama
tak karaoke, kan. Gian!” ujar Hisyam penuh teruja.
“Hah,
tengok tu. Syam pun okey. Aku tak kira, malam ni pukul lapan malam semua
berkumpul dekat lobi. Sebarang rayuan tidak akan dilayan,” bidas Syafiq lagi. Soffiya menjengilkan matanya. Geram dengan perangai Syafiq.
“Kau
orang berdua ni, asyik nak gaduh aje. Sudah-sudahlah tu. Pening kepala aku
tengok tau!” Qistina bersuara. Padan muka, kan dah kena marah!
Usai
solat Maghrib, mereka semua keluar untuk menikmati hidangan makan malam pula.
Malam ini, Hisyam membawa semua ke sebuah restoran yang agak eksklusif. Syafiq
beritahu tempat ini ada menyediakan bilik untuk karaoke, sebab itulah dia dan
Hisyam memilih tempat ini. Mereka dibawa ke dalam sebuah bilik yang ditempah
khas. Masing-masing tidak sabar untuk memulakan nyanyian sambil mencari
lagu-lagu yang ingin di dendangkan.
“Siapa
nak mulakan dulu ni?” Syafiq menyoal. Mikrofon sudah berada di dalam
genggamannya.
“Eh! Dah kau yang ajak kita orang,
kaulah yang nyanyi dulu.” bidas Soffiya.
“Yalah,
yalah. Aku tanya je kalau-kalau kau nak mula dulu,” sahut Syafiq sebelum
mencari-cari lagu yang dia minati. Selepas itu giliran Hisyam dan Soffiya pula.
Saat
yang dinanti-nantikan telah tiba. Kini, giliran Qistina pula. Pada mulanya
Qistina menolak, namun setelah dipujuk oleh kawan-kawannya, Qistina bersetuju
juga. Dia mula mendendangkan lagu yang keluar di skrin.
Ku mencari,
ku mencari,
Apakah salahku,
Kau buat ku termenung seorangan,
Dalam diri sangsi, akhirnya begini,
Perpisahan tak kuduga,
Ku mengerti, ku fahami,
Keputusan diri,
Biar saja aku sebegini,
Permintaan terakhirku, jangan kau lafazkan,
Simpan saja kata-kata,
Jangan diucap selamat tinggal,
Jangan kau ucap selamat tinggal,
Jangan diucap selamt tinggal,
Kepadaku...,
Walaupun seketika... walaupun sekelip mata,
Simpan saja kata-kata, ke akhir hayat yang ada,
Walaupun seketika... walaupun sekelip mata,
Simpan saja kata-kata, ke akhir hayat yang ada…
Apakah salahku,
Kau buat ku termenung seorangan,
Dalam diri sangsi, akhirnya begini,
Perpisahan tak kuduga,
Ku mengerti, ku fahami,
Keputusan diri,
Biar saja aku sebegini,
Permintaan terakhirku, jangan kau lafazkan,
Simpan saja kata-kata,
Jangan diucap selamat tinggal,
Jangan kau ucap selamat tinggal,
Jangan diucap selamt tinggal,
Kepadaku...,
Walaupun seketika... walaupun sekelip mata,
Simpan saja kata-kata, ke akhir hayat yang ada,
Walaupun seketika... walaupun sekelip mata,
Simpan saja kata-kata, ke akhir hayat yang ada…
Mula-mula, semasa Qistina nyanyi
boleh tahanlah suaranya. Apabila masuk aje rangkap ke tiga Qistina terus bagi ‘mic’ tu pada Syafiq yang berada di sebelahnya.
Terus Qistina meluru keluar dari bilik tu. Masing-masing pelik dengan perangai
Qistina. Nasib baiklah Hisyam sempat kejar Qistina dari belakang.
“Fiq, yang kau pergi pilih lagu tu
pasal apa?” Marah Soffiya sambil tangannya menepuk belakang Syafiq. Syafiq tergamam.
“Manalah aku tahu lagu tu yang nak
keluar,” balas Syafiq. “Habis tu, kita nak buat macam mana
ni Fiya?” tanya Syafiq kepada Soffiya yang berdiri disebelahnya. Mengelabah
Syafiq. Dia tidak berniat menyakiti hati Qistina.
“Hmm… tak apa. Lagipun, Syam dah
pergi pujuk dia. Kejap lagi okeylah tu,” Soffiya cuba memujuk Syafiq yang
dilanda keresahan itu.
“Qis, okey ke?” tanya Hisyam. Dia
sudah berdiri betul-betul di hadapan Qistina. Qistina mengesat air mata yang
mengalir tadi. Qistina mengangguk lemah.
Bukan salah Syafiq memilih lagu itu untuknya, tetapi hatinya sedih dah lama dia
cuba menahan air matanya daripada mengalir. Mesti Syafiq merasa serba-salah.
“Betul ni?” Sekali lagi Hisyam
bertanya. Dia tidak mahu melihat Qistina bersedih lagi.
“Qis okey aje, Syam jangan risau ek…,” lega hati Hisyam melihat Qistina
tersenyum kembali. Hatinya kembali ceria.
“Betul ni?” tanya Hisyam lagi. Terus
saja Qistina mengangguk.
“Qis, kalau Qis ada masalah dan
perlukan seseorang untuk diluahkan, Qis boleh saja panggil Syam. Syam sedia
meluangkan masa untuk Qis. Qis jangan risau selagi Syam ada, tiada sesiapa yang
boleh menyakiti hati dan perasaan Qis. Percayalah,” luah Hisyam. Dia tidak sampai hati untuk
meluahkan perasaannya terhadap Qistina. Lebih-lebih lagi sekarang ini Qistina sedang bersedih. Gara-gara putus tunang dengan Firdaus. Dia tidak mahu Qistina merasa
serba-salah. Biarlah dia hanya menyintai Qistina di dalam diam. Dia sanggup,
walaupun hatinya menidakkan. “Kalau macam itu, mari kita pergi kat kedai situ.
Semua dah tunggu kita tu,” beritahu Hisyam. Mereka berjalan beriringan
bersama-sama menuju arah kawan-kawannya yang lain.
dah putuskan tunangan Qistina tak beritahu parents dia ke? .....bluescarf
BalasPadam