Senarai Kawan

Isnin, 13 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 12

BAB 12
Syafiq memulakan kerjanya seperti biasa, dia termenung memikirkan masalah yang melanda dirinya. Begitu berat hasratnya ingin meluahkan perasaannya terhadap Anis Najwa. Betul kata Salwa kawan baiknya supaya cepat-cepat meluahkan isi hatiya kepada Anis Najwa takut kalau ada orang lain yang bertindak terlebih dulu. Dia tahu Anis amat rapat dengan Ameerul dan Hariz Iskandar.  Lamunannya terganggu apabila kedengaran deringan telefonnya berbunyi, lantas dia pun menjawab.
“Assalammualaikum Fiq.” Ujar Anis Najwa di talian. Hati Syafiq kembali ceria apabila mendengar suara yang di rinduinya kedengaran di talian.
“Waalaikumsalam Anis,” jawab Syafiq.
“Anis nak ajak Fiq dan Salwa keluar hujung minggu ni, lagi pun kita dah lama tak keluar bersama-sama kan.” beritahu Anis lagi.
“Okey! Juga tu, lagi pun Fiq ada hal nak beritahu dekat Anis ni.” Soal Syafiq lagi.
“Okey!, nanti Anis beritahu dekat Salwa sekali ya, kita jumpa hujung minggu ni, nanti kalau ada apa-apa Anis call Fiq balik.” balas Anis Najwa sambil mematikan taliannya. Syafiq begitu teruja sangat tidak sabar rasanya ingin meluahkan isi hatinya kepada Anis Najwa.  Setelah selesai memberitahu kepada kawan-kawannya mengenai rancangannya pada hujung minggu ini, Anis meneruskan kerjanya. Interkom di mejanya berbunyi, Anis Najwa terus menjawab dia tahu siapa yang memanggilnya kalau bukan Encik Hariz Iskandar. Encik Hariz Iskandar memanggil Anis Najwa supaya masuk ke dalam biliknya. Anis Najwa mengambil diari dan mencapai pen di mejanya dan segera menuju ke bilik Encik Hariz Iskandar. Dia mengetuk pintu dan arahan masuk di berikan. Anis Najwa berdiri di hadapan meja mengadap Encik Hariz Iskandar.
“Anis, awak duduk dulu saya ada perkara lain yang nak beritahu pada awak tapi bukan pasal kerja.” ujar Hariz Iskandar. Anis Najwa yang mendengar kelihatan terkejut.
“Encik Hariz saya ada buat salah ke?” jawab Anis Najwa yang kelihatan cemas.
“Eh...sabar dulu, saya tak habis cakap pun lagi. Macam ni saya nak ajak awak keluar hujung minggu ni dengan Ameerul sekali.”
“Saya minta maaflah Encik Hariz, hujung minggu ni saya ada hal tak dapat nak temankan Encik Hariz dengan Ameerul.” Beritahu Anis Najwa kepada Hariz Iskandar.
“Tak apalah nak buat macam mana, mungkin lain kali.” Jawab Hariz Iskandar hampa.
“Okey! kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.” Balas Anis Najwa semula. Hariz Iskandar hanya menganggukkan kepalanya. Anis segera keluar dari bilik itu dan menuju kembali ke mejanya.

Hujung minggu seperti yang dijanjikan, mereka bertiga berkumpul bersama-sama.  Mereka mengambil keputusan untuk menonton wayang, sementara menunggu Salwa beratur membeli tiket wayang, Syafiq sengaja mengambil peluang ini untuk meluahkan perasaannya kepada Anis Najwa.
“Anis, Fiq ada sesuatu yang nak beritahu pada Anis.” ujar Syafiq yang kelihatan serius. Anis Najwa memandang muka Syafiq. Lantas Anis Najwa terus memalingkan mukanya memandang ke arah Syafiq. Anis Najwa kelihatan gelisah, otaknya kembali ligat berfikir apalah yang nak diberitahu oleh Syafiq itu.
“Fiq, sebenarnya dah lama sukakan Anis, sejak kita mula kenal di kelas Taek Kwan Do dulu. Bukan Fiq tak nak beritahu pada Anis, Fiq takut kalau Anis tak mahu berkawan dengan Fiq lagi. Fiq minta maaf kalau kata-kata Fiq ni buat hati Anis tak tenang.” Luah Syafiq. Hati Syafiq merasa lega setelah menluahkan perasaannya kepada Anis yang selama ini di simpan.
“Er..Fiq, maafkan Anis, Anis tak boleh terima Fiq. Anis dah anggap Fiq seperti kawan-kawan  Anis yang lain. Anis tak nak lukakan perasaan Fiq, lebih baik Anis jelaskan perkara yang sebenar. Walau macam mana sekali pun Fiq tetap sahabat setia Anis.” terang Anis kepada Syafiq. Syafiq merasa begitu kecewa sekali apabila perasaannya di tolak oleh Anis.
“Anis, Fiq, jom kita masuk panggung, lagi pun wayang dah nak mula dah ni.” beritahu Salwa kepada kedua-dua kawannya, yang tiba-tiba muncul di sebelah Anis Najwa. Mereka bertiga mengatur langkah menuju ke panggung wayang. Salwa kelihatan pelik melihat perangai kedua-dua kawannya itu, seperti ada sesuatu yang berlaku semasa dia membeli tiket wayang tadi.  Selesai menonton wayang dan makan tengah hari, mereka pun balik ke rumah masing-masing.  Malam itu, Salwa menghubungi Anis.
“Assalammualaikum Anis.” soal Salwa di talian.
“Waalaikumsalam.” Jawab Anis Najwa pula.
“Aku nak tanya dekat kau ni, kenapa kau dengan Fiq tadi. Dia ada beritahu apa-apa dekat kau ke?. Soal Salwa bertubi-tubi.
“Entah lah Wa, tadi masa kau tengah beli tiket, Fiq beritahu dekat aku yang dia dah lama suka kan aku, aku pun serba salah dengan dia. Aku beritahu dekat dia yang aku anggap dia sebagai kawan je tak lebih dari tu, lagi pun kita kan dah lama berkawan.” Terang Anis Najwa kepada Salwa.
“Anis, sebenarnya dah lama aku nak beritahu dekat kau pasal hal ni, tapi Fiq tak bagi aku cerita kan dekat kau.”
“Jadi memang kau dah tahu lama lah Wa, sampai hati kau tak ceritakan dekat aku ya.”
“Sorry lah Anis, aku dah janji dengan Fiq, aku tak nak kita semua bermasam muka sebab hal ini.” ujar Salwa lagi menyakin Anis Najwa.
“Dah lah aku percaya dekat kau. Kita kan dah lama berkawan. Okey lah Wa, aku nak tidur ni lagi pun hari dah lewat sangat, nanti kita bersembang lagi ya.” beritahu Anis Najwa kepada Salwa sambil mematikan talian. Anis Najwa mengeluh perlahan memikirkan masalah yang melanda dirinya, dia buntu memikirkannya. Biar pun Haikal mahu pun Syafiq, Anis Najwa tidak menaruh perasaan terhadap mereka berdua. Apa yang harus dia lakukan dia sendiri buntu. Dia tidak mahu menyakiti hati sesiapa biarlah dia berkawan saja dengan semua.
“Keesokkan paginya, Anis Najwa sengaja datang awal ke pejabat. Anis Najwa pergi ke pantry untuk membuat air, tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu dari bilik Encik Hariz Iskandar, dia tahu Encik Hariz Iskandar belum masuk ke pejabat awal sepertinya. Lantas Anis Najwa mengaturkan langkah menuju ke pintu bilik bosnya itu. Tombol pintu dipulasnya, dia terus membuka pintu, tiba-tiba muncul suara yang menegurnya dari belakang. Anis Najwa terkejut mendengar suara itu dia segera terus berpaling.
“Anis, apa yang awak buat dekat bilik saya ni.” tegur suara itu. Anis Najwa terkejut memandang wajah itu, rupa-rupanya Encik Hariz Iskandar.
“La..En Hariz ke, terperanjat saya tau, saya ingat siapa lah yang masuk ke dalam bilik ini.” terang Anis Najwa sambil mengurutkan dadanya akibat terperanjat sebentar tadi.
“Sorry Anis saya buat awak terkejut.” Ujar Encik Hariz Iskandar.
“Awal sangat Encik Hariz datang ke pejabat hari ini, yang saya tahu Encik Hariz tak ada appoiment pagi-pagi ni.” Ujar Anis Najwa seperti ingin tahu. Lagi pun dia kan PA kepada Encik Hariz Iskandar.
“Memang lah saya tak ada appoiment pagi ni, sengaja saya datang awal tadi.Yang awak tu datang awal juga kenapa.” soal Hariz Iskandar kepada Anis Najwa.
“Er...saya ada kerja nak buat," beritahu Anis Najwa sambil tergagap-gagap. Hariz Iskandar yang mendengar hanya mampu tersenyum.
“Kalau macam itu saya keluar dulu lah Encik Hariz.” Anis Najwa ingin keluar dari bilik itu tapi di halang oleh Hariz Iskandar.
“Anis, awak dah breakfast.” tanya Hariz Iskandar kepada Anis Najwa.
“Belum saya, tapi saya ada bawa bekal dari rumah. Kalau Encik Hariz nak makan sekali apa salahnya, lagi pun saya ada bawa lebih.” Beritahu Anis Najwa lagi. Hariz Iskandar terus mengikut Anis Najwa ke pantry. Mereka duduk di meja yang sediakan.
“Awak bawa bekal apa?” Tanya Hariz Iskandar.
“Saya bawa nasi goreng je.” Jawab Anis Najwa sambil tangannya mengambil pinggan. Anis Najwa membuka bekas lalu menceduk ke dalam pinggan yang tersedia.
“Encik Hariz makan dulu, saya buatkan air.” Hariz Iskandar menganggukkan kepalanya sambil garfu lantas menyuap masuk ke dalam  mulutnya. Anis Najwa selesai membuat air terus dia duduk di kerusi.
“Emm..sedapnya pandai awak masak, kalau ada Meerul tentu dia suka ni.” Ujar Hariz Iskandar. Anis Najwa yang tersenyum terus menghabiskan makanannya.
“Anis terima kasih ya bagi saya makan, lain kali saya belanja awak makan pula boleh ajak sekali Meerul dia selalu tanya bila awak nak keluar bersama-sama macam hari tu.” beritahu Hariz Iskandar kepada Anis Najwa. Hariz Iskandar terus mengatur langkahnya menuju ke biliknya. Anis Najwa mengemas meja dan pergi ke mejanya dan meneruskan kerjanya.

Syafiq menyusun fail-fail di atas meja dan memasukkannya ke dalam begnya. Hari ini dia ada appoiment dengan syarikat Jaya Holding Sdn Bhd tempat di mana Anis Najwa bekerja. Hari ini dia akan bertemu dengan Anis Najwa setelah beberapa hari peristiwa itu berlaku. Dia mengeluh sendirian memikirkan bagaimana caranya dia hendak berdepan dengan Anis Najwa. Dia merasa malu dan bersalah teramat sangat kerana terlalu mementingkan dirinya sendiri.
Syafiq sudah berdiri di hadapan syarikat Jaya Sdn Bhd, dia terus melangkah menuju ke lif dan menekan butang untuk ke tingkat 12, sampai saja di tingkat tersebut dia terus menuju ke kaunter pertanyaan.
“Assalammualaikum, boleh saya tumpang tanya.” Ujar Syafiq. Terus Anis Najwa memandang muka yang berdiri di depannya.
“Waalaikumsalam.” Jawab Anis Najwa.
“Er..Anis hari ni Fiq ada appoiment dengan Encik Hariz Iskandar.” Beritahu Syafiq.
“Oh..ya, Fiq tunggu duduk dulu, Anis beritahu Encik Hariz kejap.” Syafiq hanya menganggukkan kepalanya dan menuju ke sofa yang disediakan. Anis menekan butang interkom di hadapannya.
“Encik Hariz, Encik Syafiq dari  Maju Holding sudah sampai.” Beritahu Anis Najwa kepada Hariz Iskandar.
“Okey! Suruh dia masuk ke bilik saya sekarang.”
“Fiq, Encik Hariz suruh masuk sekarang, mari Anis tunjukkan biliknya.” Syafiq bangun dari tempat duduknya dan mengikut langkah Anis Najwa menuju ke bilik Hariz Iskandar. Anis Najwa menbukakan pintu dan menjemput Syafiq masuk ke dalam. Setelah beberapa jam kemudian, Syafiq keluar dari bilik Encik Hariz dan dia menuju ke meja Anis Najwa.
“Anis, Fiq balik dulu ya, nanti Fiq call Anis.” beritahu Syafiq kepada Anis Najwa. Anis Najwa memandangnya sambil melemparkan senyuman. Syafiq terus melangkah menuju ke pintu lif.  Dia merasa lega kerana Anis Najwa masih menganggapnya sebagai kawan.  Hariz Iskandar muncul dan berdiri di hadapan Anis Najwa.
“Anis, mari temankan saya lunch, saya nak ambil Meerul sekali.” Ujar Hariz Iskandar kepada Anis Najwa. Anis Najwa terus mencapai tas tangannya dan mengikut Hariz Iskandar dari belakang. Hariz Iskandar memandu kereta Ausi S4 kesayangannya itu. Kereta itu meluncur laju diatas jalan raya. Ameerul yang sudah menunggu di pondok pengawal segera mendapatkan Hariz Iskandar yang telah menunggunya di situ. Hariz Iskandar mengiringi Ameerul menuju ke keretanya. Ameerul merasa begitu gembira sekali apabila melihat Anis Najwa yang berada di dalam kereta dan dia terus mendapatkan Anis Najwa dan memeluknya.
“Meerul rindu sangat dekat Auntie Anis tau.” beritahu anak kecil itu.
“Auntie pun rindu dekat Meerul.” Ujar Anis Najwa pula. Hariz Iskandar yang memerhati gelagat kedua-duanya hanya melemparkan senyuman. Hariz Iskandar gembira melihat kemesraan Anis Najwa dan Ameerul. Mereka menuju ke restoran segera kesukaan Ameerul. Selesai makan, Hariz Iskandar  menghantar Ameerul ke rumahnya dan  terus balik ke pejabat semula.

1 ulasan: