Senarai Kawan

Selasa, 14 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 13

BAB 13
Hujung minggu kebiasaannya Anis hanya duduk berehat di rumahnya. Dia malas hendak keluar kemana-mana, ada juga Salwa mengajaknya keluar sengaja dia hendak merehatkan dirinya setelah penat bekerja.  Anis Najwa leka mengemas biliknya, kedengaran telefon nya berbunyi, lantas dia menekan butang hijau dan terus menjawab panggilan tersebut.
“Assalammualaikum Anis,” soal Encik Hariz Iskandar di talian.
“Waalaikumsalam Encik Hariz, ada apa call saya.” Beritahu Anis Najwa pula.
“Maafkan saya menganggu awak, saya nak beritahu Ameerul dia masuk hospital.”
“Apa!!” jawab Anis Najwa ringkas. Dia terkejut mendengar berita yang diberitahu sebentar tadi.
“Macam ni apa kata awak datang ke hospital sekarang, Ameerul asyik sebut nama awak dari tadi,  risau saya di buatnya.”
“Baiklah, saya datang sekarang.” Anis Najwa terus menukar pakaiannya, terus dia mencapai kunci kereta Myvi kesayangannya menuju ke hospital yang telah diberitahu oleh Hariz Iskandar. Sebelum pergi dia sempat memberitahu  kepada ibunya. Anis sampai di hospital terus menuju ke bilik yang telah diberitahu oleh Hariz Iskandar. Di bilik itu, kelihatan doktor sedang memeriksa keadaan Ameerul yang sedang terlantar di katil. Anis Najwa terus mendapatkan Encik Hariz Iskandar untuk mengetahui perkembangan keadaan Ameerul.
“Doktor, macam mana dengan keadaan anak saya doktor?” Soal Hariz Iskandar yang kelihatan begitu risau melihat keadaan Ameerul.
“Encik Hariz tak perlu risau keadaan Ameerul dah kembali stabil, dia mengalami keracunan makanan.” terang doktor itu.
“Keracunan makanan?” ulang Hariz Iskandar semula.
“Ya, sebab itu dia muntah dan sakit perut. Ada tak dia makan sebarangan makanan?. Soal doktor itu kembali.
“Saya tak pasti doktor, mungkin dia makan makanan masa di sekolahnya.” Terang Hariz Iskandar  lagi.
“Kalau macam itu biar Ameerul berehat dulu, saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa boleh panggil nurse atau saya semula.” Ujar doktor semula. Hariz Iskandar  menganggukkan kepalanya. Doktor itu pun keluar dari bilik itu.
“Hariz, tengoklah tu.” Soal Datin Salmah kepada Hariz Iskandar sambil jarinya menunding ke arah Anis Najwa yang berada di sisi menemani Ameerul.
“Mama tengok Anis tu rapat betul dengan Ameerul. Mama rasa Anis sesuai jadi ibu kepada anak kamu tu.” Beritahu Datin Salmah.
“Hisy...mama ni ke situ pula.” Ujar Hariz Iskandar  pula.
“Mama cuma fikirkan pasal kamu dan Ameerul je, sampai bila kamu nak hidup macam ni, dah ada penganti yang sesuia Riz, kamu fikirlah baik-baik apa yang mama kata kan ni.” Terang Datin Salmah lag iterus dia beredar dari bilik itu.
“Anis, dahlah biar Meerul berehat, mari temankan saya minum. Lagi pun mesti awak dah penat jaga Meerul dari tadi.” Beritahu Hariz Iskandar kepada Anis Najwa. Anis Najwa segera mengikut langkah Hariz Iskandar  menuju ke kantin.
“Anis, saya ada perkara yang nak di bincangkan dengan awak.” Tanya Hariz Iskandar kepada Anis Najwa. Anis Najwa terus memalingkan wajahnya ke muka Hariz Iskandar yang duduk di hadapannya.
“Apa dia Encik Hariz.” Tanya Anis Najwa  pula smbil memandang  muka Hariz Iskandar.
“Saya tahu awak amat rapat dengan Ameerul, saya tak kisah pasal tu, yang penting sekarang saya nak minta awak kahwin dengan saya demi masa depan Ameerul. Saya mahu Ameerul dapat kasih sayang daripada seorang ibu,  jadi awaklah orang yang sesuai menjadi ibu kepada Ameerul. Saya tahu mungkin permintaan saya ni awak tak setuju, tapi saya betul ikhlas mengharapkannya. Saya juga tahu kita tidak saling mencintai antara satu sama lain, tapi berilah peluang pada diri saya dan juga awak. Saya harap awak dapat terima”. Anis Najwa terkejut mendengar penjelasan daripada Hariz Iskandar itu.
“Emm…saya tak tahu nak cakap apa, Encik Hariz berilah saya masa untuk fikirkannya dulu.” Ujar Anis Najwa kepada Hariz Iskandar.
“Baiklah. Saya tak paksa awak.” Ujar Hariz Iskandar lagi. Kemudian, mereka berdua pergi ke wad di mana Ameerul di tempatkan.

Anis Najwa merehatkan dirinya dibilik setelah seharian menjaga Ameerul di hospital, manakala giliran Hariz Iskandar pula menjaga Ameerul. Anis masih memikirkan permintaan Hariz Iskandar siang tadi. Anis keliru memang dia akui dia sayangkan Ameerul seperti anaknya sendiri, tetapi dia terpaksa korbankan masa depannya demi Ameerul itu pun atas permintaan Hariz Iskandar. Bagaimana pula dengan perasaannya apabila sudah menjadi isteri kepada Hariz Iskandar nanti. Bagaimana pula reaksi keluarga dan kawan-kawannya pula. Anis Najwa keliru untuk memikirkannya. Anis Najwa perlu buat keputusan segera agar niatnya tidak di salah ertikan.





3 ulasan:

  1. wahh,bestttt..xsbr nak tggu diorg jalani kehidupan normal suami isteri..bravo hawa!!!

    BalasPadam
  2. kalau nak lagi kena tggu lg lah..manuskrip pun byk lg blm siap

    BalasPadam