Senarai Kawan

Rabu, 15 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 14

BAB 14
Pagi itu, Anis Najwa datang ke hospital untuk melawat Ameerul. Anis Najwa gembira tengok keadaan Ameerul yang dah semakin pulih. Doktor juga memberitahu Ameerul boleh keluar hospital esok. Sedang Anis Najwa berbual dengan Ameerul kedengaran suara Hariz Iskandar dan Datin Salmah yang baru saja tiba di hospital itu.  Hariz Iskandar terus mendapatkan Ameerul yang sedang baring di atas katil.
“Encik Hariz, boleh saya berbincang sesuatu dengan awak?” pinta Anis Najwa.
“Kita berdua saja?” Tanya Hariz Iskandar kembali.  Pantas  Anis Najwa mengiakannya.
“Okey, kita cari tempat yang sesuai sikit.” akur Hariz Iskandar. Dia gembira kerana dapat meluangkan masa dengan Anis Najwa. Setelah memaklumkan kepada mamanya, mereka pun beredar dari situ. Mereka pergi ke taman berdekatan di dalam kawasan hospital itu.
“Apa yang Anis nak cakapkan ni?” soal Hariz Iskandar smabil memandang ke arah Anis Najwa yang duduk di sebelahnya.
“Saya setuju dengan permintaan awak hari tu, tapi saya tak mahu  bertunang, saya cadangkan kita terus berkahwin saja.” Beritahu Anis Najwa. Hariz Iskandar terkejut dengan penjelasan Anis Najwa  itu dan dia kembali begitu gembira setelah Anis memberitahu mengenai perkara itu.
“Betul ke?” Soal Hariz Iskandar semula untuk mendapatkan kepastian. Anis Najwa terus menganggukkan kepalanya sambil melemparkan senyuman. Anis Najwa merasa malu terhadap Hariz Iskandar.
“Malam esok saya datang ambil Anis di rumah kita makan malam bersama dengan keluaraga saya, lepas tu saya akan umumkan kepada mereka.  Lagi pun esok Ameerul dah boleh keluar hospital.  Ameerul mesti gembira mendengar berita ni.” Ujar Hariz Iskandar kepada Anis Najwa kelihatan begitu gembira. Malam itu,  Anis Najwa makan malan di rumah Hariz Iskandar. Datin Salmah tampak gembira sekali melayan kerenah Ameerul yang baru keluar hospital pagi tadi.  Selesai makan, Hariz Isakandar meminta semua ahli keluarganya untuk berkumpul di ruang tamu. Ada satu berita yang ingin disampaikan.
“Jadi apa bendanya yang kamu nak cakapkan Riz” Tanya Dato’ Sharuddin yang tak sabar untuk tahu. Hariz Iskandar sekadar tersenyum memandang mereka semua.
“Betul tu, apa yang Abang Riz nak cakapkan ni? Macam benda penting saja,” sampuk Haikal pula.
“Sebenarnya, Riz nak beritahu yang Riz dengan Anis dah bersetuju untuk berkahwin,” umum Hariz Iskandar tanpa berselindung lagi.
“Betul ke ni Riz?” Tanya Datin Salmah seakan tidak percaya.
“Ya mama. Kami bercadang nak kahwin dalam  masa terdekat ni.” beritahu Hariz Iskandar.
Datin Salmah masih lagi tak percaya. Kemudian, dia memandang Anis Najwa pula meminta kepastian. Anis Najwa hanya tersenyum sambil menganggguk mengiakannya.
Datin Salmah begitu gembira sekali mendengar khabar itu. Akhirnya, impiannya menjadi kenyataan juga.
“Syukur Alhamdulillah…” ucap Dato’ Sharudin pula. Kamu dah pilih tarikh atau belum?” Tanya Dato’ Sharuddin seterusnya lebih terperinci.
“Belum lagi. Ingat nak minta pandangan semua orang dulu,” jawab Hariz Iskandar.
“Kalau ikutkan mama, bulan depan jugak mama nak tengok kamu berdua akad nikah,” sampuk Datin Salmah.
“Riz memang bercadang nak buat macam tu mama, tak payah bertunang terus kahwin je.” Ujar Hariz Iskandar.
“Amboi.. tak sabar nampak.” Ujar Dato’ Sharuddin lagi sambil ketawa. Hariz Iskandar memandang ke arah Anis Najwa  melihat reaksinya.
“Kalau macam tu, lepas ni Meerul bolehlah dapat seorang adik!” sampuk Ameerul melonjak riang. Mereka semua ketawa melihat  telatah anak kecil itu. 
Hariz Iskandar memandang Haikal yang baru saja berlalu meninggalkan ruang tamu sebentar tadi. Hariz Iskandar pergi ke arah Haikal yang berada di beranda di luar rumahnya.
“Karl,  marahkan Abang?” soal Hariz Iskandar kepada Haikal. Haikal terus memandang ke arah Hariz Iskandar.
“Buat apa Karl nak marah Abang? Dah tak ada jodoh Karl dengan Anis. Karl redha sebab Anis pilih Abang dan Karl percaya Abang boleh menjaga Anis dengan lebih baik lagi dari Karl.” Terang Haikal walaupun suaranya kedengaran sedih.
“Abang minta maaf dengan Karl. Abang tahu Karl pun cintakan Anis juga kan.” Tanya Hariz Iskandar semula.
“Dah tak ada gunanya Abang, Anis pun dah buat pilihan dia, yang penting sekarang Karl harap Abang jaga Anis dengan baik dan jangan sesekali menyakiti hatinya, kalau tak Karl tidak akan teragak-agak rampasnya dari Abang.” Beritahu Haikal kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar hanya mendiamkan dirinya mendengar penjelasan dari mulut Haikal.

Pagi itu, seperti yang dijanjikan Anis Najwa sudah bersiap, sementara menunggu Hariz Iskandar sampai dia bersarapan terlebih dahulu. Ibunya sudang menunggu di meja makan. Hari ini Anis Najwa dan Hariz Iskandar keluar untuk membeli barang persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.
“Pin..!!Pin..!! bunyi hon kereta Hariz Iskandar yang baru saja tiba. Hariz Iskandar memberhentikan keretanya di hapadan rumah Anis Najwa. Mereka berdua di jemput masuk oleh ibu Anis Najwa.
“Assalammualaikum nenek.” Ujar Ameerul keriangan lantas dia terus mendapatkan Puan Hajah Kalsom yang sedang menunggu di pintu rumahnya. Puan Hajah Kalsom menghulur tangan menyambutnya.
“Meerul, Hariz mari masuk dulu, mak cik ada buat sarapan sikit.” Ujar Puan Hajah Kalsom. Hariz Iskandar menanggalkan kasutnya dan terus masuk ke rumah menuju ke meja makan. Hariz Iskandar memandang Anis Najwa yang sudah berada di meja makan sedang menikmati makanannya. Anis Najwa menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi lemak kepada Ameerul dan Hariz Iskandar. Hariz Iskandar menyambutnya.  Selepas mereka menikmati sarapan pagi, mereka bertiga meneruskan perjalanan.  Hariz Iskandar parking kereta Audi S4 kesayangannya di tempat yang telah disediakan. Mereka masuk pusat membeli belah tersebut.  
“Barang apa yang saya nak kena bagi dekat awak,  saya tak tahu nak beli apa.” Soal Anis Najwa kepada Hariz Iskandar.
“Kita cari barang-barang yang nak beli bersama-sama lepas itu kita tukar buat hantaran, yang penting sekarang kita beli cincin dulu.” Balas Hariz Iskandar pula. Anis Najwa hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan cadangan Hariz Iskandar. Sampai di kedai cincin, Hariz Iskandar meminta Anis Najwa memilih cincin yang di sukai oleh Anis Najwa.  Anis Najwa malu untuk memilihnya memandangkan harganya yang agak mahal. Hariz Iskandar memilih sepasang cincin emas putih bertatah batu belian, walaupun simple tapi amat sesuai jika di sarungkan di jari Anis Najwa.  Anis Najwa terkejut melihat harganya.
“Awak mahalnya, takut saya nak pakai tau.” Beritahu Anis Najwa kepada Hariz Iskandar.
“Tak apalah, tak kisah berapa harganya yang penting saya berkenan dengan cincin tu, lagi pun saya tengok cincin tu sesuai sangat dengan Anis.” Balas Hariz Iskandar semula. Anis Najwa hanya memerhatikan Hariz membayar harga cincin itu. Setelah membeli cincin mereka pergi untuk membeli barang-barang keperluan yang lain. Anis Najwa tersenyum melihat telatah Ameerul yang keletihan akibat berjalan.  Puas mereka masuk ke semua kedai untuk membeli keperluan yang lain. Setelah penat berjalan didalam pusat membeli belah tersebut, Hariz Iskandar memberhentikan langkahnya menuju ke restoran untuk makan. Sekali lagi restoran KFC menjadi pilihan mereka bertiga. Hariz Iskandar memesan makanan dan minuman, sementara Anis Najwa dan Ameerul mencari tempat kosong. Setelah Hariz Iskandar membuat pembayaran, Hariz Iskandar mengangkat dulang yang berisi makanan dan memandang mencari Anis Najwa dan Ameerul yang berada tidak jauh dari tempat Hariz Iskandar berdiri. Hariz Iskandar mengatur langkah menuju ke arah mereka. Ameerul kelihatan begitu gembira apabila Hariz Iskandar memesan ayam goreng kesukaannya.  Selepas habis makan, mereka bertiga pun menuju ke tempat parking kereta dan balik. Hariz Iskandar menghantar Anis Najwa ke rumahnya, selepas itu dia pun meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumahnya pula.
“Anis, banyak barang yang kamu beli.” Soal Puan Hajah Kalsom ibu kepada Anis Najwa.
“Banyak juga lah ibu, ni semua barang hantaran yang nak bagi pada Hariz nanti, cincin pun Hariz dah beli tadi.” Ujar Anis Najwa.
“Tak apalah nanti ibu tolong Anis buat hantaran ya, sekarang Anis pergi berehat dulu lagi pun mesti Anis penatkan seharian cari barang hantaran,”beritahu ibunya lagi. Anis Najwa hanya menganggukkan kepalanya.  Anis Najwa terus mengaturkan langkahnya menaiki tangga menuju ke biliknya. Anis Najwa membaringkan dirinya di atas katilnya setelah seharian penat membeli barang hantarannya tadi.  Anis Najwa merenung panjang memikirkan akan nasibnya tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Hariz Iskandar atas perjanjian dia dengan Hariz Iskandar. Maafkan Anis ibu, ayah Anis terpaksa lakukan ini untuk kebaikan Ameerul , luah hatinya.










3 ulasan: