Senarai Kawan

Isnin, 20 Jun 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 15


BAB 15

Suasana di perkarangan rumah Anis Najwa tampak begitu meriah sekali. Ramai tetamu yang kebanyakkan  terdiri daripada jiran tetangga dan sanak saudara yang hadir ke majlis perkahwinan itu. Para tetamu mula datang seawal pukul 10.00 pagi lagi untuk membantu apa yang patut.  Suasana bertambah meriah para tetamu melihat ketibaan pengantin lelaki yang kelihatan segak memakai baju melayu putih sesuai dengan Hariz Iskandar manakala penganin perempuan memakai baju kurung moden, Anis Najwa tampak begitu anggun sekali. Hariz Iskandar sudah duduk di hadapan mengadap tok kadi, sekejap lagi ucapan akad nikah akan bermula. Anis Najwa merasa begitu berdebar-debar sekejap lagi dia akan menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Hariz Iskandar.
“Aku terima nikahnya Anis Najwa Binti Abd Karim dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.” Ucap Hariz Iskandar tenang.  Usai ucapan itu lancar terbit dari mulut Hariz Iskandar dan disahkan saksi, dengan sekali lafaz sahaja Anis Najwa sah menjadi isteri kepada Hariz Iskandar.  Hariz Iskandar menuju ke arah Anis Najwa untuk upacara membatalkan air sembahyang, Hariz Iskandar  menyarungkan cincin ke jari Anis Najwa, sebuah kucupan hinggap ke dahi Anis Najwa. 

Anis Najwa duduk di dalam bilik selepas selesai menunaikan solat isyak. Kedengaran bunyi pintu bilik di kauk, lantas Anis Najwa memalingkan wajahnya memandang ke arah situ. Terpancul Hariz Iskandar yang sedang berdiri dihadapanya, Anis Najwa menjadi begitu gelisah apabila Hariz Iskandar  merenung tepat ke wajah isterinya itu.
“Anis, dah solat?” Soal Hariz Iskandar.  Anis Najwa hanya menganggukkan kepalanya.
“Abang baru saja nak ajak Anis solat berjemaah bersama, tapi tak apalah abang ambil air sembahyang dulu.” Anis Najwa terus membaringkan badannya ke katil apabila Hariz Iskandar hilang dari pandangannya menuju ke bilik air. Di letaknya bantal di tengah-tengah katil besar itu, memandangkan Anis Najwa belum bersedia untuk menerima Hariz Iskandar di dalam hidupnya. Selepas menunaikan solat, Hariz Iskandar mengatur  langkahnya menuju ke arah katil,
dia melihat wajah Anis Najwa yang sudah lena di buai mimpi. Tangannya di usapkan ke wajah Anis Najwa lalu mengucup dahi Anis Najwa. Hariz Iskandar terus merebahkan badannya ke katil, dia melihat bantal yang diletakkan di tengah, lantas Hariz Iskandar tersenyum dia tahu bahawa Anis Najwa belum bersedia menerima dirinya.

Jam loceng disebelah berbunyi mengejutkan Anis Najwa dari tidurnya. Dia mencapai jam loceng itu lalu mematikan bunyinya. Anis Najwa bangun dari katilnya, dan memandang sekujur badan yang baring di sebelahnya, lantas dia terus menuju ke bilik air mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Anis Najwa  turut mengejutkan Hariz Iskandar  yang masih lena di atas katil itu.
“Awak, bangun sembahyang subuh,” kejut Anis Najwa kepada Hariz Iskandar sambil tangannya mengoncangkan badan Hariz Iskandar. Hariz Iskandar bangun dengan sambil mengesat matanya lalu memandang ke arah Anis Najwa yang sedang berdiri di hadapannya itu.
“Anis tunggu abang ambil wuduk dulu, kita sembahyang berjemaah bersama-sama.” Ujar Hariz Iskandar. Dia bangun dari katil dan terus masuk ke dalam bilik air. Anis Najwa sudah bersedia bertelekung dan membentangkan sejadah dibiliknya sementara menunggu Hariz Iskandar keluar dari bilik air. Hariz Iskandar keluar dari bilik air terus menuju ke arah Anis Najwa yang sudah bersedia menunaikan solat bersama. Usai sahaja menunaikan solat bersama, Hariz Iskandar menyambung kembali tidurnya, sementara Anis Najwa turun ke bawah untuk menolong apa yang patut. Di dapur kelihatan Mak Kiah sedang mengoreng sesuatu.
“Selamat Pagi Mak Kiah, buat apa tu, boleh Anis tolong.” Soal Anis Najwa kepada Mak Kiah.
“Awalnya Anis bangun, Mak Kiah ingat nak buat nasi goreng aje. Mak Kiah tengok nasi malam tadi ada lebih dan elok lagi.” Ujar Mak Kiah.
“Boleh aje Mak Kiah,  Anis tolong Mak Kiah ya.”
“Eh..tak payahlah Anis,  Mak Kiah boleh buat sendiri.”
“Tak apalah Mak Kiah,  Anis tolong cepat sikit siapnya.” Ujar Anis Najwa kepada Mak Kiah. Mak Kiah berasa serba salah kepada Anis Najwa. Tanpa menyuruh, Anis Najwa terus menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi goreng.  Setelah siap menyediakan sarapan dan menghidangkannya, Anis Najwa terus menaiki tangga menuju ke biliknya. Anis Najwa mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.  Anis Najwa sudah keluar dari bilik air, dia memandang ke arah Hariz Iskandar yang masih berbaring di atas katil itu.
“Awak, bangun mandi.” Panggil Anis Najwa. Hariz Iskandar terkejut dan terus bangun dari tidurnya sambil tersenyum nakal merenung Anis Najwa yang hanya berkemban menggunakan tuala mandi. Bagai terpukau Hariz Iskandar terus merenung Anis Najwa tanpa berkelip-kelip. Tuala mandi yang agak pendek tidak dapat menutup sepenuhnya paha Anis Najwa yang putih melepak. Anis Najwa yang baru perasan keadaanya, cepat-cepat mencapai baju dan terus menyarungkannya. Anis Najwa merasa begitu malu apabila Hariz Iskandar terus memandangnya.
“Kenapa? Malu dengan abang?” Tanya Hariz Iskandar nakal sambil terus tersenyum melihat Anis Najwa yang kelihatan begitu gelisah. Hati Hariz Iskandar bergetar, naluri kelakiannya bergelora bila menatap tubuh wanita yang berdiri dihadapannya sudah menjadi isterinya yang sah.
“Baik awak pergi mandi dulu, lepas tu turun kita sarapan bersama-sama, mama, papa dan yang lain sudah tunggu kat bawah tu.” Beritahu Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar terus mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Bunyi paip kedengaran, Anis Najwa membuka almari mengambil pakaian dan di letaknya di atas katil. Anis Najwa memulas tombol pintu biliknya dan turun ke bawah.  Anis Najwa terus menuju ke meja makan yang telah terhidang.
“Hariz  belum bangun lagi ke Anis.” soal Dato’ Sharuddin.
“Dah bangun papa, dia tengah mandi. Kejap lagi dia turun.” Beritahu Anis Najwa.
“Selamat Pagi mama.” Ucap Ameerul yang baru saja tiba. Dia terus mendapatkan Anis Najwa dan memeluknya.
“Morning semua.” Ucap Hariz Iskandar yang baru sahaja turun. Hariz Iskandar pergi di meja makan dan terus melabuhkan punggungnya  di kerusi. Anis Najwa mengambil pinggan dan menyedukkan nasi goreng ke dalam pinggan itu. Hariz Iskandar terus menyambutnya.
“Emm..sedapnya pandai Mak Kiah masak kan.” Ujar Hariz Iskandar kepada Mak Kiah yang berada di meja makan itu.
“Bukan Mak Kiah lah yang masak Riz, Riz kena puji Anis sebab dia yang masak tau.” Beritahu Mak Kiah  sambil tangannya menunjuk ke arah Anis Najwa yang dari tadi hanya membisu.
“Apalah papa ni, kesian dekat mama tau penat aje mama masak.” Sampuk Ameerul yang tiba-tiba saja mencela. Hariz Iskandar terus memalingkan mukanya ke arah Anis Najwa. Anis Najwa faham  pandangan Hariz Iskandar  itu dan terus tersenyum melihat telatah dua beranak itu.
“Riz, nak pergi honeymoon dekat mana? Papa boleh sediakan, anggap saja sebagai hadiah perkahwinan kamu.” soal Dato’  Shahruddin.
“Kami belum cadang lagi nak pergi mana papa, biar kami bincang dulu selepas itu baru Riz beritahu pada papa.” Terang Hariz Iskandar  lagi sambil matanya memandang ke arah Anis Najwa.
Anis Najwa duduk diam di dalam biliknya usai saja bersarapan. Bunyi daun pintu di kuak membuatkan mata Anis Najwa beralih ke arah pintu. Hariz Iskandar berdiri di pintu dengan pandangan tepat ke arah Anis Najwa.
“Anis, tak boring ke terperap aje dalam bilik.” Soal Hariz Iskandar sambil melabuhkan punggungnya ke atas katil duduk di sebelah  Anis Najwa.
“Boring juga, saya pun dah tak tahu  nak buat apa.” Jawab Anis  Najwa pula.
“Mari kita pergi jalan-jalan, boleh bawa Ameerul sekali.”
“Oh...ya jangan lupa bawa baju persalinan awak, saya dan Ameerul sekali ya.  Kita mungkin akan bermalam di sana nanti.”
“Okey, saya bersiap dulu awak tunggu tau.” Balas Anis Najwa semula. Hariz Iskandar terus menganggukkan kepalanya, lantas pintu bilik di kuak dan dia terus beredar dari bilik itu. Setelah bersiap,  Anis Najwa turun ke ruang tamu, di situ dia terlihat Hariz Iskandar dan Ameerul sedang menunggunya.
“Awak nak bawa saya dan Ameerul pergi mana?” soal Anis Najwa.
“Dah sampai nanti awak tahu lah, mari...” Hariz Iskandar terus masuk ke dalam kereta kedengaran bunyi kereta itu.  Kereta itu meluncur laju di jalanraya. Ameerul kelihatan begitu gembira di tempat duduk belakang. Hariz Iskandar memberhentikan keretanya di luar pagar rumah mewah banglo dua tingkat itu. Mata Anis Najwa tidak berkelip-kelip memandang kawasan di banglo itu.
“Kenapa bawa kami ke sini?” Soal Anis Najwa.
“Inilah rumah kita.” Jawab Hariz Iskandar.
“Rumah kita?” ulang Anis Najwa sekali lagi. Lantas Hariz Iskandar terus menganggukkan kepalanya sambil melemparkan senyuman. Hariz Iskandar membuka pintu rumah itu, Ameerul dan Anis Najwa hanya mengikuti dari belakang.
“Wow! besarnya rumah kita papa.” Soal Ameerul sambil mulut terngaga memandang keadaan di dalam rumah itu.
“Mulai hari ini, inilah rumah kita. Kita akan duduk di sini nanti. Tapi malam ni kita bermalam di rumah ni okey.”
“Wah..!! bestnya Meerul suka sangat, mana bilik Meerul papa.” Ucap Ameerul kelihatan begitu riang.
“Mari, papa tunjukkan bilik Meerul.” Beritahu Hariz Iskandar sambil menghulurkan tangannya ke arah Ameerul.  Ameerul menyambutnya.
Mereka bertiga menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Diatas, kelihatan tiga bilik semuanya.
“Bilik tengah ni, bilik papa dan mama, sebelah kanan bilik Meerul dan sebelah kiri bilik bacaan papa.” Terang Hariz Iskandar. Ameerul terus membuka pintu biliknya, dia begitu terpegun melihat perhiasan yang telah hias cantik di biliknya, manakala Hariz Iskandar menunjukkan bilik mereka kepada Anis Najwa. Hariz Iskandar seronok melihat Anis Najwa dan Ameerul begitu gembira sekali. Hariz Iskandar terus melabuhkan dirinya di katil itu, sementara itu Anis Najwa  meninjau permandangan di sekeliling kawasan perumahan itu di balkoni di biliknya.
“Anis, suka rumah ni?” Soal Hariz Iskandar  kepada Anis Najwa yang tiba-tiba muncul dari belakang.
“Suka dan cantik sangat,  terima kasih awak.”
“Lepas ni, abang rasa Anis tak payah bekerja lagi, lagi pun abang masih mampu menyara Anis dan Ameerul lebih-lebih lagi kereta kesayangan Anis itu. Anis duduk di rumah jaga makan minum Ameerul dan abang saja.”
“Tapi Anis…” tiba-tiba saja ayatnya tergantung di situ saja.
“Soal kerja tu nanti abang carikan penganti Anis, abang tak mahu isteri abang bekerja, lagi pun abang masih mampu tanggung Anis dan Ameerul.” Ujar Hariz Iskandar  lagi.
“Abang ada satu permintaan yang perlu Anis tunaikan.” Beritahu Hariz Iskandar. Anis Najwa kelihatan seperti terkejut dengan permintaan Hariz Iskandar itu. Janganlah dia minta hak dia sebagai seorang suami, bisik hatinya.
“Abang tahu Anis belum bersedia sepenuhnya menjalankan tanggungjawab Anis sebagai seorang isteri, itu abang tak kisah dan abang tak mahu  memaksa dan sanggup tunggu cuma satu saja yang abang pinta, selepas ini abang harap Anis panggil dengan panggilan ‘Abang’ itu saja yang abang  pinta.” Beritahu Hariz Iskandar  sambil mengenggam erat tangan Anis Najwa.
“Papa,  malam ni kita tidur dekat sini ke.” Tanya Ameerul yang tiba-tiba muncul dari belakang. Anis Najwa terus menarik tangannya dari gengaman Hariz dan terus memandang ke arah Ameerul. Ameerul yang terlihat adengan mama dan papanya itu hanya tersenyum memandang mereka berdua.
“Haah...malam ni kita tidur dekat sini, tapi sekarang Ameerul pergi mandi dulu hari dah nak gelap ni, lepas solat maghrib kita keluar makan dan beli barang dapur sikit. Ameerul terus meluru keluar dari bilik itu dan pergi ke biliknya di sebelah.
“Abang…Anis pergi tengokkan Ameerul mandi ya.” Hariz Iskandar yang mendengar panggilan daripada Anis Najwa terus tersenyum memandang wajah Anis Najwa disebelah. Anis Najwa merasa malu, terus dia mengerak langkahnya menuju ke bilik Ameerul.
Usai saja bersolat dan bersiap, mereka bertiga keluar dari rumah itu seperti yang di rancangkan. Mereka bertiga pergi membeli barang dapur dahulu takut kedai tutup, selepas itu Hariz Iskandar membawa makan di sebuah restoran. Setelah membuat pesanan dan menikmati makan malam mereka pun beredar meninggalkan restoran itu dan pulang ke rumah barunya.

Anis Najwa bangun dari katilnya setelah terdengar bunyi alarm di telefon Hariz Iskandar berbunyi, dia segera mencapai telefon itu dan terus mematikannya. Anis Najwa turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan segera menunaikan solat. Sebelum turun ke dapur, Anis Najwa mengejutkan Hariz Iskandar yang masih tidur nyenyak di atas katilnya dan Anis Najwa terus menuruni tangga menuju ke dapur. Pagi ini, dia bercadang untuk mengoreng bihun saja, dia membuka peti ais dan mengeluarkan bahan-bahan untuk mengoreng bihun.









2 ulasan:

  1. mestilah jeles..tp dia tau Anis dh mula suka pdnya.nnt Haikal bercinta dengan Salwa kawan Anis.Amira yg jahat tu buat rancangan nak menghapuskan Anis...

    BalasPadam