Senarai Kawan

Rabu, 6 Julai 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 21


BAB 21
Amira Dato’ Razali kelihatan begitu marah sekali apabila orang suruhannya memberitahu bahawa Anis Najwa mengandungkan anak kepada lelaki yang dicintainya. Amira terus mengaturkan rancangan jahatnya untuk menghapuskan Anis Najwa dalam hidup Hariz Iskandar.

Syafiq sudah bersiap sedia bertolak ke airport sambil menunggu Salwa dan Anis Najwa datang ke rumahnya. Baru semalam Syafiq mendapat panggilan telefon daripada Salwa yang mengatakan dia dan Anis Najwa akan menghantarnya ke airport. Sedang asyik Syafiq mengelamun, kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumahnya. Lantas Syafiq terus menuju ke arah kawannya itu.
“Sampai jugak korang berdua, aku ingatkan korang tak jadi nak hantar aku dekat airport.” Soal Syafiq kepada Salwa dan Anis Najwa.
“Mana ada Fiq, kami tak lupa kawan lah, sudahlah jom kita gerak nanti lambat pulak.” Balas Salwa pula. Syafiq terus memasukkan barangnya ke dalam bonet kereta Salwa.
“Mama, Fiq gerak dulu.” Beritahu Syafiq kepada mamanya.
“Baiklah, mama dan papa ikut kereta Salwa dari belakang.” Jawab mama Syafiq. Mereka terus melabuhkan punggung masuk kedalam kereta. Salwa memandu dengan penuh berhati-hati. Mereka telah tiba airport, Salwa memberhentikan keretanya di tepi sementara Syafiq mengeluarkan barang-barangnya dari bonet kereta. Anis Najwa dan Salwa turut membantu Syafiq. Kemudian, Salwa meminta Syafiq dan Anis Najwa masuk ke dalam airport dulu sementara Salwa mencari parking untuk meletakkan keretanya. Syafiq mengambil peluang ini berbual dengan Anis Najwa.
“Anis, jaga diri baik-baik tau, kalau ada apa-apa jangan lupa beritahu Fiq. Anis boleh hantar email dekat Anis.” Ujar Syafiq kepada Anis Najwa.
“Fiq, pun sama. Belajar rajin-rajin jangan lupa Anis dan Salwa dekat sini.” Balas Anis Najwa semula. Salwa melambaikan tangannya ke arah Anis Najwa dan Syafiq, terus Salwa menuju ke arah mereka.
“Papa dan mama kau belum sampai lagi ke?” Tanya Salwa kepada Syafiq. Syafiq ingin mengambil telefonnya didalam poket untuk menghubungi mama dan papanya, belum sempat dia berbuat demikian, kelihatan mama dan papanya sedang menuju ke arahnya. Tidak lama kemudian, arahan masuk kedalam airport itu berbunyi, lantas Syafiq mengaturkan langkahnya untuk masuk kedalam. Datin Nora ibu Syafiq sudah mengalirkan air mata tidak sanggup membiarkan Syafiq pergi, sementara itu suaminya sedang memujuk isterinya. Salwa dan Anis terus melambaikan tangannya ke arah Syafiq yang kian hilang dari pandangan mereka.
“Sudahlah tu, mari kita balik.” Ujar Dato’ Mazlan. Mereka sama-sama keluara dari airport itu. Di dalam kereta Anis Najwa melihat Salwa yang kelihatan sedih.
“Sudahlah tu Wa.” Ucap Anis Najwa sambil memujuk Salwa.
“Aku sedih lah Anis, Fiq tinggalkan kita. Kau pun tahu, kita dengan Fiq tu dah lama berkawan.” Terang Salwa kepada Anis.
“Aku tahu, aku pun sedih jugak, tapi itu kan keputusan Fiq. Mungkin dekat sana nanti dia jumpa perempuan yang boleh menyerikankan hidup dia.” Jawab Anis Najwa.
“Kau nak tahu kenapa Fiq beria-ria sangat nak pergi sana?”
“Sebab apa?” Tanya Anis Najwa semula.
“Dulu kan kita bertiga berkawan baik, sejak kau dah kahwin dan aku pulak tengah bercinta dengan Haikal mestilah dia terasa sebab kita dah tak pedulikan dia lagi.”
“Sudahlah itu Wa, kita doakan semoga dia bertemu jodohnya di sana nanti.” Ucap Anis Najwa. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Salwa meneruskan pemanduannya walaupun hatinya sedih. Anis Najwa tiba di rumah dengan selamatnya. Hari ini dia berasa begitu letih sekali lebih-lebih dalam keadaannya yang sedang mengandung.










1 ulasan:

  1. harap2 tak ada yang berlaku kat anis n baby...nak lg...!!!!!!!!!!!

    BalasPadam