Senarai Kawan

Rabu, 13 Julai 2011

Andai Itu Jodohku-Bab 22


BAB 22
Hariz Iskandar termenung sendirian di pejabat memikirkan keadaan isterinya itu. Sejak mengandung, Anis Najwa menghadapi alahan yang teruk Hariz Iskandar merasa begitu risau sekali melihat keadaan isterinya itu. Hariz Iskandar yang banyak membantunya membuat kerja rumah mujur Ameerul ringan tangan turut membantunya juga. Hariz Iskandar juga telah mengaji seorang untuk membuat kerja rumah dan membantu Anis Najwa. Memang diikutkan, Anis Najwa sendiri yang tidak mahu Hariz Iskandar menyedia orang gaji tetapi memandangkan keadaannya yang sedang mengandung dan tidak larat untuk membuat kerja rumah Anis Najwa turutkan juga cadangan Hariz Iskandar itu.  Hariz Iskandar bersyukur dapat mengajikan seorang tukang gaji yang baik seperti Mak Mah. Sepeninggalan Hariz Iskandar keluar untuk bekerja Mak Mah lah yang banyak membantu membuat kerja rumah dan menjaga isterinya itu. Di pejabat, kelihatan Adila sedang membuat kerja rutin hariannya. Muncul Haikal yang sedang berdiri elok di hadapannya, dengan pantas Adila terus memandang ke arah Haikal.
“Adila, Encik Hariz ada didalam bilinya.” Tanya Haikal kepada Adila terus Adila menganggukkan kepalanya.
“Saya nak jumpa dengan dia kejap.” Beritahu Haikal dan terus mengatur langkah menuju kea rah bilik Hariz Iskandar. Dia mengetuk pintu bilik Hariz Iskandar berulang kali tetapi tiada sahutan di beri, terus Haikal memulas tombol pintu dan membukanya. Dia melihat Hariz Iskandar sedang termenung memikirkan sesuatu dan tidak sedar kehadirannya itu. Haikal terus memanggil Hariz Iskandar, terus dia tersedar dari lamunannya itu.
“Bila Karl masuk bilik abang.” Soal Hariz Iskadar seperti terkejut.
“Dah lama pun Karl berdiri dekat sini, Abang Riz tu je yang tak sedar pun.” Terang Haikal kepada Hariz Iskandar.
“Apa yang Abang Riz menung sangat tu?” Tanya Haikal semula.
“Pasal Anis.”
“Kenapa dengan dia pulak? Apa yang dia dah buat?” Soal Haikal.
“Dia tak buat apa-apa pun dekat Abang Riz, cuma Abang risau sangat tengok keadaan dia tu, sejak mengandung ni makin teruk pulak alahan dia tu yang buat Abang Riz risau sangat tu.” Haikal yang mendengar terus bersimpati dengan keadaan Anis Najwa.
“Masa arwah Kak Nisa dulu, tak lah terus macam sekarang ni.”
“Emm, susah jugak ye kalau orang perempuan ni mengandung? Apa kata Abang Riz bawa pergi klinik.” Cadang Haikal.
“Betul jugak tu cadangan Karl, nanti Abang Riz bawa Anis pergi klinik.”
“Oh ya, kenapa Karl nak jumpa dengan Abang Riz ni.” Tanya Hariz Iskandar pula.
“Karl bercadang nak bertunang dengan Salwa hujung bulan ni? Apa pendapat Abang Riz?” Hariz Iskandar turut terkejut dengan penjelasan Haikal tu.
“Biar betul?” Soal Hariz Iskandar lagi seperti tidak percaya dengan apa yang di dengarkannya sebentar tadi.
“Abang Riz tak kisah yang penting sekarang ni Karl kena beritahu pada mama dan papa tak lupa juga Salwa. Dia dah tahu ke pasal hal ni.”
“Karl dah pun berbincang dengan Salwa dia tak ada halangan dia pun setuju.”
“Kalau macam tu, baik lah nanti Karl beritahu pada mama dan papa pasal perkara ni. Okeylah Karl keluar dulu.” Beritahu Haikal. Dia terus keluar dari bilik Hariz Iskandar dan menuju ke arah biliknya. Sementara itu Hariz Iskandar sedang bersiap-siap mengemas dan menyusun fail-failnya semula diatas mejanya. Dia mencapai briefcase dan keluar dari biliknya dan menuju ke meja Adila. Lantas Adila terus memandang Hariz Iskandar.
“Adila, kalau ada orang cari saya beritahu saya cuti hari ini. Jangan ganggu saya di rumah.” Beritahu Hariz Iskandar. Dia terus melangkah menuju ke lif.
“Apa kena dengan Encik Hariz ni, tiba-tiba je dah nak balik.” Adila mengomel sendirian dan dia meneruskan kerjanya semula.

Hariz Iskandar tiba dirumah dengan selamatnya. Dia melihat Mak Mah sedang memasak di dapur. Mak Mah yang perasan terus dia pergi ke arah Hariz Iskandar yang sedang merehat di ruang tamu.
“Mak Mah ingat siapalah tadi yang balik. Hariz nak air? Mak Mah boleh buatkan? Soal Mak Mah kepada Hariz Iskandar.
“Tak payahlah Mak Mah, Anis mana Mak Mah? Soal Hariz Iskandar kepada Mak Mah.
“Anis ada dekat dalam bilik, kesian Mak Mah tengok dia asyik muntah je. Nanti Hariz bawak dia pergi klinik. Risau Mak Mah tengok keadaan dia itu.” Terang Mak Mah sambil berlalu meninggalkan Hariz yang masih duduk di ruang tamu. Hariz Iskandar terus bangun bari tempat duduknya dan menuju ke biliknya. Dia melihat isterinya yang sedang lena, terus dia merapatkan badannya ke sisi Anis Najwa mukannya yang kelihatan pucat. Anis Najwa terasa seperti ada orang yang sedang duduk di sisinya terus membuka matanya dan dia melihat Hariz Iskandar di hadapan sedang memandangnya.
“Bila abang balik?” Anis Najwa terus bangun sambil menyandarkan badannya ke birai katil. Hariz Iskandar turut membantu mengambil bantal dan menyandarkan badan Anis Najwa.
“Baru je, abang risau tengok keadaan Anis, terus sangat morning sickness Anis.” beritahu Hariz Iskandar.
“Teruk macam mana pun Anis boleh tanggung, ni kan zuriat kita.” Jelas Anis Najwa kepada Hariz Iskandar. Hariz Iskandar begitu terharu mendengar luahan daripada Anis Najwa. Betapa dia menyayangi isterinya itu.
“Anis bersiap kita pergi klinik. Abang tak boleh tengok keadaan Anis yang macam ni, abang balik ni pun sebab nak bawa Anis pergi klinik.” Terang Hariz Iskandar. Anis Najwa terharu dengan apa yang Hariz Iskandar beritahu tadi segera dia bangun dan bersiap untuk pergi klinik.
“Mak Mah! Panggil Hariz Iskandar. Mak Mah yang terdengar namanya di panggil terus dia beredar dari dapur.
“Ada apa Riz.” Tanya Mak Mah.
“Mak Mah tolong tengokkan Meerul, Riz nak bawa Anis pergi klinik” Jelas Hariz Iskandar. Mak Mah menganggukkan kepalanya. Hariz Iskandar segera bergerak kea rah keretanya. Hariz Iskandar memandu keretanya dengan penuh berhati-hati sambil itu dia memandang Anis Najwa yang duduk di sebelahnya. Sampai di klinik dan mendaftar nama, Anis Najwa dan Hariz Iskandar duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu namanya di panggil. Tidak lama kemudian, namanya di panggil, Hariz Iskandar dan Anis Najwa segera masuk ke dalam bilik rawatan.
“Doktor, isteri saya sedang mengandung tetapi dia alami alahan yang teruk, kesian saya lihat keadaannya doktor.” Luah Hariz Iskandar kepada doktor itu.
“Memang begini yang dialami oleh ibu mengandung, kandungannya masih awal lagi, jika dah lebih 3 bulan alahan itu akan berhenti sendirinya, yang penting sekarang puan kena banyakkan berehat dan jangan sesekali buat kerja yang berat yang boleh menjejaskan kandungan. Saya akan bagi ubat alahan dan vitamin sikit kepada puan. Kalau masih tidak baik, puan kena pergi hospital untuk buat rawatan selanjutnya.” Terang doktor yang merawat Anis Nawja dengan panjang lebarnya. Hariz Iskandar turut mendengar apa yang di beritahu oleh doktor itu. Selepas itu, mereka keluar dari bilik rawatan itu sementara Hariz Iskandar pergi ke kaunter untuk mengambil ubat dan menbuat bayaran. Mereka berdua terus pulang ke rumah semula.










1 ulasan:

  1. wah, besnye novel ni...heee time ni la blh selitkan yg hariz jga tak terlepas mglmi alahan org mgndung..kira dil suami isteri kene bersama...huk3

    BalasPadam