BAB
BUNYI
deringan telefon mengganggu sedikit kerja Qistina. Lantas dia meraba-raba ke
dalam beg tangan untuk mencari telefon bimbit. Jarinya, pantas menekan butang
hijau apabila memandang nama yang tertera skrin telefonnya itu.
“Assalamualaikum
umi,” terus dia memberi salam. Rasa gembira menerima panggilan dari uminya Puan
Hashimah.
“Wa’alaikumsalam,
Qis sihat?” ucap Puan Hashimah pula.
“Qis
sihat aje umi. Umi dan abah macam mana? Sihat?” aju Qistina lagi.
“Umi
dan abah pun sihat juga. Umi rindu sangat kat Qis. Bila Qis nak balik kampung?”
tanya Puan Hashimah lagi.
“Qis
sibuk sikitlah umi, kalau tak ada apa-apa nanti hujung bulan ni Qis balik,”
luah Qistina untuk menyedapkan hati uminya itu. Sudah lama dia tidak pulang ke
kampung halamannya di Sungai Sireh, Tanjong Karang. Pasti di kampungnya
sekarang ini tengah musim menuai padi. Qistina rindu suasana di kampungnya.
Macam manalah keadaan umi dan abahnya di kampung itu. Sudahlah abahnya itu
menghidap penyakit kencing manis dan jantung, risau juga apabila memikirkan
keadaan abahnya itu.
“Hmm…
kalau dah Qis kata begitu umi tak kisahlah, risau jugak umi kat Qis. Abah kamu
tu asyik tanya aje bila Qis nak balik,” ujar Puan Hashimah lagi.
“Umi,
jangan risau kat Qis. Qis baik-baik aje kat sini. Okeylah umi, Qis ada kerja
lagi nak buat ni. Nanti Qis telefon umi balik. Kirim salam dekat abah ya,” ucap
Qistina sambil mengakhiri perbualan dengan Puan Hashimah sebentar tadi.
JAM di dinding tepat menunjukkan 1.00 tengahari,
Qistina tergesa-gesa mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya semula.
Seperti biasa, Qistina dan Soffiya akan keluar makan tengah hari bersama-sama.
Selalunya Soffiya akan menunggunya di lobi. Walaupun Qistina dan Soffiya
bekerja di dalam satu syarikat yang sama, tetapi Soffiya bekerja dibahagian
lain. Mereka berdua tetap akan meluangkan masa rehat bersama-sama.
Qistina
mengatur langkah dengan pantas dia tidak mahu Soffiya lama menunggunya. Tepat
sangkaannya sebentar tadi, ternyata Soffiya sudah menunggunya di lobi
bersama-sama seseorang. Qistina yakin yang bersama Soffiya kini adalah Hisyam.
Hisyam juga bekerja di dalam satu bahagian dengan Qistina. Hisyam juga selalu
membantu Qistina lebih-lebih dalam urusan kerja.
Qistina
amat menyenangi dengan sikap yang ada pada diri Hisyam. Ternyata Hisyam tidak
lokek memberikannya idea atau membantunya di dalam urusan kerja. Mereka juga
sudah mengenali diantara satu sama lain, cuma Hisyam jarang menceritakan
tentang perihal keluarganya. Yang Qistina tahu, Hisyam pernah belajar diluar
negara.
Selepas
tamat pengajiannya disana, Hisyam pulang ke Malaysia dan bekerja di syarikat di
mana mereka bekerja sekarang. Tidak banyak yang diketahui oleh Qistina tentang
keluarga Hisyam. Ada juga Qistina bertanyakan kepada Syafiq merangkap kawan
baiknya mengenai keluarga Hisyam, tetapi Syafiq juga seperti merahsiakan
identiti sebenar Hisyam kepadanya. Apalah yang nak dirahsiakan sangat entah,
Qistina sendiri pun tidak tahu. Oleh disebab itu, Qistina mengambil keputusan
untuk tidak mengambil tahu tentang perihal Hisyam lagi.
Qistina
terus mendekati Soffiya yang sedang leka berbual bersama Hisyam. Hisyam terus
merenung wajah Qistina apabila Qistina semakin dekat menghampiri Soffiya.
Soffiya terus memalingkan wajahnya kepada Qistina. Qistana dapat merasakan,
Hisyam asyik merenungnya sedari tadi. Sengaja Qistina pura-pura tidak ambil
tahu.
“Kita
nak makan kat mana ni?” soal Qistina setelah mendapatkan Soffiya.
“Hmm…
tempat biasalah,” balas Qistina ringkas.
“Oh
ya… Qis kau tak kisahkan kalau Syam dengan Syafiq nak join kita makan sekali?”
tanya Soffiya sekali lagi. Qistina terus mengangguk tanda setuju.
“Eh, kenapa tu? Ramainya orang,” tiba-tiba
Soffiya bersuara. Tangannya sudah tertunjuk ke arah hujung simpang.
“Macam orang accident aje,” sahut Syafiq.
“Kau orang masuk dalam warung dulu,
aku dengan Syafiq nak ke sana sekejap,” lantas lengan Syafiq dia tarik supaya
mengikut langkahnya. Bila lagi nak dapat pahala free, masa-masa macam ni aje la.
Hampir setengah jam kemudian,
mereka berdua masuk ke dalam warung. Makanan sudah terhidang di atas meja.
“Eh, ada darah kat baju tu,”
spontan mulut Qistina berkata kepada Hisyam.
Laju kepala Hisyam mencari kesan
darah yang dikatakan itu. Nasib baik di dalam keretanya sentiasa ada baju spare. Senanglah kalau berlaku kes-kes
begini.
“Tak apa, sikit aje ni.” balas
Hisyam pendek.
“Aku dah order makanan untuk kau
berdua. Cepatlah makan, dah lewat ni.” gesa Soffiya.
Selepas menikmati hidangan makan
tengah hari, mereka berempat kembali semula ke pejabat dan menyambung kerja
mereka semula.
Ramai
pekerja sudah beransur pulang. Hanya tinggal beberapa orang saja lagi yang
masih sibuk dengan kerja masing-masing. Qistina membelek jam di tangannya sudah
menginjak ke angka 7.00 malam. Dia melepaskan keluhan perlahan-lahan. Patutlah,
sudah pukul 7.00 malam. Hari ini, Qistina perlu menyiapkan laporan kewangan dan
selepas itu diserahkan kepada Encik Kamal selaku pengurus di bahagiannya
menjelang pagi esok. Qistina tidak mahu menunggu lebih lama di situ,
cepat-cepat dia mengemas mejanya dan menyusun semula fail-fail yang berselerak
di atas mejanya lalu meninggalkan pejabatnya dengan segera.
AWAL pagi lagi Qistina sudah terjaga. Sudah menjadi
rutin hariannya, setiap hujung minggu Qistina akan bangun awal seperti selalu.
Hari ini Soffiya mengajak menemaninya ke pusat membeli-belah Sogo. Qistina juga
tidak mahu melepaskan peluang ini, segera dia bersetuju untuk mengikuti
Soffiya. Selepas bersiap dan bersarapan, Qistina dan Soffiya terus mengaturkan
langkah menuju ke kereta Myvi milik Qistina. Perjalanan dari rumah sewa mereka
menuju ke Sogo mengambil masa lebih kurang satu jam. Qistina memandu keretanya
dengan tenang.
“Hari
ni bolehlah lepas giankan?” ucap Soffiya kepada Qistina yang sedang memandu
kereta.
“Yalah,
aku pun dah lama tak pergi shopping
ni, ingat nak cari baju barulah sikit,” balas Qistina teruja.
“Qis,
aku dengar Syafiq dengan Sarah nak pergi bercuti kat Cameron Highlands. Dia
orang ajak kita berdua dan Hisyam sekali. Yelah, tak akan dia orang nak pergi
berdua pula. Nanti tak pasal-pasal dapat kahwin free aje,” terang Soffiya lagi.
“Kau
nak pergi tak?” tanya Soffiya sambil memandang wajah Qistina yang sedang
memandu keretanya.
“Hmm…
tengoklah nanti macam mana. Kalau tak ada hal apa-apa aku pergi,” balas Qistina
lagi.
“Okey,
aku ikut kau aje. Kalau kau pergi aku pun pergi jugaklah. Bestnya, dah lama tak
pergi bercuti bersamakan.” Qistina yang memandu disebelahnya hanya tersenyum
dengan telatah Soffiya itu.
Tidak
lama kemudian, mereka tiba di destinasi yang mereka ingin tujui. Qistina melihat
ramai orang berpusu-pusu di dalam pusat membeli-belah itu memandangkan hari ini
adalah hari minggu. Setelah puas berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah
itu, mereka berdua singgah di medan selera untuk menjamu selera.
Tiba-tiba,
mata Qistina terpandang kelibat tunangnya Firdaus bersama-sama dengan seorang
perempuan, kelihatan begitu mesra sekali. Qistina terpaku serta-merta dia
memberhentikan langkahnya. Hatinya, dihimpit rasa marah dengan tindakan Firdaus
terhadapnya. Sementara Soffiya hanya memerhati tingkah laku sahabatnya itu. Dia
sendiri hairan dengan perangai Qistina yang pelik itu.
“Qis,
kenapa ni?” soal Soffiya pelik sambil mengoncangkan bahu Qistina. Qistina hanya
diam langsung tidak memberi apa-apa sebarang jawapan dari pertanyaan Soffiya
itu tadi. Soffiya hanya memandang wajah Qistina dengan perasaan yang
bercampur-baur.
“Fiya,
cuba kau tengok tu,” Qistina menuding jarinya. Soffiya terus memandang.
Alangkah begitu tergamamnya Soffiya apabila melihat tunang Qistina bersama
perempuan lain. Patutlah, bila Qistina mengajak Firdaus berjumpa ada saja
alasan yang Firdaus selalu berikan. Bukan main mesra lagi hubungan mereka
berdua, siap berpeluk sesuka hati saja. Qistina tidak dapat menahan amarahnya,
terus saja Qistina mengatur langkah dan mendekati langkah Firdaus yang tidak
jauh darinya. Hari ini juga, Qistina mahu membuat perhitungan dengan Firdaus. Firdaus
terkejut dengan kehadiran Qistina yang muncul secara tiba-tiba dihadapannya,
terus saja dia melepaskan pelukannya di pinggang perempuan disebelahnya
tadi. Qistina terus merenung tajam ke
wajah perempuan di sebelah tunangnya Firdaus. Gedik!
“Qis,
biar Fir jelaskan dulu?” ucap Firdaus. Dia tahu Qistina pasti tidak mahu
mendengar penjelasannya terlebih dahulu.
“Tak
payah Fir nak jelaskan semuanya! Patutlah Qis selalu ajak Fir keluar Fir tak
nak, rupa-rupanya ada simpan perempuan lain ya?” marah Qistina sambil
memukul-mukul dada Firdaus. Firdaus hanya membiarkan saja tindakan Qistina itu.
“Qis,
Fir mintak maaf,” itu saja ayat yang terkeluar dari mulut Firdaus. Dia tidak
tahu bagaimana dia harus menjelaskan perkara yang sebenar kepada Qistina.
“Selama
ni, senang-senang aje Qis kena tipu dengan Fir. Apa salah Qis pada Fir? Sanggup
Fir permainkan perasaan Qis selama ni?” Qistina menangis teresak-esak, tidak
menyangka hubungannya selama lima tahun ini pergi begitu saja. Selama ini, dia
penuh setia dengan Firdaus, tapi rupa-rupa Firdaus yang mempermainkan
perasaannya. Hancur hatinya.
Soffiya cuba menyenangkan perasaan sahabat baiknya
itu, dia juga berasa marah dengan tindakan Firdaus itu. Sanggup dia
mempermainkan perasaan Qistina!
“Fir,
mulai hari ini hubungan kita putus!” Laju saja mulut Qistina melepaskan ayat
itu. Dia terus melangkah meninggalkan Firdaus. Firdaus terpinga-pinga terkejut
dengan tindakan Qistina. Hubungannya bersama Qistina putus begitu saja. Pada
masa yang sama, hattinya turut berasa menyesal dan kecewa dengan tindakannya
sendiri. Dia juga telah menghancurkan hati dan perasaan Qistina.
“Qis,
sudahlah tu. Tak guna kau menangis sebab lelaki macam tu. Kau berhak dapat
lelaki yang jauh lebih baik dari Fir tu,” pujuk Soffiya. Dia tidak sampai hati
melihat Qistina menangis lagi. Dia sudah menduga pasti perkara ini akan
terjadi.
“Fiya,
aku sedih sangat. Tergamak Fir buat aku macam ni! Apa salah aku Fiya? Dah lima
tahun aku berkawan dengan dia, tak lama lagi kami dah nak kahwin. Apa aku nak
beritahu pada umi dan abah aku nanti?” Luah Qistina kepada Soffiya.
“Kau
kena lupakan dia Qis, aku rasa lebih baik kau ceritakan hal sebenar kepada
keluarga pasal hubungan kau dengan Fir,” pujuk Soffiya lagi. Qistina mengangguk
bersetuju dengan cadangan dari Soffiya itu.
“Fiya,
terima kasih ya… kau selalu ada bila aku ada masalah. Kaulah sahabat baik aku.
Aku sayang sangat dekat kau,” luah Qistina lagi. Soffiya berasa terharu dengan
penjelasan daripada Qistina itu. Qistina adalah sahabatnya yang paling rapat,
dan dia tidak akan membiarkan Qistina merasa kecewa dengan hubungannya dengan
Firdaus. Qistina harus melupakan Firdaus. Baginya, hubungan Qistina dan Firdaus
sudah berakhir. Mereka berdua berpelukan.
“Hmm…
dahlah nanti orang fikir kita ni lesbian pula,” terus saja Qistina melepaskan
pelukannya. Rasa terhibur sedikit apabila Soffiya berkata begitu.
ambik kau firdaus..@bluescarf
BalasPadam