BAB 3
SOFFIYA
sudah bersiap berpakaian kemas untuk pergi ke pejabat. Dia terjenguk-jenguk di
dapur jikalau ada kelibat Qistina di situ. Dia hairan, selalunya Qistinalah
orang yang pertama bersiap dan menunggunya di ruang tamu, tapi kali ini batang
hidung Qistina pun dia tak nampak lagi. Soffiya dilanda resah. Sesekali dia
melihat jam dipergelangan tangannya, hanya tinggal beberapa minit saja lagi pukul
9.00 pagi. Pasti dia lewat tiba di pejabat nanti. Soffiya mengeluh.
Soffiya
malas menunggu lama lagi, dia mengaturkan langkah perlahan-lahan menuju ke
pintu bilik Qistina. Dipulasnya tombol pintu itu, alangkah terkejutnya dia
mendapati Qistina masih tidur di atas katilnya. Soffiya pelik dengan tindakan
Qistina itu, dia bergerak dengan lebih dekat lagi. Dia cuba mengejutkan Qistina
yang masih tidur lena.
“Qis,
kau tak pergi kerja ke?” Panggil Soffiya sambil mengoncangkan badan Qistina.
Qistina membuka matanya perlahan-lahan.
“Fiya,
aku rasa tak larat nak pergi kerjalah hari ini,” ucap Qistina perlahan.
“Qis,
kau demam ni. Panas badan kau,” beritahu Soffiya sambil meletakkan jari ke dahi
Qistina. Terkejut Soffiya, badan Qistina memang tengah panas.
“Mari,
aku bawak kau pergi klinik dulu. Nanti, kalau dibiarkan lama melarat pulak,”
ujar Soffiya sambil mengangkat badan Qistina.
“Tak
payahlah Fiya, kejap lagi aku makan ubat panadol baiklah. Kau tu pergi kerja
cepat. Nanti lambat pula. Pasal aku, kau jangan risau ek…,” beritahu Qistina
lemah. Dia tidak mahu menyusahkan Soffiya lagi.
“Betul
ni?” tanya Soffiya lagi. Pantas Qistina mengangguk.
“Tak
apalah kau tak payah pergi kerja hari ini. Nanti aku beritahu pada Encik Kamal
yang kau cuti hari ini. Kau rehat aje kat rumah. Kalau ada apa-apa hal kau
telefon aku tau. Aku pergi kerja dulu,” ujar Soffiya lagi. Dia mulai risau
melihat keadaan Qistina. Pasti disebabkan kejadian tempoh hari Qistina diserang
demam.
Soffiya
mengatur langkah dengan cepat, hari ini dia sudah terlambat datang ke pejabat.
Risau juga jika ada orang mencarinya. Jika tidak disebabkan Qistina demam tadi,
pasti dia sudah awal sampai ke pejabat seperti selalu. Bagaimanalah keadaan
Qistina ditinggalkan seorang di rumah, hatinya mulai risaukan keadaan Qistina,
nampaknya hari ini dia terpaksa minta cuti setengah hari bekerja dia mahu
membawa Qistina ke klinik. Takut demam Qistina semakin menjadi-jadi walaupun
Qistina memberitahunya akan memakan ubat. Bukan dia tidak mempercayai kata-kata
Qistina, tetapi sebagai kawan baik dia sekadar mengambil berat akan diri
Qistina.
“Lambat
kau sampai ofis hari ini? Selalunya kau dengan Qistinalah orang yang paling
awal tiba,” ucap Syafiq sambil terjenguk-jenguk dibelakang Soffiya seperti
mencari seseorang.
“Yang,
kau ni terjenguk-jenguk ni kenapa? Kau cari siapa?” tanya Soffiya kepada
Syafiq. Pelik dengan perangai mamat sorang ni.
“Kau
datang sorang aje? Qis mana? tanya Syafiq semula. Dia pula yang gelabah.
“Qis
cuti hari ini dia demam,” jawab Soffiya ringkas.
“Pelik
aku, tak pernah Qistina cuti mengejut macam ni.”
“Dah
dia demam, takkan nak datang kerja jugak,” sindir Soffiya. Geram betul dengan
Syafiq ni. Tak faham aku dengan perangai dia ni. Buat aku sakit hati aje!
“Okeylah,
aku nak pergi sambung kerja aku balik. Tadi Syam cari kau,” beritahu Syafiq
kepada Soffiya. Macam mana dia nak terangkan pada Hisyam nanti. Arghh…
SUDAH pukul 1.00 tengah hari, Soffiya tergesa-gesa
mencapai beg tangannya. Dia sudah memberitahu kepada Encik Kamal bahawa dia mengambil
cuti setengah hari, hari ini. Dia juga risau dengan keadaan Qistina sendirian
di rumah. Nasib baiklah Encik Kamal telah membenarkannya mengambil cuti hari
ini.
Hisyam
terlihat keadaan Soffiya yang tergesa-tergesa itu. Pelik dengan tingkah laku Soffiya
yang nampak tergesa-gesa itu segera dia mendekati Soffiya. Pagi tadi ada dia
mencari Soffiya ditempatnya, tetapi kata Sarah Soffiya belum sampai di pejabat.
Hisyam segera mengejar Soffiya yang sudah dihadapannya.
“Fiya,”
panggil Hisyam. Soffiya terdengar ada orang memanggilnya terus saja dia
berpaling wajahnya dan memberhentikan langkahnya. Membiarkan Hisyam
menghampirinya.
“Yang
kau tergesa-gesa ni kenapa?” tanya Hisyam. Dia mulai risau.
“Aku
risaukan Qis kat rumah sorang-sorang tu.”
“Kenapa
dengan Qis?” Tanya Hisyam lagi seperti terkejut.
“Qis
demam, sebab tu aku ambil cuti setengah hari ni nak bawa dia pergi klinik. Aku
risaulah dengan keadaan dia tu,” luah Soffiya kepada Hisyam.
“Biar
aku temankan kau,” beritahu Hisyam. Soffiya dan Hisyam bergegas pulang ke
rumah. Sebaik sampai di rumah, mereka terus mendapatkan Qistina melihat keadaan
Qistina yang lemah dan tidak bermaya. Muka Qistina kelihatan pucat. Risau
Hisyam dan Soffiya melihat keadaan Qistina seperti itu. Sepanjang Qistina
tinggal dengan Soffiya, tidak pernah Qistina dilanda demam seteruk begini.
Hisyam terus mencempung tubuh Qistina dan membawanya masuk ke dalam kereta.
Hisyam memandu kereta dengan penuh berhati-hati sambil memerhati Soffiya yang
memangku Qistina di tempat duduk belakang.
Tiba
saja di hospital, Qistina di bawa masuk ke dalam bilik kecemasan manakala
Soffiya dan Hisyam menunggu di luar kerana doktor yang memeriksa Qistina tidak
membenarkan mereka masuk. Hisyam mulai dilanda risau apabila melihat keadaan
gadis pujaannya yang lemah dan tidak bermaya itu.
“Apa
yang jadi pada Qis? Cuba kau ceritakan perkara yang sebenarnya pada aku. Aku
rasa Qis ada masalah yang teruk sampai dia jadi macam tu,” Hisyam bertanya
kepada Soffiya. Soffiya tidak tahu macam-mana mahu menceritakan kejadian yang
sebenarnya kepada Hisyam. Dia tahu Hisyam menyimpan perasaan terhadap Qistina.
“Hari
minggu tadi, kami pergi shopping
lepas tu kami terjumpa tunang Qis dengan perempuan lain. Qis bergaduh dengan
tunangnya masa itu. Aku tak sangka pulak keadaan Qis boleh jadi teruk sampai
macam ni sekali,” luah Soffiya sambil meramas tangannya. Takut Hisyam akan
memarahinya.
“Maksud
kau Fir?” Soffiya terus mengangguk mengiakan.
“Aku
tak sangka Fir sanggup buat begitu pada Qis!” Hisyam marah. Selama ni Qistina
begitu setia kepada Firdaus, tak sangka dalam diam-diam Firdaus sanggup main
kayu tiga dengan Qistina. Timbul rasa simpati Hisyam terhadap Qistina. Sudah
lama dia memendam perasaan terhadap Qistina. Dia tidak sanggup melihat hati
Qistina dilukai oleh tunangnya sendiri.
“Sudahlah
Syam, kita berdoa saja semoga keadaan Qis tak serius,” Soffiya cuba menenangkan
Hisyam. Pasti Hisyam turut bersimpati ke atas diri Qistina.
“Doktor,
macam mana dengan keadaan Qistina?” tanya Hisyam kepada doktor yang merawat Qistina
tadi yang baru keluar dari bilik kecemasan.
“Encik,
tak perlu risau Cik Qistina cuma mengalami demam panas saja. Saya dah berikan
dia suntikan. Keadaannya dah stabil. Buat masa ini, dia perlukan rehat yang
secukupnya,” terang doktor yang merawat Qistina tadi. Selepas memberi
penerangan mengenai pesakit doktor itu pun berlalu meninggalkan Hisyam dan
Soffiya.
“Alhamdulillah,”
ucap Hisyam lega bila mendapati keadaan Qistina tidak berapa serius. Risau juga
bila dia melihat Qistina terbaring di tepi katilnya tadi. Dia tidak mahu
apa-apa yang menimpa Qistina. Dia sanggup berkorban apa saja demi Qistina
walaupun nyawanya sekali dia sanggup pertaruhkan. Dia sangat mencintai Qistina,
cuma Qistina saja yang tidak tahu tentang isi hatinya.
“Fiya,
dah lewat malam ni. Biar aku hantar kau balik dulu,” ajak Hisyam.
“Tapi,
macam mana dengan Qis?” Sambil memandang keadaan Qistina yang terlantar sakit
di atas katil.
“Kau
janganlah risau. Lagipun, doktor dah beritahukan tadi keadaan dia dah stabil.
Biarlah dia berehat. Esok kita datang lagi. Nanti aku minta nurse jagakan dia,” beritahu Hisyam.
Soffiya hanya menurut saja cadangan yang diberi oleh Hisyam tadi. Setelah
memberitahu kepada jururawat yang bertugas di situ, Hisyam menghantar Soffiya
pulang ke rumahnya.
“Fiya,
kau okey tak ni?” tanya Hisyam. Soffiya mengangguk. Dia tahu Soffiya risaukan
keadaan Qistina.
“Esok
pagi aku ambil kau kat rumah, kita pergi hospital sama-sama.”
“Hisyam,
terima kasih tolong aku dengan Qis,” ucap Soffiya tersenyum. Hisyam turut melemparkan
senyumannya. Soffiya hanya memerhati kereta yang dipandu Hisyam hilang dari
pandangannya. Nasib baik Hisyam sanggup membantunya membawa Qistina ke
hospital.
PAGI lagi, Hisyam sudah bersiap untuk mengambil
Soffiya di rumah sewanya. Soffiya ada menghubunginya memberitahu pihak hospital
ada menelefonnya dan memberitahu bahawa Qistina sudah mula sedar. Hisyam tidak
sabar melawat Qistina di hospital. Sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan
matanya kerana risau memikirkan keadaan Qistina. Pagi ini hatinya
berbunga-bunga dapat melihat gadis pujaannya didepan matanya.
“Qis,”
ucap Soffiya terus saja dia memeluk sahabat baiknya itu.
“Fiya,
kenapa ni? Kau risaukan aku ya,” Soffiya mengangguk. Soffiya menangis apabila
melihat keadaan Qistina yang sudah beransur pulih.
“Sudahlah
aku okey aje, kau jangan risau ya…, malulah Hisyam tengok kita macam ni,” ucap
Qistina sambil melepaskan pelukan dari Soffiya. Hisyam yang berdiri
disebelahnya hanya tersenyum. Dia juga sedih melihat keadaan Qistina semalam.
Lega hatinya apabila melihat Qistina kembali dengan wajah yang ceria kelihatan
bersemangat.
“Syam,
terima kasih bawa Qis ke hospital. Kalau tak ada Syam semalam, tak taulah
macam-mana dengan Qis. Fiya dah ceritakan pada Qis hal sebenarnya.” Hisyam
terkejut apabila Qistina berkata begitu padanya.
“Tak
ada hallah Qis, tak salah kan kalau kita saling bantu-membantu,” terang Hisyam
cuba merendahkan dirinya apabila dapat pujian daripada Qistina. Padahal hatinya
berbunga-bunga dapat pujian dari Qistina. Tak disangka Qistina menghargai
pertolongannya tempoh hari. Dah macam dalam cerita Adnan Sempit pula ‘dalam
hati ada taman…,’ katanya.
Adoyai...macam2...dik bahasa jangan 'santun' sangat lebihkan santai ye....@bluescarf
BalasPadam